U.S. Real GDP Growth Rate
Past Trend Present Value & Future Projection
Year over Year Change. Percent per year.
Cuba anda fikir senario ekonomi semasa yang berlaku di dunia ini adakah satu krisis ekonomi atau putaran ekonomi (economy cycle)?
Cuba lihat krisis ekonomi sebelum ini...
-Krisis minyak tahun 1974
-Krisis kewangan dan hartanah 1984-1987
-Krisis kewangan Asia 1997
-Dot-com bubble 2000
Kenapa ianya berlaku...???
Jawapannya esok...!!!
Wednesday, December 31, 2008
SENARIO EKONOMI DUNIA: KRISIS ATAU PUTARAN BIASA....??
MIKE: ORANG KAMPUNG DEN KATO OTAKNYA MACAM DARJAH 6....!!!
Orang kampung den kato si MIKE, Ahli Parlimen PKR ni otaknya macam darjah 6. Ado dia kato dalam TV3, majoriti kampung orang India, ketua kampung mesti orang India.....langsung tak masuk akai....!!!!!
Kalau gitu majoriti kawasan Parlimen orang Melayu mesti letak orang Melayu dan majoriti orang Cina mesti letak orang Cina.
Langkah MIKE ni jalan 10 tahun ke belakang. Bunyi ayat pun macam nak masuk MIC. Bunyi macam Ezam Al kotaki....!!
Hormatlah sikit bahaso tu.....! Langsung tak jago hati Melayu dan Cino.....!!
Sunday, December 28, 2008
TERKINI: 3 AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT BAKAL MELOMPAT PARTI...???
KENAPA ZIONIS YAHUDI BEGITU KEJAM....!!!!
Hari ini kapalterbang Israel menyerang semenanjung GAZA dengan roket. Hampir 200 orang terbunuh dan 270 cedera.
Saturday, December 27, 2008
HANYA 14.5% IBU DI MALAYSIA BERI SUSU BADAN....?
Hanya 14.5% ibu beri susu badan
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada bayi mereka sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.
Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. SILA KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA.
PETUA ORANG TUA : Petua Mengurangkan Batuk...Sekurang-kurangnya jimatkan kos perubatan dan kecemasan...!
PETUA MENGURANGKAN BATUK.
Kita akan kurang selesa apabila kita batuk. Sekiranya dibiarkan.... ianya boleh membawa mudarat lebih teruk lagi.
Oleh itu dengan mengamal petua orang tua, kita boleh mengubati dengan segera di rumah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan batuk itu dari berterusan.
Antara petua yang boleh mengurangkan batuk;
Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
- Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
- Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.
Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.- Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
- Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
- Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
Friday, December 26, 2008
BENCANA ALAM SERING BERLAKU PADA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD: Hari ini berlaku lagi di Selatan Filipina, Pakistan dan China.
Manakala gempa berukuran 5.5 skala Richter melanda selatan Filipina juga awal pagi hari ini, (Jumaat). Gempa di dasar laut itu berlaku jam 2.12 pagi (1812 GMT) di 136 kilometer di barat daya bandar General Santos di Kepulauan Mindanao.
Sementara itu, gempa berukuran 5.9 skala Richter melanda barat daya Pakistan, juga berlaku awal hari ini (Jumaat), menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Wednesday, December 24, 2008
PPSMI: GAPENA BERI KATA DUA PADA HISHAMMUDDIN SEHINGGA 31 DIS...
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.
Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Melayu.
"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena. BERNAMA
PETAI: ADAKAH ELOK UNTUK KESIHATAN.......??
Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
Mosquito bites : Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.
Overweight: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.
Tuesday, December 23, 2008
SHINKANSEN (Bullet Train): SATU ANJAKAN PARADIGMA BANGSA JEPUN...
Negara Jepun sungguh berbangga dengan kemajuan industri keretapi mereka terutama sekali Shinkansen (Bullet Train).
SETUJU DENGAN MUSA HASAN: JANGAN GUNA KANAK-KANAK....!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi,
Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.
Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang. UTUSAN
Sunday, December 21, 2008
PULAU BATU PUTIH: WAKIL KERAJAAN PI MELANCONG...???
He said: 'I am not sure whether the International Court of Justice (ICJ) realised that most of the documents used by Malaysia in her arguments against Singapore were produced by us.'
AWAS...!!!! BENCANA ALAM SERING BERLAKU PADA SETIAP HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD..!
Saturday, December 20, 2008
PPSMI: GAPENA MULA MENCABAR HISHAMUDDIN....
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) mula mencabar Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin Tun Hussien meletak jawatan sehingga tempoh 15hb Mac 2009 atas kegagalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
"Kalau tidak, kami akan buat laporan polis," kata Ketua II GAPENA, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.
GAPENA adalah pertubuhan MELAYU yang pro UMNO.
Friday, December 19, 2008
THE THREE GORGES DAM: SATU ANJAKAN PARADIGMA OLEH NEGARA CHINA..
'The Three Gorges Dam' adalah stesyen empangan hydro-letrik yang terbesar di dunia. Dibina di sungai Yangtze yang mana pembinaannya bermula pada Disember 1994 dan siap pada Oktober 2008.
Thursday, December 18, 2008
DUA WAJAH: TAHANAN TANPA BICARA - Sesuai dibaca oleh generasi muda sebagai inspirasi....!
Buku warna hijau ini dicetak tahun 1996 dan manakala warna merah ini..... baru dilancar semula pada 10 Nov 2008 baru-baru ini.
Buku ini saya sarankan dibaca terutama kepada mereka-mereka yang ingin tahu apa itu erti kehidupan. Saya telah membaca buku ini pada tahun 1998 iaitu cetakan keempat dan masa itu saya bertugas di DBKL.
Selepas membacanya ramai pula rakan sepejabat meminjam untuk dibaca.... hinggalah saya tak tahu siapa yang terakhir membacanya. Saya harap buku itu masih ada di DBKL dan kepada yang menyimpan buku itu......diharap berilah galakan rakan-rakan untuk membacanya.
Untuk pengetahuan ........buku ini sangat memberi perangsang dan semangat kepada yang membacanya baik secara spiritual, mental dan fizikal untuk terus mengharungi kehidupan yang agak mencabar pada masa depan....!
Monday, December 15, 2008
DI SAAT-SAAT AKHIR PENGHUJUNG KARIER SEORANG PEMIMIPIN....!! PRES. BUSH DIBALING KASUT..!!
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam. Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.