Tuesday, April 28, 2009

SATU RENUNGAN....!!!!



Sekarang Baru Tahu ,Siapa Kawan Dan Lawan...!!

Oleh Misbahul Munir



Setahun berkhidmat sebagai SETPOL YAB Menteri Besar Perak, pejabat saya sentiasa didatangi oleh orang ramai yang samada mahu bertemu janji dengan MB atau berjumpa dengan saya. Mereka datang ada yang sekadar bertanya khabar dan yang paling banyak memohon supaya dapat dipanjangkan dan diberi sokongan permohonan tanah, balak, proposal projek, aduan dan sebagainya.

Berbagai latar belakang orang yang datang jumpa saya, ada yang memang saya kenali, dan yang paling ramai yang saya tidak kenali. Orang-orang Besar Raja termasuk yang mengaku kaum kerabat Raja pun ada datang ke pejabat. Semua saya layan dengan baik, mereka datang dengan harapan yang tinggi, dan saya pula tidak berani berjanji apa-apa terhadap harapan mereka, sekadar akan memanjangkan dan memberi sokongan untuk pertimbangan MB.

Yang menarik, semua mengaku penyokong kuat PR, tidak ada yang mengaku penyokong BN walaupun saya tahu mereka itu orang kuat BN. Saya tidak pula pernah bertanya latar belakang pendirian politik mereka dan sikap mereka kepada kerajaan PR. Mereka sendiri yang membuat pengakuan bahawa mereka penyokong kuat calon PR, berkempen secara senyap-senyap, ahli keluarganya semua orang bulan, calon itu kawan baiknya, Hj Nizar itu kawannya dulu di Kuala Lumpur, di Penang, di Kampar dan macam-macam lagi. Saya sekadar tersenyum dan ucapkan terima kasih di atas sokongan mereka.

Mereka juga yang bercerita dan membeza-bezakan kerajaan BN dengan PR sekarang. Dulu, kata mereka, nak jumpa setpol bukan senang, apatah lagi nak jumpa MB. Sekarang, tak payah temujanji pun boleh jumpa setpol, kalau nasib baik, boleh pulak jumpa MB. Saya kata, kalau nak senang jumpa MB, pergi solat jamaah Zohor di surau SUK, Insya Allah kalau MB tak ke mana hari tu, mesti dapat jumpa MB atau makan tengahari di kantin lepas Zohor, Insya Allah dapat jumpa MB.

Sebahagian dari permohonan mereka, ada yang pada pertimbangan MB atau MMK wajar diluluskan, maka luluslah permohonan mereka tanpa mengambil kira fahaman politik, agama dan bangsa. Salah seorang bekas EXCO yang keluar PKR, cukup kuat anti UMNO dan anti MCA Cina. Asalkan sahaja pemohon itu dikenali sebagai UMNO atau Cina MCA, dia pasti akan menentang, tak setuju bagi projek pada orang UMNO atau Cina. Setiap kali jumpa saya, itulah yang diingatkan, sebarang permohonan dari UMNO jangan harap disokong, bagi je pada orang kita maknanya orang PKR atau PAS. Itu kata YB Jamaluddin. Sekarang UMNO BN yang beliau sangat anti itu disokongnya untuk menumbangkan kerajaan PR. Kita nak kata apa pada orang ini agaknya ?.

Apabila kerajaan PR dijatuhkan oleh BN dengan cara haram, hanya sebahagian kecil sahaja dari kalangan mereka yang bersimpati, mereka datang berkunjung ke kediaman MB, hantar mesej dan telepon saya dan juga MB, mereka lahirkan rasa simpati dan tetap menyokong PR. Sebahagian besar yang lain, mesej pun tidak, telepon pun tidak, datang berkunjung tunjuk muka apa lagi lah. Dengar cerita, mereka ni jugalah yang sekarang jadi pengampu kerajaan haram BN. Mereka ini sekarang jugalah yang menyindir dan memerli Dato' Seri di belakang, berdepan tak pula berani.

Dalam majlis-majlis keraian bersama Tuanku, Dato' Seri Hj Nizar akan menghadirinya sekiranya dijemput. Dalam majlis tersebut, seperti biasa, Hj Nizar akan bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk kaum kerabat dan Orang-orang Besar. Kalau dulu, Sebahgaian Orang-orang Besar ini boleh bersalaman dan bergurau senda dengan Hj Nizar, sekarang mandang pun idak, kata sumber yang saya sangat percaya akan kebenarannya sebab orang itu pun ada dalam majlis-majlis tersebut, "bukan sahaja tak mandang, diperli dan disindirnya Hj Nizar, sakit hati aku, tak selera lansung aku nak makan", kata sahabat kita itu.

Alhamdulillah, berlakunya rampasan kuasa ini ada hikmah di sebalik peristiwa terkutuk ini. Antaranya barulah kita sedar siapa sebenar kawan ?, siapa sebenar lawan ?, Siapa pula yang munafik ?.

Paragliding 2009 di JUGRA, SELANGOR..!!!



Bukit Jugra, Banting akan menjadi tumpuan dunia apabila 60 peserta dari 15 buah Negara menyertai Kejohanan Paragliding Piala Dunia 2009, mulai 30 April hingga 3 Mei depan.

Inilah kali pertama kejohanan bertaraf liga dunia dianjurkan di Bukit Jugra, membabitkan paling ramai peserta, antaranya dari Serbia, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Arab Saudi, Switzland, Republik Chech dan Iran.

Hari ini, sembilan peserta dari Indonesia tiba di Lapangan Terbang LCCT, Sepang.
Antaranya, juara International Paragliding 2008, Nanang Sunaria, 26 tahun dari Bogor dan Juara Asean Beach Game (wanita), Milawati Sirin, 38 tahun.

Empat kategori dipertandingkan kali ini iaitu terbuka indivdu, berpasukan, wanita dan Tertutup Malaysia yang menawarkan hadiah antara RM3,000 hingga RM5,000.

Malaysia meletakan harapan kepada Norhisham Osman dari Majlis Daerah Kuala Langat yang akan memikul cabaran negara bersama 12 peserta lain.

“Yang kita harapkan ialah supaya orang ramai dapat datang beramai-ramai menyaksikan acara yang unik ini, terutama muda-mudi dan anak-anak. Dunia penerbangan ini ialah satu bidang yang amat luas bukan sahaja sukan, malah disegi kerjaya juga,” kata Pengarah Teknikal Kejohanan, Lt Kol. (B) Basir Ab Rahman.

Menurutnya, pelbagai acara lain juga diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Selangor, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sempena kejohanan ini.


Berita selanjutnya. KLIK DISINI..

IBRAHIM ALI DAN PERKASA KESAL...!!!



1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.


Ibrahim Ali
25 April 2009

Monday, April 27, 2009

BILA TIADA PONDOK PANAS....!!! PONDOK CENDOL PUN JADILAHHH...!!!













Pondok panas tidak lagi dibenarkan: SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini. Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi.






TAHNIAH.....!!!

SDR ANUAR TAHIR...! YDP PADANG BESAR YANG BARU...!!!


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Padang Besar telah menyaksikan Hj Mohd Anuar Tahir telah dipilih sebagai Yang Dipertua yang baru.




Turut terpilih regu seperjuangan Sdr Wan Kharizal Wan Khazim sebagai Timbalan YDP.







Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua untuk terus menjadi pemimpin besar umat masa akan datang...! AMIN...!!!


KALAU KE MELAKA JANGAN LUPA SINGGAH.... Medan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru....!!!




















Kalau sdr pergi ke Melaka ...jangan lupa singgah ke Medan Ikan Bakar yang amat terkenal di Melaka. Ramai penduduk tempatan dan juga pelancung dari luar Melaka datang untuk menikmati hidangan ikan bakar dan juga menu-menu lain spt 'Nasi Lemak' yang sudah pasti menjadi bualan orang ramai.

Sunday, April 26, 2009

TAHNIAH... ZACK DAN PASUKANNYA...!!!!


Malam tadi pasukan Negeri Selangor muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun pengurus pasukan Selangor didenda RM6000.00 oleh FAM semalam..... namun kekecewaan hati yang luka telah pun dapat diubati.



SEJARAH PIALA FA

Piala FA diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 1990 bagi menambah lagi saingan bolasepak peringkat kebangsaan selain Piala Malaysia. Kejohanan sulung menampilkan Selangor menentang Perak yang berkesudahan Perak menang dengan jaringan 4-2. Sejak 1990, Selangor telah mara sebanyak 5 kali ke perlawanan akhir dan berjaya memenangi 4 daripadanya iaitu pada tahun 1991, 1997, 2001 dan 2005.


TAHUN PENCAPAIAN

1990 Naib Juara
1991 Juara
1992 Suku Akhir
1993 Suku Akhir
1994 Peringkat Kumpulan
1995 Separuh Akhir
1996 Separuh Akhir
1997 Juara

Tuesday, April 21, 2009


TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU.....!!! Driver ambulan jadi Pengarah GLC Trengganu...!!!


Tindakan melantik seorang pemandu ambulan sebagai Pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menurut sebuah akhbar online beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.


Berita selanjutnya KLIK DISINI....!
Dua minggu lagi Suhakam bakal turun taraf jika tidak memenuhi syarat Dasar Paris : Abu Talib

Tuesday, 21 April 2009 • Anna Yusof



KUALA LUMPUR, 21 April (SK) : Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi bagi Mempromosikan dan Melindungi Hak Asasi Manusia (ICC) mahu kebebasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diperkukuhkan dengan menggariskan secara telus dan jelas berhubung proses perlantikan dan pemecatan dalam akta Suruhanjaya berkenaan.

Pengerusi Suhakam Abu Talib Othman berkata kerajaan hanya ada kurang dua minggu untuk memastikan Suruhanjaya itu memenuhi syarat Dasar Paris untuk mengelak dari diturun taraf.
Beliau juga merasa tidak berpuas hati dengan penambahbaikan Kerajaan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) setakat ini kerana, jika penurunan taraf dikenakan terhadap Suhakam, maka ia akan dilucutkan keahlian pada Forum Asia-Pasifik dan kedudukannya jatuh ketahap ahli biasa tanpa hak mengundi bererti negara kita sama kedudukan dengan negara-negara ketiga lain.


Susulan dari surat tunjuk sebab yang di terima Suhakam daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut Dasar Paris pada bulan Jun tahun lalu jika tidak memenuhi syarat Hak Asasi Manusia diterimapakai mengikut Dasar Paris akan menurunkan dari taraf A ke taraf lebih rendah.

Tahun lalu Suhakam telah menerima surat tunjuk sebab dari PBB supaya memenuhi syarat yang ditetapkan Dasar Paris dengan lebih peka dan teliti dalam menangani kes hak asasi manusia mengikut syarat yang ditetapkan.


Jawatankuasa kecil Akriditasi (ACC) yang dianggotai Jerman, kanada, Maghribi dan Korea Selatan berpendapat bahawa pindaan Akta uhakam 2009 yang diluluskan Dewan Rakwat sehari sebelum semakan Suhakam dibuat di Geneva pada 26 Mac lalu tidak memadai.

“Suhakam diperingatkan dengan susulan surat daripada ICC minggu lalu manyatakan badan itu hanya mempunyai 28 hari untuk mencabar pandangan jawatkuasa kecil terebut,” kata beliau.

Menurut Abu Talib, Akta Suhakam kini sedang menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan sebelum dapat diwartakan.

“Saya akan menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan perkara ini bagi mendapatkan pandangan beliau,” jelas Abu Talib lagi.
Dasar Paris menetapkan gabungan panduan yang diterimapakai PBB pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebagsaan (HNRI) negara tertentu.
Sumber: Suara keadilan online

Monday, April 20, 2009


ELI BERTAMBAH MANIS......!!!




Oleh : Hamdan MS


KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.


Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.
Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.
"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

BERITA SETERUSNYA...KLIK SINI
MEDIA KITA SUDAH MAJU......!!!!


Orang yang sama, pada masa yang sama, cerita yang sama diceritakan oleh dua akhbar yang berbeza.


Petik dari UTUSAN MALAYSIA
Jambatan bengkok wajar dibina – Shahrir



JOHOR BAHRU 19 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura wajar diteruskan.
Kata beliau, jambatan yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura itu boleh dilaksanakan dengan semangat setia kawan antara kedua-dua negara.
“Sebagaimana kita maklum kedua-dua Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan empat mata di Pattaya, Thailand baru-baru ini dan isu perbincangan berkisar projek ikon ini dan saya yakin ia dibincangkan secara serius.

“Saya menaruh keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong telah memperhalusi dan memikirkan secara terperinci berhubung projek ini demi kebaikan bersama,” katanya di sini hari ini.


Mengenai isu jambatan itu yang dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menjelaskan:

“Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007.

“Ini membawa maksud ketika itu, Singapura telah siap bina Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang menjadi pelengkap kepada jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924 itu,” jelasnya.

Shahrir berkata, pembinaan projek ikon itu juga boleh dijadikan asas kepada lambang penyertaan Singapura dalam pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu di Raub, Dr. Tun Dr. Mahathir ketika mengulas gesaan UMNO Johor Bahru berkata, kerajaan sepatutnya tidak menghentikan langsung pembinaan jambatan itu.
“Bohong, kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina,” katanya.

Petikan dari THE STAR



Shahrir against crooked bridge, prefers better ties

JOHOR BARU: Johor Baru MP Datuk Shahrir Abdul Samad is against the revival of the crooked bridge project and has instead proposed that both countries work together to build a straight one.

He said a straight bridge would be good for building better bilateral ties between both governments.

The Singapore Government has agreed on the development of iconic projects in Iskandar Malaysia.

“Why not build a straight bridge as one of the iconic projects?” he asked.
Shahrir added that a new straight bridge across the causeway would show renewed bond and would benefit both countries.

“It has come to my attention that many Johoreans are hopeful that our new prime minister and Cabinet will revive the crooked bridge project.

“The public must understand that bilateral ties between both countries will suffer if the project is revived,” he said, adding that the Malaysian Government should consider all implications when reviewing the project.

The Star had reported recently that many businesses have been suffering since the opening of the new CIQ complex last year and they were counting on the crooked bridge project to be revived to boost business in the city.

Shahrir was speaking to reporters at the launch of an anti-drug community service centre for residents of Taman Sri Stulang yesterday.

On the decision to open the old CIQ complex to pedestrians, Shahrir commended the Government and hoped that it would be implemented soon.

Saturday, April 18, 2009


DEN SETUJU BONAR CAKAP NAJIB NI.....!!!


OLEH ITU PENANTI NI... 'WALK OVER' AJELAH....!

.....................................................................


Perdana Menteri berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu melainkan seseorang itu meninggal dunia .... SUMBER DARI BERITA HARIAN ONLINE...!

CHE DET MENGKRITIK NAJIB SECARA TERBUKA....!!!


Setelah menjulangnya tinggi sebagai Perdana Menteri yang akan membawa perubahan, Tun Mahathir Mohamad bingkas mengkritik Najib Razak atas pemilihan Kabinet beliau.

Mahathir berkata tindakan Najib mengekalkan beberapa individu yang mempunyai reputasi tidak baik memperlekehkan laungan bahawa UMNO serius membanteras rasuah politik.

Mantan Perdana Menteri itu tidak menamakan individu berkenaaan tetapi berkata mereka dicemari dengan dakwaan rasuah semasa menganggotai Kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Justeru, tindakan Najib mengekalkan individu berkenaan dalam Kabinetnya bererti beliau hilang peluang awal untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Berikut catatan penuh Tun Mahathir dalam blognya chedet.co.cc:


1. I would like to congratulate the new Ministers and Deputy Ministers chosen by Dato Seri Najib.

2. The exclusion of Khairy Jamaluddin, UMNO Youth head who was found guilty of corruption by the UMNO disciplinary committee but allowed to contest for head of UMNO Youth seem to indicate a desire on the part of the new Prime Minister to rid UMNO of the blatantly corrupt politician.


BERITA SETERUSNYA KLIK DISINI..

Friday, April 17, 2009

Thursday, April 16, 2009

SIAPA BERANI ISYTIHARKAN HARTA MACAM OBAMA........!!


Obamas report $2.7 million in income for 2008



By SHARON THEIMER, Associated Press Writer Sharon Theimer, Associated Press Writer –
WASHINGTON –



President Barack Obama and his wife, Michelle, millionaires from his best-selling books, made $2.7 million last year and paid just under one-third of their adjusted income in federal taxes. While the income, mostly his, was far more than the U.S. median household income of about $50,000, it was quite a decrease from the $4.2 million the Obamas made in 2007.
Both years, nearly all of the earnings came from Obama's best-selling books. "Dreams from My Father" and "The Audacity of Hope" — brought in about $2.5 million in royalties last year, according to copies of the returns released by the White House on Wednesday, the federal filing deadline.


Obama earned $139,204 as a Democratic senator from Illinois last year before leaving his seat after winning the November election. Michelle Obama received a salary of $62,709 from the University of Chicago Hospitals, where she was an executive.
The couple's total federal tax came to $855,323. That was 32 percent of their adjusted gross income of $2,656,902.



The Obamas overpaid by $26,014, and elected to apply that amount to their 2009 taxes.
The couple's federal tax deductions included about $50,000 in home mortgage interest. Their expenses also included $47,488 to send their two daughters to the University of Chicago's elementary school.

They reported contributing $172,050 to charity last year, including $25,000 each to the CARE international relief agency and the United Negro College Fund. That $172,050 represented about 6.5 percent of the family's adjusted gross income. That percentage is roughly two to three times the national average for household donations to charity, according to the Center on Philanthropy at Indiana University.

The Obamas gave a total of $1,400 to five churches. In contrast to 2007, they gave nothing to the Trinity United Church of Christ. Barack Obama was a longtime member of the church, and gave it $26,270 in 2007, but resigned from it and cut ties with its pastor, the Rev. Jeremiah Wright, after Wright made incendiary comments that became a campaign issue.

The Obamas' total Illinois income tax was $78,765, their state return showed.
The White House also released Vice President Joe Biden's tax returns. Biden and his wife, Jill, earned $269,256 last year.

The Bidens' main sources of income were salaries from the Senate, Widener University, Delaware Technical & Community College and royalties from the audio rights to the vice president's memoir, "Promises to Keep."

According to tax returns released by the vice president's office, the Bidens paid $46,952 in federal income taxes and $11,164 in Delaware state income taxes. They donated $1,885 to charity.



"The charitable donations claimed by the Bidens on their tax returns are not the sum of their annual contributions to charity," a White House statement said. "They donate to their church, and they contribute to their favorite causes with their time, as well as their checkbooks."
Biden served in the Senate from 1973 until Jan. 15 of this year.


SELAMAT TINGGAL BANGUNAN MECD DI PUTRAJAYA....!!!


KAMU AKAN DIPECAHKAN KEPADA 8...!!!



Fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.

Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya.

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Wednesday, April 15, 2009

KeADILan Press Statement

PARTI KEADILAN RAKYAT SARAWAK
砂拉越人民公正党
PEOPLE’S JUSTICE PARTY SARAWAK
Padungan Service Centre :-
Lot 151, 1st Floor,
Jalan Ban Hock,
93300 Kuching,
Tel : 6082-239427
Fax : 6082-422996
H/P:013-5611025,016-8791025.
Web URL: http://www.markpkrserian.blogspot.com
Email: pkrserian@gmail.com

(14th April 2009)

Title: BN (Najib) for ungrateful to Bidayuh Community.

Special Political Assistant to Padungan State Assemblyman Mark Murau Sumon said he is appalled by Prime Minister Datuk Seri Najib recent statement that to enhance racial relations and cooperation in the spirit of “One Malaysia” and towards achieving developed nation status in 2020 in the New Federal Cabinet line-up recently.

Mark said Najib was actually reverse because the fact, according to Mark All this while, the Bidayuh community has allowed BN to be the government in Malaysia yet they get unfair treatment. The 3 Mps from the Bidayuh areas are Serian Datuk Richard Riot Jaem,Mambong Datuk Dr James Dawos Mamit and Mas Gading Datuk Dr Tiki lafe did not get a federal cabinet post and certainly disappointed,the Bidayuh have been sidelined Mark said adding that he strongly felt even in any government application also for they treat the community as 3rd or 4th class Bumiputra or native for example Bumiputra Bangsa lain-lain (other race’s native) total discrimination to the community.

Besides that, to them PKR is a good political platform and will always support it. The feedback from the Bidayuh community demanding the 3Mps should resign from the BN and join PKR as reflect the Bidayuh dissatisfaction. Bidayuh are feeling disbelief, frustration and hopelessness. In this respect that he (Najib) has derailed the concept of promoting one Malaysia and his priority is Ketuanan Melayu.
The concept One Malaysia could not happen if some communities, even how minority was not given the chance for equitable participation in the Business of running the country of the highes level of government of the day. The issues is to be transparent and to practice, ‘’towards Bangsa Malaysia’’ or ‘’Malaysia for Malaysian”. Najib should not cover up the matter for government because it would not solve the problem or the fact that there could be a racial imbalance in this our country.

Issued by me.

MARK MURAU ANAK SUMON.
Special Political Assistant to YB.Dominique Ng.Adun for Padungan.

Tuesday, April 14, 2009

HARAPAN BARU KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN..? ATAU BERHUTANG SEHINGGA DAPAT CUCU...!!

http://www.kakitangankerajaan.com.my/

Kepada kakitangan kerajaan yang baru berumahtangga dan tak mampu membeli barang keperluan spt motor, kereta atau peti sejuk, MEPP mampu menawarkan pembayaran Secara Ansuran Mudah dari RM13.89 sebulan.~ Tempoh ansuran selama 180 bulan ( 12 Tahun) ~Blacklist dan CTOS layak memohon juga tanpa penjamin dan cagaran.


Monday, April 13, 2009

TAHNIAH DATO' ZAHID HAMIDI....!!!!

Boleh tanya macammana rambut Dato' boleh bertukar warna...???
Buletin TV3 jam 1.30 tgh tadi ..... Dato' Zahid kelihatan macam orang muda....rambut hitam ikal mayang...!!!















Siapa yang beli saham arak ni......??


Siapa pemegang saham syarikat Q-Tech Alliance Holdings Inc...??

Friday, April 10, 2009

YB NGA BAKAL JADI SEPERTI CUCU JENGHIZ KHAN.......!!

Surat Tuan Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming

13 Rabiul Akhir 14309 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.



Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

HISYAMUDDIN RAIS DENGAN SAJAK BULUH PERINDU...!!!



SELAMAT TINGGAL

Selamat tinggal azalina ku
Sprm akan datang selalu

Selamat tinggal jj ku
Raba raba bontot idaman mu

Selamat tinggal kj ku
Pastikah kau akan selamat selalu

Selamat tingga tengu adnan ku
Bila pula hang ni jadi tengku

Selamat datang mukriz ku
Inilah dia daddy kasi mu

PETIKAN DARI BLOG TUKAR TIUB
'SCORE A' BERSAMA MALAM MENGGAPAI BINTANG....!!!

Tahniah kepada ZRBMC kerana berjaya menyempurnakan Malam Menggapai Bintang pada 3 April yang lalu.

Tahniah dan ucapan terima kasih juga kepada YB Shuhaimi, Pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana merasmikan program ini.

Dan tahniah kepada Dr Shukri Abdullah yang menjadi ahli keluarga 'Score A' yang baru dan menyokong penuh program 'Score A' ini......... dan tidak dilupakan juga kepada Sdr Aziz Samad yang telah membantu melahirkan ramai usahawan muda yang berjaya dan pelajar cemerlang...!!!!




RESTORAN PILIHAN SEMUA PARTI POLITIK DI BUKIT SELAMBAU...!!!



Restoran Ikan Bawal di Sungai Petani Selatan telah menjadi pilihan orang ramai termasuk BN atau PR untuk menjamu selera menikmati masakan Utara dan minuman jus buah kedondong....!!!

Orang ramai tak putus-putus keluar masuk untuk singgah menjamu selera setelah kepenatan berkempen dan menurut pekerjanya seawal jam 10 pagi hingga 11 malam....restoran ini penuh.

Nasin baik kami datang jam 3 petang kerana orang ramai mula berkurangan.