Tuesday, December 23, 2008

SHINKANSEN (Bullet Train): SATU ANJAKAN PARADIGMA BANGSA JEPUN...



Negara Jepun sungguh berbangga dengan kemajuan industri keretapi mereka terutama sekali Shinkansen (Bullet Train).

Shinkansen ini yang menghubungi bandar-bandar besar seperti Tokyo, Nagoya, Kyoto dan Osaka bergerak laju dan senyap. Perjalanan antara Tokyo dan Osaka kurang daripada 3 jam dengan jarak sejauh 515.4km dengan laju purata 170 – 320km/h. Lebih pantas daripada TGV dari Perancis.

Mula beroperasi tahun 1964 dengan membawa penumpang seramai 375,000 sehari. Dan perbincangan peringkat awal bermula pada tahun 1930 dan diluluskan oleh kerajaan Jepun pada Disember 1958.

No comments: