JENG.....JENG......JENG....!!!!
Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
UMNO SUBURKAN LESEN DAN TEMPAT JUDI...????
Dalam Wacana Ekonomi Ummah 2009, di UNISEL semalam Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam teks ucapannya menyebut.....
" Malaysia boleh berbangga sebagai salah sebuah Negara pelopor sistem kewangan Islam global. Tetapi malangnya Timbalan Perdana Menteri mengambil pendekatan yang tidak konvensyional untuk meningkat pendapatan Negara sejak menjadi Menteri Kewangan Oktober lepas. Banyak lesen dan tempat perjudian baru dikeluar dan dibenarkan dalam suasana dunia sedang mendekati sistem Islam dalam pengurusan kewangan dan ekonomi dunia. "
TEKS UCAPAN SEPENUHNYA KLIK DISINI....!!
UMNO KATA ORANG CINA SUDAH BERPALING TADAH..???
Nizar's Dinner Ceramah at Taiping.....
March 27 2009
It was a clear Friday evening in Ipoh..the skies appeared a non threating blue..so i took a drive to Taiping...Nizar and the Pakatan gang were having a dinner ceramah there...at Restaurant Soon Lee on Jalan Lim Swee Aun
LAGI GAMBAR KLIK DISINI
March 27 2009
It was a clear Friday evening in Ipoh..the skies appeared a non threating blue..so i took a drive to Taiping...Nizar and the Pakatan gang were having a dinner ceramah there...at Restaurant Soon Lee on Jalan Lim Swee Aun
LAGI GAMBAR KLIK DISINI
Friday, March 27, 2009
BUAT MALU ORANG PORT DICKSON........!!!!
Gambar dari Berita Harian.
Pada 17 Mac lalu, Md Nayan yang memenangi pingat emas bagi ciptaannya itu di Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva, Switzerland dan Bulgaria pada 1998 memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM20 juta daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Roto Moulding Sdn Bhd.
Plaintif memfailkan saman itu kerana mendakwa MPPD yang dinamakan sebagai defendan pertama mengetahui Simpak adalah ciptaannya, tetapi dengan niat jahat menolak permohonannya untuk memasang produk itu di Gerai Baru MPPD di depan Jalan Mahajaya, Port Dickson, sebaliknya membenarkan Roto Moulding Sdn Bhd, memasang produk berkenaan.
Thursday, March 26, 2009
'EARTH HOUR' - KERAJAAN SELANGOR TURUT SERTA...!!!
KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2009
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan besar hati mengumumkan kesediaan menyertaikempen pada hari sabtu ini 28hb mac 2009, jam 8.30 malam. Berjuta rakyat di dunia akan memadamkan lampu selama satu jam sempena simbolik komitmen untuk mengurangkan pemanasan global dunia.
Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang paling membangun di Malaysia, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap pemasalahan ini serta menyedari tanggungjawab besar bagimerencanakan satu jalan penyelesaian. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya menyatakan bahawa semua anak syarikat akan turut serta dalam kempen ini termasuk juga semua bangunan-bangunan Kerajaan serta pusat membeli belah.
Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalahmerupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripadapemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang.
Kerajaan Negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesanpemanasan global seperti kurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan tenaga secara lebih berhemah, berjalan kaki atau mengayuh basikal bagi menggantikan kenderaan, menggunakan pengangkutan awam berbanding menngunakan kenderaan sendiri dan terus memelihara serta memulihara hutan dan alam sekitar.
Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah merupakan satu pelaburan bagi generasi akan datang dan juga adalah sebahagian daripada pakej rangsangan termasuk plan pengangkutan yang menyeluruh serta melindungi kawasan-kawasan sensitive yang juga merangkumi polisi baru Kerajaan Negeri.
Sejak setahun yang lalu, rakyat Selangor telah mengundi untuk perubahan dan Kerajaan Negerijuga berharap semua rakyat akan dapat turut serta member sokongan bagi melindungi alamsekitar. Sabtu ini, rakyat Selangor akan mencipta sejarah menjadi rakyat paling ramai di Malaysia yang menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Wednesday, March 25, 2009
EARTH HOUR DI KUALA LUMPUR....!!!!
Tuesday, March 24, 2009
KASIHAN NAZRI......!!!! YANG DITANYA RAMUNIA BHD.....! YANG DIJAWAB ROTI GARDENIA....!!!
Dipetik dari penyata rasmi Parlimen Malaysia:
Soalan Dari Puan Nurul Izzah Anwar – Lembah Pantai pada 3.18pm, 18 Mac 2009:
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa.
Saya tidak akan bercakap panjang hanya merujuk kepada Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 01000 di bawah pentadbiran. Saya pergi kepada Tabung Haji, salah satu institusi di bawah kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan mereka yang hendak menunaikan Rukun Keempat Islam.
Saya ingin bertanya kerana saya mendapat tahu bahawa Tabung Haji telah melibatkan diri dalam isu pembelian saham Ramunia Berhad pada pertengahan tahun 2008. Saya difahamkan bahawa Tabung Haji telah membeli lebih daripada 167 juta saham atau 29% dalam Ramunia Berhad pada harga purata RM1.44 sesaham berjumlah lebih daripada RM240 juta.
Yang penting di sini harga saham Ramunia Berhad telah jatuh merudum sehingga 0.25 sen apabila MISC Berhad iaitu Malaysia International Shipping Cooperation, anak syarikat Petronas Carigali Malaysia telah membatalkan pengambilan alih syarikat Ramunia dan akibatnya Tabung Haji mengalami kerugian lebih daripada RM198 juta.
Saya mempersoalkan kepada pihak kementerian, Jabatan Perdana Menteri kenapa Tabung Haji dibiarkan membeli sehingga 29% daripada saham Ramunia Berhad. Bagaimanakah pengawalan pelaburan yang begitu longgar dibuat dalam pembelian saham ini dan bagaimanakah Lembaga Tabung Haji bersama dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dapat menyelamatkan tabungan ahli Tabung Haji daripada kerugian yang besar ini?
Saya sedar bahawa Lembaga Tabung Haji melakukan segala usaha yang terdaya dan kenyataan CEOnya menyatakan mereka mahu menjaga kepentingan pemilik saham, tambahan lagi dana yang dijana oleh lembaga tersebut digunakan untuk menghantar tahun lepas sahaja, jemaah haji ke Tanah Suci sebanyak 26 ribu orang, kerana kos untuk seorang jemaah itu adalah sebanyak RM11,500 seorang.
Lembaga Tabung Haji membantu untuk mengurangkannya kepada RM8973, justeru mengapa dibiarkan pembeli saham Ramunia ini yang akhirnya melibatkan kerugian yang begitu besar. Saya harap dapat dijelaskan, kerana ini melibatkan kepentingan ramai umat Islam, jemaah haji yang ada hubung kait dengan Tabung Haji. Terima kasih.
Jawapan Dari Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz:
Yang Berhormat Lembah Pantai, isu pembelian saham Gardenia Berhad oleh Lembaga Tabung Haji sebanyak RM140 juta, harga sahamnya kemudian. Jadi kita di sini tidak memohon peruntukan tambahan untuk perkara sedemikian. Jadi saya nak jawab pun tidak boleh, keluar daripada butiran.
Ulasan Dari YB Lembah Pantai, 19 March 2009:
Pertama sekali, Syarikat yang dimaksudkan bukanlah Gardenia Bhd. (itupun syarikat ini bukanlah syarikat bhd tetapi sendirian berhad – Gardenia Bakeries sdn bhd) tetapi RAMUNIA Bhd. Yang mempunyai paid-up capital sebanyak RM 165 juta!
Kedua, alasan keluar butiran tidak bertanggung jawab memandangkan hal ini berkaitan secara langsung dengan isu pengawasan Jabatan Perdana Menteri terhadap mana-mana GLC. Isu ini melibatkan kepentingan awam memandangkan orang awam, terutamanya masyarakat Muslim Malaysia sedang melabur di Tabung Haji.
Mengapa tiada system pemantauan yang efektif dari pihak Kementerian untuk mempastikan segala urus niaga Tabung Haji dikaji dan dipantau dengan baik supaya wang pelaburan rakyat tidak dibazirkan atas pelaburan yang sia-sia.
Ketiga, saya tidak meminta peruntukan atau lebihan, cuma mahu penjelasan kenapa pelaburan Tabung Haji tidak dipantau dengan baik supaya wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja. Isunya corporate governance yang perlu dipertahankan demi menjaga nama baik institusi Lembaga Tabung Haji.
Jangan berdolak dalih dari menjawab.
By YB Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai
Ulasan: Semenjak dua menjak ni Nazri dah mula merapu sejak gambar ehem ehem tersebar..!!! KLIK DISINI..
ESOK..... BERMULANYA POLITIK WANG......!!!
Petang tadi bertemu bekas perwakilan UMNO tahun 90'an dan memaklumkan kepada saya,.... biasanya agen-agen calon akan berkeliaran ke bilik-bilik hotel jam 3-4 pagi. Mereka akan mengetuk setiap pintu bilik yang dihuni perwakilan persidangan UMNO.
Waktu itu... kebiasaannya mereka akan malu-malu kucing.....tapi akhirnya sapu juga...! Dan selepas persidangan mereka joli sakan kerana mereka mampu mengumpul setiap seorang hampir RM30,000.
Dan tahun ni kemungkinan modus operandi akan berubah sedikit...... Mereka tak ketuk pintu lagi.....tapi mereka akan tabur duit dari langit.....!!!
He..he..he..
Sunday, March 22, 2009
(EXCLUSIVE) ROS Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Umno....!!!!
Perhimpunan dan pemilihan Umno tahun ini yang dijangka bermula pada hari Selasa 24 Mach kini berhadapan dengan kemungkinan ditangguh disebabkan beberapa isu yang dikatakan bercanggah dengan peraturan Akta Pertubuhan 1966.
Esok, dua pemimpin parti diperingkat cawangan, Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun akan membuat aduan di ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada pukul 2 petang berhubung kes larangan bertanding ke atas calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan amaran keras kepada calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah berkaitan politik wang.
"Saya dan Datuk Mazalan akan ke ROS (Pendaftar Pertubuhan) esok dan kami akan membuat aduan mengenai dua kes ini bersama-sama kes yang lain.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI
UMNO AKAN BANKRAP APABILA 400 PERWAKILANNYA BANKRAP...!!!!
Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno yang akan diadakan selama lima hari mulai 24 Mach ini mungkin terpaksa dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana didakwa membenarkan lebih 400 perwakilan yang bertaraf muflis menghadiri persidangan dan mengundi pada pemilihan parti.
Menurut ahli Umno dari Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman setakat ini beliau telah mendapat maklumat dan mengenal pasti empat perwakilan yang sudah disahkan bankrap di sisi undang-undang."Saya sudah ada empat nama tersebut dan pihak ibu pejabat Umno pun sudah minta daripada saya tetapi saya tidak mahu beri sebab itu tanggungjawab mereka menyaring dam memastikan semua yang hadir mestilah perwakilan yang sah," kata beliau.
Kadar Shah berkata sumber yang diperolehi beliau memberitahu kemungkinan wujud lebih 400 perwakilan haram pada persidangan Umno tahun ini yang dikategorikan sebagai bankrap.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI
Saturday, March 21, 2009
PENGUASAAN 65% EKONOMI UMMAH.....!!!!
KRISIS EKONOMI SEJAGAT: CABARAN & HALUAN - DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.....!!!!
WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU '09)
RUMAH BERHARGA HAMPIR RM 10 JUTA MISTERI...???
Rumah ini yang lambat siap telah menjadi misteri.....!!!
Terletak di Sek. 7, di Jalan Firoz 4, Shah Alam, Selangor..... yang tersergam indah telah menjadi persoalan orang ramai kerana 'signboard'nya telah hilang....!!!
Menurut orang ramai....... rumah ini yang ditaksirkan hampir RM10 Juta adalah kepunyaan seorang CEO GLC SELANGOR yang telah pun diberi cuti.....!!!!
Mungkin Tan Sri Khalid atau MBSA boleh beri jawapan samada rumah ini akan menjadi MISTERI selama-lamanya.....!!!!
JOM KE KARNIVAL USAHAWAN UNISEL 2009 - 27 - 29 Mac 2009
Saudara-saudari di jemput ke Karnival Gerak Usahawan Siswa 2009
Tarikh : 27,28 & 29 Mac 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi-6.30 Petang
Tempat : Kampus UNISEL Seksyen 7, Shah Alam Selangor
Program : -Pameran Dagang, Pameran Akademik, Seminar Keusahwanan & Pertanian, Sukan Rakyat, Catur Bistari & Wacana Ekonomi Ummah
Thursday, March 19, 2009
TAHNIAH PASUKAN SELANGOR...!!!!
Tahniah...!!!
Pasukan bolasepak Selangor sekarang berada di kedudukan teratas Liga Super dan akan beraksi dalam peringkat Separuh Akhir Piala F.A.
Jadual perlawanan akan datang adalah seperti berikut:
21/3/09 - Selangor vs. Kuala Muda Naza - Alor Setar (Live RTM 1)
31/3/09 - Selangor vs. Terengganu - K. Terengganu
4/4/09 - Selangor vs. PDRM - Shah Alam
7/4/09 - Selangor vs. Perlis (Separuh Akhir 1 Piala FA) - Kangar
11/4/09 - Selangor vs. Kelantan - Kota Bharu (Live RTM 1)
18/4/09 - Selangor vs Perlis (Separuh Akhir 2 Piala FA) Shah Alam
25/4/09 - Selangor vs ...Jeng..Jeng..Jeng...(Final Piala FA) Bukit Jalil
2/5/09 - Selangor vs Terengganu - Shah Alam
5/5/09 - Selangor vs Pahang - Kuantan
16/5/09 - Selangor vs Penang - Shah Alam
19/5/09 - Selangor vs Penang - Batu Kawan
23/5/09 - Selangor vs Kedah - Shah Alam
1/6 - 12/6 - Pengurus Selangor akan berada di Madinah dan Mekah...insyallah!
SIAPA YANG BETUL...??? BRUNEI ATAU MALAYSIA....???
Pehin Dato Seri Setia Lim perjelaskan laporan pengguguran tuntutan Brunei ke atas Limbang dalam sesi persidangan Majlis Mesyuarat Negara hari ini.
Limbang tidak pernah jadi isu perbincangan
Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Isu Limbang tidak pernah dirundingkan oleh pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia dan tidak dimuktamadkan mengenainya dalam dokumen Pertukaran Surat-Surat antara kedua-dua negara yang ditandatangani semalam.
Apa yang sebenarnya dirundingkan ialah berkenaan dengan sempadan darat seluruhnya, tegas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng dalam sesi petang Majlis Mesyuarat Negara hari ini. Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas laporan kononnya Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang serta beberapa tuntutan lain yang diminta oleh Malaysia dan dilaporkan dalam beberapa buah akhbar hari ini.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI
ABDULLAH Ahmad Badawi dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertukar-tukar Surat Pertukaran selepas majlis menandatanganinya di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, semalam.
BRUNEI GUGUR LIMBANG
17/03/2009
BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih.Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Tuanku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya, Putera Mohamed Bolkiah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI
Monday, March 16, 2009
MAHKAMAH AKAN BERSIDANG DI BAWAH POKOK....??
AKHIRNYA LIN DAN DAPAT DITEWASKAN.....!!!
Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana dapat menewaskan Lin Dan di Terbuka Switzerland. Kejayaan manis ini akhirnya dapat menamatkan badi kekalahan selama ini dengan menewaskannya 21-16, 21-16 semalam.
Tahniah juga kepada Datuk Misbun Sidek kerana Lee Chong Wei dapat mempamerkan aksi yang tenang, sabar dan bertenaga ketika menentang Lin Dan.
Sunday, March 15, 2009
SIAPA DAPAT FAEDAH BAJU RM185,000....???
Mara beli pakaian Angkasawan Negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata beliau telah mengarahkan Mara untuk membeli pakaian itu sebagai satu simbol kejayaan institusi itu yang berjaya melahirkan seorang angkasawan Melayu pertama.
BERITA SELANJUTNYA....!!!
Saturday, March 14, 2009
UMNO BAKAL MENJADI MUSEUM....!!!!
Isytihar harta 10 Exco Selangor.....!
SHAH ALAM: Pengumuman aset Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di laman web kerajaan negeri menarik ramai pelayar internet tetapi setakat pukul 9 malam ini aset dan pendapatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum diperoleh.
Teresa Kok adalah antara exco yang mempunyai pendapatan paling tinggi di kalangan sembilan Exco lain dengan jumlah pendapatan RM32,830.67 sebulan di samping mempunyai dua rumah yang keseluruhan bernilai RM320,000.
Berita selanjutnya klik disini.
Friday, March 13, 2009
KENAPA MENTERI KERIS SANGGUP MEMPERTAHANKAN PPSMI....???
Syarikat Nadi-Ayu Technologies telah diberi kontrak oleh Kementerian Pelajaran bagi membekalkan software SmartDraw yang bernilai USD 1 juta. Dikatakan bahawa projek SmartDraw itu adalah untuk meningkatkan lagi prestasi guru-guru dan murid-murid belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Kontrak Perbekalan Bernilai US$ 1 Juta untuk PPSMI
Nadi-Ayu Technologies adalah syarikat yang diberi kontrak membekalkan software SmartDraw.
Bagi membolehkan sekolah menggunakan software SmartDraw, Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan bagi membeli 24,000 unit komputer yang sudah dipasang dengan software ini.
Kontrak Perbekalan Bernilai US$ 1 Juta untuk PPSMI
Nadi-Ayu Technologies adalah syarikat yang diberi kontrak membekalkan software SmartDraw.
Bagi membolehkan sekolah menggunakan software SmartDraw, Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan bagi membeli 24,000 unit komputer yang sudah dipasang dengan software ini.
LAIN KALI CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG....!!!!
Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB
Saidah Hairan Thu Mar 12, 09 7:59:55 pm MYT
SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.
Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."
CERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI.
Saidah Hairan Thu Mar 12, 09 7:59:55 pm MYT
SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.
Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."
CERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)