Wednesday, December 24, 2008

PPSMI: GAPENA BERI KATA DUA PADA HISHAMMUDDIN SEHINGGA 31 DIS...



Gapena beri kerajaan tempoh sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.
"Menteri Pelajaran boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena. BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Syabas Gapena kerana tegas membantah PPSMI. Gapena tentu sekali tidak membabi buta dan membuta tuli dalam hal mendaulatkan Melayu, khususnya bahasa Melayu. Nak maju pun tentu ada cara yang lebih bermaruah dan bukan dengan melacur dan menggadai martabat bangsa. Melayu itu berjiwa besar dan bukan cacat sakit jiwanya.

fitrie 94 said...

thx 4 the news...

add sy....

www.fitrie94.blogspot.com

AnJAkaN pAraDIgM!!!

onn said...

Sdr antippsmi dan fitrie94,

GAPENA ni tertinggal bot. Baru sedar dari mimpi.

Sedangkan memorandum bantahan dari persatuan ibubapa dan guru dah tinggi 2 tkt bangunan.

Tak dapek den nak nolong...!