5,000 Hadir Solat Hajat Perdana Dan Pidato Khas Gaza
SHAH ALAM 4 Jun - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi menganjurkan Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas Gaza bagi menyatakan pendirian tegas terhadap tindakan kejam Zionis Israel yang menyerang kapal MV Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lalu.
Program yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dihadiri lebih 5,000 orang yang hadir memberi sokongan terhadap bantahan ke atas sikap Zionis Israel.
Sebelum Solat Hajat yang diimamkan oleh Mohd Shukri Ali, tazkirah dan zikir tentang keganasan Israel telah disempurnakan oleh Guru Agama Sekolah Pondok dari Sungai Petani, Osman Ibrahim yang memberi kesedaran mengenai kekejaman Israel.
Program khas ini juga turut di sertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga exco kerajaan negeri bersama pemimpin Pakatan daripada KEADILAN, PAS dan DAP serta badan bukan kerajaan (NGO).
Program yang diadakan ini bertujuan menyuntik semangat jihad dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Selangor dalam usaha menentang kezaliman Israel dan juga sikap yang tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin.
No comments:
Post a Comment