Saturday, February 28, 2009

ROSMAH PATUT BELAJAR DENGAN TUANKU NUR ZAHIRAH...!!!



Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama dengan pemilik gedung ternama Harrods, Mohammed Al-Fayed ketika merasmikan promosi Kraf Malaysia di gedung membeli-belah Harrods, LONDON.


'USTAZ' GOBALA BERDAKWAH DENGAN AHLI PARLIMEN UMNO.....!!!!


Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.

Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.-- IBH

Friday, February 27, 2009

UMNO PEMBELA MELAYU....? YB CHAN MING KAI MEMETIK HADIS...!!!!


Hari ini saya terima email dari sahabat saya dari Kuala Selangor.

Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.


Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar .

PEMUDA UMNO DAN PONDAN SIAM.....!!!!

Zaman awal Reformasi, ramai yang mengatakan Pemuda UMNO macam Pondan Siam. Cuba tayangkan VCD yang lama..... sdr Mahfuz Omar, Ezam Sesumpah, Zahid Md Arip dan Lokman Adam berulang-ulang menyebut pimpinan UMNO macam Pondan Siam......!!!

Tapi hari ini sudah tak bertamadun. Taraf pondan Siam dah jatuh kerana nak tunjuk 'jantan' depan OKU....!!!!

Setuju dengan apa yang diperkatakan


Thursday, February 26, 2009

LUAHAN HATI ANAK JATI PAHANG YANG JUGA SEORANG PEGUAM TERKENAL DI TEMERLOH.....!!!


Hj Suhaimi Said adalah seorang peguam terkenal di Termeloh dan merupakan anak jati Pahang. Beliau juga seorang pemimpin kepada orang asal di Kuala Krau iaitu Kaum Jahut. Dan fasih bertutur dalam bahasa kaum itu.

Akhir-akhir ini beliau telah melahirkan kerisauan dan kebimbangan yang amat sangat akan bakal Perdana Menteri yang akan dinobatkan tak lama lagi...!!!!










Wednesday, February 25, 2009

MIKE TYSON YANG CEMERLANG.....!!!!


Calon Timbalan Presiden UMNO yang juga calon bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru adalah cemerlang orangnya...!!!

Bekas cikgu sekolah yang mana bahasa orang putihnya agak pelat pernah berumahtangga dengan puteri Almarhum Sultan Selangor.

Dengan kekayaan yang melimpahruah waktu itu dan berkemampuan membayar denda mutaah RM16 Juta...!!!

Hebat....! Hebat....! Sila ikuti kisah selanjutnya...!

SAYA YAKIN SELEPAS INI.....SIASATAN SPRM MACAM ..F1.....!!

Saya yakin selepas ini siasatan SPRM terhadap aduan-aduan pemimpin BN akan laju macam F1.

Sebelum ini maklumat yang saya terima dari pimpinan PR yang pernah disiasat oleh BPR bahawa mereka telah disiasat tak sampai 24 jam selepas BN dan GERAK buat laporan.

Semalam Pak Lah dah pun berjanji bahawa tiada pilih kasih dalam siasatan dan Insyaallah aduan ADUN PR hari ni di Perak akan disiasat esok....!!!!

Insyaallah..... sebagai pemimpin Islam Hadhari..... Pak Lah tak mungkir janji.







Monday, February 23, 2009

HARI INI PEMIMPIN AGUNG........! TAHUN LEPAS PEMIMPIN j....AGUNG....!!!!



Sdr. Mukhriz tak layan bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kerana beliau cakap tak serupa bikin...!!! Tahun lepas bukan main lagi hantar surat terbuka kepada Pak Lah mintak letak jawatan. Hari ini sanjung Pak Lah sebagai pemimpin Agung....!!!!




Labu .... hai.... Labu...!!!



SILA KLIK SURAT INI UNTUK BESARKAN...!!








ABDULLAH PEMIMPIN AGUNG KATA MUKHRIZ


Sunday, February 22, 2009

PANDUAN SALAM YANG BETUL DARI LAMAN MARHAEN....!!!!


PROTON EXORA.: DI MRR2.....??!!




Semalam on the way ke Ampang melalui MRR2....perasan sebuah kereta macam warna taik cicak sedang bergerak laju dengan 2 orang didalamnya. Akhirnya saya dapat mengagak MPV ini.......Proton Exora rupanya.

MPV ini ditampal bertompok-tompok supaya orang ramai tak perasan.

dan tak boleh nak komen kalau begini rupanya...kerana terlalu hodoh...!!
Dengan harga bawah Rm80,000 dengan menggunakan enjin Campro CPS....... serta kegawatan ekonomi sekarang ini....mampukah Exora dibeli oleh orang ramai...???

JADUAL KULIAH USTAZ BADRULAMIN SEPANJANG FEB. 2009





22 Feb- Bangi. Kuliah Maghrib Surau Desa Surada Seksyen 8 Bangi.

23 Feb - Bangi. Kuliah Maghrib Surau Bandar Sri Putra, Bangi (sebelah KUIS)

24 Feb - Bt Caves. Kuliah Maghrib Surau Hijrah Tmn Bolton, Bt Caves.

25 Feb - Rawang. Kuliah Maghrib Surau Tmn Bersatu Rawang.

26 feb - Kepong. Himpunan Munajat Perdana (Bulanan - tiap mlm Jumaat terakhir) Masjid al-Faizin Tmn Ehsan Kepong (Kuliah maghrib, Zikir Munajat, solat tasbih, pameran dan gerai jualan).

27 Feb - Kepong. Tazkirah dan Khutbah Masjid Faizin Tmn Ehsan.

27 Feb - P. Jaya. Kuliah Maghrib Masjid Abd Aziz, PJ.

28 Feb - Alos Star (sdg diatur) 3ptg Kuliah Muslimat, Kuliah maghrib dan ceramah umum.

CAKAP SERUPA BIKIN PEMUDA UMNO...!!!! SELAMATKANLAH RAJA PETRA KAMARUDDIN....!!!



Wahai Pemuda UMNO...!!!

Sanggupkah kamu melihat seorang RAJA dikenakan tahanan semula ISA...?


Sanggupkah kamu melihat seorang RAJA duduk dipenjara....?


Sanggupkah kamu melihat seorang RAJA dihina....?


Dimana suara anak jantan yang kamu lolongkan itu...???

Friday, February 20, 2009

I'm not Indian but Malaysian.....!!!! Hujah tetamu di Bankers Club....!!!!



Tengahari semalam saya telah dijemput oleh sahabat saya En Daud untuk makan tengahari dan mendengar pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bankers Club, Kuala Lumpur.

Ramai diplomat dan ahli-ahli perniagaan yang terkemuka yang hadir terkesan mendengar penjelasan mengenai ekonomi dan politik terkini samada diluarnegara dan Malaysia.

Tan Sri Abdullah Ahmad dan Tunku Imran adalah antara tetamu yang turut hadir di majlis ini. Dan antara pandangan dari seorang tetamu bangsa India tidak mengaku dirinya bangsa India tetapi bangsa Malaysia. Selanjutnya DSAI mengesyorkan MIC dibubarkan.....!!!!


UCAPAN LENGKAP DSAI DI BANKERS CLUB KLIK DISINI.


Tuesday, February 17, 2009

TENGKU RAZALEIGH: SIAPA YANG DERHAKA KEPADA RAJA...???

Malam tadi sempat menonton Berita Astro Awani jam 12 malam mengulas apa yang disebut dalam blog Tengku Razaleigh iaitu Siapa Yang Derhaka Kepada Raja..?
Ulasan Ku Li sungguh menarik dan elok saya sarankan anak-anak muda seperti YB Nik Nazmi dan YB Amiruddin mengikuti blog ini dan langsung menonton video ucapan Ku Li pada tahun 1993 di Dewan Rakyat.
Dibawah ini antara tulisan dalam Blog Ku Li.....!!!

1993

This is not the first constitutional crisis in which the rights of the Rulers has been touched upon. Today’s crisis in Perak is about the legitimacy of the process by which a new state government has been formed in Perak. It’s not about the status of the Rulers. In comparison, the constitutional crisis of 1993 arose from an ugly confrontation between Umno and the Rulers over a question that had direct and profound implications on their sovereignty and that of the Yang Dipertuan Agong. For good reason, the Head of State in most countries may not be prosecuted in an ordinary court of law. In 1993, the government campaigned to remove this immunity through amendments to the Constitution.

I opposed these amendments.

In the event, Rulers and Parliament were railroaded by the government of the day and the amendments passed. These are the very same amendments which today make it legal for a Ruler to be prosecuted. Mr Karpal Singh, though I disagree with him, was acting well within rights that an Umno-led government enacted in 1993 when he earlier proposed to sue DYMM the Sultan of Perak.

Let’s reflect on this irony. Does Umno serve the Rulers more genuinely by upholding and protecting the Constitution which guarantees their status, or by histrionic displays tuned for the coming Umno elections?
Sila baca selanjutnya....razaleigh.com

Sunday, February 15, 2009

TUN MAHATHIR DAH CAKAP DAH...!!! : MELAYU MUDAH LUPA..!!!




SEBELUM HANTAR MEMORANDUM KE MAJLIS RAJA-RAJA....!!! ELOK JUMPA TUN MAHATHIR DAHULU....!!

Sebelum UMNO Bahagian Cheras nak hantar memorandum ke Majlis Raja-Raja....elok benar Dato' Syed Ali Alhabshee dapatkan nasihat dari mentor UMNO Bahagian sendiri, Tun Mahathir.
Sebagai penyokong kuat Tun Mahathir sehingga kini, UMNO Bahagian Cheras mesti dapatkan penjelasan sendiri dari Tun, samada memorandum yang dihantar itu relevan atau tidak...!

Saya bimbang cara tindakan UMNO Bahagian Cheras ini seolah-olah mengambil tindakan membabi buta tanpa membaca sejarah...! Maksudnya pada tanggal 18 Jan 1993...Tun sendiri mencadangkan Rang Undang-undang, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat .
Oleh itu samada pimpinan UMNO perlu masuk semula sekolah sejarah..... ataupun bermain politik ala kapal selam macam Najib...!!!

Dibawah ini Rang Undang-undang yang dibaca di Dewan rakyat oleh TUN pada tahun 1993....!

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.


2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

SILA KLIK UNTUK SETERUSNYA....!!!

Saturday, February 14, 2009

POLITIK UMNO LA NI....MACAM KAPAL SELAM....!!!!!



Di waktu Karpal menentang keras Hukum Hudud sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lalu....., saya perasan tiada seorang pun Hang Jebat dalam pimpinan UMNO untuk mempertahankan Hukum Hudud atau pun berdemo atau pun membuat laporan Polis terhadap Karpal Singh ini....!
Malah pimpinan kangkung UMNO Bahagian Cheras langsung tak nampak batang hidung untuk menyuarakan bantahan mau pun menghantar memorandum ke Majlis Raja-Raja....!
Adakah pimpinan UMNO termasuk UMNO Bahagian Cheras tiada pegangan....? Adakah mereka tak tau nak letak Al Quran mana satu lebih tinggi..? Ataupun mengamal politik kapalselam macam Najib...? Ataupun mereka tak faham apa itu hudud...? Atau pun salah satu cara iklan percuma untuk mendapat perhatian dalam pemilihan tak lama lagi...?