Wednesday, December 31, 2008

SENARIO EKONOMI DUNIA: KRISIS ATAU PUTARAN BIASA....??

U.S. Real GDP Growth Rate
Past Trend Present Value & Future Projection
Year over Year Change. Percent per year.


Cuba anda fikir senario ekonomi semasa yang berlaku di dunia ini adakah satu krisis ekonomi atau putaran ekonomi (economy cycle)?

Cuba lihat krisis ekonomi sebelum ini...
-Krisis minyak tahun 1974
-Krisis kewangan dan hartanah 1984-1987
-Krisis kewangan Asia 1997
-Dot-com bubble 2000
Kenapa ianya berlaku...???

Jawapannya esok...!!!

MIKE: ORANG KAMPUNG DEN KATO OTAKNYA MACAM DARJAH 6....!!!



Orang kampung den kato si MIKE, Ahli Parlimen PKR ni otaknya macam darjah 6. Ado dia kato dalam TV3, majoriti kampung orang India, ketua kampung mesti orang India.....langsung tak masuk akai....!!!!!

Kalau gitu majoriti kawasan Parlimen orang Melayu mesti letak orang Melayu dan majoriti orang Cina mesti letak orang Cina.

Langkah MIKE ni jalan 10 tahun ke belakang. Bunyi ayat pun macam nak masuk MIC. Bunyi macam Ezam Al kotaki....!!

Hormatlah sikit bahaso tu.....! Langsung tak jago hati Melayu dan Cino.....!!

Sunday, December 28, 2008

TERKINI: 3 AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT BAKAL MELOMPAT PARTI...???


Gendang pilihanraya kecil Kuala Trengganu telah berbunyi....maka sudah adat orang politik untuk mengisi kantung yang selalu bocor.

Dan sudah lumrah mereka yang melompat parti digelar katak kerana perangainya yang suka melompat.

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, sahabat saya telah duduk semeja di satu majlis kenduri dengan pimpinan tertinggi parti politik yang politik kariernya menuju senja.

Dia beri amaran supaya berjaga-jaga kerana kantung yang telah diisi puluhan-puluhan juta sudah sedia untuk diserahkan kepada 3 katak ini dan akan melompat tak lama lagi.

Beliau amat sedih dan berkata demokrasi kat Malaysia ini akan menuju kehancuran.

KENAPA ZIONIS YAHUDI BEGITU KEJAM....!!!!








Hari ini kapalterbang Israel menyerang semenanjung GAZA dengan roket. Hampir 200 orang terbunuh dan 270 cedera.

Kenapa mereka sanggup berbuat demikian?? Sudah cukup penderitaan penduduk Palestin disini yang dikepung tanpa bantuan makan dan minum. Bekalan tenaga seperti minyak dan ubat-ubatan pun juga disekat.
Kenapa kau sungguh kejam Zionis Israel.....???
Dan akhirnya Masjid GAZA dibom tentera udara Israel... SILA KLIK DISINI

Saturday, December 27, 2008

HANYA 14.5% IBU DI MALAYSIA BERI SUSU BADAN....?



Hanya 14.5% ibu beri susu badan

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Budaya penyusuan badan di kalangan ibu-ibu di Malaysia sangat rendah hanya 14.5 peratus daripada mereka memberikan susu badan kepada bayi mereka sehingga berumur enam bulan, menurut statistik Kementerian Kesihatan.

Ini disebabkan kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan daripada anggota keluarga dan kakitangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik sahaja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. SILA KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA.
ULASAN SAYA..
Sebenarnya bayi yang menyusu ini badannya lebih sihat, kurang gemok, kurang sembelit dan cirit birit. Susu ibu yang mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin sangat sesuai untuk tumbesaran bayi.
Kebanyakan kandungan di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Bayi lebih mudah menghadam susu ibu dari susu formula. Susu ibu juga mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi daripada bakteria dan virus.
Dengan penyusuan, ibu lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan ibu akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Kepada ibu yang menyusu bayi, kalori dalam badan boleh dibakar dengan cepat.
Ibu yang menyusu bayi senang kembali ke bentuk badan asal dan erti kata lain susu badan boleh MENJIMATKAN WANG...!

PETUA ORANG TUA : Petua Mengurangkan Batuk...Sekurang-kurangnya jimatkan kos perubatan dan kecemasan...!


PETUA MENGURANGKAN BATUK.

Kita akan kurang selesa apabila kita batuk. Sekiranya dibiarkan.... ianya boleh membawa mudarat lebih teruk lagi.

Oleh itu dengan mengamal petua orang tua, kita boleh mengubati dengan segera di rumah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan batuk itu dari berterusan.

Antara petua yang boleh mengurangkan batuk;


Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.
  • Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Friday, December 26, 2008

BENCANA ALAM SERING BERLAKU PADA HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD: Hari ini berlaku lagi di Selatan Filipina, Pakistan dan China.



Seperti rencana yang ditulis sebelum ini bahawa bencana sering berlaku pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan awal pagi hari ini gempa berukuran 4.9 skala Richter itu melanda bandar Ruili di Wilayah Yunnan, sempadan China dan Myanmmar.

Manakala gempa berukuran 5.5 skala Richter melanda selatan Filipina juga awal pagi hari ini, (Jumaat). Gempa di dasar laut itu berlaku jam 2.12 pagi (1812 GMT) di 136 kilometer di barat daya bandar General Santos di Kepulauan Mindanao.

Sementara itu, gempa berukuran 5.9 skala Richter melanda barat daya Pakistan, juga berlaku awal hari ini (Jumaat), menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Dan bagaimana hari esok (Sabtu) dan Ahad ini...? Benarkah hari kiamat berlaku pada hari Jumaat..?




Wednesday, December 24, 2008

PPSMI: GAPENA BERI KATA DUA PADA HISHAMMUDDIN SEHINGGA 31 DIS...



Gapena beri kerajaan tempoh sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.
"Menteri Pelajaran boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena. BERNAMA

PETAI: ADAKAH ELOK UNTUK KESIHATAN.......??




Pagi ni terima e-mail dari sdr Romli, saya rasa elok dikongsi untuk faedah bersama kepada semua pengunjung blog ini....

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose.
Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout.

No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anaemia: High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation: High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness : Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites : Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control : Many other cultures see petai as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Hol land, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD) : Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes: According to research in 'The New England Journal of Medicine, ' eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%'.

Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around.. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A Petai a day keeps the doctor away'.

Tuesday, December 23, 2008

SHINKANSEN (Bullet Train): SATU ANJAKAN PARADIGMA BANGSA JEPUN...



Negara Jepun sungguh berbangga dengan kemajuan industri keretapi mereka terutama sekali Shinkansen (Bullet Train).

Shinkansen ini yang menghubungi bandar-bandar besar seperti Tokyo, Nagoya, Kyoto dan Osaka bergerak laju dan senyap. Perjalanan antara Tokyo dan Osaka kurang daripada 3 jam dengan jarak sejauh 515.4km dengan laju purata 170 – 320km/h. Lebih pantas daripada TGV dari Perancis.

Mula beroperasi tahun 1964 dengan membawa penumpang seramai 375,000 sehari. Dan perbincangan peringkat awal bermula pada tahun 1930 dan diluluskan oleh kerajaan Jepun pada Disember 1958.

SETUJU DENGAN MUSA HASAN: JANGAN GUNA KANAK-KANAK....!


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi,
kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.

Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.
Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang. UTUSAN

Sunday, December 21, 2008

PULAU BATU PUTIH: WAKIL KERAJAAN PI MELANCONG...???


On Friday, Chief Justice Chan Sek Keong took up the point in his keynote address at the launch of the book Pedra Branca: The Road to the World Court.

He said: 'I am not sure whether the International Court of Justice (ICJ) realised that most of the documents used by Malaysia in her arguments against Singapore were produced by us.'
Oleh itu Rais Yatim dan Gani Patail buat apa...????

AWAS...!!!! BENCANA ALAM SERING BERLAKU PADA SETIAP HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD..!





Menurut sdr Ishak A.K dari INSAF Humanitarian Relief yang pernah terlibat dalam misi menyelamat dengan UN termasuk di Pakistan, Acheh dan China memaklumkan rata-rata bencana alam sering berlaku pada setiap hujung minggu. Adakah ini kebetulan..??

Tragedi Tsunami di Acheh berlaku pada hari Ahad 26 Dis 2004 dan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada hari Sabtu 6 Dis 2008.

Manakala gempabumi dahsyat di Wilayah Xinjiang (majoriti Muslim), negeri China adalah berlaku pada jam 0633 waktu tempatan hari Jumaat, 21 Mac 2008. Bagaimana pula dengan tarikh 26hb dan 27hb hujung minggu ini...?????

Saturday, December 20, 2008

PPSMI: GAPENA MULA MENCABAR HISHAMUDDIN....



Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) mula mencabar Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin Tun Hussien meletak jawatan sehingga tempoh 15hb Mac 2009 atas kegagalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kalau tidak, kami akan buat laporan polis," kata Ketua II GAPENA, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

GAPENA adalah pertubuhan MELAYU yang pro UMNO.

Friday, December 19, 2008

THE THREE GORGES DAM: SATU ANJAKAN PARADIGMA OLEH NEGARA CHINA..



'The Three Gorges Dam' adalah stesyen empangan hydro-letrik yang terbesar di dunia. Dibina di sungai Yangtze yang mana pembinaannya bermula pada Disember 1994 dan siap pada Oktober 2008.
Empangan ini akan beroperasi sepenuhnya pada 2011 dan akan menjana tenaga letrik sehingga 22500 MW. Pembinaan empangan ini yang dicita-citakan oleh Sun Yat Sen pada 1919 dan dimulakan dengan plan kerja-kerja permulaan asas oleh Chiang Kai Shek pada tahun 1932.

Thursday, December 18, 2008

DUA WAJAH: TAHANAN TANPA BICARA - Sesuai dibaca oleh generasi muda sebagai inspirasi....!

























Buku warna hijau ini dicetak tahun 1996 dan manakala warna merah ini..... baru dilancar semula pada 10 Nov 2008 baru-baru ini.

Buku ini saya sarankan dibaca terutama kepada mereka-mereka yang ingin tahu apa itu erti kehidupan. Saya telah membaca buku ini pada tahun 1998 iaitu cetakan keempat dan masa itu saya bertugas di DBKL.

Selepas membacanya ramai pula rakan sepejabat meminjam untuk dibaca.... hinggalah saya tak tahu siapa yang terakhir membacanya. Saya harap buku itu masih ada di DBKL dan kepada yang menyimpan buku itu......diharap berilah galakan rakan-rakan untuk membacanya.

Untuk pengetahuan ........buku ini sangat memberi perangsang dan semangat kepada yang membacanya baik secara spiritual, mental dan fizikal untuk terus mengharungi kehidupan yang agak mencabar pada masa depan....!

Monday, December 15, 2008

DI SAAT-SAAT AKHIR PENGHUJUNG KARIER SEORANG PEMIMIPIN....!! PRES. BUSH DIBALING KASUT..!!

Bush dibaling kasut di Iraq..
15/12/2008 12:44pm
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam. Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran. Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AFP

Sunday, December 14, 2008

BAHASA JEPUN BERJAYA MENAKLUK DUNIA



























Saya setuju dengan pandangan serta komen Puan Hjh Ainon Mohd, Presiden Univ. Terbuka PTS bahawa bangsa Jepun berjaya mengkayakan rakyatnya dengan menggunakan bahasa Jepun itu sendiri. Sdr lihat sendiri jenama-jenama seperti Mitsubishi, Toyota, Kawasaki, Daihatsu, Hitachi dan lain-lain. Jenama-jenama ini sudah sinonim dengan jenama lain di peringkat antarabangsa. Dan apa yang dikatakan oleh Prof. Dr. Abdullah Hassan, maruah bangsa itu adalah pada bahasanya....... sungguh tepat sekali.

Bagaimana dengan bahasa kita....???