Friday, September 4, 2009

AMNESTY INTERNATIONAL: Guantanamo in focus..!!!


"Amnesty International Malaysia will screen the movie THE PRESIDENT VERSUS DAVID HICKS and the award winning movie ROAD TO GUANTANAMO"

What: Protest
Host: Amnesty International Malaysia Youth Network
Start Time: Friday, September 11 at 4:00am
End Time: Friday, September 11 at 10:00am
Where: The Annexe Gallery, 2nd Floor
Street: Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi
City/Town:Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: 0379552680
Email: aimalaysia@aimalaysia.org

Wednesday, September 2, 2009

BAJU GEDUNG KARTUN YANG TERHAD...!!!


Kod Tshirt: Gedung KartunTerdapat dalam Size: L / XLHARGA: RM25.00

KENYATAAN PENUH ZUNAR...!!!


Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN...!!!

1. Merujuk Berita Malaysiakini bertarikh 29 Ogos yang memetik kenyataan Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib bahawa Sepakat Efektif Sdn Bhd, iaitu syarikat milik saya akan didakwa kerana menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.Menurut beliau, Sepakat Efektif didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit...Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.---Laporan itu dipetik. Kenyatan itu merujuk kepada penerbitan sebuah majalah kartun berjudul Gedung Kartun.

2. Sebagai rekod, sebelum majalah ini diterbitkan, saya telah membuat permohonan pada 30 Jun kepada KDN untuk mendapatkan permit dan telah mematuhi semua peraturan yang disyaratkan. Pada 3 Ogos, syarikat kami telah menghubungi pegawai KDN dan dimaklumkan permit telah lulus dan beliau meminta untuk mengambil surat penerbitan pada 14 Ogos.

Pada 14 Ogos, kami pergi ke KDN untuk mengambil surat, walau bagaimana pun dimaklumkan surat belum siap. Sehubungan itu, saya telah meminta agar nombor permit itu diberi terlebih dahulu supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja produksi, dengan anggapan bahawa apabila majalah ini dicetak dan diedarkan sepuluh hari selepas itu, sudah pasti surat rasmi permit itu akan tiba. Dan nombor itu telah diberi oleh pegawai KDN.

Dengan itu saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gedung Kartun diterbitkan dengan menggunakan permit palsu. Malahan KDN telah membuat tuduhan serius yang membawa implikasi bahawa permit bernombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 adalah rekayasa saya?

3. Saya tidak faham kenapa surat rasmi mengenai kelulusan permit Gedung Kartun sampai sekarang belum dikeluarkan oleh pihak KDN, sebaliknya mereka melakukan rampasan dan mahu mendakwa saya ke mahkamah. Bukanlah lebih baik dikeluarkan surat kepada saya dan semua masalah selesai?

4. Kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan penjelasan apakah benar beliau tidak pernah pada atau sebelum 14 Ogos meluluskan permit dengan nombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 untuk majalah Gedung Kartun?

5. Saya juga ingin bertanya, kenapa memperolehi permit penerbitan menjadi semakin sukar? Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa media akan lebih bebas di bawah pemerintahannya? Apakah dibawah 1Malaysia, hak berkarya dan suara kartunis akan lebih dicengkam?

6. Jika melukis kartun boleh dipenjara tiga tahun, bayangkan bentuk kebebasan media dan kebebasan bersuara di negara kita.7. Saya juga mendesak supaya akta lapuk, Akta Mesin Cetak 1948 dihapuskan.

Zunar
(Political cartoonist, Gedung Kartun Editor)
1 September 2009
Bersama Membantu Mempertahankan Hak Kartunis,
Kerana Karya Mereka Berperanan Besar Membantu Kita.

ZAID IBRAHIM MENULIS LAGI...!!!


Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali. Saya mengutarakan pendapat dalam tiga hal. Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting. Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.
Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS. Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam.

Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama yang lain kepercayaan dari kita. Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah. Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.
Berita selanjutnya...SILA KLIK DISINI...!!!

Monday, August 31, 2009



Diskriminasi Terhadap Ustaz Asri...!!

Assalamualaikum Dan Salam Merdeka.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, penyanyi nasyid kontemporari Malaysia yang tersohor yang meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah ikon nasyid Malaysia yang gigih dan kental berjuang dan berdakwah melalui seni. Persembahannya memang diakui bermutu tinggi. Beberapa kali Rabbani memenangi anugerah muzik. Keperibadiannya yang mulia juga membuktikan anak seni bukan seorang yang rosak akhlak. Dia adalah penyanyi muda yang dapat dicontohi, terutama oleh generasi muda Muslim di negara ini.

Apa yang mendukacitakan adalah diskriminasi media terhadap pendakwah seni ini. Hanya TV3 yang membuat rancangan mengenangnya. RTM dan Astro tidak berbuat apa-apa. Sedangkan RTM tahun lepas beriya-iya benar menyiarkan "tribute to Loganathan". Kalau tidak silap saya siaran mengenang Loga di RTM berlangsung sampai sebulan. Apa kurangnya Asri Rabbani berbanding dengan Loganathan, adik David Arumugam Alleycats itu? Apa Lebihnya Loga di mata RTM?

Apakah kerana Ustaz Asri di gelar Ustaz dan memperjuangan irama nasyid Islam? Bukankah lebih 58% penduduk negara ini Muslim? Dan hanya 8% penduduk Malaysia terdiri daripada kaum India? Apa muslihat RTM sebagai media rasmi sehingga meminggirkan Asri Rabbani? Apakah RTM tidak suka dengan irama nasyid atau tak suka dengan Islam itu sendiri? Apakah Dato' Ibrahim Yahya seorang yang anti-Islam? Atau ada halangan daripada Dato' Kamaruddin Siarah, KSU?

Saya kurang percaya. Sikap RTM ini tidak sepatutnya begitu. Diskriminasi terhadap kumpulan nasyid yang membawa mesej Islam tidak wajar sama sekali. Kita bukan minta sanjungan berlebihan. Kita cuma mahukan keadilan. Biar "fair". Apa salahnya RTM dan Astro sendiri buat sesuatu. Rasanya masih belum terlambat.Marilah kita hayati lirik lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Asri Rabbani yan pasti menyentuh jiwa dan mengingatkan kita kepada kematian. Bukankah mengingati mati itu tanda orang yang bijaksana?

ARAK KEPALA LEMBU......!!!


PEMUDA UMNO SELAYANG TERLIBAT...???

SIRI 2: YB KHALID SAMAD ULAS LAGI...!!!

PETA LOKASI BERHUBUNG KUIL SEK.19

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.


[PETA 2 - Seksyen 22]

[PETA 3 - Seksyen 19]

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

SIRI 1: YB KHALID SAMAD ULAS MENGENAI PEMINDAHAN KUIL..!!


PERSOALAN KUIL SEK. 19 DAN TINDAKAN PEWARIS...!!

Oleh Khalid Samad


Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI..!!

KENYATAAN AKHBAR

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

Dr.Muhammad Nur Manuty (dr_manuty@hotmail.com)
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat

30hb.Ogos, 2009

Friday, August 28, 2009

IDRIS JALA BAKAL MENJADI AMIRSYAM KE 2....!!!


Cara nak tukar CEO yang dah lama pegang jawatan di Malaysia ialah dengan menaikkan pangkat kepada jawatan Menteri penuh...!!

Dengan langkah ini ianya akan kelihatan beradab dan kelihatan santun serta tertib. Tetapi ....maksud sebenar disebaliknya ialah sebagai 'signal' untuk bekas CEO ini supaya bersiap sedia untuk bersara.....!!!

Datuk Amirsyam Abdul Aziz bekas CEO Maybank pun telah memegang jawatan cukup lama.... dan terus dinaikkan pangkat kepada jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang akhirnya telah digugurkan dalam barisan kabinet Najib baru-baru ini.

Dan Idris Jala bakal mengikut jejak Amirsyam menjadi Menteri seperti dahulu..... dan yang menghairankan orang ramai ialah ...Idris Jala ini dilantik jadi menteri '2nd Class' kerana terpaksa melapor terus kepada seorang Menteri lain iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Kun.

SEBAT CARA ISLAM & CARA SIVIL...!!

INFO UNTUK ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,
ORANG ISLAM YANG JAHIL @SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!@
DAN PEMIMPIN UMNO DAN AHLI UMNO YANG SAH JAHIL..
SEBAT CARA ISLAM







1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL













1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
SEKARANG YANG MANA ADIL......?
WAHAI PEMIMPIN UMNO......JANGAN PANDAI KOMEN...!!! KELAK....BINASA..!

PKR: Sebat Kartika hampiri syariah...!!


Dr Muhammad Nur Manuty

Ogos 27, 093:04pm
komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.

Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.

Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.
Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.

Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.
Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:

Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut. Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.

Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.
Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.

Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.

Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.

Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.

Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.
Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud:

"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma'idah: 38-39)

Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.
- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.

Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:

- Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.
- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.

Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR

Thursday, August 27, 2009

KELUHAN ORANG UMNO.......!!!

Menarik...!!! Mari kita dengar apa kata mereka.....!!!!


Kata mereka, “Penyokong PAS atau PKR bila bangun pagi, berazam untuk tumbang kerajaan pimpinan UMNO. Mereka mencari isu, mengatur strategi meyakinkan rakyat menyokong perjuangan mereka”

Tetapi. Kata mereka lagi “Ahli UMNO pulak bila bangun pagi, dia tak tahu nak buat apa. Dia akan cari pemimpin UMNO dia nak bantai. Pertama dia menggeliat kiri dan kanan. Lepas itu dia teropong pemimpin UMNO bahagian, Ketua Pemuda, Wanita atau Puteri UMNO. Dia akan cari kesalahan pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau ada kereta baru dia akan kata songlap duit projek. Kalau tak ada isu dia akan cipta isu.”

Itu cerita rakan blogger dari negeri Kedah. Blogger tersebut orang yang cukup berpengalaman dan pernah menjadi Setiusaha Akhbar kepada Menteri Penerangan dan Setiusaha Agung UMNO satu ketika dulu.

Semasa di Permatang Pasir cerita seorang mak cik jual nasi ayam.

“Nasib baiklah anak saya kerja swasta, dapat gaji RM5000. Dapatlah Mak Cik beli rumah dan beli kereta secondhand. Gerai ini pun anak yang belikan. Gelang ditangan mak cik ni pun hasil titik peluh anak.”

“Kalau harap bapaknya, 50 tahun jadi orang kuat UMNO. Semua menteri berkawan dengan dia. Menteri datang rumah sampai lenguh tangan mak cik masak. 50 tahun tunggu, apa pun tarak. Habuk pun tarak. Lepas satu menteri, datang satu menteri UMNO beri janji manis. Yang pak cik dapat penyakit kencing manis. Kesian suami aku. Lebih baiklah sekarang. Tenguk pak cik tu kerja potong ayam. Ada juga pendapatan, daripada pasang poster dan gambar dengan menteri. Dah penuh rumah tu dengan gambar menteri”

Tuesday, August 25, 2009

KENA CARI KETUA PENERANGAN BARU....!!!


Siapa tak kenal dengan Hj Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, merangkap juga 'think tank' penting dalam UMNO termasuk Biro Tatanegara...!!!
Telah memainkan peranan besar setiap kali pilihanraya kecil...!!! Akhirnya senjata pisau toreh Manik Urai masih lagi tumpul di Permatang Pasir...!!! Walaupun diasah acap kali ....namun tetap tumpul....!!









TAHNIAH BN...!!!



Monday, August 24, 2009

PESANAN TOK GURU...!!!


KHAS PENGUNDI DUN PERMATANG PASIR...!!!

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.
Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.

Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.

Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan

Tanggal : 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

MAT SEMBAB SALAHKAN ZAHID HAMIDI...!!!????



BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos:

Umno yang disifatkan tersilap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir terus berada dalam dilema untuk menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak lawan terhadap calon berkenaan. Sehingga hari keempat berkempen parti itu dilihat masih berada dalam situasi bertahan - apabila kempen-kempen penerangan mereka yang melibatkan pimpinan dari pelbagai peringkat terpaksa memberi tumpuan untuk menjawab serangan ke atas calon mereka, Rohaizat yang menjadi isu utama modal kempen di pihak PAS setakat ini.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dalaman Umno mendedahkan isu keperibadian Rohaizat Othman calon) kini menjadi masalah dalaman kepada Umno apabila para pemimpin mereka mula menunding jari sesama sendiri atas kesilapan memilih Setiausaha Umno Permatang Pauh itu sebagai calon.

Menurut sumber tersebut, dalam satu mesyuarat Umno yang diadakan semalam (Jumaat) berlaku salah menyalah antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid."Muhyiddin tunding jari pada Zahid kerana tidak periksa latar belakang calon betul-betul, Zahid pula seperti salahkan Jalil kerana dikatakan tidak memaklumkan kepada beliau.... Jalil pula cuba mengelak dengan pelbagai alasan lagi," kata sumber tersebut.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasation juga mengesahkan turut mendapat maklumat daipada beberapa orang dalam Umno perihal salah menyalah antara pemimpin Umno ekoran pemilihan Rohaizat sebagai calon.

Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Petani, Saifuddin berkata masalah tersebut bertambah parah apabila bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohammad turut mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Rohaizat. Umno di peringkat awal masih cuba untuk menutup isu tersebut melalui penjelasan para pimpinannya bagaimanapun perkembangan demi perkembangan yang berlaku di Permatang Pasir teruamanya kemunculan Yusri Isahak yang berceramah dipentas PAS semakin menyukarkan parti itu.Yusri merupakan rakan kongsi Rohaizat dalam bidang guaman yang cuba disalahkan berhubung penggunaan wang koperasi pekebun getah oleh firma guaman mereka.

Yusri muncul dihari ketiga berkempen untuk menjelaskan perkara sebenar serta membersihkan namanya - satu tindakan yang semakin memberi tekanan kepada Umno. Saifuddin mengulas lanjut perkembangan tersebut berkata, pimpinan Umno sepatutnya tidak perlu tunding menunding antara satu sama lain kerana rekod kesalahan moral Rohaizad sebenarnya telah didedahkan sebelum hari penamaan calon lagi.

Kata beliau, Rohaizad sewaktu diambil tindakan oleh Bar Council melalui jawatankuasa disiplin badan itu adalah ketika badan (disiplin) itu dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan Umno Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman. Tan Sri Khalid juga merupakan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu Tan Sri Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri berada di luar negara."Beliau (Tan Sri Khalid) juga salah seorang ahli lembaga disiplin Umno, jadi tidak timbul soal tidak tahu latar belakang Rohaizad ini," katanya.
SUMBER: Siasahdaily.

Sunday, August 23, 2009

PERSEPSI PUN TAK TAU....!!!

ZAID IBRAHIM BERKATA LAGI...!!

Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Selain dari mendapat ijazah undang-undang, mereka mestilah mempunyai rekod yang menunjukkan mereka adalah “a fit and proper person”. Peguam mestilah seseorang yang tidak melakukan perkara jenayah, tidak muflis dan tidak menipu. Malah dia tidak boleh melakukan apa-apa saja perbuatan yang boleh dianggap cemar atau menunjukkan buruk pekerti. Oleh kerana kerjanya melibatkan orang ramai, maka kepercayaan orang ramai kepadanya mestilah kukuh dan tidak terjejas. Dia tidak boleh pecah amanah. Itulah syarat-syarat asas nak jadi peguam .

Lainlah kalau anak-anak kita bercita-cita nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional. Untuk mencapai cita-cita itu, dia tidak memerlukan rekod yang baik atau bersih dalam hal urusannya dengan orang ramai. Lihat sahajalah calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, iaitu Rohaizat Othman, yang telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam kerana syarikat guamannya menggunakan wang kliennya , sabuah koperasi,kira-kira RM160,000. Peguam tidak boleh menggunakan wang pelanggan mereka selain dari tujuan asal wang itu diberi kepada peguam tersebut untuk disimpan.

Orang kuat UMNO Zahid Hamidi, yang kini menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dan Ketuan Penerangan nya menganggap Rohaizat sebagai ‘hero”telah mempertahankan Rohaizat sebagai pilihan terbaiknya. Tak mahu ketinggalan , Muhyiddin Yassin turut menyokong Zahid. Apa lagi mereka nak buat, dah tak ada calon lain. Lalu mereka berkata kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Mereka tuduh bekas rakan kongsi Rohaizat bernama Yusri yang bersalah. Tak pasal-pasal orang lain kena.

Majlis Peguam pecat Rohaizat lama sabelum hari penamaan calon. Majlis Peguam tidak tahu BN akan pilih Rohaizat. Mereka membuat keputusan berdasarkan penyiasatan rapi. Mahkamah Tinggi pula telah pun mendengar rayuan Rohaizat dan menolaknya; ia mengekalkan keputusan Majlis Peguam yang telah menggugurkannya sebagai seorang peguam. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka jelas tidak mengerti makna perspesi.

Mereka cuba menutup hakikat sabenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil? Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya. Perkataan persepsi itu tidak boleh digunakan bila ada asas kukoh. Persepsi ertinya tanggapan yang tidak ada asas..

Begitulah UMNO. Kepada mereka, orang yang tak layak jadi peguam, masih layak untuk menjadi wakil rakyat. Nampaknya soal amanah dan akauntabiliti kepada rakyat sudah tidak penting lagi buat UMNO. Itulah nilai politik parti keramat ini. TPM Muhyiddin Yassin , yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang.

Sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang. Mahkamah Tinggi pun sudah setuju dengan Majlis Peguam. Agak nya dalam pemikiran Muhyiddin, Mahkamah Tinggi juga ada agenda lain. Bagitulah UMNO, selagi kita tak setuju dengannya, semua pihak dianggap ada muslihat menentangnya. UMNO kini hidup dalam ketakutan.. Semoga orang Permatang Pasir sudah bersedia untuk memberi pengajaran kepada UMNO..