Monday, October 26, 2009

RISIKO: SISTEM SPEKS ATAU AUDIT NEGARA..??


Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) mempunyai kelemahan dalam perlaksanaan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 kerana ianya bakal menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer.

Walaupun Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan namun Sistem Speks tetap bakal menghadapi risiko integriti data.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mungkin tidak dimaklumkan kelemahan-kelemahan ini oleh pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pembelian sistem ini. Satu siasatan terperinci perlu dilakukan segera kerana bimbang ianya bakal 'time bomb' untuk menjatuhkan kerajaan PR.

No comments: