Thursday, June 25, 2009


PENGORBANAN DARI SEORANG PENGURUS FAS DARI PAKATAN RAKYAT....!!!

Salam,

Alhamdulillah, setelah setahun menerajui Pasukan Bolasepak Selangor (sejak 1 Jun, 2009) secara sepenuh masa, pasukan Selangor telah kembali ke persada perdana bolasepak tanahair setelah 3 tahun ketandusan sebarang kejayaan.

Untuk rekod pencapaian saya setakat ini untuk pasukan Selangor ialah:

2006 : Tiada piala dan tempat ke-7 Liga Super
2007 : Tiada Piala dan tempat Ke-7 Liga Super
May 2008: Selangor duduk di tempat ke-4 Liga Super

1 Jun 2008: Dilantik sebagai pengurus pasukan Selangor
Jun 2008 : Final Piala FA
Julai 2008 : Juara Piala Sultan Selangor
Julai 2008: Juara Piala Presiden
September 2008: Final Piala Malaysia
Oktober 2008: Pengstrukturan semula pasukan dan melantik jurulatih baru
Disember 2008: Juara Piala Bardhan
Januari 2009: Juara Piala Sumbangsih
April 2009: Juara Piala F.A

dan

layak ke Kejohanan Piala AFC 2010.
Jun 2009: No. 1 Liga Super
dan harapan cerah untuk kedudukan 3 teratas Liga.

Setelah PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, MB yang juga Presiden FAS yang baru telah mengambil pendekatan yang berani dengan melantik pengurus pasukan sepenuh masa dan saya telah berjaya mendapatnya yang kebetulan juga aktivis PKR di Selangor. Namun, dalam AGM FAS tahun lepas dan berlaku sekali lagi dalam AGM Jumaat lalu, ada kelab-kelab gabungan yang sekali lagi membangkitkan isu pembayaran gaji kepada Pengurus Pasukan walaupun mereka sedar bahawa saya melakukan kerja ini bukan secara sukarela.

Pada pendapat mereka Pengurus pasukan seperti pengurus pasukan Selangor yang dulu dulu, sepatutnya membawa masuk wang kepada pasukan, bukan sebaliknya dibayar gaji. Tetapi yang mereka tak sedar adalah saya membawa masuk wang melalui persembahan pasukan yang meningkat sekaligus manarik minat penyokong masuk ke stadium dan FAS dapat hasilnya. Mereka juga tidak sedar bahawa saya tidak mendapat apa2 kontrak yang besar dari kerajaan negeri seperti amalan dulu.

Dulu memang pengurus pasukan kena cari wang untuk FAS kerana pengurus2 pasukan seperti Dato' Aini, Dato' Mokhtar dan Dato' Satim diberikan kontrak yang sampai mati tak habis makan. Juga yang mereka tak sedar ialah pasukan Selangor dan seluruh jentera FAS dibayar oleh KDEB yang mana ianya diusahakan oleh MB dan Adun/MP PR Selangor dan disyorkan oleh saya sendiri melalui kertas kerja yang saya sediakan kepada MB. Mereka juga pertikaikan sepatutnya Pengurus cari wang untuk bonus pemain seperti mana yang diamalkan oleh Pengurus Pasukan yang lepas.

Mereka tak sedar bahawa sistem pembayaran bonus yang baru ini adalah ciptaan saya sendiri dimana pemain berhak menerima sekurang2nya 30% royalti daripada hasil kutipan tiket dan bukan dibolot semuanya oleh FAS. Tetapi bayaran ini hanya akan dilunaskan apabila pasukan menjuarai sesuatu piala. Sistem ini sangat berkesan sehingga Selangor menjadi pasukan yang terkuat di dalam Liga M sekarang dan setakat ini telah membolot KESEMUA piala yang dipertandingkan dan penonton telah kembali ke stadium. Hasil kutipan jadi baik dan pemain mendapat pulangan.

Siapa bentuk pasukan ini? Siapa yang cadang penukaran jurulatih dan pemain? Kelab gabungan FAS ke? Saya tak mahu mendabik dada, saya sedar dimana usaha pemain, dimana usaha jurulatih dan pegawai lain, dimana usaha persatuan, dimana usaha Presiden. Mereka semua berjaya buat kerja mereka. Tetapi, saya dah banyak, malahan terlalu banyak berkorban untuk kejayaan pasukan ini. Namun, ada segelintir manusia di dalam FAS yang sudah mula mencemburui segala hasil ini. Alhamdulillah, saya terima dengan redha segalanya, Allah maha kuasa. Semuga Allah membuka hati dan terangi mereka yang masih di dalam kegelapan. Mereka bukan bodoh, cuma tak faham kedudukan sebenarnya. Bukan salah mereka, tetapi salah pemakanan mereka sejak kecil.

Mungkin salah mak bapak mereka salah beli makanan! Tujuan saya membongkar perkara ini disini adalah untuk pengetahuan semua dan faham kedudukan ini. Saya sedang menyiapkan laporan saya dan laporan KPI saya untuk dikemukakan kepada MB. MB tidak harus duduk diam sahaja. Jika sekiranya beliau pantas bertindak, saya rasa tiada siapa yang akan mempertikaikan keputusan beliau untuk mengubah sistem perlantikan Pengurus Pasukan.

Sejak menerajui pasukan, saya tidak pernah mempolitikkan pasukan mahupun menggunakan pengaruh politik dalam pasukan atau FAS. Malahan saya pesan pada rakan2 poltik agar tidak berpolitik di stadium atau bersama pemain. Malahan, pendekatan saya ialah menggunakan sukan untuk perpaduan bangsa, agama dan fahaman politik. Cuba tengok, di stadium ada UMNO, PKR, PAS, MIC, MCA. Mereka sepakat untuk satu misi...sokong Selangor. Mereka boleh duduk bersama, berborak, makan, gelak ketawa, sedih dsbnya. Itu semua berlaku bila pasukan Selangor berjaya.

Malahan DSAI buat pertama kalinya hadir ke stadium bersama 90,000 penonton lain di Stadium tengok bola bila Selangor berjaya dan duduk beriringan dengan pemimpin UMNO, Sam (Ketua AMK) berdiri dan berbual mesra bersama KJ, semua tu kerana bola/sukan. Saya dah buat kerja saya. Elok tak elok, bukan saya penilainya, anda semua penilainya. 1/3 dari apa yang saya perolehi saya kembalikan kepada pasukan untuk motivasi pemain dan pegawai. 1/3 lagi saya kembalikan kepada parti dengan membantu rakan2 yang dalam kesusahan. Yang lain untuk anak dan keluarga sendiri.

Kalau nak kira betul2, apa yang saya terima tak berbaloi dengan masa, tenaga dan pengorbanan lain. Tapi saya redha! Saya tak kisah tu semua. Saya dah biasa hidup susah dan berdikari. Saya tidak kebal! Saya faham bahawa saya tidak akan kekal di sini. Tetapi sebelum terlambat, saya mahukan pembelaan daripada parti yang saya dukungi sejak 1998 ini kerana ini sahajalah kerja yang saya buat untuk sara hidup dan keluarga. Setakat ini, alhamdulillah sokongan dari rakan2 parti amat baik sekali dan saya amat hargainya. Cuma, saya hendak hentikan ini once and for all dan saya perlukan bantuan rakan2 semua. Saya tak mahu wang, kontrak dsbnya dari saudara semua, tetapi apa yang saya perlukan ialah kita bersatu untuk bertindak dalam pastikan kita BENAR-BENAR SEDANG MEMERINTAH SELANGOR, BUKANNYA KITA PERINTAH TETAPI MUSUH POLITIK KITA YANG BERKUASA PENUH DAN MAKAN HASILNYA SAMPAI BUNCIT!

Wassalam

Zack

1 comment:

Anonymous said...

Salam. TAHNIAH ZACK di atas kejayaan pasukan bolasepak Selangor sejak menerajui pngurusan. biasa bro, bila dh berjaya ramai org irihati tak kira dlm sukan, politik atau apa saja. masa berjuang susah nk nampak muka, tapi bila dh berjaya ramai pulak tonjolkan muka & mdabik dada kononnya AKULAH PEJUANG! SABAR & JANGAN LAYAN golongan PAHLAWAN KSIANGAN INI. teruskan pjuangan dlm mbawa bolasepak selangor ke arah kegemilangan. asha@AMK HS, 99'-09'.