Thursday, December 18, 2008
DUA WAJAH: TAHANAN TANPA BICARA - Sesuai dibaca oleh generasi muda sebagai inspirasi....!
Buku warna hijau ini dicetak tahun 1996 dan manakala warna merah ini..... baru dilancar semula pada 10 Nov 2008 baru-baru ini.
Buku ini saya sarankan dibaca terutama kepada mereka-mereka yang ingin tahu apa itu erti kehidupan. Saya telah membaca buku ini pada tahun 1998 iaitu cetakan keempat dan masa itu saya bertugas di DBKL.
Selepas membacanya ramai pula rakan sepejabat meminjam untuk dibaca.... hinggalah saya tak tahu siapa yang terakhir membacanya. Saya harap buku itu masih ada di DBKL dan kepada yang menyimpan buku itu......diharap berilah galakan rakan-rakan untuk membacanya.
Untuk pengetahuan ........buku ini sangat memberi perangsang dan semangat kepada yang membacanya baik secara spiritual, mental dan fizikal untuk terus mengharungi kehidupan yang agak mencabar pada masa depan....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment