Friday, May 15, 2009

HARGA PETROL NAIK: RAKYAT KENA KENCING....???



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON97 kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang. Oleh itu harga petrol naik kepada 20 sen.


Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan. Petrol jenis pula naik kepada 5 sen.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan dirinya sebagai

"Perdana Menteri Rakyat" dan

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,"

malah

"Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya."


ATAU

Rupanya dah 30 tahun Najib tidak berkhidmat untuk rakyat.....!!!! ATAU





RAKYAT KENA KENCING........????







Thursday, May 14, 2009

YB YUSMADI: KAMI TABIK SPRING...!!!!!


Blogger NOBISHA 'tabik spring' .... saya pun 'tabik spring'. 'Tabik spring' kerana YB Yusmadi sanggup naik kenderaan awam iaitu LRT. Bagi saya kalau YB Yusmadi naik LRT itu perkara biasa kerana YB ini tak pernah memandu kereta. Sebab apa tak pandu kereta kerana YB ini sepanjang pengetahuan saya ia tak ada lesen memandu kereta....!!! WALLAHUALAM...!!
Namun itu...... bukan keutamaan paparan pada hari ini....cuma saya minta ....kita berkongsi pengetahuan dengan tulisan NOBISHA dalam blog dia.


Malam tadi saya sekali lagi diundang untuk berdiskusi dalam Agenda Awani. Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut mengundang YB Yusmadi Yusof, Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR). Turut sama berdiskusi di talian ialah pensyarah undang-undang Prof Salleh Buang dan pensyarah media Dr Abu Hassan Hasbullah.

Selepas solat Maghrib di surau Bursa Malaysia, saya bergegas ke Astro Awani. Saya masuk ke studio sekitar 7.45 malam, iaitu kira-kira 15 minit sebelum siaran bermula. Beberapa minit kemudian, Yusmadi tiba. Anak muda lepasan UIA ini memohon maaf kerana agak lewat sampai ke studio.

Kata Yusmadi, "Saya ambil LRT dari Petaling Jaya ke Masjid Jamek."Beliau memberitahu isterinya yang hamil empat bulan, sekarang di Hospital Assunta. Saya "tabik spring" kepada Yusmadi kerana dua perkara. Pertama, walaupun isterinya berada di hospital, Yusmadi masih memberikan masa untuk datang ke rancangan ini. Kedua, dia memilih untuk mengambil LRT untuk datang Astro Awani.

BERITA SELANJUTNYA...KLIK DISINI...!!

Wednesday, May 13, 2009

Kes ini akan terus berpanjangan.....!!!!


Sahabat saya, sdr Sharipuddin Muis berpandangan bahawa kes Negeri Perak ini akan terus berpanjangan.....!!!

Maksudnya.... Sebelum rayuan Zambry di dengar oleh Mahkamah Rayuan, Nizar akan mengemukakan rayuan kepada panel 3-hakim utk membatalkan keputusan Ramly Ali membenarkan "stay of execution".

Silap haribulan keputusan rayuan kepada panel 3-hakim ni nanti akan di rayu pulak di Mahkamah Persekutuan. Lepas Mahkamah Persekutuan buat keputusan, akan ada yang minta "judicial review" pulak. Akhirnya...... kes sebenar kedudukan MB ini tak selesai jugak.

Pi mai pi mai tang tu jugak...!!! ( yg ni aku tambah..)

Monday, May 11, 2009

SDR SHARIPUDDIN MUIS MENYANGGAH TULISAN PEGAWAI KHAS TPM....!!!!


Kalau mengikut Standing Order (SO), sidang DUN sudah boleh dianggap bermula apabila Speaker mengambil tempat. Macam mana Speaker nak keluarkan arahan supaya MB, Exco + 3 Bebas keluar kalau sidang belum bermula.

Arahan atas kapasiti apa? Kalau sidang dianggap belum bermula, segala tingkah laku Speaker tidak dilindungi undang-undang. Untuk membolehkan Speaker bertindak dengan immuniti tindakan tersebut mesti dibuat apabila prosiding telah bermula.

Yang betulnya adalah sidang telah bermula, tapi urusan pertama adalah arahan Speaker supaya MB, Exco + 3 Bebas keluar dewan dan kenyataan tegas bahawa sidang tidak akan diteruskan sehingga mereka keluar. Memangdang sidang telah bermula, arahan Speaker adalah sah dan dilindungi oleh undang-undang. Maka dengan itu sidang telah tertangguh kerana MB, Exco + 3 Bebas enggan keluar.

Tiada urusan lain termasuk memecat Speaker boleh dibuat selagi arahan Speaker tidak dipatuhi. Soal perasmian oleh Sultan hanyalah formaliti. Sultan datang rasmi selepas seminggu DUN bersidang pun tak apa. Speaker "baru" dah angkat sumpah dalam dewan di hadapan Hee Yit Fong selepas usul melantiknya disokong oleh penyangak2 BN.

Yang menjadi persoalan dalam perkara ini ialah:

1. Usul memecat Speaker
2. Tindakan Timbalan Speaker mengambil alih tugas Speaker.

Usul memecat Speaker telah ditolak di dalam kamar Speaker. Sepatutnya ianya terhenti disitu. Keputusan menolak usul dalam kamar dibuat atas kapasiti dia sebagai Speaker, oleh itu sah dan dilindungi undang-undang.

Kalau usul itu tidak ditolak dalam kamar pun, usul Zambry tu masih tak sah. Satu sebab sidang sudah gantung oleh Speaker, kedua sebab Zambry yg membentangkan usul tu sudah dihalau keluar oleh Speaker. Tindakan Hee Yit Fong mengambil alih tugas Speaker pada ketika Speaker masih duduk di kerusi Speaker sepatunya menjadi pertikaian utama. Macam mana dia boleh ambil alih tugas Speaker macam tu jer?

Speaker masih tercongok kat kerusi dia. Kalau tindakan Hee Yit Fong itu tak sah, maka segala urusan yang dia lakukan berikutnya tentulah tidak sah, termasuk :

1. Usul memecat Sivakumar
2. Usul perlantikan Ganesan
3. Angkat sumpah Ganesan
4. Usul perlucutan dan perlantikan ahli-ahli jawatankuasa khas dewan.

Kenyataan Marzuki tu tak lebih daripada public relation statement. Fakta undang-undangnya tak jelas.

REZEKI MU SUDAH TERSURAT....!!!!


SUMBER; THE MALAYSIAN INSIDER

Sunday, May 10, 2009

Datuk LAT: Apabila kita ketawa....



'' Apabila kita ketawa, kita mentertawakan diri sendiri. Mentertawakan orang mudah tetapi mentertawakan diri sendiri, itu yang lebih susah.




Dengan ketawa kepada diri sendiri, kita belajar jadi manusia yang menyedari kelemahan yang ada. Menyedari tidak bermakna kita menerima. Ia jadi jalan pertama untuk kita memperbaikinya.''

- Datuk Lat.

Thursday, May 7, 2009


BERITA TERKINI SIDANG DUN PERAK JAM 3.20 pm....!!!

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.


SIARAN LANGSUNG.....KLIK DISINI...!!!! DAN DISINI.....!!!

Wednesday, May 6, 2009


DR BADRUL AMIN: TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA....!!!!

Tiada Paksaan Dalam Agama.

Kes: Sepasang suami isteri yang telah berkahwin menurut upacara bukan Islam dan dikurniakan anak. Suami kemudian memilih untuk masuk Islam. Adakah anak itu akan ikut ayahnya jadi Islam atau kekal dengan ibu?

Pertama, konsep yang diamalkan dalam Islam ialah ayat Quran dalam surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama". Maka tidak ada sesiapa boleh memaksa anak itu untuk masuk Islam walaupun ayahnya sendiri.

Pertikaian antara suami isteri dalam soal anak sewajarnya diselesaikan secara perbincangan dan muafakat dalam ruh kekeluargaan atau menurut kaedah agama asal yang telah mengikat mereka atau paling tidak menurut mahkamah sivil yang sebelum ini menjadi rujukan dan sandaran mereka. Mahkamah Syari`ah hanya berperanan menyelesaikan kes suami isteri(keluarga) yang Islam.

Perlu diingat, kisah perebutan anak antara suami isteri berlaku dimana-mana dan di setiap masa dengan 1001 sebab. Jika ada orang menuduh yang "masuk Islam" itu sebagai punca pergaduhan serta perebutan anak, jelas tuduhan itu salah dan tidak berasas kerana krisis dalam keluarga itu telah pun lama berlaku danhanya menanti saat keruntuhan (perceraian)... Dalam ertikata lain, jika seseorang masuk Islam kerana ingin mencari penyelesaian konflik keluarganya, maka jelas bahawa proses "masuk Islam" itu tidak ada kena mengena dengan masalah keluarga yang berlaku.

Jika ada orang berpendapat, dengan masuk Islam maka dia akan mendapat hak penjagaan anak, itu juga salah kerana tiada paksaan dalam Islam.

Ketahuilah bahawa seseorang itu masuk Islam adalah kerana kerelaannya untuk mencari kebenaran, kedamaian serta keselamatan yang diyakininya. Masuk Islam tidak memutuskan hubungan apalagi kasih sayang ayah-anak walaupun dia sudah tidak boleh bersama dengan isteri atau ibu anak itu.
Apa yang perlu ialah penghayatan Islam sebagai sebuah agama fitrah yang indah. Dengan mempamerkan akhlaq Islam yang baik, suami yang sudah Islam itu (dengan izin Allah) akan dapat menawan hati anaknya (setelah dewasa kelak) malah tidak mustahil juga isterinya untuk bersama dalam Islam.

Islam itu agama fitrah... Ianya mudah diterima oleh siapapun kerana tiap manusia lahir kedunia dengan fitrah... Yang penting Islam itu perlu difahami dengan tepat tanpa rasa prejudis dansyak wasangka.

Salam hormat.


LANJUTAN DARI ULASAN KANGKONG-KANGKONG:....

ANWAR YG MERANCANG KEMATIAN TIGA WAKIL RAKYAT BN DAN PAS...!!!

Begitu hebat sangatkah pemimpin PKR yang ramai orang mengkaguminya itu? Begitu berkuasa sangatkah seorang yang bernama Anwar Ibrahim itu hingga dapat menentukan hidup mati seseorang pemimpin di bumi Malaysia ini? Itulah antara persoalan yang melingkari fikiran saya selepas membaca artikel yang tersiar di dalam star online hari ini yang bertajuk, "Anwar Rancang 4 Hingga 5 Pilihanraya Kecil Lagi?". Baca artikel ini untuk mengetahuinya:

Tuesday, May 5, 2009

JENG.....JENG....!!! SIRI TV YANG MELETUP DAN BAKAL MELETUP....!!!!

Seperti biasa penerbit TV suka menerbitkan siri TV yang sensasi apatah lagi kisah benar...!!! Mungkin mereka merasakan siri TV ni akan meletup dan mampu meraih puluhan juta ringgit...!!! Ramai yang tertanya bagaimana gerangan rupa hero TV itu....? Adakah berkaca mata..?? Adakah bertubuh gempal dan tinggi....??? Mempunyai misai...? Bagaimana bentuk kapal selam itu...??? Kapal selam itu pakai bendera lambang bulan penuh ke....???

Che'gu Bard: Cabaran buat GERAK.....sila istiharkan 'harta'...!!!!

Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.


Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.

GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.


GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan. Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.

Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?

Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?

Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.

Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.
Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.

Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.

Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati. Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.

APABILA PROF. KANGKONG DAN PECACAI POLITIK KANGKONG MEMBACA KOTAK FIKIRAN ANWAR...!!!


Saya tergelak sungguh bila melihat telahan 'kangkong-kangkong' cuba nak menjadi hero membaca kotak fikiran Anwar....!!!

Cubalah dengan telahan demi telahan....!!! Bukaklah kitab macammana pun.....!!! Anwar hanya manusia biasa bukan luarbiasa...!!!

Kotak fikiran Madey dan 6 kotak Ezam bolehlah 'kangkong-kangkong' membuat telahan...!!!

Kekuatan Anwar sebenarnya adalah dari doa hamba-hambaNYA dari dizalimi dari kezaliman...!!!

Kekuatan Anwar sebenarnya adalah dari doa hamba-hambaNYA yang berdoa dipintu Kaabah sejak 10 tahun dulu.....!!!

Kekuatan Anwar sebenarnya datang dari doa kedua ibubapaku yang ingin melihat akan perubahan....!!


Jadi jangan lupa makan 'deep fried kangkong"....!!!


BAHASA MELAYU YANG SEMAKIN PUPUS....!!!

Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru, terutamanya yang terdapat dalam sub-bidang baru yang muncul di dalam sains, teknologi, matematik, komunikasi, komputer dan lain-lain lagi.


Selain itu, Bahasa Melayu juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan sejarah dan falsafah bagi dibangunkan sebagai bahasa moden, sekalipun bukan sebagai antara bahasa utama dunia, meskipun secara geografinya jumlah penutur bahasa ini demikian banyak. Memang, hasrat kewujudan Bahasa Melayu bukanlah untuk mengalahkan Bahasa Inggeris–yang memang begitu berkuasa pada abad ini–tapi bahasa ini tetap saja dilihat terpuruk berbanding bahasa-bahasa moden lain, seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, dan lain-lain lagi.

TERKINI: AHMAD MASLAN SUDAH BERUBAH WAJAH....!!!

SUDAH BERPUTAR 360 DARJAH...!!!!


Haji Ahmad bin Haji Maslan akhirnya terpaksa telan apa yang dia belajar mengenai kebenaran dan pembohongan...!!!

Dia tak mampu lagi dahhh.....dia terpaksa terus kehadapan....walaupun hati keciknya mengatakan tidak...!!!

Saya sentiasa berdoa kpd Allah sebagaimana doa adik Saidina Umar Alkhatab mendoakan abangnya ke jalan yang benar..!!!

Begitu juga harapan rakan-rakan Haji Ahmad Maslan.....!!!





Sunday, May 3, 2009

KENALI AHMAD MASLAN, KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA....!!!

Hari ini dua buah akhbar iaitu mStar Online dan Mingguan Malaysia telah mengupas dan menganalisa mengenai Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya tertarik dengan tulisan dalam akhbar-akhbar ini dan secara tak langsung mereka telah menggambar Hj Ahmad Maslan bakal mewarisi kerusi penting UMNO dalam tempoh 5 tahun akan datang.


Saya berpandangan yang sama dan saya berpendapat bintang beliau hanya cerah di peringkat nasional tapi sebagai Menteri Besar Johor dimasa akan datang...... laluannya sukar...!!! Dia terpaksa berdepan dengan pengaruh Hisyammudin Tun Hussein Onn.

Walaubagaimanapun sdr Ahmad Maslan yang saya kenali semasa BTN sejak 1990 adalah seorang yang disiplin tinggi, kerja kuat dan tidak pernah kenal erti putus asa. Dan Najib tahu dengan baik bagaimana nak 'guna pakai' orang macammana ni..... sama seperti Mustapha Mohamad sebelum ini.
Namun begitu.... kemana Ahmad Maslan pergi....... darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah 'darah Anwar Ibrahim'....!!! Dan saya ulangkan sekali lagi disini....Najib Tun Razak tahu bagaimana nak 'urus' orang begini....!!!!


BERITA DARI MSTAR; Satukan kaum Melayu berpecah empat antara fokus Ahmad Maslan..!!

BERITA DARI M MALAYSIA: Cabaran untuk Ahmad Maslan...!!!

BERITA DARI NST: Lessons learnt from a good debate...!!!






Friday, May 1, 2009




IMAM MASJID SAIDINA UMAR ALKHATAB, BUKIT DAMANSARA TELAH DIPECAT SERTA MERTA.....????

Pagi ni saya telah dimaklumkan oleh Ustaz Hj Shamsul Firdaus Alhafiz, Imam Masjid Bukit Damasara bahawa dia telah dipecat semalam. Surat itu diterima dari rakan setugas dan ditandatangi oleh pengerusi Masjid berkenaan.

Sewaktu surat diterima iaitu semalam, beliau berada di Seremban dirumah ibunya dan kebetulan sedang bercuti.

Ustaz Hj Shamsul yang terkenal dengan bacaan ayat Quran yang sangat merdu suaranya ketika bersolat dan khutbahnya yang berapi-api bercakap soal kezaliman serta keadilan adalah seorang imam rakyat yang dilantik penduduk Bukit Damansara.

Tahun ini merupakan masuk tahun ke 10 Ustaz bertugas di masjid ini.

Bukit Damansara yang penduduknya rata-rata orang kaya atau 'koporat' telah banyak menggunakan khidmat Ustaz Shamsul Firdaus dalam semua urusan kenduri kahwin, doa selamat juga hal pengurusan jenazah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid pun tinggal tak jauh dari masjid berkenaan. Harapan saya MB dapat membantu kebajikan Ustaz Shamsul Firdaus ni...!!

Tuesday, April 28, 2009

SATU RENUNGAN....!!!!



Sekarang Baru Tahu ,Siapa Kawan Dan Lawan...!!

Oleh Misbahul Munir



Setahun berkhidmat sebagai SETPOL YAB Menteri Besar Perak, pejabat saya sentiasa didatangi oleh orang ramai yang samada mahu bertemu janji dengan MB atau berjumpa dengan saya. Mereka datang ada yang sekadar bertanya khabar dan yang paling banyak memohon supaya dapat dipanjangkan dan diberi sokongan permohonan tanah, balak, proposal projek, aduan dan sebagainya.

Berbagai latar belakang orang yang datang jumpa saya, ada yang memang saya kenali, dan yang paling ramai yang saya tidak kenali. Orang-orang Besar Raja termasuk yang mengaku kaum kerabat Raja pun ada datang ke pejabat. Semua saya layan dengan baik, mereka datang dengan harapan yang tinggi, dan saya pula tidak berani berjanji apa-apa terhadap harapan mereka, sekadar akan memanjangkan dan memberi sokongan untuk pertimbangan MB.

Yang menarik, semua mengaku penyokong kuat PR, tidak ada yang mengaku penyokong BN walaupun saya tahu mereka itu orang kuat BN. Saya tidak pula pernah bertanya latar belakang pendirian politik mereka dan sikap mereka kepada kerajaan PR. Mereka sendiri yang membuat pengakuan bahawa mereka penyokong kuat calon PR, berkempen secara senyap-senyap, ahli keluarganya semua orang bulan, calon itu kawan baiknya, Hj Nizar itu kawannya dulu di Kuala Lumpur, di Penang, di Kampar dan macam-macam lagi. Saya sekadar tersenyum dan ucapkan terima kasih di atas sokongan mereka.

Mereka juga yang bercerita dan membeza-bezakan kerajaan BN dengan PR sekarang. Dulu, kata mereka, nak jumpa setpol bukan senang, apatah lagi nak jumpa MB. Sekarang, tak payah temujanji pun boleh jumpa setpol, kalau nasib baik, boleh pulak jumpa MB. Saya kata, kalau nak senang jumpa MB, pergi solat jamaah Zohor di surau SUK, Insya Allah kalau MB tak ke mana hari tu, mesti dapat jumpa MB atau makan tengahari di kantin lepas Zohor, Insya Allah dapat jumpa MB.

Sebahagian dari permohonan mereka, ada yang pada pertimbangan MB atau MMK wajar diluluskan, maka luluslah permohonan mereka tanpa mengambil kira fahaman politik, agama dan bangsa. Salah seorang bekas EXCO yang keluar PKR, cukup kuat anti UMNO dan anti MCA Cina. Asalkan sahaja pemohon itu dikenali sebagai UMNO atau Cina MCA, dia pasti akan menentang, tak setuju bagi projek pada orang UMNO atau Cina. Setiap kali jumpa saya, itulah yang diingatkan, sebarang permohonan dari UMNO jangan harap disokong, bagi je pada orang kita maknanya orang PKR atau PAS. Itu kata YB Jamaluddin. Sekarang UMNO BN yang beliau sangat anti itu disokongnya untuk menumbangkan kerajaan PR. Kita nak kata apa pada orang ini agaknya ?.

Apabila kerajaan PR dijatuhkan oleh BN dengan cara haram, hanya sebahagian kecil sahaja dari kalangan mereka yang bersimpati, mereka datang berkunjung ke kediaman MB, hantar mesej dan telepon saya dan juga MB, mereka lahirkan rasa simpati dan tetap menyokong PR. Sebahagian besar yang lain, mesej pun tidak, telepon pun tidak, datang berkunjung tunjuk muka apa lagi lah. Dengar cerita, mereka ni jugalah yang sekarang jadi pengampu kerajaan haram BN. Mereka ini sekarang jugalah yang menyindir dan memerli Dato' Seri di belakang, berdepan tak pula berani.

Dalam majlis-majlis keraian bersama Tuanku, Dato' Seri Hj Nizar akan menghadirinya sekiranya dijemput. Dalam majlis tersebut, seperti biasa, Hj Nizar akan bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk kaum kerabat dan Orang-orang Besar. Kalau dulu, Sebahgaian Orang-orang Besar ini boleh bersalaman dan bergurau senda dengan Hj Nizar, sekarang mandang pun idak, kata sumber yang saya sangat percaya akan kebenarannya sebab orang itu pun ada dalam majlis-majlis tersebut, "bukan sahaja tak mandang, diperli dan disindirnya Hj Nizar, sakit hati aku, tak selera lansung aku nak makan", kata sahabat kita itu.

Alhamdulillah, berlakunya rampasan kuasa ini ada hikmah di sebalik peristiwa terkutuk ini. Antaranya barulah kita sedar siapa sebenar kawan ?, siapa sebenar lawan ?, Siapa pula yang munafik ?.

Paragliding 2009 di JUGRA, SELANGOR..!!!



Bukit Jugra, Banting akan menjadi tumpuan dunia apabila 60 peserta dari 15 buah Negara menyertai Kejohanan Paragliding Piala Dunia 2009, mulai 30 April hingga 3 Mei depan.

Inilah kali pertama kejohanan bertaraf liga dunia dianjurkan di Bukit Jugra, membabitkan paling ramai peserta, antaranya dari Serbia, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Arab Saudi, Switzland, Republik Chech dan Iran.

Hari ini, sembilan peserta dari Indonesia tiba di Lapangan Terbang LCCT, Sepang.
Antaranya, juara International Paragliding 2008, Nanang Sunaria, 26 tahun dari Bogor dan Juara Asean Beach Game (wanita), Milawati Sirin, 38 tahun.

Empat kategori dipertandingkan kali ini iaitu terbuka indivdu, berpasukan, wanita dan Tertutup Malaysia yang menawarkan hadiah antara RM3,000 hingga RM5,000.

Malaysia meletakan harapan kepada Norhisham Osman dari Majlis Daerah Kuala Langat yang akan memikul cabaran negara bersama 12 peserta lain.

“Yang kita harapkan ialah supaya orang ramai dapat datang beramai-ramai menyaksikan acara yang unik ini, terutama muda-mudi dan anak-anak. Dunia penerbangan ini ialah satu bidang yang amat luas bukan sahaja sukan, malah disegi kerjaya juga,” kata Pengarah Teknikal Kejohanan, Lt Kol. (B) Basir Ab Rahman.

Menurutnya, pelbagai acara lain juga diadakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Selangor, Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sempena kejohanan ini.


Berita selanjutnya. KLIK DISINI..

IBRAHIM ALI DAN PERKASA KESAL...!!!



1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.


Ibrahim Ali
25 April 2009