Saturday, December 26, 2009

KUCING MAMPU BERDOA....???

Pengalaman membela Kucing lebih 20 tahun....berbagai karektor dan kerenah kucing dipelajari..!! Yang nakal, yang pendiam, yang pemalas, yang rajin dan yang mampu berinteraksi dengan tuannya dll....!! Pokoknya perangai Kucing tidak ubah seperti perangai manusia...! Dan yang menarik mereka mampu mendoakan tuannya..!!

Disini antara cerita Kucing yang dipetik dari MStar Online..!!

Yoda - Kucing Bertelinga Empat!
Gambar Yoda sering dipaparkan di muka depan London Guardian dan tabloid British. -Foto thatsweird.net

PERKENALKAN Yoda - seekor kucing peliharaan yang dilahirkan dengan dua pasang telinga.

Satu pasangan suami isteri, Valerie dan Ted Rock membela kucing itu tiga tahun lalu selepas menemuinya di sebuah bar.

Sekumpulan pelanggan di bar itu memperolok-olokkan Yoda.

Kasihan Yoda. Ia menjadi bahan gurauan segelintir insan yang menyamakannya dengan watak "Yoda" dalam filem 'Star Wars'.

Namun, sejak dipelihara oleh Valerie dan Rock selain gambarnya disiarkan di Internet, kucing berusia dua tahun ketika itu tiba-tiba menjadi "selebriti media bertaraf antarabangsa".

Pasangan suami isteri itu menerima banyak panggilan telefon daripada pengendali rancangan Good Morning America, Fox News dan The Tyra Banks Show sejak terbongkarnya kemunculan kucing bertelingat empat ini.

"Yoda" ialah salah satu watak dalam filem 'Star Wars'.

Malah gambar Yoda sering dipaparkan di muka depan akhbar London The Guardian dan tabloid British.

Meskipun berwajah pelik, Yoda adalah kucing yang normal. Ia disukai ramai orang.

Sepasang telinga yang "terlebih" itu adalah dipercayai ekoran mutasi genetik.

Valerie dan Rock menjaga Yoda dengan baik. Mereka juga mengawalnya secara rapi kerana bimbang ia akan diculik.

Ini semestinya kerana Yoda bukan sembarangan kucing.

Ia adalah kucing bertelinga empat!

No comments: