Saturday, September 18, 2010

Kes Sosilawati: Liputan Meluas Seluruh Dunia

Kes bunuh Sosilawati: Liputan media negara jiran

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga individu lain bukan saja menggemparkan tanah air, tetapi turut mendapat liputan akhbar dari beberapa negara lain terutamanya negara jiran.

Liputan kebanyakannya dilaporkan melalui media baru atau ‘online’ yang memaparkan berita mengenai pembunuhan itu serta maklumat terbaru perkembangan kes.

Antara media asing yang membuat paparan mengenai kes pembunuhan itu selepas polis membuat pengesahan pada 12 September lalu adalah The Brunei Times, The Straits Times (Singapura), brisbanetimes.com.au (Australia), Asian Tribune (Bangkok) dan Telegraph.co.uk (England).

Kes itu mendapat liputan meluas media kerana ia membabitkan seorang usahawan berjaya serta berpangkat Datuk bersama tiga individu lain dan dibunuh dengan cara kejam iaitu diculik, diikat, dipukul, ditikam, dibunuh dan dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang selepas berurusan dengan seorang peguam mengenai jual beli tanah. -HM









No comments: