Friday, October 16, 2009

DARI KACA MATA DATUK HALIK ZAMAN...


PERLEMBAGAAN UMNO, SUKAR NAJIB DICABAR...!!

PINDAAN Perlembagaan UMNO dianggap oleh para pemimpin UMNO berkeupayaan mentransformasikan UMNO sebagai sebuah parti politik yang paling demokratik di Malaysia dan akan lebih demokratik lagi apabila selepas pindaan dimuktamadkan di mana proses pemilihan akan diputuskan lebih 145,000 perwakilan berbanding kini kira-kira 2,500 orang.

Zahirnya kelihatan sungguh cantik. Secara teorinya, adalah amat mustahil akan ada lagi rasuah politik bila ada pemilihan Pucuk Pimpinan Tertinggi UMNO yang akan di tentukan oleh para perwakilan berjumlah 145,000. Mana mungkin Ketua-Ketua Bahagian UMNO di keseluruhan Malaysia terdaya untuk memberikan ’saguhati’ kepada jumlah perwakilan yang hadir. Hancur luluhlah harapan Mohd. Ali Rustam untuk ‘menjamah’ jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan Pucuk Pimpinan Tertinggi UMNO yang akan datang.

Namun bila kita amati secara mendalam sistem ramainya perwakilan mengundi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat, ia sebenarnya merupakan penjamin kedudukan Perdana Menteri dan Timbalannya serta para Menteri dan Timbalan Menteri untuk dicabar kedudukannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat dan mereka ‘baik atau tidak baik’ bisa sahaja kekal menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat tanpa bertanding.

Para pemimpin UMNO menganggap rasuah politik itu sebagai satu jenayah politik kecil yang separuh halal bagi UMNO itu sukar terhakis kerana sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh pemimpin UMNO ‘ada yang diambil tindakan dan ada yang dilindungi seperti Khairy Jamaluddin’. Ini adalah suatu budaya tradisi dalam UMNO dan ini tidak dapat di nafikan lagi.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ada sesiapa yang akan menang kalau dicabar kerana 13 Pengerusi Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden. Presiden akan melantik Pengerusi Perhubungan Negeri itu terdiri dari ‘orang kanan Presiden atau terdiri dari Menteri Menteri Besar Negeri’ dan 13 Pengerusi Perhubungan Negeri akan mengawal perwakilan masing masing menurut telunjuk Najib pada siapa yang mesti diundi sebagai Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

Untuk mengelakkan rasuah politiik wang yang tidak dapat dibendung ia mungkin akan bertukar dengan ‘rasuah kuasa telunjuk Presiden’ dan secara tidak sedar ia menjana pemilihan secara diktator. Perkara sebegini mungkin sahaja boleh berlaku dan kalau ia boleh berlaku juga maka peluang Datin Seri Rosmah Mansor untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden berkilau kilauan bagaikan berlian yang sentiasa menghiasi dirinya dan kalau Najib berundur tidak mustahil Malaysia punya seorang Perdana Menteri Wanita akan datang.

Memang betul dari pandangan mata kasar pindaan perlembagaan UMNO itu membolehkan perwakilan UMNO memilih pemimpin peringkat bahagian dan pusat secara serentak di seluruh negara, sekaligus dapat membendung gejala rasuah politik wang.Tapi kalau calon calon Ketua Bahagian ke Majlis Tertinggi UMNO Pusat tidak mendapat restu dari Presiden maka ia akan kalah juga secara undian “demokrasi” dari para perwakilan sebab 13 Pengerusi Perhubungan Negeri yang mengawal para perwakilan masing masing sudah ada senarai nama nama calon siapa yang mesti diundi atas arahan orang “atas”.

Senario pindaan perlembagaan UMNO ini juga akan dijadikan ‘kayu pemukul’ kepada semua Ketua Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO seluruh Malaysia dan kepada yang cuba melawan arus kepimpinan, kedudukan mereka akan tergugat. Tiap tiap Mesyuarat Agung Pemilihan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO setiap 3 tahun sekali akan sering bertukar ganti kerana mainan rasuah politik wang lebih mudah dilakukan diperingkat bahagian dan cawangan lagipun tidak begitu banyak wang yang dikeluarkan untuk menjatuhkan Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO yang sedia ada didaerah dan dikampung masing masing.

Kesimpulannya, pemindaan perlembagaan UMNO itu hanya untuk menguatkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sahaja supaya sukar untuk dicabar, kalau pun diberi laluan untuk mencabar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden maka ia cuma main wayang sahaja, kerana 13 Pengerusi Perhubungan Negeri tetap dalam tangan Dato Seri Najib. Orang yang mahu dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sudah terlebih dahulu ada dalam senarai Dato Najib.

1 comment:

Anonymous said...

Kasi tau ini alik,jangan pandai2 komen saja.Dulu dia apa kurang.Tanya Dtk Harris siapa makan duit SEB,siapa organised Miss Kelapa Sawit dan selepas tu pemenang di bantai oleh alik.Siapa raja tombola?
Ala alik jgn sekarang baru mau komen2.Dua kali lima juga sama gapari kitingan.Time diurang abis makan sana makan sini,sekarang mau komen urang lain korup.
Poooodah lah alik.Bengali tua tidak sedar diri.Jaga saja bini2 kau yang ramai jangan lagi mau sibuk pulitik.