Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL...



10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati

Thursday, February 25, 2010

Berikut adalah majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan para pemimpin Pakatan Rakyat khas Adun di Selangor.


Dun : Batu Tiga, Rodziah Ismail (PKR
Tarikh : 27 Februari 2010(Sabtu)
Masa : 11 pagi – 3.00 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Bukit Kuda, Jalan landasan

Dun : Chempaka, Iskandar Samad (PAS)
Tarikh : 27 Februari 2010(Sabtu)
Masa : 7.00 petang - 10.30 malam
Tempat : Gelangang Bola Keranjang, Jalan Youth/Jalan Merdeka Kg. Baru Ampang.

Dun : Teratai dgn Lembah Jaya, Jenice Lee (DAP) dgn Khasim Aziz (PAS)
Tarikh : 27 Februari 2010 (Ahad)
Masa :11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat :Dewan Tasek Tambahan, AmpangAcara yang menarik : Pertunjukkan tarian singa

Dun : Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar (PKR)
Tarikh : 28 Februari 2010(Ahad)
Masa : 12.00 tengahri - 3.00 petang
Tempat : Padang Permainan, Jalan Gambus 10, Taman DesawanAcara yang menarik : Tarian Singa, pelbagai jenis makanan, tarian tradisional cina, makan 'yee sang'.

Saturday, February 20, 2010

"Forum Awam: Implikasi Cukai GST Kepada Rakyat"

Wednesday, February 24 at 8:00pm.
Event: Forum Awam: Implikasi Cukai GST Kepada Rakyat

Start Time: Wednesday, February 24 at 8:00pm
End Time: Wednesday, February 24 at 11:00pm
Where: Auditorium MBSA, Shah Alam

Thursday, February 18, 2010

BEGINILAH KUALITI PEMUDA UMNO MASA KINI...!!!


Betapa berpengaruhnya DSAI kalau apa yang diucapkan oleh Pemuda BN ini benar, DSAI dikatakan mampu mempengaruhi dan telah mengarahkan 50 orang Ahli Parlimen Australia untuk menandatangani memorandum yang menggesa agar tuduhan liwat terhadap DSAI digugurkan..

Hebat Dato Seri… Hebat...

Atau pemuda-pemuda BN itu memang bodoh dan mudah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana mereka memang Bodoh!!

Petikan kata-kata mereka dari Video Clip dibawah..


“Percayalah kita buat perkara yang betul.. Kita tak tuduh sesiapa, tetapi kalau kita baca apa yang ditulis dikatakan disitu bahawa kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri hubungan Malaysia Australia akan jadi baik..

Siapa kata hubungan Malaysia Australia tak baik? Kita tak pernah gaduh dengan Australia.. Dalam kes ini Ahli Parlimen Australia yang pandai-pandai boleh jadi bodoh kerana diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim..

Jadi apa yang ditulis sebenarnya disuruh oleh Anwar Ibrahim yang menyebabkan maruah Ahli Parlimen Australia lebih rendah dari Anwar Ibrahim..Anwar Ibrahim dahlah rendah maruahnya, Ahli Parlimen Australia lebih rendah sebab percaya cakap orang macam Anwar Ibrahim..

Kita tak tuduh dia ada agenda jahat tetapi dia bodoh dan orang bodoh kena kita ajar..”

Tuesday, February 16, 2010

THAMBRIN :- BAIK KELUAR DARIPADA JADI MUSUH DALAM SELIMUT..!


Yesterday at 9:54pm
Oleh Halik Zaman

PAKATAN RAKYAT pasti memerintah Sabah seandainya kerjasama dan perpaduan lebih kukuh terjalin diantara para pemimpin dan ahli-ahli gabongan Pakatan Rakyat Sabah. Ahmad Tamrin menegaskan demikian di salah satu rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini. Beliau di minta mengulas tentang beberapa orang kepimpinan PKR yang keluar dari keahlian PKR baru-baru ini.

Ahmad Tamrin menegaskan bahawa 'perpindahan' keluar beberapa orang wakil rakyat dari PKR sebenarnya adalah suatu bonus kepada PKR kerana ianya terjadi sebelum PRU13, dan mereka yang tidak 'ikhlas' dalam perjuangan telah menampakkan 'belang'. Sekurang-kurangnya kepimpinan pusat PKR akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon yang akan datang. Thambrin menyindir "daripada mereka menjadi duri dalam daging, lebih baik mereka keluar sebelum bernanah"."Kita ibaratkan mereka keluar dari PKR sebagai suatu proses 'pemutihan' dalaman PKR. Alhamdulillah, Allah swt tidak mahu mereka yang tidak ikhlas ini untuk terus bernaung di bawah perjuangan suci PKR dan Pakatan Rakyat sebagai musuh dalam selimut." Ujar Ahmad Tamrin lagi.


Ahmad Tamrin juga menyentuh kenyataan akhbar Tan Sri Zetty Ahtar, Gobenor Bank Negara yang menyatakan Malaysia akan kehabisan wang simpanan negara. Menurut Ahmad Tamrin, banyak kemungkinan yang memangkin punca kita kehabisan wang simpanan negara kerana pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang membazirkan wang negara dengan tidak terancang perancangan kewangan terlebih dahulu."Bukan menuduh tetapi mungkin, tidak mustahil sekiranya kepimpinan UMNO dan BN menggunakan wang tersebut untuk 'membeli' pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat kerana BN akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat Pakatan Rakyat berkubur" Tegas Ahmad Tamrin lagi.
Jika dilihat secara logikal, belum pernah terjadi kes kehabisan wang simpanan negara sebelum ini. Mengapa dan bagaimana ianya terjadi, hakikatnya hanya "mereka dan kuncu-kuncunya' sahaja yang mengetaui.Menurut Ahmad Tamrin lagi, terlalu banyak pembaziran yang telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN. Banyak program-program yang hanya memberikan faedah kepada sebelah pihak dan ia sama sekali tidak menguntungkan rakyat. Banyak 'khabar-khabar angin' yang bertiup kesana-sini mengenai pemborosan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu."Kalau dah sekali main golf diluar Negara, berjuta ringgit di habiskan, jangan cakaplah bila bab membeli-belah. Seandainya benar, mengapa kita hanya melihat begitu sahaja wang rakyat Malaysia di belanjakan demi kepentingan seseorang ?" Sindir Ahmad Tamrin lagi,.

Hakikat kini, rakyat terpaksa menanggung beban ekoran pemborosan yang di lakukan oleh Kerajaan UMNO//BN. Adakah mereka sedar rakyat sedang menderita dek kenaikan harga barangan asas dan PM sendiri telah mengumumkan bahawa segala subsidi akan di tarik balik. Tidakkah perkara sebegini akan menambah beban dan sengsara rakyat Malaysia ?"Seandainya benar akan dilaksanakan kenaikan harga petrol pada Mei nanti, di mana RON 95 akan di naikkan sebanyak RM3.70 dan RON 97 akan di naikkan sebanyak RM3.90, bukankah ini menjerat leher pengundi pengundi semua?

Para pemimpin UMNO yang berjawatan memang tidak akan terasa apa-apa kerana Kerajaan tanggung mengisi minyak kereta mereka sepenuh-penuhnya. Yang menjadi mangsa adalah pengundi pengundi, rakyat yang menanggung segala mala-petaka yang UMNO ciptakan," Tegas Ahmad Tamrin lagi.Ahmad Tamrin tidak menolak segala kemungkinan bahawa kenaikan kos sara hidup akan meningkat lebih tinggi lagi. Bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka seandainya ini terjadi ?
Bagaimana rakyat pedalaman dapat hidup dalam kesempurnaan sedangkan mereka terjerat dalam kenaikan harga barangan asasmakanan ?"Sebagai rakyat, kita harus bijak dalam memberi undi di PRU yang akan datang, Seandainya kita mahu anak cucu kita hidup dalam kesengsaraan, maka undilah BN, tapi jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin maka barisan Pakatan Rakyat bersedia untuk merubah segalanya seandainya diberikan peluang dan ruang mentadbir Kerajaan Sabah khasnya dan Kerajaan pusat amnya." Ujar Ahmad Tamrin.

Jelas Thambrin, Pakatan Rakyat tidak expose formula meninggikan ekonomi rakyat yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat kerana akan tiba masanya Pakatan Rakyat beri tahu rakyat dalam manifesto Pakatan Rakyat kepada pengundi pengundi. Tunggu dan lihat sahaja akan tiba masanya yang sesuai.

Monday, February 15, 2010

Elok berhenti wei...!!!

KOKOK AYAM SABUNG UMNO INI SUDAH SENJA....!!


Sdr Ezam berkokok lagi...!
Kali ini kokokan ayam sabung UMNO ini tak mampu mengejut orang UMNO untuk 'terkejut' menunaikan solat tahajjud. Mana mungkin untuk mereka solat malam....!! Kerana mereka selalu balik 'reban' ayam sebelum waktu subuh..!!

Mereka mampu berbicara politik berjam-jam lamanya dikedai kopi..!

Begitulah sdr Ezam....! Hujahan dan pandangan tajam untuk membantu UMNO dalam memerangi PKR sudah mula tidak hiraukan lagi...!! Orang UMNO sudah meluat dengannya..! Macam-macam teori dan strategi diberikan...semuanya tumpul belaka.

Nak tengok ayam sabung ini berkokok lagi...tunggulah beberapa tahun lagi. Selepas ini tiada kedengaran lagi kerana kantung yang menggunung la ni...akan menjadi rata tidak lama lagi. Apa tidaknya.....! Tungau-tungau seperti Zahid Md Arip dll yang bakal 'meratakannya'...!!

Tuesday, February 9, 2010

Anwar — Victim of overzealous prosecution

FEB 9 — I have been practicing as a criminal lawyer for almost 16 years. I have considerable experience defending accused persons who were being charged for sexual related crimes. My experience tells me that the prosecution will never charge a person for an offence of rape or sodomy if the medical evidence is not favourable to them. It is almost an accepted rule of practice or a legal norm, as far as the offence of rape or sodomy is concerned, medical evidence operates as oxygen to the prosecution.

It seems to me that such a practice is no longer adhered to in the current ongoing trial of Anwar Ibrahim. When the accused person is Anwar Ibrahim the rule of game is suddenly and drastically changed. When Anwar is charged the prosecution no longer seems to gauge the strengths of its case on the available evidence they have. When Anwar Ibrahim is tried the prosecution will, come what may, happily proceed with the trial regardless whether it has fragile evidence or no evidence at all against him !!

The only crime Anwar committed in this case is for having the name, Anwar Ibrahim.

I believe that if another person by the name of Ibrahim Anwar or any other Ibrahims allegedly sodomised Saiful the prosecution would not charge such a person when provided with the medical report prepared by doctors in Pusat Rawatan Islam ( Pusrawi ) and Kuala Lumpur General Hospital respectively.

Both reports, as I was told by lawyers in Anwar’s legal team, contain a very damning evidence against the prosecution in that they unequivocally state that there are no visible signs of penetration of Saiful’s anus. As far as the report of the Kuala Lumpur General Hospital is concerned, it was duly signed by three doctors. So what the prosecution have in their possession are the reports certified by four doctors ( one from Pusrawi and three from KLGH ) apparently dismissing the prosecution’s theory that Saiful was ever sodomised by Anwar.

People may ask why the AG, despite such a damning evidence against the prosecution, is still adamant, and not withdraw the charge against Anwar?The reason is pretty obvious, that is the accused person is Anwar Ibrahim. When Anwar Ibrahim is tried the prosecution will not care even with the existence of a hundred medical reports exonerating Anwar Ibrahim of any sexual offence.

To the layman, this question may crop in their mind. Is the medical evidence really significant in Anwar’s trial ? The answer to that is a resounding yes. As I have indicated earlier the medical evidence is oxygen to the prosecution’s case. The prosecution case dies the moment oxygen disappears or malfunctions.

It is a rule of prudence, as the lawyers call it, in any sexual related crimes, the evidence of the complainant per se is legally insufficient . Such evidence must be corroborated by other independent evidence.

Translated into Anwar’s trial, Saiful’s evidence alone is not sufficient to convict Anwar. His evidence must be corroborated. Of course a corroboration is not needed for all crimes. But in sexual offences, corroboration is highly significant in order to support the factum ( act ) of the alleged sodomy.

Why corroborative evidence is necessary in sexual related cases ? The legal practitioners say such evidence is needed because of the nature of such offences. In any rape or sodomy case it is relatively easy to allege that a crime has been committed by such and such person but it is on the other hand difficult for any person who is being charged to such offences to disprove such an allegation.

We can see clearly even before the court passes any verdict on Anwar, judging from the media coverage which appeared in Utusan and other BN’s controlled media, Anwar is as good as being found “guilty” by these so called juries. The media coverage was so vicious that one wonders whether Anwar’s, or for that matter, his family’s dignity brings any value to this irresponsible media.

The law says if you accuse somebody of committing a sodomy against you the law requires you to furnish corroborative evidence to support your allegation. That is why even in Islamic criminal law if a person is charged for sodomy, the prosecution must bring four witnesses who really see the actual penetration. That shows Islam also takes into account corroborative evidence.

And in Islam the standard of proof in sodomy case is very high indeed that is the prosecution must prove its case beyond any shadow of doubt, and the present standard of proof in civil law which is only beyond reasonable doubt. Thus in Islam any iota of doubt must be ruled in favour of the accused based on the maxim that “ the offence of hudud is withdrawn whenever iota of doubt is present ” . Islam holds the view that it is much wiser for a judge to err in acquitting 10 guilty persons rather than to err in convicting even one innocent person !!

In sodomy , like a crime of rape, the essential element which needs to be proven by the prosecution is the act of penetration itself. In Islamic law the same element also needs to be established by the prosecution in certainty.

Now how is the prosecution able to prove the element of penetration if they do not produce the medical reports/evidence? And how are the medical reports in Anwar’s trial useful to prosecution if they clearly say no visible signs of penetration to Saiful’s anus. The medical evidence is supposed to corroborate Saiful’s evidence but apparently in this case the same medical reports in fact exonerate Anwar Ibrahim. The rule is so simple : no penetration no prosecution. But the AG seems to hold the view that yes, no penetration but mind you we still have persecution to do!!

It is beyond question if Anwar is tried under the Islamic law, the charge, as it is presently framed against him, will never see the light of the day. Seeing the oral testimony of Saiful so far one cannot avoid to jump to the conclusion that it was a groundless or trumped up charge.

The AG should exhibit a high level of professionalism and integrity in the Anwar’s case. Intellectual honesty dictates that the prosecution should withdraw the charge against Anwar Ibrahim. Period. To prosecute a person in the absence of credible evidence is definitely tantamount to a prosecutorial misconduct and wastage of public funds.

The day that AG becomes the tool of the crooked politicians should have passed after the election tsunami in 2008.

Monday, February 8, 2010

JUJURLAH KAWAN


Setiap yang kita lakukan
Biarlah jujur
Bersedia ditegur
Ingat soalan kubur
Rugi yang takbur

Kejujuran itu terlalu penting
Dalam kehidupan kita
Biar apa orang kata
Asalkan hati tak buta
Di akhirat Abu Jahal menderita
Di peperangan Badar habis nyawa
Dosa saja dibawa
Selama-lamanya kecewa

Bila anda tidak jujur
Hidup anda dipermain orang lain
Dulu cakap lain
Sekarang pula lain
Seolah-olah bermain
Hidup bukan mainan
Apa makna kebendaan
Bila dimurkai tuhan
Hidup tidak keruan
Seperti
Ulat bulu panjat durian
Direkod malaikat setiap ucapan
Sedap dulu sakit kemudian
Menanti saja kain kapan
Pembelot diceritakan
Sepanjang zaman
Disebabkan kebendaan
Kawan jadi lawan
Bila hilang kejujuran
Wujudlah
Kepalsuan
Kawan menyeberangi sempadan

http://paksalleh.blogspot.com/

Kontraktor Melayu Dapat 44 Kontrak Bernilai RM68 Juta Di Pulau Pinang ..!!


PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

"Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA)," katanya kepada pemberita hari ini. Lim juga berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya. dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan projek. - BERNAMA

Friday, February 5, 2010

Jangan persenda, noda undang-undang: Raja Nazrin


SILA KILK UNTUK BESARKAN IMEJ

BACA SELANJUTNYA

KAWAN JADI LAWAN..


Bila kawan jadi lawan
Biarkan

Bila kawan jadi lawan
Jangan hairan
Neraka dikelilingi kesenangan
Neraka dikelilingi keseronokan

Bila kawan jadi lawan
Senyum syaitan
Melihat kedurjanaan
Melihat kepura-puraan

Bila kawan jadi lawan
Baca saja Al-Quran
Bertemu banyak pengajaran
Di Uhud contoh terbaik
Melihat ghanimah hati terbalik
Suasana mendebarkan
Hampir-hampir ditewaskan
Saidina Hamzah menemui tuhan
Juga
Mus'aab bin Umair
Anas bin Nadhir
Lebih 70 sahabat syahid
Inilah kawan bermaruah
Inilah kawan beramanah
Pengkhianat pasti musnah

http://paksalleh.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2010

Saya amat terpegun dan kagum Umar Abdul Aziz..!!!


Baru-baru ini saya lantik seorang perempuan jadi YDP MPPP. Ini wanita pertama yang menjadi YDP kerana beliau mampu. Ini menunjukkan kita memberikan peluang kepada mana-mana yang mampu, tetapi kita selalu diserang kerana media massa dipunyai oleh Umno. Macam Jawatankuasa Hal Ehwal Islam. Di bawah BN tahun 2008 belanjawana adalah sebanyak RM12.5 juta. Bila kita buat belanjawan pertama tahun 2009 kita telah naikkan kepada RM20.5 juta ringgit. Tahun 2010 kita telah naikkan lagi kepada RM24.3 juta. Bermakna dalam dua tahun kita hampir sekali ganda lebih besar daripada apa yang diperuntukkan oleh Barisan Nasional.

Jangan pula cuba cemuh kita, maki hamun kita dengan fitnah bahawa kita tak hormati orang Islam. Kita hormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan ini dicerminkan melalui peruntukan yang kita berikan. Kita pun martabatkan para hafiz yang selama ini tidak diberikan tempat. Kita martabatkan dengan pengiktirafan, dengan sedikit penghargaan dan sebagainya.

Baca selanjutnya. Klik disini.

Tuesday, February 2, 2010

ROSMOH....JIB...JANGAN TAKUT DATANG KE MAHKAMAH....!!! WEI....!!

Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".

Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar. Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.

http://www.malaysiakini.com

Mahfuz puji inisiatif SRJK(C) Chiao Nan bina surau

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Di sebalik tercetusnya isu kalimah Allah dan pengeboman beberapa gereja kebelakangan ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memuji inisiatif seorang penganut Kristian, Alex Ong melancarkan tabung dana membina sebuah surau untuk 107 pelajar beragama Islam di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chiao Nan, di sini.

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan suatu hikmah di sebalik keadilan Islam mempertahan hak beragama di kalangan penganut Islam dan bukan Islam di Malaysia.

"Seperti kita yang mengutuk pengeboman gereja walaupun sekiranya dilakukan sendiri (oleh) orang-orang Melayu beragama Islam, inisiatif mereka membina surau untuk anak-anak kita merupakan suatu hikmah (dan) membuktikan mereka juga benci dengan permusuhan agama," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.

Sebelum pada itu, Alex yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah tersebut menjelaskan bahawa pihaknya terpaksa melancarkan tabung dana sumbangan tersebut kerana PIBG dan kementerian tidak mempunyai dana peruntukan untuk membina surau, seperti yang dimaklumkan oleh Guru Besar SRJK (C) tersebut.

Menurut Alex lagi, sekiranya projek pembinaan surau tersebut berjaya, SRJK (C) Chiao Nan mungkin merupakan sekolah pertama di Malaysia yang menyediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim supaya mereka digalakkan belajar tentang keindahan Islam secara teori dan praktikal.

Memberitahu Harakahdaily petang tadi, beliau berkata, daripada 107 pelajar Muslim tersebut, seramai 90 orang pelajar adalah berbangsa Melayu, manakala 17 pelajar yang lain adalah mereka yang datang dari keluarga muallaf dan berkewarganegaraan asing.

Jelasnya lagi, mereka yang mahu memberi sumbangan boleh bertemu dengan AJK surau merangkap guru Pendidikan Islam di SRJK (C) Chiao Nan, Encik Azani atau menyalurkan dana kepada penama 'PIBG SRJKC Chiao Nan berakaun nombor 014066403996, MayBank (M) Berhad atau menghubunginya, 019-6001728.

Monday, February 1, 2010

Kes Saiful: Mahkamah Syari`ah vs Mahkamah Sivil.

Monday, February 1, 2010
Latar belakang - Ada orang menasihatkan agar kita tidak bicang kes liwat saiful ini dan menyerahkannya pada pihak berkuasa mahkamah demi perpaduan.

Saya setuju tapi... Mahkamah mana? Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syari`ah?

Fakta - 4 orang Doktor Pakar telah buat pemeriksaan atas saiful dan dapati tidak ada kesan apa2 memasuki duburnya (baca - dubur saiful masih "dara"). Maknanya tidak berlaku liwat seperti yang dilapurkan (walaupun saiful mengaku diliwat 9 kali). Ini membuktikan yang saiful telah berbohong dan melakukan fitnah. Berikutnya, sebuah lapuran telah dibuat di Mahkamah Syari`ah dan kes QAZAF telah difailkan atas saiful (Qazaf ialah menuduh orang zina atau liwat tanpa saksi).

Persoalan -
  • Mengapa Mahkamah Syari`ah tidak menjalankan siasatan atas saiful sedangkan kes Qazaf adalah dibawah bidang kuasanya?
  • Mengapa Mahkamah Syari`ah perlu menunggu keputusan dari Mahkamah Sivil?
  • Jika liwat tidak berlaku, maka kes apakah yang akan dibicarakan oleh Mahkamah Sivil?
  • Mengapa pihak pendakwa hingga kini enggan menyerahkan dokumen2 terlibat pada pihak peguam walaupun telah diarahkan oleh pihak mahkamah? (Antara dokumen yang dinafikan pada Anwar ialah kenyataan pengadu, Lapuran Dr Osman (Pusrawi), Lapuran pemilik kondo, Kenyataan 3 orang Pakar HKL, Nota ahli pakar kimia dan Lapuran perubatan).
Sebenarnya hanya ada satu jawapan. Tujuan utama kes ini adalah untuk menghumban Anwar semula kedalam penjara walaupun kes tidak ada (rujuk kes "liwat azizan" tahun 98 yang akhirnya dibuang pada tahun 2004 setelah 6 tahun Anwar merengkok dalam penjara). Untuk tujuan itu, mereka akan teruskan kes ini di Mahkamah Sivil walaupun hanya atas tuduhan "percubaan meliwat"... Amat jijik dan memalukan!

Bangkitlah rakyat Malaysia! Bangkitlah para ulamak, ilmuan intelek, para profesor, agamawan, cendikiawan malah bangkitlah wahai tiap yang masih punya hati, jiwa dan perasaan... Jangan biarkan marwah ilmu dan agama dipijak2 oleh mereka yang rakus dan jahat. Bangkitlah walau hanya dengan satu ayat...

Salam hormat.
Http://drbadrulamin.blogspot.com