Monday, June 15, 2009


PEMIMPIN DAN RAKYAT.......!!!! ATAP GENTING DAN ATAP RUMBIA....!!!

Alangkah bertuahnya Mukhriz dilahirkan sebagai anak pemimpin Umno yang berkuasa dan kini dia juga telah menjadi sebahagian dari pemimpin Umno yang berkuasa. Alangkah bertuahnya Mukhriz kerana menjadi orang berkuasa dalam sebuah parti bernama Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang Melayu yang kata mereka masih ketinggalan dari segi ekonomi, taraf sosial, pendidikan dan serba serbinya kurang dan kurang itu.




BERITA SELANJUTNYA KLIK DISINI...!!!

Friday, June 12, 2009

KERAJAAN SELANGOR DAN LEE KUAN YEW...!!


YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Datuk Dr. Hassan Ali, YB Ronnie Liu serta YB Xavier Jayakumar dalam satu perjumpaan bersama Mr. Lee Kuan Yew pada 11 Jun 2009.

Thursday, June 11, 2009


SUKARNYA MENCARI MAKANAN HALAL DI MIDVALLEY...!!!

Assalamualaikum.

Tengahari tadi saya dan keluarga ke Mid Valley. Sekadar membeli barang keperluan harian. Oleh kerana lapar, kami ke food court di tingkat 3. Dulu ada food court nasi padang, sekarang dah tiada. Bila ditinjau, tak ada satupun kepunyaan Melayu. Tapi kebanyakan orang Melayu makan seenaknya tanpa keraguan. Mungkin "selera Melayu" saya tidak kena dengan masakan mereka, walaupun terdapat beberapa orang Indonesia bertudung bekerja di hampir semua gerai. Hati saya mula terdetik, kenapakah ini terjadi?

Saya meninjau ke semua gerai, melihat-lihat tanda halal. Semua gerai nampaknya ada tanda halal, tapi bukan dari Jawi atau Jakim. Sijil halal tu dari luar negeri. Saya agak ragu apakah sijil halal mereka ini betul atau sekadar "sijil beli". Sekadar daftar, bayar dan dapat sijil. Tanpa pemantauan.Kenapa tidak sijil halal dikeluarkan oleh JAWI atau Jakim. Kenapa tidak dikuatkuasakan oleh badan dalam negeri. Kenapa guna sijil halal luar Malaysia?

Kerana ragu, saya akhirnya turun dan memilih KFC, yang memang digemari oleh isteri saya. Sijil halalnya jelas dari Malaysia. Boss KFC pun Tan Sri Mohd Ali Hashim. Tiada keraguan. Saya berpendapat makanan amat penting kerana ia akan jadi darah daging kita. Saya minta pihak JAWI atau Jakim kenalah turun padang tengok-tengok keadaan ini. Elok kuatkuasakan semua restoren yang ingin gunakan tanda halal di Malaysia kena dapatkan pengesahan Jakim.

Apa perlunya orang luar keluarkan tanda halal? Benarkah mereka buat pemantauan? Siapa mereka? Adakah sekadar bisnes man yang cari makan menjual tanda halal, tanpa pedulikan hukum-hakam?

BAM AL-HAJ
8 Jun 2009.

SUMBER DARI BLOG BACK TO BASIC

Monday, June 8, 2009

Umno Spesis Sangat Bahaya: Pemuda PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap Umno sebagai spesis makhluk yang sangat berbahaya dan tidak harus diberi ruang untuk memecah belahkan perjuangan PAS yang suci, sejak 50 tahun lalu.


Ketuanya, Nasharuddin Hassan berkata, Umno yang didokongi oleh Najib pada hari ini bukan seperti virus H1N1 yang membunuh manusia, tetapi virus Najib boleh menghilang manusia di muka bumi ini. “Umno dan BN adalah sejenis makhluk dan spesis yang sangat berbahaya lagi merosakkan. Tidak diberi ruang memecah belah dan menghancurkan perjuangan kita yang suci ini.

Dan bagaimana rupa spesis yang dikatakan merbahaya itu? Adakah boleh digambarkan seperti spesis dibawah ini...?












Sunday, June 7, 2009


PAS: ERDOGAN ATAU "ARROGANT"....!!!

Tahniah kepada Ustaz Nasharuddin atas kemenangan Timbalan Presiden PAS dan tahniah juga kepada Datuk Husam Musa kerana konsisten dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun dalam analisa saya atas kemenangan Ustaz Nasharuddin ialah cabaran PAS di masa mendatang dalam setahun ini akan melalui satu proses yang sangat mencabar. Mampukah Nasharuddin untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan sedangkan dia belum mampu membuktikan bagaimana dia hendak membina ikatan perpaduan dalam Parti PAS itu sendiri...!!

Dengan kemenangan Timbalan Presiden PAS kali ini yang saya anggap 'kemenangan teknikal' atau kekalahan Husam sebagai 'kesilapan taktikal', corak pengundian keseluruhan jawatan tertinggi PAS sangat-sangat membimbangkan.

Harapan orang no.1 dan no.2 dalam PAS kearah kerajaan perpaduan sangat tinggi sedangkan harapan akar umbi adalah sebaliknya. Saya khuatir dan saya harap tidak berlakunya seperti peribahasa 'Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran".....!

Pandangan saya Nasharuddin perlu menangguhkan cita-cita kerajaan perpaduan itu dahulu dengan terus menumpukan kerajaan perpaduan dalam PAS itu sendiri....!!!

Jangan sekali berlaku propaganda UMNO dengan perginya "PAS ERDOGAN" dan lahirnya "PAS ARROGANT"...!

Saturday, June 6, 2009

SAJAK ALTANTUYA DARI MAT SABU KHAS ORANG BESAR DI PUTRAJAYA...!!


'Altantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah

Wednesday, June 3, 2009

HUJAH DI TV 9: SATU MALAYA LAWAK KAT ADUN BATU GAJAH...!!!

Malam tadi HUJAH di TV 9 telah membawa ahli panel Dr Abu Hassan Hasbullah dan ADUN Batu Gajah, Dato' Seri Ahmad Zainudin dari Perak dengan tajuk perbahasan Politik Pelampau dan Kebebasan Bersuara. Seperti biasa moderator ialah Dr Agus. Sesi hujah awal 5 minit itu nampaknya harmoni tetapi apabila hujah yang merapu yang langsung tiada akedemik dari ADUN Batu Gajah ini menjadikan telatah YB ini bahan lawak satu MALAYA.

Mungkin disebabkan baju MB Perak yang ditempah itu tak menjadi dan seakan gila meroyanlah mamat ini merapu membawa hujah 'level' akedemik sekolah darjah 3...!!

Kalau dilihat 'body language' Dr Abu Hassan, dia cuba nak menggeleng kepala tapi dia tetap 'cool' dan menahan sabar...!!!


Walaubagaimanapun hujah Dr Abu Hassan memang tepat sekali. Tak perlulah membandingkan negara Singapura tapi cuba bandingkan negara maju seperti Jepun dll. Sebenarnya kewujudan konflik itu baik untuk negara seperti Malaysia untuk terus maju kearah negara yang Dinamik.

Tuesday, June 2, 2009


STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH

Hisyamudin Rais mengulas...!!


KUALA TERENGGANU
2 Jun –

Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu.

KAH KAH KAH…. KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..woit…
SILA SIASAT SIAPA KONTREKTOR ?.... kah kah kah..kah kah kah…

JAMIN INI KONTREKTOR DIREK NEGO…. kah kah kah..kah kah kah….

BERAPA JUTA BELANJAWAN DILULUSKAN ?... kah kah kah..kah kah kah…


BERAPA JUTA PULA MASUK POKET…. kah kah kah..kah kah kah…

SATU LAGI PROJEK GEROMBOLAN TIPU ORANG RAMAI….kah kah kah..woit…

SIASAT… SIASAT… SIAPA….INI DUIT PETRONAS….kah kah kah...kah kah kah...

AKAN KELUAR LAPORAN RESMI : ACT OF GOD!....

TAK BOLEH SALAHKAN SESIAPA.......

kah kah kah.. !!

Monday, June 1, 2009

2.30 PAGI .. JAN 2010....NAJIB AKAN TERKEJUT...!!!!

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Kursus BTN Perbodohkan Kakitangan Awam...!!!!


Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak atau JAMAIY Perak mengutuk, agensi propaganda kerajaan, Biro Tata Negara kerana cuba memberi gambaran negatif terhadap bekas pemimpin negara dan memutar belitkan fakta berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut pengerusi JAMAIY Perak, Dr Khairuddin Abd Malik badan tersebut menerima aduan daripada kakitangan kerajaan yang baru selesai menghadiri kursus BTN hujung minggu lepas. Kakitangan kerajaan tersebut mendakwa moderator kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus BTN itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan.Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain."Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah. Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?" tanya Dr Khairuddin.


Beliau berkata fakta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya menunjukkan mayat wanita itu diletupkan menggunakan C4 oleh dua pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengawal peribadi Najib. "Pembunuhan oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya. Adakah BTN ingin menjadikan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir kursus menjadi bodoh dan dungu dengan ceramah-ceramah politik kosong tanpa fakta," kata beliau lagi.


Dr Khairuddin menggesa BTN agar jangan membazirkan wang rakyat kerana masih ramai golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bantuan kewangan.

Sumber dari TV Antara.

Sunday, May 31, 2009

UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA INTAN DAN HASSAN...!!!!



Saya sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan suami isteri, sdr Hassan dan Intan Safrina yang selamat dijabkabulkan semalam. Semoga didoakan bahagia hingga keanak cucu. Kalau ada silap faham tu......bawalah bertenang dan jangan lupa solat berjemaah semasa di New Zealand nanti.....!!!

Friday, May 29, 2009

Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar...!!!


Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama."Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar."Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak.

Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu."Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

Aliran Desak Siasat Hakim Mahkamah Rayuan/Persekutuan Berhubung Kes Kuasa Speaker Perak....!!!!


Sebuah badan bukan kerajaan, Aliran Kesedaran Negara (Aliran) mendesak agar Kod Etika Hakim 1994 digunapakai bagi menyiasat hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang secara terang-terangan membuat penghakiman bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Negara dan semangat keadilan berhubung kes kemutlakan bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam Presiden Aliran, P. Ramakrishnan berkata apabila hakim membuat keputusan yang menimbulkan rasa sangsi rakyat maka ia juga akan menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian mereka dilantik ke jawatan tersebut.Aliran juga membawa perhatian kepada sebuah artikel yang ditulis oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengemukakan hujah yang kukuh dan mantap bahawa hakim-hakim kedua-dua mahkamah terbabit telah melanggar Kod Etika Hakim 1994 kerana membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Thursday, May 28, 2009

SATU LAGI PROJEK GAJAH PUTIH KRONI TUN.....!!!!


Kalau saudara pergi ke Tanjung Emas, Muar, Johor..... ada sebuah komplek yang dinamakan Kompleks Marina yang harganya puluhan juta bakal menjadi Gajah Putih di negeri Johor. Bukan saya memandai-mandai.... Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman pernah menyuarakan perkara yang sama bulan Mac yang lalu.


Sebenarnya projek seumpama ini dibawah Jabatan Laut masa zaman Tun memang banyak. Dari Utara sampai ke Selatan ditepi muara sungai atau laut memang wujud.



Bahagia sungguh dapat jadi kroni...! Duit dapat... ! Projek pulak memang tidak berdaya maju...!!!!
KLIK DISINI KELUHAN MB JOHOR...!!!

KAUM TAMIL TUNTUT SEBUAH NEGARA. DI MANA...? DI MALAYSIA....?

Tamil: Ada Bangsa, Tiada Negara.

Malaysia: Ada Negara, Tiada Bangsa!

Dalam akhbar Sunday Times semalam, Dato Seri Samy Vellu, presiden MIC mendesak Malaysia tidak menyokong deraf resolusi Sri Lanka supaya anggota Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mencampuri urusan dalaman Sri Lanka.Menurutnya, dia akan menulis surat kepada Dato Seri Najib supaya Malaysia tidak menyokong resolusi itu. Presiden MIC itu meminta negara menghormati perasaan 1.4 juta kaum kaum Tamil daripada 1.8 juta kaum India dalam negara ini.Dia mendakwa tentera Sri Lanka telah melakukan genocide keatas orang awam Tamil dalam usaha memburu gerila LTTE.

Sebuah tribunal perang seharusnya ditubuhkan menyiasat mereka yang bertanggungjawab.Saya berpendapat bantahan Samy Vellu terhadap Sri Lanka bukan kerana isu kemanusiaan. Sokongan itu semata-mata kerana satu sebab iaitu mereka dari suku bangsa yang sama iaitu bangsa Tamil. Persoalannya jika Samy Vellu bersimpati dengan nasib kaum Tamil dan LTTE di Sri Lanka, apakah sentimen Samy Vellu terhadap perjuangan kaum Tamil dalam HINDRAFF? Siapa dalang sebenar HINDRAFF sehingga begitu berani dan kurang ajar? Saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Tetapi artikel ini mengarah pembaca untuk memahami tulisan saya yang lalu iaitu “Konsep Negara Bangsa. Apa itu 1Malaysia?”Bangsa Tamil adalah bangsa minoriti (30%) di Sri Lanka yang majoritinya masyarakat Sinahalese. Semasa pendudukan Inggeris, kaum Tamil diberi jawatan penting kerajaan Inggeris, tetapi selepas Ceylon nama asal Sri Lanka merdeka kaum Sinahalese telah meminggirkankan kaum Tamil. Perjuangan LTTE adalah untuk mengujudkan sebuah negara baru untuk bangsa Tamil di Sri Lanka. Pernah pada satu ketika, sewaktu kerajaan Sri Lanka lemah, LTTE menawan satu pertiga daripada Sri Lanka.

Perjuangan kaum Tamil di Sri Lanka samalah seperti perjuangan bangsa Kurdish di sempadan Iraq,Iran dan Turki. Bangsa Kurdish menuntut sebuah negara untuk bangsa mereka.Tamil dan Kurdish adalah bangsa (nations) yang tidak mempunyai negara(state) tetapi Malaysia mempunyai negara tetapi tidak mempunyai bangsa. Janganlah terkejut jika bangsa Tamil disatu masa akan datang akan menuntut sebuah negara sendiri di negara Malaysia kerana sentiment kebangsaan mereka masih terhadap bangsa Tamil bukan terhadap negara Malaysia.

Kaum Tamil salahkan Inggeris kerana membawa mereka masuk ke Malaysia dan mereka menjadi minority. Begitu juga halnya yang berlaku di Sri Lanka kerana Inggeris yang membawa bangsa Tamil masuk ke Sri Lanka.Berjayakah konsep 1Malaysia dengan sentiment kaum Tamil begitu? Bagaimana dengan kaum-kaum imigran lain seperti kaum Cina yang menuntut hak mereka melalui politik?

Fikir-fikirkanlah....!!!

Wednesday, May 27, 2009

HUJAH EZAM DALAM TV9 MACAM BUDAK BUDAK, BUAT TUDUHAN MELULU TANPA ASAS ....!!!


----------Oleh Halik Zaman----------

Hujah jam 9.30 malam tadi dalam tv9, mengenai rasuah politik wang. Ahli penalnya cuma Ezam Mohd. Noor seorang sahaja. Husam Musa tidak hadir, mungkin sibuk dengan urusan Muktamar PAS.Ditanya oleh Pengerusi Acara kepada Ezam, "Ada kah pemimpin pemimpin UMNO sudah didakwa oleh SPRM mengenai politik wang yang berlaku baru baru ini, semasa kempen merebut Jawatan Majlis Tertinggi UMNO baru baru ini."Ezam menjawab, SPRM sudah pun mendakwa pemimpin pemimpin UMNO yang merebut Jawatan Tertinggi UMNO yang mengamalkan rasuah wang.Dalam masa yang sama, Ezam lupa untuk mengakui bahawa Ali Rostam yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang.

Cuma diberi amaran sahaja oleh Pengerusi Disiplin Parti UMNO dan dinasihatkan supaya beliau tidak bertanding merebut sebarang jawatan. Mana peranan SPRM untuk tidak mengheret Ali Rostam kemahkamah? Bukan kah SPRM pilih bulu kerana tidak bertindak apa apa?Khairi Jamaluddin calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, didapati bersalah mengamalkan rasuah politik wang oleh Pengerusi Disiplin UMNO, beliau dibolehkan bertanding tanpa diambil sebarang tindakan apa apa. Mana sudah peranan SPRM yang membiarkan Khairi tanpa apa apa tindakan?Bila ditanya oleh Pengerusi Acara, tentang rahsiah 6 kotak ducument rasuah Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang akan dibongkar oleh Ezam? Ezam menjawab rahsia 6 kotak itu berada ditangan Dato Seri Dr.Wan Azizah dalam simpanannya.

Ezam seorang ahli politik yang mahu tunjukan dia benar benar seorang ahli politik yang profesional, tapi sebenarnya cara pembawaan politiknya persis politik kampungan. Secara sedar dia tahu tuduhannya itu bercorak "hearsay evidence", tapi dia terpaksa mendedahkan bahawa dia punya 6 kotak bukti bahawa Anwar rasuah. Walaupun tanpa bukti kukuh semata mata untuk menguatkan hujahnya sahaja.Orang yang tahu perundangan sahaja tahu bahawa Ezam adalah politikus yang bodoh buat tuduhan menggunakan bukti hearsay yang tidak dapat digunapakai dalam mahkamah.

Bila Pengerusi Acara bertanya pendapat Ezam, tentang pertuduhan rasuah Puan Aminah calon Bebas di Penanti kepada PKR, Ezam menjawab rasuah itu benar terjadi kerana Puan Aminah mempunyai bukti kukuh dengan merakamkan berbualan dalam cakera padat.Takkan lah kalau ada ahli ahli PKR yang cuba membunuh, mencuri, merompak, merasuah, maka PKR atau Anwar yang mesti dihukum dan dibicarakan atau ditangkap oleh SPRM atau polis. Sedangkan kenyataan akhbar Puan Aminah pun sukar memberikan bukti kukuh mengaitkan PKR dan Anwar Ibrahim terlibat.

Kalau pun ada Puan Aminah didatangi oleh ahli ahli PKR, itu bukan mewakili PKR dan Anwar Ibrahim. Itu urusan pribadi seseorang. Ia tidak kena mengena dengan calon PKR atau Anwar Ibrahim.Tidak heran kalau tv3 gunakan kenyatakan Aminah sebagai bahan berita hangatnya, kerana menghebohkan perkara yang samar samar, itu memang tugas tv3 tukang sibuk.

NOTE: Ezam, kalau berani untuk berhujah atau debat, datang Sabah lah jumpa saya.

Posted by RAKYAT MARHAEN