Sunday, February 15, 2009

SEBELUM HANTAR MEMORANDUM KE MAJLIS RAJA-RAJA....!!! ELOK JUMPA TUN MAHATHIR DAHULU....!!

Sebelum UMNO Bahagian Cheras nak hantar memorandum ke Majlis Raja-Raja....elok benar Dato' Syed Ali Alhabshee dapatkan nasihat dari mentor UMNO Bahagian sendiri, Tun Mahathir.
Sebagai penyokong kuat Tun Mahathir sehingga kini, UMNO Bahagian Cheras mesti dapatkan penjelasan sendiri dari Tun, samada memorandum yang dihantar itu relevan atau tidak...!

Saya bimbang cara tindakan UMNO Bahagian Cheras ini seolah-olah mengambil tindakan membabi buta tanpa membaca sejarah...! Maksudnya pada tanggal 18 Jan 1993...Tun sendiri mencadangkan Rang Undang-undang, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat .
Oleh itu samada pimpinan UMNO perlu masuk semula sekolah sejarah..... ataupun bermain politik ala kapal selam macam Najib...!!!

Dibawah ini Rang Undang-undang yang dibaca di Dewan rakyat oleh TUN pada tahun 1993....!

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.


2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

SILA KLIK UNTUK SETERUSNYA....!!!

No comments: