Thursday, April 16, 2009



SELAMAT TINGGAL BANGUNAN MECD DI PUTRAJAYA....!!!


KAMU AKAN DIPECAHKAN KEPADA 8...!!!



Fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.

Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

No comments: