Sunday, March 8, 2009

SURAT CUCU GHAFAR ... KEPADA TUN M....!!!!




Daripada : Muhammad Zahid bin Haji Md. Arip
No. Kad Pengenalan: 660622-04-5355
No. Ahli UMNO : 00461077
Tarikh : 28hb. September 1998

ALHAMDULILLAH, Segala puji-pujian Hanya Kepada ALLAH Yang MahaBerkuasa Lagi Maha Adil. Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Mulia NabiMuhammad S.A.W.

Saudara,

Inilah kali kedua dalam hidup saya, saya mengutus surat kepada saudara.Surat pertama saya pada tahun 1993 merupakan surat tertutup, berbeza dengan surat ini yang ditulis secara terbuka. Saya sedar dengan ketibaan surat ini ke pangkuan saudara, tidak dapat tidak ianya akan memberi ruangdan peluang kepada pengampu-pengampu saudara untuk menyerang saya dengan kenyataan-kenyataan hina dan jijik. Saya mungkin dituduh biadap terhadap saudara - orang yang paling berkuasa di dalam UMNO danKerajaan pada masa ini.

Sesungguhnya, saya tidak gentar sama sekali kepada saudara, apatah lagikepada pengampu-pengampu saudara kerana saya yakin saya di pihak yang benar.

Saya ingin tegaskan di sini, kerja tulis surat terbuka kepada Perdana Menteribukanlah kerja luarbiasa. Saudara dulu pun menulis surat terbuka kepadaYang Teramat Mulia Tunku. Jika perbuatan ini dianggap biadab dan kurangajar, saudaralah guru dan bapak kepada sebarang kebiadaban dan kekurangajaran saya. Bagi saya, saya rela ditudub biadab terhadap saudara.


Saudara sendiri pernah biadab kepada Bapa Kemerdekaan Almarhum YangTeramat Mulia Tunku. Pada usia Yang Teramat Mulia Tunku 62 tahun padatahun 1970, saudara pernah mengatakan Tunku telah nyanyok dan patutberhenti. Sekarang umur saudara 73 tahun. Ini bermakna saudara 11 tahunlebih nyanyok dari Yang Teramat Mulia Tunku.

Bagi saya, saudara memang sudah nyanyok - orang nyanyok tidak lagi layak memimpin parti dan negara. Oleh tiu, saya atas nama maruah dan anak jantan, saya cabar saudara supaya meletakkan jawatan yang saudara sandang sekarang. Bagaimanapun, saya tahu dan saya yakin pemimpin nyanyok dan tidak tahu malu macam saudara tidak akan meletakkan jawatan.

Kenyanyokan saudara semakin terserlah akhir-akhir ini apabila saudara selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, telah mengeluarkan perintah menahan beberapa tokoh dari kalangan pemimpin UMNO dan NGOyang dipercayai rapat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa salah jika mereka menyokong Datuk Seri Anwar? Tunjukkan kepada saya di mana seseorang yang mereka hendak sokong? Inikah prinsip demokrasi dan keadilan yang diamalkan oleh saudara?

Saudara sedarlah diri bahawa saudara sudah nyanyok. Memang menjadilumrah dan kebiasaan orang nyanyok tidak sedar dan tidak akan mengaku bahawa dirinya telah nyanyok.

Antara yang ditahan ialah Yang Dikasihi Yang Berhormat Datuk Haji AhmadZahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dipilih melalui proses parti. Beliau telah menumbangkan penyandang jawatan yang juga merupakan tokoh bermoral tinggi yang bersih malah lebih bersih dari saudara sendiri iaituTan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Datuk Zahid turut menumbangkan Menteri Datuk Annuar Musa, Menteri Besar Tan Sri Isa Samad dan ahlibiasa Saudara Abdul Rahman Salleh.

Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda simpati danatas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas mesyuarat Excomemutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi berdampingan denganDatuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh Majlis TertinggiUMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak lagi dilihat bersamadi rumah Datuk Seri Anwar.


Dalam tempoh itu, beliau telah menumpukantugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan Nasional dan di Kretamsebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah ke Sabah atas urusan Kretam.Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah supaya beliau di tahan dibawah ISA.
Terdahulu dari itu, dalam Perhimpunan Agung Pemuda, Datuk Zahid telah dengan lantang membangkitkan soal Nepotisme dan Kronisme yang padapendapat Pemuda dan rakyat, gejala buruk ini begitu berleluasa dalam kerajaan yang dipimpin oleh saudara - pemimpin tua lagi nyanyok.

Teguran Datuk Zahid itu, telah dibidas keras oleh saudara dalam ucapanpenggulungan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO yang turutdisiarkan oleh TV 1 secara langsung di seluruh pelusuk tanahair. Maka dilihatoleh sekelian orang rakyat Malaysia - Melayu, Cina dan India bagaimanaPresiden UMNO telah membelasah teruk Ketua Pemuda UMNO.

Dari insiden ini, jelas dan nyatalah saudara adalah seorang pemimpin yangsombong lagi bongkak yang tidak boleh ditegur dan menerima tegruan. Teguran akan dianggap mengkritik - berbeza pendapat akan dianggap melawan.

Selepas dari episod malang itu, Datuk Zahid telah dihujani dengan surat dan telegram tahniah, kata-kata perangsang, sokongan dan semangat dari handai taulan dan rakyat jelata. Rata-rata mereka berpendapat Datuk Zahid telah dizalimi oleh saudara. Bagi saya, saudara boleh memukul Datuk Zahid dengan niat mengajar, tetapi hakikatnya saudara telah mandera Datuk Zahid sehingga beliau yang tinggi akal budinya mendapat simpati orang ramai, khususnya pendukung-pendukung UMNO di peringkat akar umbi.

Sekarang beliau ditahan di bawah akta zalim ISA. Kepada saudara saya beriingat - saudara telah menahan Datuk Zahid dalam keadaan beliau sihat. Dan dalam keadaan ada kuasa saudara boleh siasat beliau, saudara boleh kurung beliau, hatta saudara boelh berbuat apa saja ke atas beliau - tetapi INGAT -sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Datuk Zahid dalam tempoh tahanan ini, biar saya tinggal seorang, tetap saya tuntut pertanggungjawaban ini dari saudara dunia dan akhirat. Jangan saudara fikir kuasa saudara besar sangat -Kuasa ALLAH Maha Besar.

Saya ingin bertanya, apakah mereka yang ditahan di bawah ISA ini benar-benar mengancam keselamatan negara atau ditakuti mengancam keselamatan politik saudara dan suku-sakat saudara?

Jawaban nya ada pada diri saudara sendiri!.

Jika mereka ditahan kerana mengancam keselamatan negara, saudara perlu menjelaskannya kepada rakyat ancaman yang bagaimana yang mereka lakukan serta dengan bukti-buktinya sekalai. Saya yakin saudara boleh mengadakan bukti. Bukankah saudara adalah pakar dalam mencipta bukti-bukti palsu. Jika tidak, saudara tidak boleh menghalang saya dan rakyat Malaysia yang lain mempercayai bahawa penahanan mereka di bawah ISA adalah disorong oleh kepentingan politik saudara yang ingin terus berkuasa sampai mati.

Jika kepentingan politik saudara dijadikan alasan menahan mereka, ketahuilah saudara telah hilang pertimbangan, hilang keperimanusiaan -urusan UMNO, peribadi dan kerajaan telah dicampuradukkan.

Jika sebagai orang UMNO mereka bersalah - hukumlah mereka melaluisaluran UMNO. Terlanjur menyebut soal UMNO, saya ingin tegaskan sayaadalah orang UMNO. Saya cabar saudara memecat semua orang UMNO yang menyokong Gerakan Reformasi yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar. Saya yakin dan percaya pemimpin pengecut macam saudara tidak akan berani berbuat demikian.

Sebaliknya saudara akan gunakan apa saja akta yang ada yang boleh digunakan termasuk ISA dan Akta Hasutan untuk menhan saya jika surat ini boleh mengancam keselamatan politik saudara. Di sinilah bezanya intan dankaca - Tunku dan saudara. Yang Teramat Mulia Tunku hanya pecat saudaradari UMNO tetapi tidak menggunakan ISA atau mana-mana akta untuk menahan saudara.

Tindak tanduk saudara sekarang ini, sebenarnya merugikan Bangsa Melayu. Tanpa segan silu saudara sendiri mengaku bahawa saudara orang Melayu dan menjadi Presiden Parti Melayu - UMNO. Mereka yang saudara arah untuk ditahan di bawah ISA semuanya orang Melayu belaka. Begitu juga mereka yang ditohmah merusuh adalah orang Melayu yang dipukul oleh polis dan FRU Melayu juga. Polis dan FRU tidak bersalah, sebaliknya saudaralah yangharus bertanggungjawab kerana saudara adalah menteri yang menjagamereka. Tidakkah saudara kasihan kepada orang Melayu ini. Ke manakah hilangnya pertimbangan kemelayuan saudara?. Saya ingin bertanya, saudara ini jenis Melayu yang macam mana?.

Tindakan saudara ini sebenarnya telah dan akan menyusahkan keturunan saudara jua. Saudara harus ingat saudara ana anak yang berbakat besar dalam politik tanahair. Tindakan sedemikian hanya menyediakan musuh untuk dia hadapi apabila saudara tiada lagi du dunia ini. Fikir-fikirlah sikit. Jangan kerana kita nak kenyang hari ini, keturunan kita pula berlapar hari esok!.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan betapa meluatnya saya atas kenyataan biadab dan bongkak dari saudara yang telah memperkecil-kecilkandan mempertikaikan hukum hudud yang merupakan hukum ALLAH.
Saudara terus biadab apabila menghina dan mempersenda janggut Rasulullah S.A.Wyang merupakan sebahagian dari sunnah baginda. Saudara juga telah menempelak para mufti dan ulamak serta memfitnah Ustaz Profesor Dato' Dr.Harun Din Al-Hafiz. Ini semua terkandung dalam tape yang diedar di Arau dan tersiar dalam buku 'Layakkah Anwar Memimpin Reformasi' karya Ahmad Lutfi Othman.

Sama ada saudara tahu atau tidak, hati rakyat yang beragama Islam tergurissudah. Mereka begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa PerdanaMenteri mereka telah nyanyok dan sanggup membuat kenyataan baidab yang sedemikian rupa.

Dari segi hukum Islam, cuba-cubalah saudara bertanya secara ikhlas kepada mana-mana Ustaz dan Tuan Guru, apa hukumnya jika seseorang itu mempertikai dan memperkecil-kecilkan hukum hudud serta mempersenda sunnah Rasulullah S.A.W.

Sehingga surat ini ditulis, belum ada sebarang penafian dari mulut saudaramengenai perkara ini.
TAUBATLAH!!...SEBELUM TERLAMBAT!!............

Menyentuh tentang malang yang menimpa Datuk Seri Anwar, sukalah saya menegaskan bahawa saya percaya beliau tidak bersalah sebaliknya beliau telah dianiaya oleh konspirasi politik yang barangkali dipimpin sendiri oleh saudara - pemimpin tua, nyanyok lagi penakut - yang takut dicabar oleh Datuk Seri Anwar.

Saya yakin, saudara sememangnya takut dengan pengaruh dan kredibilitiDatuk Seri Anwar di dalam UMNO. Saudara lebih takut lagi apabila beliauberada di luar UMNO, kerana beliau telahpun menyatakan kesediaannyauntuk mencabar saudara di Kubang Pasu dalam Pilihanraya yang akandatang. Sebab itu, Datuk Seri Anwar segera ditangkap dan dikurung. Atasdasar itu jugalah, proses mengaibkan beliau diteruskan setiap hari denganlebih hebat lagi.
Tetapi saudara lupa masa depan politik saudara belum tentuselamat dan INSYAALLAH Kekanda Dr. Wan Azizah akan meneruskanperjuangan suaminya menentang dan mencabar saudara di Kubang Pasu!.

Justeru itu, saya awal-awal lagi tidak terperanjat jika saudara akan mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah mana-manap eraturan baru bagi menghalang Dr. Wan Azizah dari bertanding mencabar saudara. Barangkali jika perlu, Dr. Wan Azizah juga akan ditangkap dandikurung seperti suaminya atas arahan saudara. Kalau itu semua tidak berlaku, setidak-tidaknya saya yakin saudara mungkin akan berpindah kekawasan lain yang lebih selamat buat saudara. Dan jika ini benar-benarberlaku, ianya akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa saudara sememang penakut dan bacul.

Selain dari cabaran yang saudara hadapi Dr. Wan Azizah, saudara harus ingat, saudara juga akan menghadapi cabaran dari dalam UMNO sendiri. Ini berdasarkan sudah wujud gerakan oleh Yang Berhormat Senator DatukIbrahim Ali berserta rakan-rakan dari bekas ahli Semangat 46 yang telah berkempen secara senyap-senyap untuk menabalkan Yang Berhormat MuliaTengku Razaleigh Hamzah bagi menerajui UMNO.

Baru-baru ini saya telah diberitahu, sekumpulan orang UMNO yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar dan mereka ini begitu membenci dan meluat kepada saudara telah ditemui dan dirayu oleh Datuk Ibrahim Ali supaya mereka mengalihkan sokongan kepada Tengku Razaleigh. Mereka ini dijanjikan dengan kepimpinan yang lebih bersih, lebih adil, lebih terbuka dari kepimpinan saudara yang ada sekarang. Bahkan Datuk Ibrahim Ali juga berjanji akan menemukan mereka ini dengan Tengku Razaleigh.

Kemungkinan Tengku Razaleigh mencabar saudara lebih jelas lagi, apabilaTengku Razaleigh dalam satu kenyataannya di Poh, Perak baru-baru ini telahmenyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding mengisi kekosonganjawatan Timbalan Presiden UMNO. Mengenai gaya politik dan watak TengkuRazaleigh sendiri, saya yakin beliau sebenarnya hanya berhasrat bertandingJawatan Presiden UMNO. Kalau ini berlaku, saya ingin menjadi orangUMNO pertama mengucapkan Selamat Jalan Romeo kepada saudara.

Dalam pada itu, saya turut terfikir barangkali saudara sememangnya merancang untuk menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh. Saya yakin pada pertimbangan saudara, segala pekong dan kudis saudara semasa memerintah negara ini akan ditutup oleh Tengku Razaleigh apabila beliau berkuasa nanti.

Mengenai dukungan saya terhadap Datuk Seri Anwar, saya sedih selepasbeliau dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,keesokannya dipecat sebagai ahli UMNO dan hilang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar telah diserang hebat oleh dua Naib Presiden UMNO yang masing-masing berlumba-lumba siapa yang palinghebat mengecam Datuk Seri Anwar, kerana saya yakin pada pertimbangan mereka siapa yang lebih hebat membelasah akan ada peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kepada mereka ingatlah peringatan ALLAH,"Kita merancang, ALLAH merancang, perancangan ALLAH lebih baik".

Selain mereka berdua, turut menyerang moral Datuk Seri Anwar yang dikatakan buruk ialah tokoh-tokoh bermoral terpuji yang selama ini diketahui umum seperti Datuk Megat Junid Megat Ayob, Datuk Sabaruddin Chik, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.

Bagi saya, saya tidak hairan, memang sudah menjadi resam dunia politiktidak ada kawan dan musuh yang kekal. Hari ini berkawan esok berlawan,hari ini berlawan esok mungkin berkawan. Tetapi ingatlah baik-baik, bila pelepah bawah jatuh pelepah atas jangan ketawa, lambat laun akan jatuh jua.

Apabila bercakap soal moral, saya teringat kepada janji Puan Marina Yusof dan saya jangka beliau akan mendedahkan perilaku tidak bermoral saudara apabila tiba masanya nanti - saya harap saudara dapat bersabar menunggusaat tersebut - tak akan lari gunung dikejar.

Pada tahun 1993, saya adalah penyokong kuat datuk saudara saya Tun AbdulGhafar Baba yang ketika itu dicabar oleh Datuk Seri Anwar. Tun Ghafarmemberitahu saya bahawa saudara berjanji akan menyelamatkan beliau. Janjisaudara kami tunggu. Akhirnya janji itu dikotakan oleh saudara denganmembuat kenyataan yang memilukan Tun Ghafar di Kuala Terengganu -Don't overstay your welcome".
Tun Ghafar nyata kecewa dan meletakkansemua jawatan dalam parti dan kerajaan. Beliau telah ditipu olehs audara..Dalam masa yang sama beliau mendendami Datuk Seri Anwar sehingga kini. Dendamnya bukan kepalang.

Jika pertimbangan keluarga diambil kira, saya sepatutnya memilih untukbersama saudara dan Tun Ghafar membelasah Datuk Seri Anwar. Memang sukar bagi saya untuk berlain arah apatah lagi bertentang dan berbeza pendapat dengan Tun Ghafar - tokoh yang cukup saya hormati suatu ketika dahulu. Saya berharap Tun Ghafar tidak terperanjat dengan keputusan saya ini, sebagaimana saya tidak terperanjat bagaimana beliau boleh bersama Tan Sri Abdul Tamby Chik ke sana sini sekarang ini.

Saya tidak boleh bersekongkol mengizinkan dendam kesumat Tun Ghafar etrhadap Datuk SeriAnwar mengatasi batasan keebnaran. Setelah meneliti sekian lama ALHAMDULILLAH di saat genting begini ALLAH bukakan pintu hati sayauntuk membuat keputusan mempertahankan kebenaran yang ada pada Datuk Seri Anwar. Kebenaran tetap benar. Nyatakanlah kebenaran yang baru mula bertapak walaupun pembohongan sudah melata ke seluruh dunia.

Bagi saya, saya sememangnya mengelak untuk mencerna, apalagi mengaibkan Tun Ghafar kerana mencerna dan mengaibkan beliau bererti menzalimi diri saya sendiri. Saya yakin saya tidak mencerca dan mengaibkan beliau dalam surat ini kerana apa yang saya sebutkan adalah peristiwa benar yang telah menimpa beliau.
Saudara,

Pada kesempatan ini sukalah saya merakamkan kembali rentetan perilakuburuk saudara yang suka menimbulkan masalah dan bergaduh dengan sesiapasahaja dari tahun 1970 hingga sekarang.


***

Tujuh Keterangan bahawa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Jika kita amati keterangan-keterangan di bawah ini ternyata jelas Anwar tidak bersalah!! Sila baca dan renungkan dengan ikhlas!!

1. Saudara Anwar telah diberi 2 pilihan iaitu samada berhenti secara hormat ( dan semestinya diberi ganjaran yang setimpal seperti apa yang berlaku kepada ahli-ahli politik yang terdahulu yang disuruh berhenti seperti Musa Hitam, Rahim Thamby Chik) atau dipecat dan terima padahnya.

Anwar telah memilih jalan kedua iaitu beliau rela dipecat dari bersekongkol dengan mereka yang taghut! Mengapa beliau pilih jalan yang susah? Jalan yang penuh ranjau yang tidak tentu akhirnya?Kenapa beliau sanggup mengorbankan segalanya termasuk isteri dan anak-anak tersayang?

Jika beliau memang bersalah sudah pasti beliau memilih jalan pertama tanpa bersusah payahmerengkok di dalam jel dan sekaligus dapat menutup segala 'kesalahannya'. Anwar telah pilih jalan kedua kerana beliau TIDAK BERSALAH dan beliau tidak sanggup lagimembiarkan PM dan kuncu-kuncunya bermaharajalela!!! Inilah semangat juang yang ada padabeliau yang saya rasa kurang terdapat pada pemimpin-pemimpin kita yang lain sekarang!!!

2. Jika Anwar bersalah kenapa mesti PM sekat segala media cetak, media elektronik dan hanya menyiarkan berita berat sebelah, berita palsu dan berita yang mengelirukan rakyat semua???

Rakyat semua tahu PM cuba membohongi rakyat dengan taktik kotor ini!! Jika Anwar memang bersalahkenapa perlu PM takut; biarkan sahaja kebenaran menyerlah di akhbar, television dan radio! Biarkan sahaja kebenaran didedahkan kepada rakyat tanpa perlu sekatan akhbar!!!

Tetapi PM terus mencengkam semua media massa sehingga rakyat merasa meluat untuk membaca akhbartempatan sekarang!! Jawapannya ialah ANWAR TIDAK BERSALAH!!! PM terpaksa sogokrakyat biasa dengan berbagai fitnah setiap hari kerana takut kebenaran teserlah! PM cuba racunifikiran rakyat dengan berbagai helah dan putar-belit saban hari kerana takut rakyat insaf tentang perkara sebenar iaitu ANWAR TIDAK BERSALAH!!!

3. Kenapa mesti Anwar dipukul semasa dalam tahanan? Jika memang PM sudah mempunyai bukti kukuh tentang moral Anwar kenapa perlu menyiksa Anwar sedemikian rupa?? Jika Anwar memang bersalah kenapa mesti PM bersusah payah menyuruh Anwar dipukul? Jika beliau bersalah biar saja mahkamah membuktikannya . Kenapa perlu dipukul -pukul lagi??

Jawapannya ialah Anwar dipukul kerana berkeras tidak mahu bekerjasama . Mungkin Anwardisuruh saja mengaku bersalah (selepas itu beliau dijanjikan kesitimewaan dsbnya); mungkin juga beliau diugut tetapi tetap tidak mahu bekerjasama. Apalagi jika orang yang ditahan berkeras-kepala semestinya orang yang menahannya naik angin dan belasah mengikut hawa nafsu marahnya!!! Renungkanlah saudara sekelian! Tindak-tanduk ganas ini sudah cukup bukti bahwa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

4. Menuduh Dr. Munawar Anees membenarkan Anwar meliwatnya adalah satu lagi bukti Anwar TIDAK BERSALAH!!

Dr. Munawar adalah seorang Islamic Scholar yang terkenal di AS. Beliau adalah editor bagi IslamicPeriodica, sebuah journal khas tentang ilmu-ilmu pengajian Islam. PM tahu rakyat Malaysia memang kurang membaca journal sedemikian dan kurang terdedah kepada tokoh-tokoh Islam mutakhir ini (hasil dari sistem sekularisasi yang beliau anjurkan selama ini) Adalah tidak boleh diterima dek akal langsung mengapa seorang tokoh berkaliber seperti beliau harus takut kepada Anwar dan membiarkan dirinya diliwat??? Jelas sekali ini adalah fitnah semata-mata dan sememangnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

5. Jika Anwar bersalah, kenapa para ulama' bebas memberi sokongan padu kepada beliau!! Ust.Harun Din memang terang-terang menyatakan Anwar difitnah dan tidak bersalah.Ust. YusufAl-Qardhawi seorang ulama' terkenal dengan fatwa-fatwa beliau dizaman ini telah menyatakan iniadalah satu ujian bagi Anwar dan umat Islam keseluruhannya!Beliau telah memberi sokongankepada sebarang bentuk tindakan untuk membenteras gejala-gejala fitnah memfitnah yang dilemparkepada Anwar. Jika ulama' muktabar sendiri percaya bahwa Anwar TIDAK BERSALAH mengapa kita insan yang dhaif harus ragu-ragu lagi!!

6. Pemimpin-pemimpin negara-negara asing, pertubuhan Islam serta dunia,badan-badan duniaseperti IMF, UNESCO dsbnya telah menyuarakan ketidakpuasan mereka tentang kes Anwar; jelasdan nyata mereka dapat 'bau' sesuatu yang tidak kena! Tetapi yang sungguh menyedihkan ada diantara rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik yang mungkin sudah hilang segala deria melihat, hidu, dengar dan rasa sehingga sanggup mengiyakan segala fitnah yang dilemparkan! Mengapakah terdapat sokongan antarabangsa terhadap kes Anwar?? Sudah tentu kerana mereka yakin Anwar TIDAK BERSALAH!!!

7. Akhlak Anwar berbanding dengan pemimpin -pemimpin Malaysia yang lain jelas berbeza!!!Pernahkah kita dengar beliau ditangkap khalwat sebelum ini?? Menteri-menteri yang lain tidak sunyi dari skandal seks yang dapat ditutup dengan secepat kilat!! (namun umum tetap tahu!) Pernahkan kita dengar Anwar pergi berjudi baik di dalam maupun di luar negara?? Umum juga tahu ramai menteri melayu kita kaki judi !! Pernahkan kita dengar Anwar berpeleseran di pub-pub minum arak? Umum ramai yang tahu di kalangan menteri melayu kita ada juga yang kaki minum!!

Akhlak mulia Anwar juga terpancar dalam keluarganya dimana isterinya berlemah -lembut; anak-anak bersopan-santun; di suatu ketika saya ternampak Wan Azizah mencium tangan suaminya sebelum beliau menghadiri sesuatu mesyuarat.

Jika difikir dalam-dalam apakah patut kita melemparkan fitnah sedemikian rupa terhadap seseorang yang akhlaknya (MORAL) mulia sehingga dapat mendidik isteri serta anak-anak menjadi insan yang sabar dan gigih menempuh segala dugaan sekarang!! Sesungguhnya PM telah tersilap langkah membawa isu moral sebagai agenda utamanya kerana moral (akhlak) Anwar sejak dulu lagi berbanding dengan menteri lain memang bagai langit dengan bumi dan sesungguhnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Wahai saudara Islamku sekelian, janganlah kita jadi orang yang buta hati sehingga tidak dapatberfikir mencari kebenaran! Bukalah mata mu dan buatlah analisis bijak; jangan terima segala putarbelit ahli politik kita membabi-buta! Jangan jadi kaki 'angguk' sahaja! Janganlah jadi kakiampu/bodek seperti Isa Samad, Sanusi Junid, Ghafar dllnya. Mereka ini seakan-akan sudah tiada segan-silu membohongi rakyat dengan bermotifkan politik!

Mereka sanggup mengiyakan fitnah PM dengan harapan untuk mencapai cita-cita politik mereka! Mereka memegang sikap 'apa aku peduli tentang Anwar? Biarlah dia lungkup! Janji aku sokong PM dan disukainya!Untung-untung pemilihan UMNO tahun depan aku naik!! Adakah kita terus mahu di pimpin oleh orang-orang yang bacul, tidak bermaruah, kaki ampu seperti mereka ini semua??? TIDAK!!!!!

Saudara Islamku, kita harus bertindak segera! Pasangkan tekad di dalam hati masing-masing untuk menerangkan perkara yang benar kepada sahabat kita yang lain. Sebarkan maklumat yang benardan hapuskan segala fitnah. Berikan kesedaran kepada orang ramai tentang kebenaran. Insyallah kita akan berjaya!

"Ya Allah ya tuhan ku, kau jatuhkanlah Mahathir serta kuncu-kuncunya dan kau dedahkanlah segala kezaliman mereka terhadap rakyat Malaysia! Ya Allah berilah kekuatan dan kejayaan kepada saudara Anwar dan kami yang dizalimi! AMIN YA RABBUL 'ALAMIN!!!"

No comments: