Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno yang akan diadakan selama lima hari mulai 24 Mach ini mungkin terpaksa dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana didakwa membenarkan lebih 400 perwakilan yang bertaraf muflis menghadiri persidangan dan mengundi pada pemilihan parti.
Menurut ahli Umno dari Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman setakat ini beliau telah mendapat maklumat dan mengenal pasti empat perwakilan yang sudah disahkan bankrap di sisi undang-undang."Saya sudah ada empat nama tersebut dan pihak ibu pejabat Umno pun sudah minta daripada saya tetapi saya tidak mahu beri sebab itu tanggungjawab mereka menyaring dam memastikan semua yang hadir mestilah perwakilan yang sah," kata beliau.
Kadar Shah berkata sumber yang diperolehi beliau memberitahu kemungkinan wujud lebih 400 perwakilan haram pada persidangan Umno tahun ini yang dikategorikan sebagai bankrap.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment