Saturday, October 25, 2008

EKSPEDISI PULAU PANGKOR - MENCARI REZEKI


Selama 5 hari di Pulau Pangkor. Membantu rakan mencari rezeki 'sesuap nasi'.
Dan terkenang nasib diri yang kembali berdikari dengan bantuan pengalaman yang hampir 10 tahun tanpa bantuan.

Namun begitu penderitaan sepanjang 8 bulan mengenang rakan yang dibantu telah naik berkuasa......!
Menjadikan derita 8 bulan ini lebih dahsyat daripada derita 10 tahun dulu....!

Rupanya kita merancang dan ALLAH yang menentukan. Teringat pesanan pemimpin India Mahatma Gandhi yang berkata:
"Man is nothing. Napoleon planned much and found himself a prisoner in St. Helena. The mighty Kaiser aimed at the crown of Europe and is reduced to the status of a private gentleman. God has willed it. Let us comtemplate such examples and be humble."

Wednesday, October 1, 2008

NOSTALGIA EIDUL FITRI TAHUN 2000

Selamat menyambut Hari Raya kepada semua rakan-rakan saya.

Nostalgia saya waktu itu ialah arwah abang Mustaffa (baju melayu biru bersongkok) sebagai Ketua Bahagian Bandar Tun Razak seorang yang tinggi pengorbanannya juga tuan rumah majlis hari raya, sdr Mustaffa Kamil Ayub, dahulunya Timbalan Ketua Pemuda yang kini Naib Presiden keADILan dan Sdr Anuar Tahir, dahulunya Setiausaha AGUNG yang kini AJK PAS Pusat.

Dan barisan belakang sekali yang berkaca mata ialah sdr Osman Karim, dahulunya ahli biasa dan sekarang Setiausaha Negeri Wilayah Persekutuan.