Tuesday, April 28, 2009

Paragliding 2009 di JUGRA, SELANGOR..!!!



Bukit Jugra, Banting akan menjadi tumpuan dunia apabila 60 peserta dari 15 buah Negara menyertai Kejohanan Paragliding Piala Dunia 2009, mulai 30 April hingga 3 Mei depan.

Inilah kali pertama kejohanan bertaraf liga dunia dianjurkan di Bukit Jugra, membabitkan paling ramai peserta, antaranya dari Serbia, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Arab Saudi, Switzland, Republik Chech dan Iran.

Hari ini, sembilan peserta dari Indonesia tiba di Lapangan Terbang LCCT, Sepang.
Antaranya, juara International Paragliding 2008, Nanang Sunaria, 26 tahun dari Bogor dan Juara Asean Beach Game (wanita), Milawati Sirin, 38 tahun.

Empat kategori dipertandingkan kali ini iaitu terbuka indivdu, berpasukan, wanita dan Tertutup Malaysia yang menawarkan hadiah antara RM3,000 hingga RM5,000.

Malaysia meletakan harapan kepada Norhisham Osman dari Majlis Daerah Kuala Langat yang akan memikul cabaran negara bersama 12 peserta lain.

“Yang kita harapkan ialah supaya orang ramai dapat datang beramai-ramai menyaksikan acara yang unik ini, terutama muda-mudi dan anak-anak. Dunia penerbangan ini ialah satu bidang yang amat luas bukan sahaja sukan, malah disegi kerjaya juga,” kata Pengarah Teknikal Kejohanan, Lt Kol. (B) Basir Ab Rahman.

Menurutnya, pelbagai acara lain juga diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Selangor, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sempena kejohanan ini.


Berita selanjutnya. KLIK DISINI..

No comments: