Ruqayya Rahman
SEMBRONG 24 MAC: Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar akan bertanding di Parlimen Sembrong, Johor pada PRU 13, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifudin Nasution Ismail.
Pengumuman dibuat pada Majlis Minum Petang Bersama Saifudin Nasution dan Salahudin Ayub anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Sembrong dan NGO Gabungan Tuntutan Rakyat Johor (TRJ) yang dihadiri hampir 800 penyokong.
Hadir sama, Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Salahuddin Ayub dan Setiausaha Pemuda DAP Pusat, Tan Hong Tim.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Onn yakin dengan prestasi KEADILAN di Sembrong untuk mencatat kemenangan sekali gus membantu hasrat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
“Saya analisis tren pengundian di Sembrong dan yakin jentera Pakatan akan membantu bawa kemenangan pada PRU 13,” kata anak kelahiran Johor itu.
Keyakinan itu diperkuat dengan penyertaan Rafidah Hassan, sepupu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak dari BN pada majlis berkenaan.
Beliau bersama suami, Zarudin Jaffar menyerahkan borang keahlian Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution sejurus pengumuman itu.
Ironinya, Zarudin biarpun sudah berusia 43 tahun tidak pernah mengundi kerana kecewa dengan lanskap politik negara yang kotor tetapi tertarik dengan ketelusan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terus menyertai KEADILAN.
Beliau menyifatkan kerakusan pemimpin Umno BN merompak harta rakyat dan bermewah-mewahan atas kesusahan rakyat mendorongnya memilih untuk bersama Pakatan.
“Saya mahu bantu Pakatan menawan Putrajaya,” katanya.
(FZL)
No comments:
Post a Comment