Monday, December 28, 2009
GAMBAR YANG MENARIK DI SERATA DUNIA..
Beberapa Masalah Dalam Solat Yang Perlu Dipelajari...
Masalah pertama:
Gerak-geri yang sedikit walaupun tiada membatalkan sembahyang, tetapi hukumnya makruh melainkan kerana keperluan, iaitu; seperti menolak orang lalu di hadapan, membunuh kelajenking atau menggaru kerana gatal yang tentu sekali akan menggangu kekusyu’an. Kalau menguap, tidak mengapa meletakkan tangan ke atas mulut; atau jika bersin bolehlah memuji Allah Azzawajalla di dalam hati tanpa menyebut dengan lidah atau kiranya sendawa, maka janganlah hendaknya mengangkat kepala ke atas.
Masalah kedua:
Jika seorang saja yang bersembahyang berimam, hendaklah berdiri di sebelah kanan Imam di belakangnya sedikit. Jika makmumnya perempuan, hendaklah dia berdiri di belakang Imam. Sekiranya hadir bersama mereka seorang lelaki lain, hendaklah si lelaki itu berdiri di sebelah kanan belakang Imam, dan si perempuaan di belakang makmum lelaki pula.
Masalah ketiga:
Makmum masbuk (terlewat) bila mendapat akhir sembahyang imam, maka itulah permulaan sembahyangnya. Hendaklah ia menyertai Imam hingga selasai sembahyangnya, kemudian ia meneruskan pula hingga genap semua sembahyangnya sendiri. Pada sembahyang subuh hendaklah dia berqunut lagi dalam rakaat keduanya sendirian, walaupun dia telah berqunut bersama Imam sebelumnya tadi.
Masalah seterusnya... KLIK DISINI..!!!
Saturday, December 26, 2009
KUCING MAMPU BERDOA....???
Disini antara cerita Kucing yang dipetik dari MStar Online..!!
Yoda - Kucing Bertelinga Empat!
PERKENALKAN Yoda - seekor kucing peliharaan yang dilahirkan dengan dua pasang telinga.
Satu pasangan suami isteri, Valerie dan Ted Rock membela kucing itu tiga tahun lalu selepas menemuinya di sebuah bar.
Sekumpulan pelanggan di bar itu memperolok-olokkan Yoda.
Kasihan Yoda. Ia menjadi bahan gurauan segelintir insan yang menyamakannya dengan watak "Yoda" dalam filem 'Star Wars'.
Namun, sejak dipelihara oleh Valerie dan Rock selain gambarnya disiarkan di Internet, kucing berusia dua tahun ketika itu tiba-tiba menjadi "selebriti media bertaraf antarabangsa".
Pasangan suami isteri itu menerima banyak panggilan telefon daripada pengendali rancangan Good Morning America, Fox News dan The Tyra Banks Show sejak terbongkarnya kemunculan kucing bertelingat empat ini.
Malah gambar Yoda sering dipaparkan di muka depan akhbar London The Guardian dan tabloid British.
Meskipun berwajah pelik, Yoda adalah kucing yang normal. Ia disukai ramai orang.
Sepasang telinga yang "terlebih" itu adalah dipercayai ekoran mutasi genetik.
Valerie dan Rock menjaga Yoda dengan baik. Mereka juga mengawalnya secara rapi kerana bimbang ia akan diculik.
Ini semestinya kerana Yoda bukan sembarangan kucing.
Ia adalah kucing bertelinga empat!
Tuesday, December 22, 2009
Bekas Ketua Polis Baling Bertemu Penyelamatnya Dalam Kejadian Memali..
Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong Pas tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik: “Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai.”
Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di Lobi Parlimen di sini.
“Muhamad Yusoflah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong Pas sehingga saya terselamat,” kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.
Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu merupakan seorang anggota jawatankuasa Pas Baling, berkata beliau menahan penyokong Pas daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.
“Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain,” kata Muhamad Yusof yang kini Setiausaha Perhubungan Pas Kedah.
Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
– BERNAMA
Monday, December 21, 2009
CERAMAH SHEIKH DR. YUSUF AL QORDAWI DI SHAH ALAM..!!
BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI...!!!
SEKUTU CHIN PENG TIDAK ISLAM.....???
Ya,setelah melalui jalan bertar dari muka kampung menuju ke rumah tetamu,kita akan bertemu dengan bangunan Masjid Kampung Perdamaian yang terletak berhampiran Rumah Tetamu dan saya kira lebihkurang 200 meter daripada rumah Abdullah CD.Bangunan Masjid ini begitu sederhana malah,belum siap sepenuhnya terletak di tebing anak sungai yakni di bahagian belakang masjid tersebut.Masjid di tebing kali dan sungai yang mengalir deras serta jernih dan dingin serta deruan air yang mengalir itu tentunya mencipta suatu pemandangan yang bertaut dan tentunya menjadi begitu kontras dengan propaganda songsang lagi jelek terhadap para pejuang Rejimen Ke-10.
(Foto)Rumah Tetamu yang selesa dan bersih
Sejak sekian lama konotasi yang diberikan kepada Rejimen Ke-10 ialah mereka orang Komunis yang tidak percayakan Tuhan dan tidak beragama.Propaganda songsang dan jelek ini dilabelkan terhadap mereka bertujuan untuk mengdiskredits kreadibiliti dan sekali gus guna untuk mengolah persetujuan bahawa mereka ini sememangnya golongan yang memusuhi agama.
Daripada maklumbalas yang saya terima,Masjid ini dijadikan prioriti pembinaannya setelah Perjanjian Damai 1989 di meterai.Abdullah CD dan Ibrahim Chik antara yang mengambil inisiatif mengusahakan pembinaan masjid tersebut termasuk mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Agama setempat.Dari cerita yang saya perolehi Ibrahim Chik menjadi Tok Khatib pertama setelah Perjanjian Damai sebelum beliau mengambil keputusan kembali ke Temerloh.
EHSAN DARI: http://lanailestari.blogspot.com
Friday, December 18, 2009
APA PERASAAN ANDA BILA IMAM SYAFIE DIKETAWAKAN...!!!
SILA KLIK DISINI UNTUK CERITA SELANJUTNYA...!!
Syarahan Perdana Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi...
Thursday, December 17, 2009
BERULANG ALIK DI HOSPITAL AMPANG....!!!
Berulang alik hampir setiap hari tak kira waktu pagi, tengahari, petang dan malam....sebagai pesakit luar untuk mendapatkan kemudahan rawatan, telah menghasilkan sebuah 'cinta' terhadap hospital ini.
Hospital Ampang, yang berdekatan dengan Perumahan Pandan Mewah, yang telah dibuka sejak 2006, mempunyai 562 katil. Dan disini lebih selesa lagi sekiranya dibandingkan HUKM, di Bandar Tun Razak.
Tuesday, December 1, 2009
BUKU TERBARU NIK NAZMI...
Buku yang mengemukakan hujah bagaimana orang Melayu perlu mendepani zaman bagi survival dan kejayaan menghadapi cabaran dunia hari ini: kemunculan politik baru, ke arah merakyatkan ekonomi, menyelesaikan persoalan pendidikan, kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk dan keruntuhan sosial.
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, akan melancarkan buku ini pada minggu hadapan.
Masa: 3.15 petang
Tempat: Itudio Studio, 31D-2 Kelana Mall, Jln SS 6/12, 47301, Petaling Jaya,
USEFUL TIPS....
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack