Saturday, December 27, 2008

HANYA 14.5% IBU DI MALAYSIA BERI SUSU BADAN....?



Hanya 14.5% ibu beri susu badan

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada bayi mereka sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. SILA KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA.
ULASAN SAYA..
Sebenarnya bayi yang menyusu ini badannya lebih sihat, kurang gemok, kurang sembelit dan cirit birit. Susu ibu yang mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin sangat sesuai untuk tumbesaran bayi.
Kebanyakan kandungan di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Bayi lebih mudah menghadam susu ibu dari susu formula. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada bakteria dan virus.
Dengan penyusuan, ibu lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan ibu akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Kepada ibu yang menyusu bayi, kalori dalam badan boleh dibakar dengan cepat.
Ibu yang menyusu bayi senang kembali ke bentuk badan asal dan erti kata lain susu badan boleh MENJIMATKAN WANG...!

No comments: