
SILA KILK UNTUK BESARKAN IMEJ
BACA SELANJUTNYA


Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi...Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.
"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.
Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".
Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.
Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar. Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.
Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.
http://www.malaysiakini.com
Fakta - 4 orang Doktor Pakar telah buat pemeriksaan atas saiful dan dapati tidak ada kesan apa2 memasuki duburnya (baca - dubur saiful masih "dara"). Maknanya tidak berlaku liwat seperti yang dilapurkan (walaupun saiful mengaku diliwat 9 kali). Ini membuktikan yang saiful telah berbohong dan melakukan fitnah. Berikutnya, sebuah lapuran telah dibuat di Mahkamah Syari`ah dan kes QAZAF telah difailkan atas saiful (Qazaf ialah menuduh orang zina atau liwat tanpa saksi).
Sebenarnya hanya ada satu jawapan. Tujuan utama kes ini adalah untuk menghumban Anwar semula kedalam penjara walaupun kes tidak ada (rujuk kes "liwat azizan" tahun 98 yang akhirnya dibuang pada tahun 2004 setelah 6 tahun Anwar merengkok dalam penjara). Untuk tujuan itu, mereka akan teruskan kes ini di Mahkamah Sivil walaupun hanya atas tuduhan "percubaan meliwat"... Amat jijik dan memalukan!
Memang gila bercakap Zul telah sampai ke tahap kronik. Semua orang - Khalid Samad, pemimpin Pas, Anwar Ibrahim, pemimpin PKR, semuanya dia nampak salah. Dan semalam dia menuduh Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan revolusi yang ingin meminda perlembagaan negara secara kekerasan. Itu kenyataannya yang paling melampau. Dia seperti sudah semakin hilang kawalan ketika bertindak, seperti paranoid!
Registration is now open to the public who are interested in this interfaith dialogue. Please email your name, contact numbers and correspondence address to Nalanda Institute at institute@nalanda.org.my or nalanda.malaysia@gmail.com. Please feel free also to forward the email to your Buddhist and Muslim friends.
TOKYO, Jan. 26 (AP) - (Kyodo)—The number of suicides in Japan increased again in 2009, staying above 30,000 for the 12th straight year, the National Police Agency said Tuesday in a preliminary report. The tally totaled 32,753 in the reporting year, the fifth largest on record and up 504 from 2008 when it fell by 844 from the year before. It has remained over 30,000 since 1998.
Men accounted for 23,406 of the total and women 9,347.
The rise apparently reflected the economic slump as the number of monthly suicides topped 3,000 from March to May in line with the tendency of people with economic problems to commit suicide around the time a business year ends. Most Japanese companies close books on March 31.

Lim Hong Siang | Jan 20, 2010 03:12:15 pm
Isu enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.
Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.
Analisis Gong Zheng Bao
Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.
Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-
1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?
2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?
3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?
4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?
5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?
6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?
7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?
8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.
Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?
9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?
10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.
KENYATAAN AKHBAR21 JANUAR1, 2010
KERAJAAN SELANGOR MENGINGATKAN SPRM AGAR BERTINDAK
SECARA BERHEMAH
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri berharap beberapa serbuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan maruah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor.
Dalam pada Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh terhadap usaha membendung perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik mahupun kakitangan lainnya, sebaliknya Kerajaan Negeri tidak bersedia bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja cuba mengganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri menerusi pelbagai cubaan untuk memalukan kakitangannya.
Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor ingin menjelaskan di sini iaitu Pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 28 Julai 2009, mencatatkan bahawa sekiranya SPRM berhasrat melakukan siasatan terhadap kakitangan Kerajaan Negeri maka perjumpaan tersebut hanya boleh diadakan dari pukul 8.00 pagi ke pukul 6.30 petang, dan dengan kehadiran seorang peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Bantahan tentang kesahihan kandungan pekeliling tersebut oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail masih dalam kes mahkamah. Maka dalam hal ini pegawai-pegawai SPRM sewajarnya menghormati pekeliling Kerajaan Negeri itu, yang melindungi hak seluruh kakitangannya.
Perlu juga dijelaskan di sini iaitu sehingga saat ini beberapa siasatan SPRM terhadap segelintir Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk terhadap Menteri Besarnya, dilihat hanya berfokus pada isu-isu remeh. Ini sebagaimana diperlihatkan pada serbuan kelmarin di pejabat YB Yaakob Sapari dengan penahanan reman terhadap pembantu eksekutif beliau, Haji Hussein Ahmad.
Kerajaan Negeri juga terkejut dengan perkembangan terakhir siasatan tersebut dimana SPRM telahpun menggeledah rumah Haji Hussein tanpa waran geledah yang sah. “ Kerajaan Negeri mahu SPRM Selangor memberi penjelesan mengapa perkara boleh berlaku,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahan pula, penyiasatan SPRM melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti pelombongan pasir. Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana Kerajaan Negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Haji Hussein itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295.
Justeru itu, pihak kerajaan negeri berhak meragui akan motif dan integriti siasatan pegawai-pegawai SPRM terhadap isu-isu remeh yang berlaku dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan pegawai-pegawai SPRM sewajarnya menggunakan masa dan tenaga yang sangat berharga untuk menyiasat penyalahgunaan wang rakyat yang bernilai ribuan juta ringgit termasuk RM1.7 juta oleh mantan menteri besar Selangor dan rombongannya semasa melancong ke Disneyland di Amerika Syarikat dan di Peranchis.
“Jadi, apakah keutamaan SPRM? Badan ini sepatutnya menentukan keutamaan dan lantas menyiasat isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan ribuan juta ringgit wang rakyat atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu yang sudah sekian lama berlaku dalam negeri atau negara Malaysia seluruhnya. Hal ini mesti diutamakan oleh SPRM agar tindakan SPRM dilihat tidak sebagai alat politik untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu di Putrajaya sahaja. dalam hal ini, sekiranya SPRM bertindak secara profesional dan bebas, kerajaan negeri dengan senang hati bersedia memberikan bantuan yang sewajarnya, “ kata Tan Sri Abdul Khalid.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR.Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.
Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou pada November 2009 dan terbaru lawatan ke Beijing minggu lalu.Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad mencurigakan kerana soal kelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.“Pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta” “Profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta. Mereka tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di Semesta"Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.
“Berhubung lawatan ke China, ia lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya.
Dalam keluarga ini ada dua jenis Kristian iaitu Seven Day Adventist dan Katolik. Dan mengikut sejarah kawasan di daerah ini lebih ramai penganut Kristian memeluk Islam berbanding yang tiada ugama memeluk Kristian.