Friday, April 12, 2013

Bersih jemput Anwar, Najib bentang manifesto


KUALA LUMPUR 11 Apr: Bersih 2.0 menjemput Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan manifesto masing-masing.

anwar vs najibMenurut Pengerusi Bersama Bersih 2.0, S Ambiga, pembentangan manifesto itu dijadual  diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, 17 April ini.
Katanya, pihaknya telah mengirimkan surat jemputan kepada mereka berdua,  manakala format pembentangan akan dibincangkan kemudian.
“Kita akan memutuskan kemudian tentang format itu bagi memastikan ia akan memberi ruang yang lebih adil untuk kedua-dua pihak,” kata beliau ketika sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga berkata Anwar setakat ini telah memaklumkan kesediaannya untuk menerima jemputan Bersih itu, dan masih menunggu jawapan daripada Najib.
“Sekiranya beliau enggan hadir beliau boleh menghantar wakil bagi pihaknya. Apapun jawapannya nanti, forum itu akan tetap kami jalankan,” kata beliau lapor Harakah Daily.- RM

No comments: