PAS: ERDOGAN ATAU "ARROGANT"....!!!
Tahniah kepada Ustaz Nasharuddin atas kemenangan Timbalan Presiden PAS dan tahniah juga kepada Datuk Husam Musa kerana konsisten dalam perjuangan.
Walaubagaimanapun dalam analisa saya atas kemenangan Ustaz Nasharuddin ialah cabaran PAS di masa mendatang dalam setahun ini akan melalui satu proses yang sangat mencabar. Mampukah Nasharuddin untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan sedangkan dia belum mampu membuktikan bagaimana dia hendak membina ikatan perpaduan dalam Parti PAS itu sendiri...!!
Dengan kemenangan Timbalan Presiden PAS kali ini yang saya anggap 'kemenangan teknikal' atau kekalahan Husam sebagai 'kesilapan taktikal', corak pengundian keseluruhan jawatan tertinggi PAS sangat-sangat membimbangkan.
Harapan orang no.1 dan no.2 dalam PAS kearah kerajaan perpaduan sangat tinggi sedangkan harapan akar umbi adalah sebaliknya. Saya khuatir dan saya harap tidak berlakunya seperti peribahasa 'Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran".....!
Pandangan saya Nasharuddin perlu menangguhkan cita-cita kerajaan perpaduan itu dahulu dengan terus menumpukan kerajaan perpaduan dalam PAS itu sendiri....!!!
Jangan sekali berlaku propaganda UMNO dengan perginya "PAS ERDOGAN" dan lahirnya "PAS ARROGANT"...!
1 comment:
Kepada mereka yang beri ulasan berilah ulasan secara akedemik...!
Ulasan songsang tak memberi manfaat kpd sesiapa pun...!!
Saya berdoa agar mereka ini diberi petunjuk dan hidayah..!!!
Segeralah bertemu Ustaz berdekatan untuk mengesahkan sdr di landasan yang benar...!!
Post a Comment