Thursday, May 22, 2008

TAHNIAH ZACK....!!!

Jangan lupa gaya jalan dan gaya cakap itu mestilah macam Sir Alex Ferguson. Cara motivasi kepada pemain biarlah macam Dr. Fadhilah Kamsah (kerana ada kejawaan). Kalau berdehem itu janganlah macam Ezam, walau pun saudara bekas orang kuat Ezam. Kalau 'training', jangan pulak tiru 'training' Raja Komando dan urusan kewangan pulak tirulah 'cara' Tan Sri Khalid.

Dan ingatan buat saudara Zack sebagai Pengurus Bolasepak Negeri Selangor....!!! Saudara bukan dilantik oleh rakyat tapi oleh korporat.

RAMAI LAGIKAH "DURI DALAM DAGING" DALAM keADILan ..?

Setahu aku "Duri dalam daging" dalam keADILan dah tiada lagi semenjak Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Lokman Nur Adam, Saifulbahri, Ruslan Kasim, Hamdan Taha, Wan Indera Putera, Nordin dan 2-3 kerat yang aku tak ingat nama lagi melompat masuk UMNO.

Adakah sdr Ezam sekiranya sah melompat kedalam UMNO turut dikatakan sebagai "Duri dalam daging" dalam keADILan juga?

Kalau Tun Mahathir keluar daripada UMNO hanya sekadar "2-3 lori" yang turut ikut keluar...., agak-agak berapa "lori" yang turut keluar ikut Ezam?

Wednesday, May 21, 2008

LAWAN TETAP LAWAN


JANGAN DICABAR

Sebagaimana Pak Lah pantang dicabar, begitu juga Tun Mahathir juga pantang dicabar. Rupanya cabar mencabar adalah ukuran ahli politik untuk mengukur kekuatan dan pengaruh.

Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Contohnya cabaran sdr Lukman Nor Adam terhadap sdr Ezam di Masjid Negara dan UMNO Perak dengan Karpal Singh. Yang paling menarik sekali serta mengundang persoalan ialah sejauh mana kesan dan pengaruh cabaran ahli politik seperti Pak Lah terhadap perhimpunan BERSIH dan Tun Mahathir yang dicabar oleh orang PAS.

Dalam keadaan tertekan atas siasatan video kes Lingam ini, banyak lagi perkara yang akan di'muntahkan' oleh Tun Mahathir sekiranya ada orang lagi yang mencabarnya. Telinga saya terngiang-ngiang akan termuntahnya kes konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Sabar menanti.

Tuesday, May 20, 2008

SATU PELAJARAN

Apa yang berlaku mengenai diri Tun Mahathir iaitu kekecewaan dan patah hati sikap Pak Lah dan UMNO, samalah apa yang berlaku terhadap aku dan rakan-rakan aku pada Oktober 1998.

Sebahagian isi kandungan surat Tun lebihkurang sama bunyinya dengan surat aku pada Setiausaha Agung, Dato' Sabarudin Chik.

Waktu itu memang Tun Mahathir buta mata dan pekak telinga. Turut buta mata dan pekak telinga ialah semua ahli MKT termasuk Pak Lah sendiri.

Sila klik kenyataan Tun Mahathir disini.
http://www.chedet.com/2008/05/pengumuman-keluar-dari-umno.html