Yesterday at 9:54pm
Oleh Halik Zaman
Oleh Halik Zaman
PAKATAN RAKYAT pasti memerintah Sabah seandainya kerjasama dan perpaduan lebih kukuh terjalin diantara para pemimpin dan ahli-ahli gabongan Pakatan Rakyat Sabah. Ahmad Tamrin menegaskan demikian di salah satu rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini. Beliau di minta mengulas tentang beberapa orang kepimpinan PKR yang keluar dari keahlian PKR baru-baru ini.
Ahmad Tamrin menegaskan bahawa 'perpindahan' keluar beberapa orang wakil rakyat dari PKR sebenarnya adalah suatu bonus kepada PKR kerana ianya terjadi sebelum PRU13, dan mereka yang tidak 'ikhlas' dalam perjuangan telah menampakkan 'belang'. Sekurang-kurangnya kepimpinan pusat PKR akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon yang akan datang. Thambrin menyindir "daripada mereka menjadi duri dalam daging, lebih baik mereka keluar sebelum bernanah"."Kita ibaratkan mereka keluar dari PKR sebagai suatu proses 'pemutihan' dalaman PKR. Alhamdulillah, Allah swt tidak mahu mereka yang tidak ikhlas ini untuk terus bernaung di bawah perjuangan suci PKR dan Pakatan Rakyat sebagai musuh dalam selimut." Ujar Ahmad Tamrin lagi.
Ahmad Tamrin juga menyentuh kenyataan akhbar Tan Sri Zetty Ahtar, Gobenor Bank Negara yang menyatakan Malaysia akan kehabisan wang simpanan negara. Menurut Ahmad Tamrin, banyak kemungkinan yang memangkin punca kita kehabisan wang simpanan negara kerana pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang membazirkan wang negara dengan tidak terancang perancangan kewangan terlebih dahulu."Bukan menuduh tetapi mungkin, tidak mustahil sekiranya kepimpinan UMNO dan BN menggunakan wang tersebut untuk 'membeli' pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat kerana BN akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat Pakatan Rakyat berkubur" Tegas Ahmad Tamrin lagi.
Jika dilihat secara logikal, belum pernah terjadi kes kehabisan wang simpanan negara sebelum ini. Mengapa dan bagaimana ianya terjadi, hakikatnya hanya "mereka dan kuncu-kuncunya' sahaja yang mengetaui.Menurut Ahmad Tamrin lagi, terlalu banyak pembaziran yang telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN. Banyak program-program yang hanya memberikan faedah kepada sebelah pihak dan ia sama sekali tidak menguntungkan rakyat. Banyak 'khabar-khabar angin' yang bertiup kesana-sini mengenai pemborosan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu."Kalau dah sekali main golf diluar Negara, berjuta ringgit di habiskan, jangan cakaplah bila bab membeli-belah. Seandainya benar, mengapa kita hanya melihat begitu sahaja wang rakyat Malaysia di belanjakan demi kepentingan seseorang ?" Sindir Ahmad Tamrin lagi,.
Hakikat kini, rakyat terpaksa menanggung beban ekoran pemborosan yang di lakukan oleh Kerajaan UMNO//BN. Adakah mereka sedar rakyat sedang menderita dek kenaikan harga barangan asas dan PM sendiri telah mengumumkan bahawa segala subsidi akan di tarik balik. Tidakkah perkara sebegini akan menambah beban dan sengsara rakyat Malaysia ?"Seandainya benar akan dilaksanakan kenaikan harga petrol pada Mei nanti, di mana RON 95 akan di naikkan sebanyak RM3.70 dan RON 97 akan di naikkan sebanyak RM3.90, bukankah ini menjerat leher pengundi pengundi semua?
Para pemimpin UMNO yang berjawatan memang tidak akan terasa apa-apa kerana Kerajaan tanggung mengisi minyak kereta mereka sepenuh-penuhnya. Yang menjadi mangsa adalah pengundi pengundi, rakyat yang menanggung segala mala-petaka yang UMNO ciptakan," Tegas Ahmad Tamrin lagi.Ahmad Tamrin tidak menolak segala kemungkinan bahawa kenaikan kos sara hidup akan meningkat lebih tinggi lagi. Bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka seandainya ini terjadi ?
Bagaimana rakyat pedalaman dapat hidup dalam kesempurnaan sedangkan mereka terjerat dalam kenaikan harga barangan asasmakanan ?"Sebagai rakyat, kita harus bijak dalam memberi undi di PRU yang akan datang, Seandainya kita mahu anak cucu kita hidup dalam kesengsaraan, maka undilah BN, tapi jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin maka barisan Pakatan Rakyat bersedia untuk merubah segalanya seandainya diberikan peluang dan ruang mentadbir Kerajaan Sabah khasnya dan Kerajaan pusat amnya." Ujar Ahmad Tamrin.
Jelas Thambrin, Pakatan Rakyat tidak expose formula meninggikan ekonomi rakyat yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat kerana akan tiba masanya Pakatan Rakyat beri tahu rakyat dalam manifesto Pakatan Rakyat kepada pengundi pengundi. Tunggu dan lihat sahaja akan tiba masanya yang sesuai.
No comments:
Post a Comment