Tuesday, June 30, 2009



WORLD BANK SAYS MALAYSIA'S GOVERNANCE WORSENED IN LAST 5 YEARS....!!!

Puncanya adalah mereka segala-galanya..."KLON"...!!!!








Monday, June 29, 2009

SIAPA KATA KELANTAN TIADA MINYAK...??
KENAPA UMNO/BN NAK BERBOHONG SATU MALAYA...??

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:
- Block A-18
- Block B-17
- Block C-19


Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration

APA YANG BN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ..??

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN..!!!

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008


BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN...??

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.

DISASTERS ....!!!

Don't know if this is just a sick coincidence but....

2007 - Chinese year of the Chicken - Bird Flu Pandemic devastates parts of Asia
2008 - Chinese year of the Horse - Equine Influenza decimates Australian racing
2009 - Chinese year of the Pig - Swine Flu Pandemic kills hundreds of pigs around the globe.

Has anyone else noticed this???!!!!!!!!!!!!!

****
It gets worse... next year......

2010 - Chinese year of the Cock - what could possibly go wrong?

TAHNIAH DSAI: DAPAT CUCU BARU....!!!!


Nurul Izah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bayi lelaki yang beratnya 3.15kg selamat dilahirkan pada petang semalam jam, 7.51. Oleh itu lahirnya seorang putera Raja dalam keturunan DSAI. Mudahan-mudahan menjadi seorang Raja yang berjiwa rakyat...!!!

Saturday, June 27, 2009

LAGI PPSMI: MB JOHOR BANTAH....!!!


Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."

Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI

SILA KLIK PADA GAMBAR...!!!


Thursday, June 25, 2009



BERITA TERKINI DARI MENTERI PENERANGAN...!!!!











Untuk mendatangkan IMPAK .....! Sila tukar kepada SELSEMA BABI dari menyebut Influenza A (H1N1)...!!!

PENGORBANAN DARI SEORANG PENGURUS FAS DARI PAKATAN RAKYAT....!!!

Salam,

Alhamdulillah, setelah setahun menerajui Pasukan Bolasepak Selangor (sejak 1 Jun, 2009) secara sepenuh masa, pasukan Selangor telah kembali ke persada perdana bolasepak tanahair setelah 3 tahun ketandusan sebarang kejayaan.

Untuk rekod pencapaian saya setakat ini untuk pasukan Selangor ialah:

2006 : Tiada piala dan tempat ke-7 Liga Super
2007 : Tiada Piala dan tempat Ke-7 Liga Super
May 2008: Selangor duduk di tempat ke-4 Liga Super

1 Jun 2008: Dilantik sebagai pengurus pasukan Selangor
Jun 2008 : Final Piala FA
Julai 2008 : Juara Piala Sultan Selangor
Julai 2008: Juara Piala Presiden
September 2008: Final Piala Malaysia
Oktober 2008: Pengstrukturan semula pasukan dan melantik jurulatih baru
Disember 2008: Juara Piala Bardhan
Januari 2009: Juara Piala Sumbangsih
April 2009: Juara Piala F.A

dan

layak ke Kejohanan Piala AFC 2010.
Jun 2009: No. 1 Liga Super
dan harapan cerah untuk kedudukan 3 teratas Liga.

Setelah PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, MB yang juga Presiden FAS yang baru telah mengambil pendekatan yang berani dengan melantik pengurus pasukan sepenuh masa dan saya telah berjaya mendapatnya yang kebetulan juga aktivis PKR di Selangor. Namun, dalam AGM FAS tahun lepas dan berlaku sekali lagi dalam AGM Jumaat lalu, ada kelab-kelab gabungan yang sekali lagi membangkitkan isu pembayaran gaji kepada Pengurus Pasukan walaupun mereka sedar bahawa saya melakukan kerja ini bukan secara sukarela.

Pada pendapat mereka Pengurus pasukan seperti pengurus pasukan Selangor yang dulu dulu, sepatutnya membawa masuk wang kepada pasukan, bukan sebaliknya dibayar gaji. Tetapi yang mereka tak sedar adalah saya membawa masuk wang melalui persembahan pasukan yang meningkat sekaligus manarik minat penyokong masuk ke stadium dan FAS dapat hasilnya. Mereka juga tidak sedar bahawa saya tidak mendapat apa2 kontrak yang besar dari kerajaan negeri seperti amalan dulu.

Dulu memang pengurus pasukan kena cari wang untuk FAS kerana pengurus2 pasukan seperti Dato' Aini, Dato' Mokhtar dan Dato' Satim diberikan kontrak yang sampai mati tak habis makan. Juga yang mereka tak sedar ialah pasukan Selangor dan seluruh jentera FAS dibayar oleh KDEB yang mana ianya diusahakan oleh MB dan Adun/MP PR Selangor dan disyorkan oleh saya sendiri melalui kertas kerja yang saya sediakan kepada MB. Mereka juga pertikaikan sepatutnya Pengurus cari wang untuk bonus pemain seperti mana yang diamalkan oleh Pengurus Pasukan yang lepas.

Mereka tak sedar bahawa sistem pembayaran bonus yang baru ini adalah ciptaan saya sendiri dimana pemain berhak menerima sekurang2nya 30% royalti daripada hasil kutipan tiket dan bukan dibolot semuanya oleh FAS. Tetapi bayaran ini hanya akan dilunaskan apabila pasukan menjuarai sesuatu piala. Sistem ini sangat berkesan sehingga Selangor menjadi pasukan yang terkuat di dalam Liga M sekarang dan setakat ini telah membolot KESEMUA piala yang dipertandingkan dan penonton telah kembali ke stadium. Hasil kutipan jadi baik dan pemain mendapat pulangan.

Siapa bentuk pasukan ini? Siapa yang cadang penukaran jurulatih dan pemain? Kelab gabungan FAS ke? Saya tak mahu mendabik dada, saya sedar dimana usaha pemain, dimana usaha jurulatih dan pegawai lain, dimana usaha persatuan, dimana usaha Presiden. Mereka semua berjaya buat kerja mereka. Tetapi, saya dah banyak, malahan terlalu banyak berkorban untuk kejayaan pasukan ini. Namun, ada segelintir manusia di dalam FAS yang sudah mula mencemburui segala hasil ini. Alhamdulillah, saya terima dengan redha segalanya, Allah maha kuasa. Semuga Allah membuka hati dan terangi mereka yang masih di dalam kegelapan. Mereka bukan bodoh, cuma tak faham kedudukan sebenarnya. Bukan salah mereka, tetapi salah pemakanan mereka sejak kecil.

Mungkin salah mak bapak mereka salah beli makanan! Tujuan saya membongkar perkara ini disini adalah untuk pengetahuan semua dan faham kedudukan ini. Saya sedang menyiapkan laporan saya dan laporan KPI saya untuk dikemukakan kepada MB. MB tidak harus duduk diam sahaja. Jika sekiranya beliau pantas bertindak, saya rasa tiada siapa yang akan mempertikaikan keputusan beliau untuk mengubah sistem perlantikan Pengurus Pasukan.

Sejak menerajui pasukan, saya tidak pernah mempolitikkan pasukan mahupun menggunakan pengaruh politik dalam pasukan atau FAS. Malahan saya pesan pada rakan2 poltik agar tidak berpolitik di stadium atau bersama pemain. Malahan, pendekatan saya ialah menggunakan sukan untuk perpaduan bangsa, agama dan fahaman politik. Cuba tengok, di stadium ada UMNO, PKR, PAS, MIC, MCA. Mereka sepakat untuk satu misi...sokong Selangor. Mereka boleh duduk bersama, berborak, makan, gelak ketawa, sedih dsbnya. Itu semua berlaku bila pasukan Selangor berjaya.

Malahan DSAI buat pertama kalinya hadir ke stadium bersama 90,000 penonton lain di Stadium tengok bola bila Selangor berjaya dan duduk beriringan dengan pemimpin UMNO, Sam (Ketua AMK) berdiri dan berbual mesra bersama KJ, semua tu kerana bola/sukan. Saya dah buat kerja saya. Elok tak elok, bukan saya penilainya, anda semua penilainya. 1/3 dari apa yang saya perolehi saya kembalikan kepada pasukan untuk motivasi pemain dan pegawai. 1/3 lagi saya kembalikan kepada parti dengan membantu rakan2 yang dalam kesusahan. Yang lain untuk anak dan keluarga sendiri.

Kalau nak kira betul2, apa yang saya terima tak berbaloi dengan masa, tenaga dan pengorbanan lain. Tapi saya redha! Saya tak kisah tu semua. Saya dah biasa hidup susah dan berdikari. Saya tidak kebal! Saya faham bahawa saya tidak akan kekal di sini. Tetapi sebelum terlambat, saya mahukan pembelaan daripada parti yang saya dukungi sejak 1998 ini kerana ini sahajalah kerja yang saya buat untuk sara hidup dan keluarga. Setakat ini, alhamdulillah sokongan dari rakan2 parti amat baik sekali dan saya amat hargainya. Cuma, saya hendak hentikan ini once and for all dan saya perlukan bantuan rakan2 semua. Saya tak mahu wang, kontrak dsbnya dari saudara semua, tetapi apa yang saya perlukan ialah kita bersatu untuk bertindak dalam pastikan kita BENAR-BENAR SEDANG MEMERINTAH SELANGOR, BUKANNYA KITA PERINTAH TETAPI MUSUH POLITIK KITA YANG BERKUASA PENUH DAN MAKAN HASILNYA SAMPAI BUNCIT!

Wassalam

Zack

Wednesday, June 24, 2009

MAJLIS PENERANGAN...!!!




WACANA:

DSAI TELAH MELAHIRKAN 5000 'ANWAR' DI KUIS....!!!!

"KUIS, (Kolej Universiti Islam Selangor) akan dijadikan contoh sebuah Universiti memerdekakan pemikiran mahasiswa dan diangkat kualiti pendidikannya untuk dijadikan 'Gedung Ilmu' yang terbaik di Malaysia." Begitulah ungkapan DSAI dalam WACANA malam tadi dihadapan lebih kurang 5000 mahasiswa yang tekun mendengar pidato sebagai suntikan semangat betapa perlunya akan perubahan (Islah).



Anwar juga menekankan betapa akhlak dan akidah perlu dipertahankan, kejahilan dan prasangka perlu dijauhi sebagai tunjang untuk mahasiswa atau anak muda melakukan kearah perubahan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menegaskan anak muda khususnya mahasiswa supaya rajin membaca buku agar pemikiran tidak dijajah dan hendaklah yakin melaksanakan sesuatu serta bertanggungjawab.
WACANA ini disusuli dengan soaljawab termasuk soalan bagaimana DSAI mampu bertahan hingga ke hari ini dan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk...!

Akhir sekali DSAI mengalu-alukan pihak KUIS menjemput Pimpinan Kerajaan Pusat hadir dalam WACANA seumpamanya dengan syarat semua soalan mahasiswa hendaklah dijawab.

WACANA berakhir dengan laungan TAKBIRR.....RR dan Laungan REFORMASIII.... oleh semua mahasiswa yang hadir dalam Dewan Besar yang penuh sesak seramai lebihkurang 5000 orang.


Tuesday, June 23, 2009

PHOTOS TAKEN INSIDE A330 AIR FRANCE.....!!!

Two shots taken inside the plane before it crashed. Unbelievable! Photos taken inside the GOL B 737 aircraft that was involved in a mid air collision and crashed.....


Monday, June 22, 2009

LAGI SATU TALIAN HAYAT....!!!!



Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad berkata, penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno bukanlah sesuatu yang mustahil. (Sumber Mingguan Malaysia).

KENYATAAN MEDIA .....!!!!

ABABIL PUMPP Gesa Jangan Mempolitikkan Isu Kesesatan Liberalisme Sisters in Islam (SIS)

15 Jun 2009

Muktamar PAS kali ke-55 yang lepas memperlihatkan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan Syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya menjadi perdebatan yang hangat oleh pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang lain.
Isu ini semakin dipolemikkan sehingga masyarakat bertambah keliru tentang masalah yang timbul dan mungkin mengambil tindakan ‘lepas tangan’ dalam memahami persoalan akidah yang menjadi teras pegangan setiap umat Islam.Mutfi Perak, Sahibus Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal SIS disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam. Namun, beberapa pemimpin parti politik menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya SIS diharamkan. Usul Muktamar Pas ini nampaknya sudah dijadikan mainan politik sehingga menyebabkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat.

PAS hanya mendesak pihak yang berwajib untuk menyiasat SIS dan bukan menghukum SIS haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. SIS dan penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu ini dengan mengetengahkan isu ekstrimisme ulama’ dan hak kebebasan bersuara. Isu akidah dan Syariat Islam tidak harus dipolitikkan sebegitu rupa terutama sekali dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan negara Malaysia.Islam Liberal sudahpun difatwakan sesat dan bercanggah dengan Syariat Islam dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-74 yang lalu. Pengeluaran fatwa ini merupakan tepat pada masanya apabila sejak akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap Syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat.

Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat. Kewajaran fatwa ini juga dilihat dapat menyekat pelbagai masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam aspek kesucian ajaran Islam seperti yang sudah berlaku di negara jiran, Indonesia.Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Abdul Majid iaitu Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya, fahaman Islam Liberal ini juga akhirnya akan sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu. Beliau juga menambah bahawa antara bahaya ajaran ini ialah akan lahir pengikut yang meremehkan al-Qur’ān, meremehkan hadith dan autoriti ulama’.

Ini kerana mereka menganggap ulama’lah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam, sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam.SIS dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2000 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama yang menjadi kontroversi hangat sehinggalah timbulnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba direalisasikan pada bulan Februari 2005 yang lalu.

Perkaitan SIS dengan fahaman Islam Liberal ini juga bertambah jelas pada awal tahun 2005 apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.. Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah meminum arak, pergaulan bebas dan berpakaian kurang sopan. SIS juga dilihat seolah-olah anti-fatwa apabila terlibat secara langsung dalam membantah fatwa pengharaman yoga dan pengkid yang dibuat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian kecil daripada isu-isu yang dipolemikkan SIS dalam menyentuh kesucian akidah dan Syariat Islam.

Antara tokoh Islam Liberal yang sangat terkenal ialah Aminah Wadud, beliau telah membuat bida‘ah kesesatan ibadat yang besar dengan mengimamkan solat Jumaat di mana makmumnya bercampur-baur bersama-sama lelaki dan wanita.

Usul menyiasat kedudukan SIS dalam Islam juga dilihat bertetapan memandangkan program Musawah anjuran SIS pada 13 hingga 17 Februari yang lalu, Amina Wadud adalah salah seorang antara hampir seratus tokoh Islam Liberal antarabangsa yang telah dijemput sebagai salah seorang pembentang kertas kerja utama bertajuk “Islam Beyond Patriarchy Through Gender Inclusive Qur’anic Analysis” yang membahaskan tentang kesaksamaan jantina dalam perkara berkaitan Islam terutama dari sudut Perundangan Syariah dalam usaha cuba mentafsir semula al-Qur’ān berdasarkan pandangan mereka sendiri. Peluang kepincangan perjalanan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia nampaknya direbut oleh SIS dalam menjadikan alasan kukuh buat mereka untuk mempertikaikan kewajaran Syariah dalam menjaga hak seseorang wanita.

Sepatutnya perjalanan sistem yang dilaksanakan oleh manusia itu dikaji dan diperbaiki semula, bukan mempertikaikan ketetapan hukum Syariah yang mutlak digariskan oleh Allah SWT.Sehubungan dengan itu, Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) di bawah kelolaan Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menggesa semua pihak memberhentikan sebarang pandangan dan kenyataan media terhadap SIS bagi mengelakkan tercetusnya perbalahan dan kekeliruan masyarakat yang bakal merosakkan nilai-nilai Islam dalam diri masyarakat Islam khususnya.

ABABIL juga menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat latar belakang serta program-program kelolaan SIS bagi mendapatkan kepastian dakwaan pihak tersebut terhadap SIS. Hasil siasatan ini juga harus dilaporkan kepada umum bagi merungkai kekeliruan masyarakat terhadap tuduhan SIS membawa fahaman Islam Liberal.

Ustaz Rosidi bin Hussain,
Penolong Setiausaha, PUMPP.
b/p YDP PUMPP.(019-4704800)
`Izzat Anwari bin Hasni,
Koordinator, ABABIL, PUMPP. (013-4025770)
Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pusat Tafaqquh al-Ghazali,
1003 Tingkat 1, Jalan Kubang Semang,
13500 Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang.
Emel: ABABIL.PUMPP@ Gmail.com

Friday, June 19, 2009

KAPAL UMNO DAH MULA NAK TENGELAM......tapi ada hamba Allah beri talian hayat untuk menyelamat...!!!
Mampukan Kapal UMNO nak diselamatkan...!!!!


Mungkin Lubang Kubur Mereka ada 'air-cond': Penganiayaan Tanpa Penghujungnya....!!!


Anwar Ibrahim mengemukakan 98 hujah kenapa pertuduhan liwat ke atasnya harus ditolak oleh Mahkamah, termasuk dua laporan perubatan dari hospital swasta dan kerajaan yang mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari diliwat.

Beliau turut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail sebagai terbabit langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan mendalangi pertuduhan liwat itu.

Anwar mengemukakan hujah-hujah itu dalam affidavit bagi menyokong permohonan berkenaan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, kira-kira dua minggu sebelum perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula pada 1 Julai.

Dalam mengemukakan 98 hujah itu, Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya menyalahguna proses mahkamah atas empat sebab utama :

1- Pertuduhan itu adalah konspirasi politik
2- Pertuduhan itu mencabuli hak beliau dibawah perlembagaan
3- Pendakwaan yang dilakukan adalah berniat jahat tetapi diteruskan walaupun ada keterangan pakar-pakar menafikan kejadian liwat dan
4- kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di Mahkamah Syariah.

Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dan Amer Hamzah hari ini merujuk kepada laporan perubatan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang merumuskan tidak ada bukti Saiful diliwat.

Laporan awal oleh doktor Pusat Perubatan Pusrawi juga membuat rumusan sedemikian dan disertakan dalam affidavit Anwar memohon mahkamah membatalkan pertuduhan itu.
Dalam affidavit itu, Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak turut memainkan peranan di dalam konspirasi kes liwat terkini kerana menganggap Anwar sebagai ancaman utama kepada beliau.
“Lantaran itu, pertuduhan yang sengaja diada- adakan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu konspirasi untuk memastikan agar saya tidak menggugat kerjaya politik Najib,” kata Anwar dalam affidavit itu.

Anwar juga mengingatkan bahawa Najib telah menafikan pernah berjumpa Saiful tetapi “akhirnya mengaku ada menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan palsu terhadap saya.”
“Mengapakan Saiful tidak terus membuat laporan polis serta merta sekiranya benar dia telah diliwat sepertimana yang didakwa? Apakah perlunya untuk beliau berjumpa dengan Najib,” tegas Anwar.

“Saya menegaskan bahawa Najib telah terlibat dalam usaha membuat laporan palsu terhadap saya,” tambah Anwar.
Anwar juga berkata kes liwat terhadapnya kali ini sekali lagi membabitkan Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang memainkan peranan penting dalam memalsukan keterangan terhadapnya dalam kes-kes 1988 dan insiden mata lebam.

“Gani Patil dan Musa Hassan terlibat dan merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menyediakan laporan polis palsu… berhubung penangkapan saya” pada tahun 1988 kata Anwar dalam afidavit itu.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan yang palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu Rahim Nor.

“Saya menegaskan bahawa pertuduhan terhadap saya dalam kes terkini adalah satu taktik untuk memastikan saya akan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak saya lakukan dan juga untuk menutup kesalahan mereka (Gani dan Musa) sepertimana yang saya dedahkan,’ kata Anwar.
“Kedua- dua mereka tahu bahawa saya telah memperolehi maklumat mengenai salah laku mereka dan cara terbaik untuk mereka mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan mereka ialah dengan sekali lagi mencipta pertuduhan baru dan mendakwa saya,” kata Anwar.
Anwar berkata tindakan yang diambil oleh Gani dan Musa mirip dengan perlakuan mereka dalam kes-kes 1998.


“Sejak awal (1998), apabila saya dituduh di Mahkamah secara mala fide (niat jahat), terdapat percubaan dan tindakan memalsukan keterangan terhadap saya dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain,” kata Anwar dalam afadivitnya itu.

Dalam kes rasuahnya, Anwar berkata sampel darahnya dicuri untuk ujian DNA oleh pegawai polis Mohd Rodwan Mohd Yusof untuk “satu penipuan yang nyata.”
Dalam kes liwat, Anwar berkata pihak polis dan pendakwaan jelas menggunakan manipulasi dan tipu-helah untuk memperolehi keterangan palsu daripada pengadu Azizah Abu Bakar yang banyak memberi kenyataan bercanggah.

Pembohongan oleh Azizah akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menerima rayuan Anwar dan membebaskan dari penjara pada tahun September 2004.
Anwar menguatkan hujahnya lagi dengan merujuk kepada cubaan Peguam Negara Gani Patail untuk memeras kenyataan palsu daripada R.Nallakarupan dan penderaan oleh polis terhadap Sukma Dermawan dan Munawar Anees.

Beliau berkata afadivitnya jelas menghuraikan bukti bahawa pendakwaan terbaru terhadapnya adalah pendakwaan terhadap saya dalam kes terkini” berniat jahat dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi.

Sumber Berita: TV Antara

Wednesday, June 17, 2009

Rahsia Bagaimana Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel.

Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.

India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.



Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.

Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.
Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.

Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.
Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.



Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.

Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.
Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.

Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat.

Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.

Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.

Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!

Tuesday, June 16, 2009


15hb Jun 2009

SOAL-JAWAB DENGAN DR SYED HUSIN ALI TENTANG CHIN PENG..!

SOALAN 1: Haruskah Chin Peng diberi peluang pulang ke Malaysia? Apakah sebabnya?

JAWAB: Sangat aneh soal Chin Peng ini dibesar-besarkan sebelum, semasa dan selepas PM Najib melawat negara China komunis. Lebih aneh lagi kenapa Chin Peng hendak disekat pulang kerana Abdullah C.D., Pengerusi PKM,pernah diraikan oleh Sultan Azlan Perak dan Rashid Maidin, seorang pemimpin PKM terkenal, pernah diterima bertemu dengan bekas PM Mahathir, sebelum mereka berangkat ke Mekah beberapa tahun lalu. Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diampunkan. Tun Daim dan beberpa pemimpin Umno pula diketahui melawat tempat kediaman sebuah pasukan PKM yang diketuai Rashid Maidin dan menghulurkan derma untuk membina surau mereka. Adakah sekiranya Chin Peng Melayu sikap dan layanan terhadapnya akan berlainan?

Kita tahu Chin Peng sudah berumur 84 tahun. PKM telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 dan meletakkan senjata. Bahkan mereka memusnahkan senjata mereka, berikutan perjanjian itu. Pengaruh komunisme di Malaysia dan di seluruh dunia merosot, jadi saya tidak nampak Chin Peng boleh menimbulkan masalah keselamatan. Mungkin masalah yang ditimbulkan oleh penjenayah-penjenayah sekarang lebih mengancam.

Benar, ada juga keganasan serta kezaliman yang pernah dilakukan oleh sesetengah anasir komunis. Tetapi bukankah penjajah British dan Fasis Jepun juga banyak melakukan kezaliman ke atas rakyat negara kita ini? Mengapakah mereka mudah saja dimaafkan bahkan dijadikan teladan? Kenapa tidak ada tindakan terhadap tentera British yang membunuh beramai-ramai rakyat tidak berdosa di Batangkali dulu, misalnya? Kenapa tiada bantahan terhadap tentera fasis Jepun yang menjadikan ramai wanita sebagai hamba sex?

Jikalau kita boleh memaafkan anasir-anasir zalim penjajah dan fasis tersebut, dan meraikan para pemimpin PKM yang lain, kenapa masih dendam kesumat terhadap Chin Peng? Beliau memimpin PKM berperang gerila terhadap penjajah Inggeris. Ramai tentera British beserta tentera Gurkha, Fiji dan Kenya yang berkhidmat dengan British turut terbunuh. Mereka mempertahan kepentingan penjajah British di Malaya ketika itu.Begitu jugalah ramai tentera dan polis Melayu dan sebilangan kecil bukan Melayu yang terpaksa bekerja dengan British untuk menyara hidup.Secara disedari atau tidak mereka mula-mula mempertahan kepentingan penjajah British. Ada yang terbunuh ataupun tercedera. Begitulah akibat peperangan. Sudah tentu kita bersimpati penuh kepada keluarga mereka yang terbunuh itu. Peranan mereka dalam sejarahpun perlu dinilai.

SOALAN 2: Dari segi sejarah, adakah PKM telah memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan Negara?


JAWAPAN: Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Tun Ismail, bekas TPM, dalam sebuah ucapan sewaktu menerima ijazah kehormat dari USM pada bulan Jun 1973, jikalu tidak silap. Beliau mengakui setiap golongan telah memberikan sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan. Ini termasuk golongan kiri. Pada pendapat saya, perjuangan bersenjata PKM menentang penjajah British telah menolong mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan negara.

Saya membaca bahawa semasa perbincangan perjanjian perdamaian, perwakilan PKM minta supaya dirakamkan peranan parti itu dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun semasa rundingan ketua perwkilan Malaysia mengakui peranan PKM, tetapi perwakilan Malaysia tidak bersetuju ini dimasukkan ke dalam teks perjanjian. Akhirnya disetujui oleh pihak perwakilan Malaysia supaya perkara ini diserahkan untuk dibincang dan ditulis oleh ahli-ahli sejarah dan lain-lain. Sepatutnya sekarang ini kita memulakan dan membenarkan proses kajian dan perbincangan akademik yang objektif.

SOALAN 3: Adakah isu ini dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu lain?

JAWAPAN: Selain dari cuba mengalihkan pandangan rakyat dari pelbagai isu yang dihadapi serta menghantui Najib dan kerajaan dipimpinnya sekarang, seperti kemelesetan ekonomi, kemelut negeri Perak, pembunuhan Altantuya, mungkin ada satu lagi perkara lebih besar.
Nampaknya ada percubaan oleh sesetengah pihak di kalangan pucuk pimpinan Umno yang mahu membesarkan isu Chin Peng ini untuk menghangatkan suasana perkauman - iaitu menimbulkan kebencian rakyat Melayu terhadap seorang tokoh Cina yang memimpin sebuah gerakan politik yang dianggap sebagai becorak keCinaan. Anasir-anasir berbayaha dalam Umno ini kelihatan mahu menggunakan isu perkauman bagi menggalakkan perpaduan orang Melayu. Ini perbuatan paling tidak bertanggung jawab kerana pada jangka panjangnya boleh membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden
KEADILAN