15hb Jun 2009
SOAL-JAWAB DENGAN DR SYED HUSIN ALI TENTANG CHIN PENG..!
SOALAN 1: Haruskah Chin Peng diberi peluang pulang ke Malaysia? Apakah sebabnya?
JAWAB: Sangat aneh soal Chin Peng ini dibesar-besarkan sebelum, semasa dan selepas PM Najib melawat negara China komunis. Lebih aneh lagi kenapa Chin Peng hendak disekat pulang kerana Abdullah C.D., Pengerusi PKM,pernah diraikan oleh Sultan Azlan Perak dan Rashid Maidin, seorang pemimpin PKM terkenal, pernah diterima bertemu dengan bekas PM Mahathir, sebelum mereka berangkat ke Mekah beberapa tahun lalu. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diampunkan. Tun Daim dan beberpa pemimpin Umno pula diketahui melawat tempat kediaman sebuah pasukan PKM yang diketuai Rashid Maidin dan menghulurkan derma untuk membina surau mereka. Adakah sekiranya Chin Peng Melayu sikap dan layanan terhadapnya akan berlainan?
Kita tahu Chin Peng sudah berumur 84 tahun. PKM telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 dan meletakkan senjata. Bahkan mereka memusnahkan senjata mereka, berikutan perjanjian itu. Pengaruh komunisme di Malaysia dan di seluruh dunia merosot, jadi saya tidak nampak Chin Peng boleh menimbulkan masalah keselamatan. Mungkin masalah yang ditimbulkan oleh penjenayah-penjenayah sekarang lebih mengancam.
Benar, ada juga keganasan serta kezaliman yang pernah dilakukan oleh sesetengah anasir komunis. Tetapi bukankah penjajah British dan Fasis Jepun juga banyak melakukan kezaliman ke atas rakyat negara kita ini? Mengapakah mereka mudah saja dimaafkan bahkan dijadikan teladan? Kenapa tidak ada tindakan terhadap tentera British yang membunuh beramai-ramai rakyat tidak berdosa di Batangkali dulu, misalnya? Kenapa tiada bantahan terhadap tentera fasis Jepun yang menjadikan ramai wanita sebagai hamba sex?
Jikalau kita boleh memaafkan anasir-anasir zalim penjajah dan fasis tersebut, dan meraikan para pemimpin PKM yang lain, kenapa masih dendam kesumat terhadap Chin Peng? Beliau memimpin PKM berperang gerila terhadap penjajah Inggeris. Ramai tentera British beserta tentera Gurkha, Fiji dan Kenya yang berkhidmat dengan British turut terbunuh. Mereka mempertahan kepentingan penjajah British di Malaya ketika itu.Begitu jugalah ramai tentera dan polis Melayu dan sebilangan kecil bukan Melayu yang terpaksa bekerja dengan British untuk menyara hidup.Secara disedari atau tidak mereka mula-mula mempertahan kepentingan penjajah British. Ada yang terbunuh ataupun tercedera. Begitulah akibat peperangan. Sudah tentu kita bersimpati penuh kepada keluarga mereka yang terbunuh itu. Peranan mereka dalam sejarahpun perlu dinilai.
SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?
SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?
JAWAPAN: Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Tun Ismail, bekas TPM, dalam sebuah ucapan sewaktu menerima ijazah kehormat dari USM pada bulan Jun 1973, jikalu tidak silap. Beliau mengakui setiap golongan telah memberikan sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan. Ini termasuk golongan kiri. Pada pendapat saya, perjuangan bersenjata PKM menentang penjajah British telah menolong mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.
Saya membaca bahawa semasa perbincangan perjanjian perdamaian, perwakilan PKM minta supaya dirakamkan peranan parti itu dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun semasa rundingan ketua perwkilan Malaysia mengakui peranan PKM, tetapi perwakilan Malaysia tidak bersetuju ini dimasukkan ke dalam teks perjanjian. Akhirnya disetujui oleh pihak perwakilan Malaysia supaya perkara ini diserahkan untuk dibincang dan ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan lain-lain. Sepatutnya sekarang ini kita memulakan dan membenarkan proses kajian dan perbincangan akademik yang objektif.
SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?
SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?
JAWAPAN: Selain dari cuba mengalihkan pandangan rakyat dari pelbagai isu yang dihadapi serta menghantui Najib dan kerajaan dipimpinnya sekarang, seperti kemelesetan ekonomi, kemelut negeri Perak, pembunuhan Altantuya, mungkin ada satu lagi perkara lebih besar.
Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak keCinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.
Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak keCinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden
KEADILAN
No comments:
Post a Comment