Monday, March 9, 2009

GMP CABAR HISYAMMUDIN....!!! DAN KAMI BUKAN MONYET KATA DATO' HASSAN AHMAD...!!!

PPSMI: GMP cabar kenyataan Hishammuddin
Isnin, 9 Mac 2009 •
KUALA LUMPUR 9 Mac (SK): Timbalan Pengerusi Gerakan Mangsuhkan (GMP) Pengajaran dan Pembelajaran Sains, matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Prof. Dr Shahrir Muhamad Zain mencabar Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein supaya berterus terang tentang proses tertentu yang perlu diikut sebelum dibawa ke kabinet.

Mengulas tentang laporan sebuah akhbar harian hari ini bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan tetapi menolak perkara tersebut kepada kabinet.
Menurut laporan akhbar berkenaan, Hishammuddin menegaskan kajian masa depan dasar PPSMI perlu mengikut proses tertentu sebelum di kemukakan kepada kabinet untuk diputuskan.
Pada Sabtu 7 Mac lalu, seramai 60,000 penyokong gerakan mangsuh PPSMI berdemonstrasi di perkarangan Masjid Negara. Dr Shahrir berkata,” Proses tertentu apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin dan sila nyatakan dengan terperinci,” tegas beliau kepada Suara Keadilan.
“GMP telah mengemukan segala resolusi, kertas kerja hasil kajian ahli akademik, memorandum dan demonstrasi semuanya telah kami lakukan,” jelas Beliau
“Selama enam tahun kami memperjuangkan untuk menentang dasar itu, langsung tidak diendahkan oleh beliau, kenapa pula sekarang ini Hishamuddin berasa tergugat kedudukan apabila keadaan sudah hampir kepada pemilihan Majlis Tertinggi Umno di penghujung bulan ini,” tambah Dr Shahrir.

Sementara itu, aktivis penentang PPSMI, Hasni Abas merasa kenyataan Hishamuddin sebagai sengaja melengah-lengahkan masa.

“Kenapa beliau harus tunggu sebegitu lama selepas enam tahun untuk membuat atau melalui proses ‘tertentu’ seperti kenyataan beliau hari ini, pada hakikatnya aktivis penentang PPSMI telah menggunakan pelbagai cara untuk beliau menanggani permasalahan mempertabatkan bahasa Melayu,” jelas beliau kepada Suara Keadilan tengah hari tadi.

No comments: