Tuesday, March 10, 2009

BENCANA ALAM KERAP BERLAKU SETIAP JUMAAT, SABTU DAN AHAD.....!!! PENDUDUK JAKARTA PERLU BERSIAP SEDIA....!!

Jakarta siap sedia hadapi gempa besar, tsunami


Mar 10, 09 11:44am

Kira-kira 10 juta penduduk bandar raya Jakarta diingatkan lebih berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gempa bumi besar berukuran sehingga 8.5 pada skala Richter dan menyebabkan tsunami.Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia, ketika memberikan peringatan itu berkata, Jakarta termasuk dalam garis gempa yang terbentang dari Sinabang hingga ke Pelabuhan Ratu, lapor Bernama.
Ketua PPK Rustam S Pakaya yang dipetik akhbar Republika hari ini berkata potensi gempa itu berlaku ekoran daripada pergerakan kerak bumi di bawah laut yang berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat."Terjadi hakisan terus-menerus di bawah permukaan laut," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tiada piha dapat menentukan secara tepat tarikh dan waktu bila gempa bumi besar itu akan terjadi. Berdasarkan hasil pemantauan yang diperoleh PPK, berlaku hakisan diPelabuhan Ratu setinggi 2,050 meter dan 600-700 meter di Pangandaran di bawah permukaan laut.
"Kita harus waspada jika benturan (berlaku perlanggaran) di antara lempeng bumi di bawah permukaan laut ini terjadi. Walaupun tidak dapat dikira waktu tepatnya, pasti akan terjadi gempa," Rustam dipetik berkata.Menurut agensi berita itu lagi, Rustam menambah walaupun perkiraan saintifik bahawa gempa terjadi di Padang, Sumatera Barat pada 23 Disember 2007 tidak berlaku tetapi penduduk Jakarta, khasnya, harus waspada terhadap perkiraan gempa akibat pergerakan kerak bumiyang sedang terjadi ketika ini.Sehubungan itu, menurut pegawai itu, laluan selamat menuju ke pusat pemindahan akan dimaklumkan segera secara meluas kepada seluruh penduduk Jakarta. (BERITA DARI MALAYSIAKINI)

2 comments:

Anonymous said...

Salam En. Onn,
Apa khabar?

Lia (ex Pureline)

onn said...

Alhamdulillah sihat walafiat...!!

Skrg dimana..?

sila email...!