Thursday, March 12, 2009

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN....!



12 Mac 2009

Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan ‘Double Standard’

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap ‘double standard’ di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

JADUAL KULIAH BULAN MAC.....USTAZ DR BADRUL AMIN....!!!


12 - Shah Alam. 2.45 ptg Kuliah Muslimat Dewan Org Ramai Seksyen 4 (Bulanan - tiap Khamis kedua).
12 - Kepong. Kuliah Maulid Magrib di Surau Mutiara Magna Kepog (flat dekat Jusco)

13 - Lembah Subang. Tazkirah dan Khutbah Jumaat Surau Darul Hidayah Lembah Subang.
13 - PD. 10 mlm , Ceramah Umum Juaseh.

14 - Permatang pauh. Kuliah Mgrb Masjid Batu Kg Pertama.
14 - Bukit Mertajam. 10 mlm. Taman Sri Janggus.

15 - HPA Penang. 5 am - Qiam & Kuliah subuh Hotel Naza.
15 - Ipoh. 11am kuliah di pusat motivasi Taqwa tmn meru.
15 - Sabak Bernam. 3 ptg Dewan Tun Razak.15 - Rawang. Kuliah Maghrib Masjid Bandar Tasik Putri.

16 - Behrang. Kuliah Maghrib Surau Jalan J Felda Behrang.
17 - UNISEL 9 mlm. Ceramah Maulid Dewan Besar.

18 - Kelang. 3 ptg Kuliah Muslimat Masjid Sg. Udang.
18 - Sg Buluh. Kuliah maghrib surau Desa Coldfield.

19 - Bukit Sentosa. Kuliah maghrib surau Bukit Sentosa.

20 - Pandan Indah. Tazkirah & Khutbah masjid Al-Azim.
20 - Banting. Kuliah maghrib msjd Taqwa Banting & Ceramah Umum di kawasan berhampiran.

21 - Sabak Bernam. Kuliah maghrib Maulid Masjid Bagan Terap. (Ceramah sedang diatur)

22 - Permatang Pauh. 9 am Kursus Penghayatan Islam, PKR Zon Utara di Yayasan Aman.
22 - Saujana. Kuliah maghrib surau saujana 3.

23 - Rawang. Kuliah maghrib surau Taman Jati.
24 - Tmn Melati. Kuliah maghrib surau Aqsa Tmn Melati (flat tepi MRR2)

25 - Pandan Mewah. Kuliah maghrib surau atas bukit, Pandan Mewah.
26 - Kepong. Himpunan Munajat Perdana (bulanan) masjid Al-Faizin Tmn Desa Jaya (kuliah maghrib, zikir munajat, solat tasbih, pameran dan gerai jualan) * Solat Tasbih jam 10 mlm.

27 - Kepong. Tazkirah & Khutbah masjid Faizin Taman Desa Jaya.
27 - PJ. 3 ptg Himpunan Maulid Masjid Bulat Seksyen 14.
27 - Sg Siput. Kuliah Isyak (Maulid) Surau RPA.

28 - Padang Rengas. Kuliah maghrib surau RPA, ceramah umum dan kuliah subuh (esok) sdg di atur.

29 - Bukit Gantang. 8am Penamaan Calon.

Kuliah maghrib dan ceramah umum, qiam dan kuliah subuh, kuliah duha, Khutbah jumaat, kuliah zuhur dan petang - diatur dan dimaklumkan dari masa ke masa sepanjang tempoh kempen...

Wednesday, March 11, 2009

PENGURUS PROFESIONAL YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENJUNJUNG KASIH KPD DYMM SULTAN SELANGOR...!!!

Salam,

Merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam pada 10hb. Mac, 2009, saya selaku Pengurus Pasukan Selangor berasa terharu, bangga dan menjunjung kasih diatas keperihatinan DYMM Sultan akan perkembangan prestasi pasukan bolasepak Merah Kuning bagi musim 2009 ini.

Kami berasa sungguh bertuah kerana mempunyai seorang Sultan yang juga peminat No 1 Pasukan Bolasepak Selangor mengambil berat diatas kemajuan dan kebajikan pasukan serta pemain. Cabaran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kepada pasukan untuk menaikkan semula maruah pasukan Selangor sebagai sebuah pasukan yang digeruni dalam arena bolasepak di negara ini, serta membawa pulang Piala Malaysia ke pangkuan Selangor kami sambut dengan hati yang terbuka dan ianya menyemarakkan lagi semangat kami terutama pemain-pemain untuk berusaha bersungguh-sungguh memenuhi cabaran dan hajat Tuanku.

Dengan penuh rendah hati, kami berjanji akan meningkatkan lagi usaha kami untuk menghadiahkan Piala Malaysia sebagai hadiah istimewa barisan skuad Merah Kuning untuk Tuanku Sultan pada tahun ini. Sebagai sebuah pasukan yang professional dan mempunyai sejarah yang gemilang di dalam kancah bolasepak negara, kami amat sedar akan tanggungjawab kami untuk rakyat negeri Selangor amnya, dan DYMM Sultan Selangor khasnya.


Selaku Pengurus Pasukan professional dan sepenuh masa yang pertama di Malaysia, saya sememangnya menghambakan diri saya kepada pasukan sepenuhnya dengan memastikan pasukan mempunyai barisan jurulatih yang terbaik, pemain yang terbaik dan berdisiplin, mendapat latihan yang sempurna, kemudahan latihan yang mencukupi serta kebajikan pemain dan pegawai saya serta keluarga mereka dijaga sebaik yang mungkin.

Setakat ini, prestasi mereka amat membanggakan saya dan penyokong Selangor kerana pemain telah bermain dengan sepenuh hati untuk memastikan pasukan Selangor terus mara dan maju untuk musim 2009 ini. Sehingga kini, pasukan Selangor sedang menduduki takhta Liga Super dan layak ke peringkat Separuh Akhir Piala F.A. Tahun ini, pelabagai pembaharuan dari segi fizikal dan mental pemain telah dan sedang diusahakan.

Dari segi fizikal, pemain telah diberikan latihan yang cukup sistematik dan terkini dibawah kendalian barisan jurulatih yang bertauliah, professional serta berdedikasi. Bagi sudut kerohanian pula, pelbagai program kerohanian telah, sedang dan akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kerohanian pemain dengan mengadakan pelbagai program seperti solat berjemaah, majlis tahlil dan tazkirah motivasi. Insyallah, pelbagai lagi program sedang diusahakan bagi memastikan pemain mempunyai gabungan daya fizikal dan mental yang mantap serta mempunyai keperibadian yang mulia untuk membina pasukan yang kuat serta menjulang semula pasukan bolasepak Selangor khasnya dan maruah bolasepak negara amnya.


Saya juga berusaha untuk mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat muda sebagai pelapis untuk mewarisi jersi Merah Kuning di masa hadapan. Saya turut mengharapkan agar semua penyokong Merah Kuning dan rakyat Negeri Selangor bersama-sama dengan pasukan, menyahut cabaran DYMM Sultan untuk sentiasa menyokong pasukan tanpa berbelah bagi walau apa sekalipun keadaan kerana pemain amat memerlukan sokongan dan dorongan anda semua bagi bersama-sama menyempurnakan hajat DYMM Sultan.

Beramai-ramailah memenuhkan Stadium dimana sahaja pasukan Selangor bermain. Tidak dilupakan juga, bantuan, sokongan serta dorongan daripada pimpinan kerajaan negeri terutama Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor juga amat dihargai dan diharap dapat dipertingkatkan lagi agar dapat menyuntik semangat yang lebih tinggi kepada semua pemain dan pegawai pasukan.


Sekian, wasalam.


MAJU SELANGOR!


Zakaria Ab. Rahim

Pengurus Pasukan Selangor

PERTUNJUKAN HOT AIR BALLOON DI PUTRAJAYA......!!!!! DAN SIAPA YANG HILANG KERBAU....????





Pertunjukan Hot Air Balloon anjuran Perbadanan Putrajaya akan diadakan pada musim cuti sekolah pada bulan ini iaitu pada 19 Mac hingga 22 Mac 2009 di Dataran Putrajaya Presint 4. Dan seekor kerbau telah di jumpai di Taman Wawasan.

Tuesday, March 10, 2009

BENCANA ALAM KERAP BERLAKU SETIAP JUMAAT, SABTU DAN AHAD.....!!! PENDUDUK JAKARTA PERLU BERSIAP SEDIA....!!

Jakarta siap sedia hadapi gempa besar, tsunami


Mar 10, 09 11:44am

Kira-kira 10 juta penduduk bandar raya Jakarta diingatkan lebih berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gempa bumi besar berukuran sehingga 8.5 pada skala Richter dan menyebabkan tsunami.Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia, ketika memberikan peringatan itu berkata, Jakarta termasuk dalam garis gempa yang terbentang dari Sinabang hingga ke Pelabuhan Ratu, lapor Bernama.
Ketua PPK Rustam S Pakaya yang dipetik akhbar Republika hari ini berkata potensi gempa itu berlaku ekoran daripada pergerakan kerak bumi di bawah laut yang berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat."Terjadi hakisan terus-menerus di bawah permukaan laut," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tiada piha dapat menentukan secara tepat tarikh dan waktu bila gempa bumi besar itu akan terjadi. Berdasarkan hasil pemantauan yang diperoleh PPK, berlaku hakisan diPelabuhan Ratu setinggi 2,050 meter dan 600-700 meter di Pangandaran di bawah permukaan laut.
"Kita harus waspada jika benturan (berlaku perlanggaran) di antara lempeng bumi di bawah permukaan laut ini terjadi. Walaupun tidak dapat dikira waktu tepatnya, pasti akan terjadi gempa," Rustam dipetik berkata.Menurut agensi berita itu lagi, Rustam menambah walaupun perkiraan saintifik bahawa gempa terjadi di Padang, Sumatera Barat pada 23 Disember 2007 tidak berlaku tetapi penduduk Jakarta, khasnya, harus waspada terhadap perkiraan gempa akibat pergerakan kerak bumiyang sedang terjadi ketika ini.Sehubungan itu, menurut pegawai itu, laluan selamat menuju ke pusat pemindahan akan dimaklumkan segera secara meluas kepada seluruh penduduk Jakarta. (BERITA DARI MALAYSIAKINI)

Monday, March 9, 2009

GMP CABAR HISYAMMUDIN....!!! DAN KAMI BUKAN MONYET KATA DATO' HASSAN AHMAD...!!!

PPSMI: GMP cabar kenyataan Hishammuddin
Isnin, 9 Mac 2009 •
KUALA LUMPUR 9 Mac (SK): Timbalan Pengerusi Gerakan Mangsuhkan (GMP) Pengajaran dan Pembelajaran Sains, matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Prof. Dr Shahrir Muhamad Zain mencabar Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein supaya berterus terang tentang proses tertentu yang perlu diikut sebelum dibawa ke kabinet.

Mengulas tentang laporan sebuah akhbar harian hari ini bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan tetapi menolak perkara tersebut kepada kabinet.
Menurut laporan akhbar berkenaan, Hishammuddin menegaskan kajian masa depan dasar PPSMI perlu mengikut proses tertentu sebelum di kemukakan kepada kabinet untuk diputuskan.
Pada Sabtu 7 Mac lalu, seramai 60,000 penyokong gerakan mangsuh PPSMI berdemonstrasi di perkarangan Masjid Negara. Dr Shahrir berkata,” Proses tertentu apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin dan sila nyatakan dengan terperinci,” tegas beliau kepada Suara Keadilan.
“GMP telah mengemukan segala resolusi, kertas kerja hasil kajian ahli akademik, memorandum dan demonstrasi semuanya telah kami lakukan,” jelas Beliau
“Selama enam tahun kami memperjuangkan untuk menentang dasar itu, langsung tidak diendahkan oleh beliau, kenapa pula sekarang ini Hishamuddin berasa tergugat kedudukan apabila keadaan sudah hampir kepada pemilihan Majlis Tertinggi Umno di penghujung bulan ini,” tambah Dr Shahrir.

Sementara itu, aktivis penentang PPSMI, Hasni Abas merasa kenyataan Hishamuddin sebagai sengaja melengah-lengahkan masa.

“Kenapa beliau harus tunggu sebegitu lama selepas enam tahun untuk membuat atau melalui proses ‘tertentu’ seperti kenyataan beliau hari ini, pada hakikatnya aktivis penentang PPSMI telah menggunakan pelbagai cara untuk beliau menanggani permasalahan mempertabatkan bahasa Melayu,” jelas beliau kepada Suara Keadilan tengah hari tadi.

ADAKAH TERESA KOK ANTI ISLAM.....???


Kok handing over the mock cheque for the speaker to Imam Haji Harun and the surau management. Pic used with permission from teresakok.com.

Teresa pays for Puchong mosque speakers

By Shannon Teoh
PUCHONG, March 9 – She was locked up for a week on allegations of being anti-Islam but yesterday Kinrara state assemblywoman Teresa Kok donated a sum of RM10,000 to the Surau Darus Salam here for its new speaker system to broadcast the call to prayer or azan.
The donation was in conjunction with Maulidur Rasul, for which the Seputeh MP also gave RM2,500 each to a local Islamic daycare centre and primary school.

Kok, who is the senior executive councillor for Selangor, was accused of asking a mosque in the neighbouring constituency of Sri Serdang to reduce the volume of its azan call last year, leading to her arrest and week-long detention under the Internal Security Act (ISA).

BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI

Sunday, March 8, 2009

DAHULU EZAM PERNAH BERPESAN......JANGAN KITA CENDERUNG KEPADA KEZALIMAN.....!!!



Dahulu Sdr Ezam acap kali berpesan setiap kali berceramah diatas pentas sumpah keramat bahawa......... barang siapa hatinya terlintas atau cenderung kepada kezaliman....nescaya api neraka akan membakar kamu....!!!

Sdr Ezam sering mengungkap ayat diatas dengan mengupas dari ayat Surah Hud [11:113] iaitu "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Oleh itu saya berpesan kepada sdr Ezam dan orang kanannya Sdr Zahid supaya segera bertaubat.........!!!! Kerana saya cukup bimbang mereka ini tergolong dengan orang yang cenderung dengan kezaliman.

Walahualam...!!

SURAT CUCU GHAFAR ... KEPADA TUN M....!!!!




Daripada : Muhammad Zahid bin Haji Md. Arip
No. Kad Pengenalan: 660622-04-5355
No. Ahli UMNO : 00461077
Tarikh : 28hb. September 1998

ALHAMDULILLAH, Segala puji-pujian Hanya Kepada ALLAH Yang MahaBerkuasa Lagi Maha Adil. Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Mulia NabiMuhammad S.A.W.

Saudara,

Inilah kali kedua dalam hidup saya, saya mengutus surat kepada saudara.Surat pertama saya pada tahun 1993 merupakan surat tertutup, berbeza dengan surat ini yang ditulis secara terbuka. Saya sedar dengan ketibaan surat ini ke pangkuan saudara, tidak dapat tidak ianya akan memberi ruangdan peluang kepada pengampu-pengampu saudara untuk menyerang saya dengan kenyataan-kenyataan hina dan jijik. Saya mungkin dituduh biadap terhadap saudara - orang yang paling berkuasa di dalam UMNO danKerajaan pada masa ini.

Sesungguhnya, saya tidak gentar sama sekali kepada saudara, apatah lagikepada pengampu-pengampu saudara kerana saya yakin saya di pihak yang benar.

Saya ingin tegaskan di sini, kerja tulis surat terbuka kepada Perdana Menteribukanlah kerja luarbiasa. Saudara dulu pun menulis surat terbuka kepadaYang Teramat Mulia Tunku. Jika perbuatan ini dianggap biadab dan kurangajar, saudaralah guru dan bapak kepada sebarang kebiadaban dan kekurangajaran saya. Bagi saya, saya rela ditudub biadab terhadap saudara.


Saudara sendiri pernah biadab kepada Bapa Kemerdekaan Almarhum YangTeramat Mulia Tunku. Pada usia Yang Teramat Mulia Tunku 62 tahun padatahun 1970, saudara pernah mengatakan Tunku telah nyanyok dan patutberhenti. Sekarang umur saudara 73 tahun. Ini bermakna saudara 11 tahunlebih nyanyok dari Yang Teramat Mulia Tunku.

Bagi saya, saudara memang sudah nyanyok - orang nyanyok tidak lagi layak memimpin parti dan negara. Oleh tiu, saya atas nama maruah dan anak jantan, saya cabar saudara supaya meletakkan jawatan yang saudara sandang sekarang. Bagaimanapun, saya tahu dan saya yakin pemimpin nyanyok dan tidak tahu malu macam saudara tidak akan meletakkan jawatan.

Kenyanyokan saudara semakin terserlah akhir-akhir ini apabila saudara selaku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, telah mengeluarkan perintah menahan beberapa tokoh dari kalangan pemimpin UMNO dan NGOyang dipercayai rapat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa salah jika mereka menyokong Datuk Seri Anwar? Tunjukkan kepada saya di mana seseorang yang mereka hendak sokong? Inikah prinsip demokrasi dan keadilan yang diamalkan oleh saudara?

Saudara sedarlah diri bahawa saudara sudah nyanyok. Memang menjadilumrah dan kebiasaan orang nyanyok tidak sedar dan tidak akan mengaku bahawa dirinya telah nyanyok.

Antara yang ditahan ialah Yang Dikasihi Yang Berhormat Datuk Haji AhmadZahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dipilih melalui proses parti. Beliau telah menumbangkan penyandang jawatan yang juga merupakan tokoh bermoral tinggi yang bersih malah lebih bersih dari saudara sendiri iaituTan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Datuk Zahid turut menumbangkan Menteri Datuk Annuar Musa, Menteri Besar Tan Sri Isa Samad dan ahlibiasa Saudara Abdul Rahman Salleh.

Datuk Zahid telah hadir di rumah Datuk Seri Anwar sebagai tanda simpati danatas dasar persahabatan untuk beberapa waktu. Selepas mesyuarat Excomemutuskan bahawa Datuk Zahid diminta tidak lagi berdampingan denganDatuk Seri Anwar sehingga nasibnya diputuskan oleh Majlis TertinggiUMNO, beliau telah akur dengan keputusan itu dan tidak lagi dilihat bersamadi rumah Datuk Seri Anwar.


Dalam tempoh itu, beliau telah menumpukantugas-tugasnya sebagai Penegrusi di Bank Simpanan Nasional dan di Kretamsebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah ke Sabah atas urusan Kretam.Di Sabah, saudara telah mengeluarkan perintah supaya beliau di tahan dibawah ISA.
Terdahulu dari itu, dalam Perhimpunan Agung Pemuda, Datuk Zahid telah dengan lantang membangkitkan soal Nepotisme dan Kronisme yang padapendapat Pemuda dan rakyat, gejala buruk ini begitu berleluasa dalam kerajaan yang dipimpin oleh saudara - pemimpin tua lagi nyanyok.

Teguran Datuk Zahid itu, telah dibidas keras oleh saudara dalam ucapanpenggulungan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO yang turutdisiarkan oleh TV 1 secara langsung di seluruh pelusuk tanahair. Maka dilihatoleh sekelian orang rakyat Malaysia - Melayu, Cina dan India bagaimanaPresiden UMNO telah membelasah teruk Ketua Pemuda UMNO.

Dari insiden ini, jelas dan nyatalah saudara adalah seorang pemimpin yangsombong lagi bongkak yang tidak boleh ditegur dan menerima tegruan. Teguran akan dianggap mengkritik - berbeza pendapat akan dianggap melawan.

Selepas dari episod malang itu, Datuk Zahid telah dihujani dengan surat dan telegram tahniah, kata-kata perangsang, sokongan dan semangat dari handai taulan dan rakyat jelata. Rata-rata mereka berpendapat Datuk Zahid telah dizalimi oleh saudara. Bagi saya, saudara boleh memukul Datuk Zahid dengan niat mengajar, tetapi hakikatnya saudara telah mandera Datuk Zahid sehingga beliau yang tinggi akal budinya mendapat simpati orang ramai, khususnya pendukung-pendukung UMNO di peringkat akar umbi.

Sekarang beliau ditahan di bawah akta zalim ISA. Kepada saudara saya beriingat - saudara telah menahan Datuk Zahid dalam keadaan beliau sihat. Dan dalam keadaan ada kuasa saudara boleh siasat beliau, saudara boleh kurung beliau, hatta saudara boelh berbuat apa saja ke atas beliau - tetapi INGAT -sekiranya sesuatu yang buruk menimpa Datuk Zahid dalam tempoh tahanan ini, biar saya tinggal seorang, tetap saya tuntut pertanggungjawaban ini dari saudara dunia dan akhirat. Jangan saudara fikir kuasa saudara besar sangat -Kuasa ALLAH Maha Besar.

Saya ingin bertanya, apakah mereka yang ditahan di bawah ISA ini benar-benar mengancam keselamatan negara atau ditakuti mengancam keselamatan politik saudara dan suku-sakat saudara?

Jawaban nya ada pada diri saudara sendiri!.

Jika mereka ditahan kerana mengancam keselamatan negara, saudara perlu menjelaskannya kepada rakyat ancaman yang bagaimana yang mereka lakukan serta dengan bukti-buktinya sekalai. Saya yakin saudara boleh mengadakan bukti. Bukankah saudara adalah pakar dalam mencipta bukti-bukti palsu. Jika tidak, saudara tidak boleh menghalang saya dan rakyat Malaysia yang lain mempercayai bahawa penahanan mereka di bawah ISA adalah disorong oleh kepentingan politik saudara yang ingin terus berkuasa sampai mati.

Jika kepentingan politik saudara dijadikan alasan menahan mereka, ketahuilah saudara telah hilang pertimbangan, hilang keperimanusiaan -urusan UMNO, peribadi dan kerajaan telah dicampuradukkan.

Jika sebagai orang UMNO mereka bersalah - hukumlah mereka melaluisaluran UMNO. Terlanjur menyebut soal UMNO, saya ingin tegaskan sayaadalah orang UMNO. Saya cabar saudara memecat semua orang UMNO yang menyokong Gerakan Reformasi yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar. Saya yakin dan percaya pemimpin pengecut macam saudara tidak akan berani berbuat demikian.

Sebaliknya saudara akan gunakan apa saja akta yang ada yang boleh digunakan termasuk ISA dan Akta Hasutan untuk menhan saya jika surat ini boleh mengancam keselamatan politik saudara. Di sinilah bezanya intan dankaca - Tunku dan saudara. Yang Teramat Mulia Tunku hanya pecat saudaradari UMNO tetapi tidak menggunakan ISA atau mana-mana akta untuk menahan saudara.

Tindak tanduk saudara sekarang ini, sebenarnya merugikan Bangsa Melayu. Tanpa segan silu saudara sendiri mengaku bahawa saudara orang Melayu dan menjadi Presiden Parti Melayu - UMNO. Mereka yang saudara arah untuk ditahan di bawah ISA semuanya orang Melayu belaka. Begitu juga mereka yang ditohmah merusuh adalah orang Melayu yang dipukul oleh polis dan FRU Melayu juga. Polis dan FRU tidak bersalah, sebaliknya saudaralah yangharus bertanggungjawab kerana saudara adalah menteri yang menjagamereka. Tidakkah saudara kasihan kepada orang Melayu ini. Ke manakah hilangnya pertimbangan kemelayuan saudara?. Saya ingin bertanya, saudara ini jenis Melayu yang macam mana?.

Tindakan saudara ini sebenarnya telah dan akan menyusahkan keturunan saudara jua. Saudara harus ingat saudara ana anak yang berbakat besar dalam politik tanahair. Tindakan sedemikian hanya menyediakan musuh untuk dia hadapi apabila saudara tiada lagi du dunia ini. Fikir-fikirlah sikit. Jangan kerana kita nak kenyang hari ini, keturunan kita pula berlapar hari esok!.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyatakan betapa meluatnya saya atas kenyataan biadab dan bongkak dari saudara yang telah memperkecil-kecilkandan mempertikaikan hukum hudud yang merupakan hukum ALLAH.
Saudara terus biadab apabila menghina dan mempersenda janggut Rasulullah S.A.Wyang merupakan sebahagian dari sunnah baginda. Saudara juga telah menempelak para mufti dan ulamak serta memfitnah Ustaz Profesor Dato' Dr.Harun Din Al-Hafiz. Ini semua terkandung dalam tape yang diedar di Arau dan tersiar dalam buku 'Layakkah Anwar Memimpin Reformasi' karya Ahmad Lutfi Othman.

Sama ada saudara tahu atau tidak, hati rakyat yang beragama Islam tergurissudah. Mereka begitu kecewa apabila mendapat tahu bahawa PerdanaMenteri mereka telah nyanyok dan sanggup membuat kenyataan baidab yang sedemikian rupa.

Dari segi hukum Islam, cuba-cubalah saudara bertanya secara ikhlas kepada mana-mana Ustaz dan Tuan Guru, apa hukumnya jika seseorang itu mempertikai dan memperkecil-kecilkan hukum hudud serta mempersenda sunnah Rasulullah S.A.W.

Sehingga surat ini ditulis, belum ada sebarang penafian dari mulut saudaramengenai perkara ini.
TAUBATLAH!!...SEBELUM TERLAMBAT!!............

Menyentuh tentang malang yang menimpa Datuk Seri Anwar, sukalah saya menegaskan bahawa saya percaya beliau tidak bersalah sebaliknya beliau telah dianiaya oleh konspirasi politik yang barangkali dipimpin sendiri oleh saudara - pemimpin tua, nyanyok lagi penakut - yang takut dicabar oleh Datuk Seri Anwar.

Saya yakin, saudara sememangnya takut dengan pengaruh dan kredibilitiDatuk Seri Anwar di dalam UMNO. Saudara lebih takut lagi apabila beliauberada di luar UMNO, kerana beliau telahpun menyatakan kesediaannyauntuk mencabar saudara di Kubang Pasu dalam Pilihanraya yang akandatang. Sebab itu, Datuk Seri Anwar segera ditangkap dan dikurung. Atasdasar itu jugalah, proses mengaibkan beliau diteruskan setiap hari denganlebih hebat lagi.
Tetapi saudara lupa masa depan politik saudara belum tentuselamat dan INSYAALLAH Kekanda Dr. Wan Azizah akan meneruskanperjuangan suaminya menentang dan mencabar saudara di Kubang Pasu!.

Justeru itu, saya awal-awal lagi tidak terperanjat jika saudara akan mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah mana-manap eraturan baru bagi menghalang Dr. Wan Azizah dari bertanding mencabar saudara. Barangkali jika perlu, Dr. Wan Azizah juga akan ditangkap dandikurung seperti suaminya atas arahan saudara. Kalau itu semua tidak berlaku, setidak-tidaknya saya yakin saudara mungkin akan berpindah kekawasan lain yang lebih selamat buat saudara. Dan jika ini benar-benarberlaku, ianya akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa saudara sememang penakut dan bacul.

Selain dari cabaran yang saudara hadapi Dr. Wan Azizah, saudara harus ingat, saudara juga akan menghadapi cabaran dari dalam UMNO sendiri. Ini berdasarkan sudah wujud gerakan oleh Yang Berhormat Senator DatukIbrahim Ali berserta rakan-rakan dari bekas ahli Semangat 46 yang telah berkempen secara senyap-senyap untuk menabalkan Yang Berhormat MuliaTengku Razaleigh Hamzah bagi menerajui UMNO.

Baru-baru ini saya telah diberitahu, sekumpulan orang UMNO yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar dan mereka ini begitu membenci dan meluat kepada saudara telah ditemui dan dirayu oleh Datuk Ibrahim Ali supaya mereka mengalihkan sokongan kepada Tengku Razaleigh. Mereka ini dijanjikan dengan kepimpinan yang lebih bersih, lebih adil, lebih terbuka dari kepimpinan saudara yang ada sekarang. Bahkan Datuk Ibrahim Ali juga berjanji akan menemukan mereka ini dengan Tengku Razaleigh.

Kemungkinan Tengku Razaleigh mencabar saudara lebih jelas lagi, apabilaTengku Razaleigh dalam satu kenyataannya di Poh, Perak baru-baru ini telahmenyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding mengisi kekosonganjawatan Timbalan Presiden UMNO. Mengenai gaya politik dan watak TengkuRazaleigh sendiri, saya yakin beliau sebenarnya hanya berhasrat bertandingJawatan Presiden UMNO. Kalau ini berlaku, saya ingin menjadi orangUMNO pertama mengucapkan Selamat Jalan Romeo kepada saudara.

Dalam pada itu, saya turut terfikir barangkali saudara sememangnya merancang untuk menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh. Saya yakin pada pertimbangan saudara, segala pekong dan kudis saudara semasa memerintah negara ini akan ditutup oleh Tengku Razaleigh apabila beliau berkuasa nanti.

Mengenai dukungan saya terhadap Datuk Seri Anwar, saya sedih selepasbeliau dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,keesokannya dipecat sebagai ahli UMNO dan hilang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar telah diserang hebat oleh dua Naib Presiden UMNO yang masing-masing berlumba-lumba siapa yang palinghebat mengecam Datuk Seri Anwar, kerana saya yakin pada pertimbangan mereka siapa yang lebih hebat membelasah akan ada peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kepada mereka ingatlah peringatan ALLAH,"Kita merancang, ALLAH merancang, perancangan ALLAH lebih baik".

Selain mereka berdua, turut menyerang moral Datuk Seri Anwar yang dikatakan buruk ialah tokoh-tokoh bermoral terpuji yang selama ini diketahui umum seperti Datuk Megat Junid Megat Ayob, Datuk Sabaruddin Chik, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.

Bagi saya, saya tidak hairan, memang sudah menjadi resam dunia politiktidak ada kawan dan musuh yang kekal. Hari ini berkawan esok berlawan,hari ini berlawan esok mungkin berkawan. Tetapi ingatlah baik-baik, bila pelepah bawah jatuh pelepah atas jangan ketawa, lambat laun akan jatuh jua.

Apabila bercakap soal moral, saya teringat kepada janji Puan Marina Yusof dan saya jangka beliau akan mendedahkan perilaku tidak bermoral saudara apabila tiba masanya nanti - saya harap saudara dapat bersabar menunggusaat tersebut - tak akan lari gunung dikejar.

Pada tahun 1993, saya adalah penyokong kuat datuk saudara saya Tun AbdulGhafar Baba yang ketika itu dicabar oleh Datuk Seri Anwar. Tun Ghafarmemberitahu saya bahawa saudara berjanji akan menyelamatkan beliau. Janjisaudara kami tunggu. Akhirnya janji itu dikotakan oleh saudara denganmembuat kenyataan yang memilukan Tun Ghafar di Kuala Terengganu -Don't overstay your welcome".
Tun Ghafar nyata kecewa dan meletakkansemua jawatan dalam parti dan kerajaan. Beliau telah ditipu olehs audara..Dalam masa yang sama beliau mendendami Datuk Seri Anwar sehingga kini. Dendamnya bukan kepalang.

Jika pertimbangan keluarga diambil kira, saya sepatutnya memilih untukbersama saudara dan Tun Ghafar membelasah Datuk Seri Anwar. Memang sukar bagi saya untuk berlain arah apatah lagi bertentang dan berbeza pendapat dengan Tun Ghafar - tokoh yang cukup saya hormati suatu ketika dahulu. Saya berharap Tun Ghafar tidak terperanjat dengan keputusan saya ini, sebagaimana saya tidak terperanjat bagaimana beliau boleh bersama Tan Sri Abdul Tamby Chik ke sana sini sekarang ini.

Saya tidak boleh bersekongkol mengizinkan dendam kesumat Tun Ghafar etrhadap Datuk SeriAnwar mengatasi batasan keebnaran. Setelah meneliti sekian lama ALHAMDULILLAH di saat genting begini ALLAH bukakan pintu hati sayauntuk membuat keputusan mempertahankan kebenaran yang ada pada Datuk Seri Anwar. Kebenaran tetap benar. Nyatakanlah kebenaran yang baru mula bertapak walaupun pembohongan sudah melata ke seluruh dunia.

Bagi saya, saya sememangnya mengelak untuk mencerna, apalagi mengaibkan Tun Ghafar kerana mencerna dan mengaibkan beliau bererti menzalimi diri saya sendiri. Saya yakin saya tidak mencerca dan mengaibkan beliau dalam surat ini kerana apa yang saya sebutkan adalah peristiwa benar yang telah menimpa beliau.
Saudara,

Pada kesempatan ini sukalah saya merakamkan kembali rentetan perilakuburuk saudara yang suka menimbulkan masalah dan bergaduh dengan sesiapasahaja dari tahun 1970 hingga sekarang.


***

Tujuh Keterangan bahawa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Jika kita amati keterangan-keterangan di bawah ini ternyata jelas Anwar tidak bersalah!! Sila baca dan renungkan dengan ikhlas!!

1. Saudara Anwar telah diberi 2 pilihan iaitu samada berhenti secara hormat ( dan semestinya diberi ganjaran yang setimpal seperti apa yang berlaku kepada ahli-ahli politik yang terdahulu yang disuruh berhenti seperti Musa Hitam, Rahim Thamby Chik) atau dipecat dan terima padahnya.

Anwar telah memilih jalan kedua iaitu beliau rela dipecat dari bersekongkol dengan mereka yang taghut! Mengapa beliau pilih jalan yang susah? Jalan yang penuh ranjau yang tidak tentu akhirnya?Kenapa beliau sanggup mengorbankan segalanya termasuk isteri dan anak-anak tersayang?

Jika beliau memang bersalah sudah pasti beliau memilih jalan pertama tanpa bersusah payahmerengkok di dalam jel dan sekaligus dapat menutup segala 'kesalahannya'. Anwar telah pilih jalan kedua kerana beliau TIDAK BERSALAH dan beliau tidak sanggup lagimembiarkan PM dan kuncu-kuncunya bermaharajalela!!! Inilah semangat juang yang ada padabeliau yang saya rasa kurang terdapat pada pemimpin-pemimpin kita yang lain sekarang!!!

2. Jika Anwar bersalah kenapa mesti PM sekat segala media cetak, media elektronik dan hanya menyiarkan berita berat sebelah, berita palsu dan berita yang mengelirukan rakyat semua???

Rakyat semua tahu PM cuba membohongi rakyat dengan taktik kotor ini!! Jika Anwar memang bersalahkenapa perlu PM takut; biarkan sahaja kebenaran menyerlah di akhbar, television dan radio! Biarkan sahaja kebenaran didedahkan kepada rakyat tanpa perlu sekatan akhbar!!!

Tetapi PM terus mencengkam semua media massa sehingga rakyat merasa meluat untuk membaca akhbartempatan sekarang!! Jawapannya ialah ANWAR TIDAK BERSALAH!!! PM terpaksa sogokrakyat biasa dengan berbagai fitnah setiap hari kerana takut kebenaran teserlah! PM cuba racunifikiran rakyat dengan berbagai helah dan putar-belit saban hari kerana takut rakyat insaf tentang perkara sebenar iaitu ANWAR TIDAK BERSALAH!!!

3. Kenapa mesti Anwar dipukul semasa dalam tahanan? Jika memang PM sudah mempunyai bukti kukuh tentang moral Anwar kenapa perlu menyiksa Anwar sedemikian rupa?? Jika Anwar memang bersalah kenapa mesti PM bersusah payah menyuruh Anwar dipukul? Jika beliau bersalah biar saja mahkamah membuktikannya . Kenapa perlu dipukul -pukul lagi??

Jawapannya ialah Anwar dipukul kerana berkeras tidak mahu bekerjasama . Mungkin Anwardisuruh saja mengaku bersalah (selepas itu beliau dijanjikan kesitimewaan dsbnya); mungkin juga beliau diugut tetapi tetap tidak mahu bekerjasama. Apalagi jika orang yang ditahan berkeras-kepala semestinya orang yang menahannya naik angin dan belasah mengikut hawa nafsu marahnya!!! Renungkanlah saudara sekelian! Tindak-tanduk ganas ini sudah cukup bukti bahwa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

4. Menuduh Dr. Munawar Anees membenarkan Anwar meliwatnya adalah satu lagi bukti Anwar TIDAK BERSALAH!!

Dr. Munawar adalah seorang Islamic Scholar yang terkenal di AS. Beliau adalah editor bagi IslamicPeriodica, sebuah journal khas tentang ilmu-ilmu pengajian Islam. PM tahu rakyat Malaysia memang kurang membaca journal sedemikian dan kurang terdedah kepada tokoh-tokoh Islam mutakhir ini (hasil dari sistem sekularisasi yang beliau anjurkan selama ini) Adalah tidak boleh diterima dek akal langsung mengapa seorang tokoh berkaliber seperti beliau harus takut kepada Anwar dan membiarkan dirinya diliwat??? Jelas sekali ini adalah fitnah semata-mata dan sememangnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

5. Jika Anwar bersalah, kenapa para ulama' bebas memberi sokongan padu kepada beliau!! Ust.Harun Din memang terang-terang menyatakan Anwar difitnah dan tidak bersalah.Ust. YusufAl-Qardhawi seorang ulama' terkenal dengan fatwa-fatwa beliau dizaman ini telah menyatakan iniadalah satu ujian bagi Anwar dan umat Islam keseluruhannya!Beliau telah memberi sokongankepada sebarang bentuk tindakan untuk membenteras gejala-gejala fitnah memfitnah yang dilemparkepada Anwar. Jika ulama' muktabar sendiri percaya bahwa Anwar TIDAK BERSALAH mengapa kita insan yang dhaif harus ragu-ragu lagi!!

6. Pemimpin-pemimpin negara-negara asing, pertubuhan Islam serta dunia,badan-badan duniaseperti IMF, UNESCO dsbnya telah menyuarakan ketidakpuasan mereka tentang kes Anwar; jelasdan nyata mereka dapat 'bau' sesuatu yang tidak kena! Tetapi yang sungguh menyedihkan ada diantara rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik yang mungkin sudah hilang segala deria melihat, hidu, dengar dan rasa sehingga sanggup mengiyakan segala fitnah yang dilemparkan! Mengapakah terdapat sokongan antarabangsa terhadap kes Anwar?? Sudah tentu kerana mereka yakin Anwar TIDAK BERSALAH!!!

7. Akhlak Anwar berbanding dengan pemimpin -pemimpin Malaysia yang lain jelas berbeza!!!Pernahkah kita dengar beliau ditangkap khalwat sebelum ini?? Menteri-menteri yang lain tidak sunyi dari skandal seks yang dapat ditutup dengan secepat kilat!! (namun umum tetap tahu!) Pernahkan kita dengar Anwar pergi berjudi baik di dalam maupun di luar negara?? Umum juga tahu ramai menteri melayu kita kaki judi !! Pernahkan kita dengar Anwar berpeleseran di pub-pub minum arak? Umum ramai yang tahu di kalangan menteri melayu kita ada juga yang kaki minum!!

Akhlak mulia Anwar juga terpancar dalam keluarganya dimana isterinya berlemah -lembut; anak-anak bersopan-santun; di suatu ketika saya ternampak Wan Azizah mencium tangan suaminya sebelum beliau menghadiri sesuatu mesyuarat.

Jika difikir dalam-dalam apakah patut kita melemparkan fitnah sedemikian rupa terhadap seseorang yang akhlaknya (MORAL) mulia sehingga dapat mendidik isteri serta anak-anak menjadi insan yang sabar dan gigih menempuh segala dugaan sekarang!! Sesungguhnya PM telah tersilap langkah membawa isu moral sebagai agenda utamanya kerana moral (akhlak) Anwar sejak dulu lagi berbanding dengan menteri lain memang bagai langit dengan bumi dan sesungguhnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Wahai saudara Islamku sekelian, janganlah kita jadi orang yang buta hati sehingga tidak dapatberfikir mencari kebenaran! Bukalah mata mu dan buatlah analisis bijak; jangan terima segala putarbelit ahli politik kita membabi-buta! Jangan jadi kaki 'angguk' sahaja! Janganlah jadi kakiampu/bodek seperti Isa Samad, Sanusi Junid, Ghafar dllnya. Mereka ini seakan-akan sudah tiada segan-silu membohongi rakyat dengan bermotifkan politik!

Mereka sanggup mengiyakan fitnah PM dengan harapan untuk mencapai cita-cita politik mereka! Mereka memegang sikap 'apa aku peduli tentang Anwar? Biarlah dia lungkup! Janji aku sokong PM dan disukainya!Untung-untung pemilihan UMNO tahun depan aku naik!! Adakah kita terus mahu di pimpin oleh orang-orang yang bacul, tidak bermaruah, kaki ampu seperti mereka ini semua??? TIDAK!!!!!

Saudara Islamku, kita harus bertindak segera! Pasangkan tekad di dalam hati masing-masing untuk menerangkan perkara yang benar kepada sahabat kita yang lain. Sebarkan maklumat yang benardan hapuskan segala fitnah. Berikan kesedaran kepada orang ramai tentang kebenaran. Insyallah kita akan berjaya!

"Ya Allah ya tuhan ku, kau jatuhkanlah Mahathir serta kuncu-kuncunya dan kau dedahkanlah segala kezaliman mereka terhadap rakyat Malaysia! Ya Allah berilah kekuatan dan kejayaan kepada saudara Anwar dan kami yang dizalimi! AMIN YA RABBUL 'ALAMIN!!!"

Friday, March 6, 2009

PRESS STATEMENT: MINISTER OF ENERGY, WATER AND COMMUNICATIONS INTENDS TO PROFIT CONCESSION COMPANIES AT EXPENSE OF THE PEOPLE....!!!



SHAH ALAM – The Water Review Panel of the Selangor State Government views with concern the statement by Minister of Energy, Water and Communications Datuk Shaziman Abu Mansor made in an interview yesterday (Berita Harian, 3rd March 2009).

He gave two reasons for wanting to speed up the process of restructuring the water industry in Selangor. First,he stated that the assets of all concession companies need to be taken over by 31st March 2009, or consumers would face an increase in the water tariff.

The Water Review Panel would like to stress here that there will beno such increase in tariffs should the State Government take over the assets.

KENYATAAN AKHBAR: RANGSANGAN BAHARU PAKEJ EKONOMI UNTUK NEGERI SELANGOR



KENYATAAN AKHBAR:
4 MAC 2009
RANGSANGAN BAHARU PAKEJ EKONOMI UNTUK NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM: Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan Malaysia sedang berada di ambang kemelesetan. Sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, negeri Selangor kini bersedia mengambil tempat di hadapan dalam usaha membantu merancakkan ekonomi negara dan pada masa sama menyeimbangi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi merealisaikan pertimbangan tersebut, mesyuarat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor(AMKN) hari ini mengenal pasti lima bidang utama untuk mencipta pemangkin pembangunan ekonomi Selangor. Lima bidang tersebut:

Thursday, March 5, 2009

KENYATAAN RAIS YATIM MEMBERI 'SIGNAL' ANWAR JADI PM....????


Kenyataan Dato' Seri Dr Rais Yatim semalam di Program Isu-isu Semasa, MOI telah mengundang tandatanya orang ramai....!

Diantaranya ialah... hujah beliau mengenai kuasa melantik Menteri Besar dan Perdana Menteri...!!! Menurutnya mana-mana pihak tidak boleh mempersoal ke atas kuasa melantik MB dan PM kerana ianya adalah hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong....!


Sementara itu di Parlimen baru-baru ini, Datuk Seri Nazri Aziz juga membuat kenyataan yang sama di Dewan Rakyat bahawa "Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri."

Oleh itu dalam proses peralihan kuasa di hujung bulan ini kita boleh mengesahkan samada kenyataan Rais Yatim dan Nazri Aziz ini diterima atau dibakulsampahkan....!!!! Atau kita akan melihat Yang Di Pertuan Agung mempunyai pilihan yang lain untuk PM yang baru.....!!!

Wednesday, March 4, 2009

Perkembangan Terkini Krisis Politik Perak dan Selangor serta Masa Depan Politik Malaysia : SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT....!!!!!

Panelis : YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiausaha Politik Menteri Besar) : Prof Aziz Bari ( Universiti Islam Antarabangsa ) :
Sdr Ibrahim Suffian ( Merdeka Centre )

Moderator : Sdr Hafez Sabri ( BERSATU PERAK )

Tempat: Bilik Andalas, Tingkat 15, Menara PKNS, Petaling Jaya. ( Berhampiran Hotel Hilton, PJ, Tingkat bawah menara adalah pejabat Celcom)

Tarikh/ Masa : 6 Mac 2009, jam 8 malam

Semua dijemput hadir, dan mohon disebarkan undangan.

SAIFULLAH ZULKIFLI
Sepakat/ Common Ground
0133005461

SELURUH KUALA LUMPUR AKAN BANJIR SEKIRANYA HUJAN BERTERUSAN TURUN SELAMA SETENGAH JAM LAGI....!!!!



Gambar dari Mstar Online menunjukkan banjir kilat di Kuala Lumpur semalam. Ramai yang terkandas selama 3 jam untuk pulang kerumah masing-masing.

Diberitakan semua sungai di Kuala Lumpur sudah penuh dan dijangkakan sekiranya hujan lebat terus turun tanpa henti selama setengah jam lagi, seluruh Kuala Lumpur akan tengelam.

Tuesday, March 3, 2009

BOLEH GUNA PERKATAAN "ALLAH"....!!!


Baru-baru ini KDN tarik balik keputusan penggunaan nama Allah kepada The Herald. Namun begitu terdapat pandangan berbeza daripada 2 ulamak iaitu Dr Badrul Amin dan Tuan Guru Nik Aziz mengenai bukan Islam untuk menggunakan nama Allah, Salam dan menyebut Bismillah.




Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan. SILA KLIK UNTUK BERITA SELANJUTNYA.



Bukankah Allah itu Tuhan semua - Rabbul `aalamiin - Lord of the Universe? Tapi jika tujuan mereka adalah untuk berdakwah dikalangan penganut Islam atau paling tidak untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan orang Islam, maka hal itu dari awal lagi sudah bercanggah dengan Perlembagaan...kata Ustaz Dr Badrul Amin...!

Sunday, March 1, 2009

MELAYU MUDAH LUPA...!!!! ATAU....NAJIB MUDAH LUPA....!!!

EHSAN DARI BLOG

http://legendabuta.blogspot.com/


WAJAH MISTERI SIRUL DAN AZILAH....!!!

Ramai orang tertanya-tanya wajah sebenar si Sirul dan Azilah ni....? Ramai orang bertanya kenapa ditutup...? Kenapa misteri...?
Oleh itu dalam Blog Dunia Kemanusiaan sdr boleh meneka mana satu wajah mereka....?

Saturday, February 28, 2009

ROSMAH PATUT BELAJAR DENGAN TUANKU NUR ZAHIRAH...!!!



Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama dengan pemilik gedung ternama Harrods, Mohammed Al-Fayed ketika merasmikan promosi Kraf Malaysia di gedung membeli-belah Harrods, LONDON.


'USTAZ' GOBALA BERDAKWAH DENGAN AHLI PARLIMEN UMNO.....!!!!


Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.

Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.-- IBH