Monday, December 15, 2008

DI SAAT-SAAT AKHIR PENGHUJUNG KARIER SEORANG PEMIMIPIN....!! PRES. BUSH DIBALING KASUT..!!

Bush dibaling kasut di Iraq..
15/12/2008 12:44pm
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam. Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran. Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AFP

2 comments:

onn said...

Betapa tenang Pres. Bush sempat bergurau....katanya "kasut saiz 10"...

Anonymous said...

di malaya ni pun banyak calon target layak dibaling kasut saiz 10...