Wednesday, January 20, 2010

UNIKNYA KELUARGA DI SABAH...!

Sahabat saya sdr Taufik menalipon saya dari Papar bahawa keluarga isterinya begitu unik kerana mempunyai penganut yang berbilang agama. Selain mempunyai adik beradik yang beragama Islam, ibubapanya masih berugama Kristian. Malah mereka hidup aman bahagia dalam satu rumah.

Dalam keluarga ini ada dua jenis Kristian iaitu Seven Day Adventist dan Katolik. Dan mengikut sejarah kawasan di daerah ini lebih ramai penganut Kristian memeluk Islam berbanding yang tiada ugama memeluk Kristian.

Sudah berapa generasi sehingga hari ini masalah ugama tidak timbul. Mereka begitu hairan kerana apa UMNO/BN cukup jahil macam purak-purak tidak tahu...!!!

Gambar diatas sebagai contoh masyarakat Sabah berbilang agama hidup rukun aman damai.

No comments: