Thursday, March 19, 2009

SIAPA YANG BETUL...??? BRUNEI ATAU MALAYSIA....???



Pehin Dato Seri Setia Lim perjelaskan laporan pengguguran tuntutan Brunei ke atas Limbang dalam sesi persidangan Majlis Mesyuarat Negara hari ini.

Limbang tidak pernah jadi isu perbincangan

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Isu Limbang tidak pernah dirundingkan oleh pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia dan tidak dimuktamadkan mengenainya dalam dokumen Pertukaran Surat-Surat antara kedua-dua negara yang ditandatangani semalam.

Apa yang sebenarnya dirundingkan ialah berkenaan dengan sempadan darat seluruhnya, tegas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng dalam sesi petang Majlis Mesyuarat Negara hari ini. Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas laporan kononnya Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang serta beberapa tuntutan lain yang diminta oleh Malaysia dan dilaporkan dalam beberapa buah akhbar hari ini.

BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI


ABDULLAH Ahmad Badawi dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertukar-tukar Surat Pertukaran selepas majlis menandatanganinya di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.

BRUNEI GUGUR LIMBANG

17/03/2009

BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Tuanku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya, Putera Mohamed Bolkiah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI

No comments: