KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan  perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat,  maka blogger Cucumatkilau (foto)  yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful  supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit. Dua  laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan  mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti  klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa.Thursday, April 29, 2010
CUCU MAT KILAU CABAR SIFOOL....!!
KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan  perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat,  maka blogger Cucumatkilau (foto)  yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful  supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit. Dua  laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan  mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti  klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa.SOLAT HAJAT DAN CALON HJ KAMAL....
Apa sudah jadi dengan puak-puak UMNO BN?. Gara-gara kemaruk inginkan  kemenangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor  baru-baru ini, maka mereka telah mengadakan satu majlis "Solat  Hajat Dan Bacaan Yassin Untuk Calon Barisan Nasional" di semua  masjid-masjid dalam kawasan Hulu Selangor
Wednesday, April 28, 2010
SAYA SENDIRI MENDENGAR DARI RADIO RTM KATA-KATA ZAINAL SAKOM YANG MENJIJIKKAN..
Hasan Ali buat laporan polis  terhadap Zahid, Utusan                                                             
![]()  |              Salhan K Ahmad Apr 28, 10 5:48pm  | 
Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap  dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar  fitnah terhadapnya.
Dr Hasan berkata, beliau  membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk  mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.
Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah  Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd  Khairuddin Othman.
Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk  Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai  berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.
"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya  saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada  hari itu.
![]()  | 
"Saya (juga) dituduh  menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya  tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.
"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui  berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen  yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu  juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di  kalangan masyarakat Islam.
Beliau mendakwa tuduhan  itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor  dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan  surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Sementara itu,  ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut,  Dr  Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai  pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang  disampaikannya itu.
Katanya, beliau sememangnya telah  membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.
"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya  ketika ditanya.
Tambahnya pegawai JAIS yang membuat  pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak  melakukan kesalahan itu.
Jelasnya, beliau berkata  demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam  Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
![]()  | 
"Selepas berunding  dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil  tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan  Zainal Abidin Sakom," katanya.
"Pada masa sama,  (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur  putar belit kenyataan," katanya.
"JAIS sudah  keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar  Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya  sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.
"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat),  tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali  apabila saya berada di luar negara," katanya.
Menjawab  soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu  berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.
"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak  boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.
Malcolm X Killer Is Freed on Parole
By THE ASSOCIATED PRESS
Published: April 27, 2010
The only man to admit shooting Malcolm X  was freed Tuesday on parole, 45 years after he helped assassinate the  civil rights leader, New York State officials said. 
 The man, Thomas Hagan, the last person still serving time in the 1965  killing, was freed from a Manhattan prison where he spent two days a  week under a work-release program, said Linda Foglia, a spokeswoman for  the State Department of Correctional Services. 
 Mr. Hagan, 69, has said he was one of three people who shot Malcolm X as  he began a speech at the Audubon Ballroom in Harlem on Feb. 21, 1965. But Mr. Hagan has said the two men convicted  with him were not involved. They maintained their innocence and were  paroled in the 1980s. No one else has ever been charged.  
 The assassins killed Malcolm X out of anger at his split with the  leadership of the Nation of  Islam, the black Muslim movement for which he had once served as  chief spokesman, said Mr. Hagan, who was then known as Talmadge X Hayer.  He has repeatedly expressed regret for his role in the assassination,  which he described in a 2008 court filing as the deed of a young man who  “acted out of rage on impulse and loyalty” to religious leaders.  
Monday, April 26, 2010
KETENTUAN ALLAH..!
“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut.
Bingung.
Solat jenazah.
Di Funeral Home?
Saya kehairanan.
“Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu.
“Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju.
Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri.
Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam.
Suasana diselubungi kesedihan.
Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an.
“Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau.
“Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut.
“Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya.
Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali.
“Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya.
“Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny.
Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragile seorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan.
“Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.
Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman.
Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya.
Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria. Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary.
“Maaf saya, Imam. Dia kesedihan” kata Jenny.
“Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa” saya menjawab.
“Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam” jelas Jenny lagi.
Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti.
Saya berdiri di sisi keranda.
Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat.
Wajahnya ada senyuman.
Rambut dipintal cantik.
Baju gaun putih sungguh berseri.
Saya hampir terlupa, anak kecil yang ‘tidur’ itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali.
Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca.
“Tidurlah sayang. Allah mengasihimu” saya berbisik perlahan.
Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.
Saya, Jamal, As’ad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana. Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang ‘malang’ itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat.
Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata.
Aduh!
Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih?
Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu.
Just do it!
“Silakan Imam!” kata pengerusi majlis.
Tersentak saya daripada lamunan.

“Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira…” saya memulakan bicara.
Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.
“Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya, setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya” saya menyudahkan ucapan.
“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)” [al-Kahf 18: 44]
Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir.
Saya  menarik nafas  lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah  ALHAMDULILLAH. 
“Bagaimana dengan  pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di  tanah  perkuburan Kristian?” bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang  hadir. 
“Apakah  salib yang  bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur?  Semua  itu bukan keutamaan kita. Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun  sudah  merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan  Islam itu  satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya. Apa yang  penting, amalan  si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita  khuatirkan.  Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!” saya menjawab. 
Lelaki itu berpuas  hati. 
Beliau  beredar  meninggalkan dewan Funeral Home   itu bersama kami. 
Di dalam perjalanan  pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan  keadaan  Mary. Tetapi lega Allah ‘mengambilnya’ semula pada usia semuda itu. Saya  tidak  dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya  yang  Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang  Muslim itu  pula, entah di mana Islamnya. 
BEBERAPA  HARI SELEPAS ITU 
Pengalaman  menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian  Katholik dan  bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam  bayangan saya  semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Saya  tahu di  Belfast memang  ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan  Syariah  dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah  pada  memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu. 
“Assalamualaikum,  Imam” tiba-tiba Ahmad memanggil saya. 
“Wa ‘alaikum  al-Salaam. Silakan!” saya menjawab salam. 
“Ada seorang pemuda bernama   Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam” jelas Ahmad. 
Saya mempersilakan  Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi  tidak pasti  di mana. 
“Imam  tidak ingat  saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas  baby Mary  minggu lalu. Saya sepupunya” Jonathan memperkenalkan diri.   
“Oh begitu. Maafkan  saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?” saya bertanya. 
“Mereka berada di  dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny. Dia memang  seorang  yang cekal” terang Jonathan. 
“Apa  hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu”  saya terus kepada urusan utama. 
“Semasa  kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny.  Beliau  menangguh-nangguhkan Baptism ke atas Mary sehingga Mary mati. Kami semua  bimbang  dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini  menyulitkannya nanti  untuk berinteraksi dengan Divine  Life. Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah   segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary  mati  dalam keadaan yang bersih!” cerita Jonathan. 
“Benar. Bukankah itu  juga yang sepatutnya?” saya menyoal lagi. 
“Ya, kami semua mahu  percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu  membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati  sebagai  manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami” ujar  Jonathan  lagi. 
Saya   terkasima. 
Ucapan  ringkas dan  spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya.  Rupa-rupanya  impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya. 
“Saya mahu belajar  tentang Islam” kata Jonathan. 
Masya  Allah… benarlah Islam itu fitrah. 
Kematian Mary,  adalah untuk ‘melahirkan semula’ Jonathan, seorang anak muda.   
Jonathan, selamat  datang ke agama fitrah! 
Hebat  sungguh perancangan-Mu! 
68000 AMPANG
Saturday, April 24, 2010
DIMANAKAH AKIDAH PEMIMPIN UMNO...?
Harakah: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil  mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap  malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di  tanah air.
“Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam,  selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk,  kami (sukarelawan) susah nak kawal,” ujar Uday Kadir, 45.
Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen  politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang  Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh  jentera Umno/BN sejak kelmarin.
“Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang  Asli,” jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.
Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan  pendedahan yang dibuatnya.
Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh  berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai  oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah  kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.
“Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada  kenderaan JHEOA),” ujarnya.
Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang  wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung  Gerachi Jaya.
“Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa  dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak.”
Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula  mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.
“Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami  turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit  saja,” ujarnya.
Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi  berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.
“JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka  tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.
Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di  sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan  menjadi parti komponen baru dalam BN.
“Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah,”  ujarnya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan  politik.
Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri  melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di  sini.
“Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri  Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera  BN beri RM10,” beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri  seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.
Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan  Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52,  merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan  hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat  kerana mempertikai JHEOA.
“Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor)  kerana mahu pertahan tanah Orang Asal,” jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis  segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka  masing-masing.“(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada  Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.
“Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal  kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN,” jelasnya.
Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih  realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di  Hulu Selangor.
“Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi  Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang  Asli,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan  Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu  Selangor.
“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal.  Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang  Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.
Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli,  Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di  kampung-kampung Orang Asli.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu  mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik  sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.
“Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis  dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di  kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.
“Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan  takut,” jelasnya.
Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN  terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli  tempatan.
Tuesday, April 20, 2010
Monday, April 19, 2010
ZAID IBRAHIM...
Datuk Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat  (PKR), dilahirkan pada 1951 dan mendapat pendidikan undang-undang di  ITM & di London.  Walaupun Datuk Zaid seorang peguam dan ahli politik yang berjaya, beliau  tidak pernah melupakan jati dirinya. Berdasarkan pengalamannya sebagai  seorang anak kampung, beliau sememangnya memahami masalah kemiskinan,  pendidikan, dan pekerjaan bagi penduduk luar bandar. Beliau senantiasa  prihatin terhadap keperluan peneroka FELDA, isu hakmilik tanah, kemelut  pengangguran, dan masalah harga barang yang naik mendadak. Datuk Zaid  berjuang bertungkus-lumus demi masyarakat marhaen di dalam dan luar  Parlimen. 
 Datuk Zaid dan isterinya Suliana Shamsud memiliki tiga orang cahaya  mata. Pasangan ini merupakan dermawan yang aktif menyumbang kepada  masyarakat. Pada tahun 1998, mereka menubuhkan Yayasan Kurang Upaya  (YOKUK) untuk berkhidmat kepada warga emas yang kurang upaya dengan  melibatkan mereka dalam kegiatan produktif seperti berkebun taman dan  kesenian. Datuk Zaid juga giat terlibat dalam pemeliharaan dan  penggalakan kesenian tradisional Melayu, khususnya di Kelantan. 
 Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala  mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era  1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat.  Beliau menyertai Umno pada tahun 1986 dan dipilih menjadi calon ahli  parlimen BN di Kota Bharu pada tahun 2004 dan menang.  
 Pada tahun 2008, Datuk Zaid memberikan pandangan jujurnya berhubung  betapa perlunya BN mengalami pembaharuan dalaman dan beliau tidak  terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun itu. Namun,  beliau ditawarkan jawatan senator dan kedudukan sebagai Menteri di  Jabatan Perdana Menteri bagi mempromosikan reformasi badan kehakiman  negara.  Selang beberapa hari menduduki jawatan Menteri, disebalik suara  penentangan dari Umno, Datuk Zaid melakukan tindakan-tindakan perdamaian  dengan para hakim seperti Tun Salleh Abas yang dipecat secara tidak  adil dalam krisis kehakiman tahun 1988. Beliau juga mendesak jemaah  menteri untuk mengisytiharkan harta mereka. Suatu cadangan untuk  membuktikan ketelusan yang ditolak Umno. 
 Pada September 2008, kurang enam bulan menjawat jawatan Menteri, Datuk  Zaid meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya dalam kerajaan,  sebagai tindakan mempertahankan prinsipnya membantah penahanan penulis  blog Raja Petra Kamarudin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan  Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau  menunjukkan iltizam serta istiqamahnya terhadap prinsip keadilan.  Natijah daripada itu, pada Disember 2008 beliau dipecat dari Umno. 
 Datuk Zaid mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat pada bulan Jun  2009. Beliau yakin bahawa PKR merupakan pentas terbaik untuk mencapai  keadilan untuk semua rakyat Malaysia dan reformasi sejati dalam  kerajaan. Beliau kini mahu kembali ke Parlimen dengan amanah dari rakyat  bagi meneruskan perjuangannya untuk menyuarakan hak-hak dan kebajikan  semua warga Malaysia. 
Monday, April 12, 2010
PRK HULU SELANGOR: DALAM HUTAN BELANTARA PUN ADA PENGUNDI...!
JKKK Hulu Selangor terkejut besar setelah melihat senarai pengundi dan daerah mengundi di Parlimen Hulu Selangor, didapati 2 buah kampung di daerah  mengundi tak wujud...! Malah kawasan berhampiran masih hutan belantara....! Bagaimana boleh wujudnya 200 pengundi ini....???Kalau ya pun BN nak menang....bertandinglah secara 'gentlemen'...! Tak tau hukum hakam ke...? Kalau menang menipu boleh ke...??? Dalam hal ini mana letak kalimah ALLAH...??
Patut le ..orang kampung aku cukup marah dgn UMNO ni....!! Perjuangkan isu Allah tapi tak pernah solat malah beli nombor ekor...!
Nauzubillah...!!!
Thursday, April 8, 2010
Japanese scientists detect growth in galaxy cluster..
Thursday 08th April, 04:07 AM JST
TAIPEI — 
A team of Japanese scientists claims to have measured growth in a  galaxy cluster, the universe’s largest structure bound by gravity,  Taiwan’s government-run Academia Sinica said in a press release  Wednesday. Galaxy clusters can consist of thousands of galaxies, but  they also contain radioactive gases and ‘‘dark matter,’’ an  unidentifiable theoretical entity that produces gravitational effects.The scientists focused on a galaxy cluster named Abell 1689, which they said grew after being heated by matter from the adjacent ‘‘cosmic web,’’ a near-void between galaxies containing limited amounts of matter. Nobuhiro Okabe, a postdoctoral fellow at Academia Sinica’s Institute of Astronomy and Astrophysics, and Keiichi Umetsu, an associate research fellow at the institute, worked with Madoka Kawaharada, a postdoctoral researcher at the Institute of Physical and Chemical Research in Japan, and several other institutions on the project, the press release said.
Shahrizat ingat semua orang tua gila duit….
Aku tak faham kenapa Shahrizat nak ucap takziah pada warga tua di  Pulau Pinang, inilah bila dah tak hormat pada orang, orang hidup  diucapkan takziah.
Shahrizat ingat semua orang dalam dunia nie umno agaknya, yang makan  duit dengan lauk pauk.  Kami tak kelapaq lah.  Ingatan dan kasih sayang  tu yang penting, bagi sebab ada muslihat mana ada berkat – dunia hina –  akhirat merana.Kerajaan PR Pulau Pinang baru usia berapa tahun?  Itupun dah boleh  bagi RM100.  Tapi Shahrizat lupa, BN perintah Pulau Pinang berapa lama?   Apa yang orang tua dapat?  Yang hari-hari keluar dalam rancangan  Bersama Mu tu sapa? Semua orang sokong pakatan rakyat ke? 
Inilah dia bila seorang Menteri menilai harga diri dan maruah manusia  dengan ringgit.  Guan Eng bagi bukan sebab kat Pulau Pinang ada  pilihanraya, nak beli undi atau nak ajak orang datang dengar ceramah  seks dari BN, tapi Guan Eng bagi sebab dia prihatin, kerajaan PR  prihatin.Oklah kalau RM100 tu sikit… berapa BN boleh bagi?  Pakcik dan makcik  tu bukan kesah berapa RM depa dapat, tapi yang mereka kesah ialah mereka  dihormati, diingati dan dikasihi…
Apalah Shahrizat, murah sangatlah takziah you.
http://shahrulpeshawar.wordpress.com
MISTERI: ANWAR IBRAHIM....!!
Suhaimi Sidek yang bertugas di sebuah syarikat GLC  di Temerloh pagi tadi datang untuk urusan guaman dan saya rujukkan  beliau kepada Surina kerana saya sudah bersara dari menjalankan  kerja-kerja guaman.
Setelah  beliau bertemu dengan Surina, beliau masuk semula ke bilik saya dan  beliau mengambil satu salinan data-data mengenai Felda yang telah saya  kumpulkan.
Dia  berminat dengan perjuangan PKR dan anggap UMNO sebagai parti yang tidak  relevan. Dulu dia adalah AJK Pemuda disalah satu cawangan di Temerloh,  dan saya akan kenalkan dia kepada Sdr Ahmad Nizam supaya dia dapat  terlibat dengan PKR Temerloh. Dia akan bersara 2 tahun lagi.
Cerita sedih darinya mengenai  anaknya yang mati dibunuh pada tahun 1997. Pada waktu itu anaknya itu  telah memberitahu keluarganya bahawa didalam pandangannya, Dr Mahathir  akan memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar akan  dipecat dengan fitnah-fitnah jahat.
Dia memberitahu ayahnya, Suhaimi Sidek, bahawa antara  Mahathir dan Anwar ada banyak perbezaan dan dia nyatakan bahawa Anwar  akan bangkit semula dan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana  Anwar adalah orang yang beriman.
Tidak lama selepas itu anak kepada Suhaimi Sidek mati  dibunuh didalam usianya baru 15 tahun.
Hari ini Suhaimi menceritakan episod itu kepada saya,  dan beliau menyatakan bahawa anaknya tidak pernah kenal dengan politik,  jauh sekali mengenali Mahathir atau Anwar.
Suhaimi yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan  menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau akan berjaya mengatasi apa  jua fitnah terhadapnya.
Anwar Mimpi Ngeri Umno-BN
Oleh Datuk Halik Zaman
Kita sudah jangkakan kematian Altantuya,  Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai  macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara. 
Kes liwat Anwar, tidak akan  berakhir di Penjara Sungai Buloh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin  Umno menganggap bila Anwar  dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar  dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang  hebat hebat akan para pemimpin Umno hadapi kerana rasa simpatinya rakyat  Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar selama ini.
Kita sudah jangkakan kematian Altantuya,  Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai  macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara. Mereka  mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu  kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu  yang tidak suka mereka hidup lagi.
Pasal Anwar Ibrahim, berbagai  'torture' dan tekanan batin  yang beliau terima semasa hidupnya.  Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun  mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka  tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar  Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA  semasa hidupnya beliau di  pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara.  Matinya pun ditaburi bunga raya.
Tuduhan liwat yang Anwar hadapi  bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali  berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama  agak  gagal dan mendukacitakan kerajaan Umno di bawah Mahathir. 
Lantas  Anwar di aibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji,  dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri  dan anak-anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan  anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat.  Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu  persolan akan timbul, "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawapannya ada  dihati anda."
Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir di  mana? Bukan juga dipenjara Sungai Buloh. Semua rakyat tahu sebelum  hakim-hakim Malaysia memberi keputusan "rumah sementaranya di Sungai  Buloh". Sebab rakyat pun tahu fungsi fungsi hakim Malaysia seperti satu  cerita purbawara 'correct, correct. correct'. Ia telah dijadikan jenaka  oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.
Kes liwat Anwar, tidak akan  berakhir di Penjara Sungai Buloh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin  Umno menganggap bila Anwar  dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar  dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang  hebat hebat akan para pemimpin Umno hadapi kerana rasa simpatinya rakyat  Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar selama ini.Kali  ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda  kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari  ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi  keputusan sendiri dalam PRU-13 nanti.
Kerajaan Umno nak guna kuasa  mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah nak ikut cakap siapa?.  Tidak elok mengheret mahkamah kemedan politik. Lebih baik gunakan kuasa  sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar ke padang  Dataran Merdeka ikut cara wayang'cowboy. 
Buat pesta ramai ramai.  Jemput semua Ahliahli  Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni kroni  semua. Tembak sahaja Anwar sampai mati. Tutup cerita.
Ikut   formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Saddam Hussein sampai mati.  Iraq akan aman damai hingga hari ini. 
Itu negara Iraq dah  amankan? Kerana Saddam Hussein sudah mati digantung negara Iraq pun aman  damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat  Iraq. Kalau formula  George Bush lah yang membawa perdamaian  dinegara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran  begitu bukan sahaja 'senile' tapi gila diluar kawalan. 
Subscribe to:
Comments (Atom)








