Tuesday, April 21, 2009

Dua minggu lagi Suhakam bakal turun taraf jika tidak memenuhi syarat Dasar Paris : Abu Talib

Tuesday, 21 April 2009 • Anna Yusof



KUALA LUMPUR, 21 April (SK) : Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi bagi Mempromosikan dan Melindungi Hak Asasi Manusia (ICC) mahu kebebasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diperkukuhkan dengan menggariskan secara telus dan jelas berhubung proses perlantikan dan pemecatan dalam akta Suruhanjaya berkenaan.

Pengerusi Suhakam Abu Talib Othman berkata kerajaan hanya ada kurang dua minggu untuk memastikan Suruhanjaya itu memenuhi syarat Dasar Paris untuk mengelak dari diturun taraf.
Beliau juga merasa tidak berpuas hati dengan penambahbaikan Kerajaan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) setakat ini kerana, jika penurunan taraf dikenakan terhadap Suhakam, maka ia akan dilucutkan keahlian pada Forum Asia-Pasifik dan kedudukannya jatuh ketahap ahli biasa tanpa hak mengundi bererti negara kita sama kedudukan dengan negara-negara ketiga lain.


Susulan dari surat tunjuk sebab yang di terima Suhakam daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut Dasar Paris pada bulan Jun tahun lalu jika tidak memenuhi syarat Hak Asasi Manusia diterimapakai mengikut Dasar Paris akan menurunkan dari taraf A ke taraf lebih rendah.

Tahun lalu Suhakam telah menerima surat tunjuk sebab dari PBB supaya memenuhi syarat yang ditetapkan Dasar Paris dengan lebih peka dan teliti dalam menangani kes hak asasi manusia mengikut syarat yang ditetapkan.


Jawatankuasa kecil Akriditasi (ACC) yang dianggotai Jerman, kanada, Maghribi dan Korea Selatan berpendapat bahawa pindaan Akta uhakam 2009 yang diluluskan Dewan Rakwat sehari sebelum semakan Suhakam dibuat di Geneva pada 26 Mac lalu tidak memadai.

“Suhakam diperingatkan dengan susulan surat daripada ICC minggu lalu manyatakan badan itu hanya mempunyai 28 hari untuk mencabar pandangan jawatkuasa kecil terebut,” kata beliau.

Menurut Abu Talib, Akta Suhakam kini sedang menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan sebelum dapat diwartakan.

“Saya akan menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan perkara ini bagi mendapatkan pandangan beliau,” jelas Abu Talib lagi.
Dasar Paris menetapkan gabungan panduan yang diterimapakai PBB pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebagsaan (HNRI) negara tertentu.
Sumber: Suara keadilan online

No comments: