
Berita Terkini dari Berita Harian.
Gempa 5.8 Richter gegar timur Jepun
TOKYO: Gempa berukuran 5.8 Richter menggegarkan sejumlah kawasan yang luas di timur Jepun, termasuk ibu negara Tokyo, awal pagi tadi. Bagaimanapun, gempa yang berlaku jam 6.52 pagi (2152 GMT) itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Jepun berkata, gempa yang berlaku berpusat di 30 kilometer di dasar Lautan Pacific Ocean berdekatan Ibaraki.
Pegawai jabatan itu berkata, setakat ini tiada laporan segera mengenai jumlah kerosakan atau mangsa yang terbabit. - AFP
1. Artikel lama Bencana 1
2. Artikel lama Bencana 2
No comments:
Post a Comment