Wednesday, December 31, 2008

MIKE: ORANG KAMPUNG DEN KATO OTAKNYA MACAM DARJAH 6....!!!



Orang kampung den kato si MIKE, Ahli Parlimen PKR ni otaknya macam darjah 6. Ado dia kato dalam TV3, majoriti kampung orang India, ketua kampung mesti orang India.....langsung tak masuk akai....!!!!!

Kalau gitu majoriti kawasan Parlimen orang Melayu mesti letak orang Melayu dan majoriti orang Cina mesti letak orang Cina.

Langkah MIKE ni jalan 10 tahun ke belakang. Bunyi ayat pun macam nak masuk MIC. Bunyi macam Ezam Al kotaki....!!

Hormatlah sikit bahaso tu.....! Langsung tak jago hati Melayu dan Cino.....!!

2 comments:

Suhaimi Said said...

"Teething problem" bagi mereka yang tak pernah dapat kuasa. Sekali dapat kuasa tak tahu apa nak buat. Salah kawan-kawan dibesarkan, salah diri sendiri disorok.

YB Mike adalah seorang wakil rakyat yang aktif. Patut contoh keaktifannya, tapi YB Mike kena juga ikut aliran parti, kena tunduk kepada majoriti, bukan majoriti kena turut kepada minoriti.

YB Mike mungkin ada point, ok, bawa point ke mesyuarah. Mungkin mesyuarah setuju, mungkin tak setuju. Arguelah supaya point anda diterima.

Tapi janganlah kalau diterima senang hati dan kalau tak diterima terus tolak Jemaah. Kita kena hormatlahdemokrasi!

Mana-mana parti pun ada masalah. UMNO lagi banyak masalah. Setiap hari ribuan ahli UMNO keluar parti. Mereka masuk PKR dan PAS, mereka memperkuatkan Pakatan Rakyat.

Ambillah ini sebagai mnandakan bahawa Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat, dan UMNO semakin lemah.

Di Negeri Pahang sahaja, setiap hari puluhan bahkan ratusan orang UMNO keluar parti.

Di Rompin, di Kuantan, di Paya Besar, di Bera, di Cameron Highlands, di Kuala Krau, setiap hari orang UMNO keluar parti dan setiap hari berlakunya penubuhan cawangan-cawangan PKR berlaku oleh bekas ahli-ahli UMNO ni.

Mereka ahli baru, ahli baru dan ahli lama ada tugas didalam parti. Bila kedua-duanya bekerjasama, akan memperkokohkan parti dan akan berjaya menarik lebih ramai lagi ahli UMNO ke PKR.

Setiap hari Datuk Fauzi Rahman, Pengerusi PKR Negeri berjaya menubuhkan cawanan baru PKR, dan lebih menakjubkan kebanyakan cawangan-cawangan baru itu adalah didalam rancangan Felda. Hari ini pun seaai 120 ahli UMNO keluar parti di Felda Pancing Selatan, Bahagian Paya Besar.

Di Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat seperti Selangor, penghijrahan ahli UMNO ke PKR lebih ramai lagi.

So, jadikan ini sebagai rangsangan. Perbezaan pendapat didalam PKR dan Pakatan amatlah kecil jika dibandingkan dengan perkembangan ini. Janganlah jadikan perkara kecil itu seolah-olah keutamaan yang boleh menggugat parti. Lihat kepada kejayaan kita agar kita boleh melangkah kehadapan.

So, YB Mike, anda memikul amanah rakyat melalui PKR untuk berjuang untuk rakyat -- rakyat means the Malays, Chinese and Indians, not only the Indians. Don't marginalise the Malays and the Chinese!

onn said...

Terima kasih atas nasihat dari orang veteran dalam perjuangan. Saya setuju perbezaan pendapat bukanlah membawa masalah besar. Malah memurnikan lagi ikatan jemaah dan silaturrahim.

Berkat semangat berpasukan Tuan Hj bersama pimpinan baru,.....insyaallah... saya yakin negeri Gading gajah ini akhirnya akan menjadi negeri pakatan rakyat yg ke 7.