Dalam rancangan sudut pandang Astro Awani 2 hari yang lalu, Timbalan Menteri, Dato' Saifuddin Abdullah memberi ulasan buku baru tulisan beliau bertajuk "Politik Baru" dan turut mengulas kemelut politik di Perak.
Dato' Saifuddin telah mempersoalkan integriti Dato' Nasaruddin yang melompat masuk UMNO semula. Hal ini hendaklah diperjelaskan kepada ahli UMNO dan juga rakyat.
Maksudnya bagaimana kedudukan Dato' Zaid Ibrahim yang baru duduk dalam Kongres PKR baru-baru ini boleh dipecat serta merta....?
Sekiranya penjelasan ini tidak dibuat, orang ramai akan mempersoalkan integriti parti. Ada yang akan mendakwa, mereka yang digantung atau dibuang parti, tidaklah melakukan “dosa” yang terlalu berat, sedangkan yang melompat diterima dengan mudah tanpa sebarang hukuman.
Walaupun kerajaan BN Perak dah menang di Dewan. Namun, pada Saifuddin, apa yang lebih penting sekarang adalah untuk memenangi Dewan Hati Rakyat. Turut mengakui kerajaan BN Perak ini "fragile".
No comments:
Post a Comment