Saturday, August 15, 2009

ISU PKFZ.....!!!! PERLUKAH SURUHANJAYA DIRAJA...???


TUBUHKAN SURUHANJAYA......!!!


Isu PKFZ yang telah melibatkan wang rakyat perlu disiasat seberapa segera...!! Wang rakyat telah diselewengkan diantara RM500 juta hingga RM1 Biliion sepertimana yang telah dilaporkan oleh pihak PKA.

Dan bagaimana pemberian 'pinjaman' RM10 juta kepada MCA dan bermacam-macam lagi.... mengundang persoalan bagaimana wang rakyat yang telah diuruskan...???


Laporan Polis dari kedua-dua belah pihak telah pun dilaporkan juga...!!! Saya mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk seberapa segera sebagaimana penyiasatan kematian Beng Hock"

Sekurang-kurangnya kerajaan boleh membeli topeng 'Mask' dan diserahkan kepada rakyat secara percuma....!!!

PESANAN DAN MOTIVASI UNTUK DIRI ARWAH...!!!!



Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

BAGAIMANA DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG JEPUN....???


3 opposition parties formulate joint campaign platform...!!!
Friday 14th August, 03:06 PM JST

TOKYO —
Three opposition parties have formulated a set of joint campaign pledges for the Aug 30 general election, featuring boosting people’s disposable incomes and turning the export-oriented economy into one led by domestic demand, opposition sources said Friday.

Putting top priority on support for people’s livelihoods, the Democratic Party of Japan, the Social Democratic Party and the People’s New Party will promise not to raise the consumption tax rate from the current 5 percent for at least four years and will review the split-up of the nation’s postal services into four companies.

The main opposition DPJ plans to call on the two other parties to join a coalition if the opposition camp succeeds in driving the governing Liberal Democratic Party and its coalition partner, the New Komeito party, from power in the House of Representatives election.The three parties will promote their negotiations on forming a coalition based on the joint campaign platform, the sources said.In the platform, the three parties will also call for providing monthly child allowances to families with small children and building more child-care facilities to eradicate waiting lists to get into such facilities.

The parties will revive extra benefits for mother-and-child families that depend on welfare.In the social welfare field, the platform proposes abolishing the current 220 billion yen curb on the annual growth of social security costs and tackling the pension record-keeping fiasco intensively.The parties agreed to impose a ban on the dispatch of temporary workers to the manufacturing industry and establish legislation to protect temp workers.

The platform proposes enacting a law to create a consultative body of the central and local governments in order to revitalize provincial areas.It also calls for enacting a law to ban financial institutions from forcibly withdrawing loans to or from cutting back in lending to small firms, the sources said.

JAPAN NEWS...!!!


Katsuhito Yokokume, a candidate for the main opposition Democratic Party, campaigns on his bicycle ahead of the upcoming parliamentary elections in Yokosuka on Thursday. Yokokume, whose rival in the elections is Shinjiro Koizumi, the son of Japan’s popular ex-premier, says he has a big handicap just trying to get voters’ attention.
Macam YB Yusmadi, MP Balik Pulau....!!!

Monday, August 10, 2009

UMNO BOLEH...!!!


UMNO BOLEH...!!!
MELAYU UMNO BOLEH...!!!
ISLAM UMNO BOLEH....!!!

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.

Komen 1
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Komen 2
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

Komen 3
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.

Komen 4
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.

Komen 5
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.



sumber:- silembik's

Sunday, August 9, 2009

'CHARISMATIC POLITICIAN'....BILA LAGI....?



'Charismatic' saleswoman on Yamagata Shinkansen enjoys brisk sales..!!

YAMAGATA —

Admirers call Kumiko Moki, 29, a ‘‘charismatic sales staffer’’ because she once achieved record-high sales of 500,000 yen (RM20,000) in one day aboard the Tsubasa bullet train on the JR Yamagata Shinkansen Line.‘‘For me, the Shinkansen line is like a stage,’’ said Moki, who became a chief instructor guiding about 1,300 sales personnel at the age of 26, the youngest person ever to take the post. When the native of Tendo, Yamagata Prefecture was a child, she wanted to become a cabin attendant.

When she was a high school student, she said, ‘‘I was a ‘kogyaru’ and studied nothing.’’ A kogyaru is a fashion- and peer-conscious girl in her teens or early 20s.After graduating from school, she went to a job-placement office each day and fretted about her future, wondering, ‘‘What am I going to be?’’On her way to Tokyo’s Shibuya district for shopping aboard a Yamagata Shinkansen bullet train around that time, Moki saw a salesperson aboard the train and decided to become one. She was 18.

In familiarizing herself with the job, she worked out her own unique ‘‘techniques.’’ After being scolded by a passenger when her trolley hit the passenger’s foot, she started walking backward with the trolley behind her.As a result, she started catching the attention of passengers and was quite often stopped by them. That sales method, called ‘‘back sales,’’ has spread among her colleagues.

She was also successful in cutting down the time it takes for a transaction by guessing ahead how much change in coins she needed, allowing her to double the number of trips she took up and down the train. She also uses the Yamagata dialect to better communicate with passengers hailing from Yamagata in northeastern Japan.‘‘I love my hometown. I would like to promote Yamagata more to passengers by riding Shinkansen trains as often as possible,’’ she said.

Saturday, August 8, 2009

JAPAN NEWS....!!!!


Radioactive rays photographed from Nagasaki nuclear 'death ash'...!!!
Saturday, Aug. 8, 2009

NAGASAKI (Kyodo) A team of researchers has succeeded in photographing radioactive rays coming from the cells of people who died in the 1945 atomic bombing of Nagasaki.
Can't be shaken: Evidence of radioactivity is present in preserved cells taken from people who died in 1945 following the atomic bombing of Nagasaki. NAGASAKI UNIVERSITY / KYODO

The pictures are evidence that the nuclear "death ash" continues to emit radiation from a corpse even after 60-plus years, according to Kazuko Shichijo, an assistant professor at Nagasaki University, a member of the team.
Can't be shaken: Evidence of radioactivity is present in preserved cells taken from people who died in 1945 following the atomic bombing of Nagasaki. NAGASAKI UNIVERSITY / KYODO
Little progress has been made in the study on the effects of internal exposure to radiation. The team's success is the first of its kind in proving that atomic bomb victims were exposed to radiation from the inside as well as from outside.

"We have succeeded, from pathological perspectives, in proving that people were exposed to radiation internally," Shichijo said.

"It may help pave the way for unraveling its effect on health," she said.

The team studied anatomical samples of seven people in their 20s to 70s who had died by the end of 1945 from acute conditions after being exposed to the bomb between 0.5 km and 1 km from the hypocenter.

The team succeeded in photographing alpha particles, emitted when radioactive material decays, appearing in the picture as dark lines radiating from near the nuclei of the cells in bones, kidneys and lungs of the victims.
The team concluded the alpha particles were almost identical in length to those emitted from the plutonium used in the bomb dropped on Nagasaki.

"Plutonium passes through the human body when people are exposed to it from the outside," said Nanao Kamada, professor emeritus of radiation biology at Hiroshima University. "But the study shows that it enters cells and emits radiation from inside the human body.

"The effects of internal exposure to radiation have not been taken seriously in Hiroshima and Nagasaki," he said. "The study is important as it visibly captured the effects."

Wednesday, August 5, 2009

WAD KECEMASAN HUKM...!!



TAHNIAH...!! PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG...!!

Isnin lepas, saya berada di Wad Kecemasan hampir 4 jam. Saya sampai awal pagi ketika itu dan pesakit di wad kecemasan hampir lebihkurang 30 orang...!! Hampir semua petugas telah menjalankan kerja masing-masing dengan tekun dan melayani kerenah pesakit yang hampir kesemuanya dalam kecemasan.

Sewaktu keluar dari Wad berkenaan iaitu jam 10 pagi...saya lihat terlalu ramai pesakit menunggu giliran mereka untuk diperiksa mengikut giliran masing-masing...!!

Saya ucapkan syabas kepada Dr Nurul Ain Bt. Kamarudin serta pasukannya yang begitu gigih dan sabar melayan dengan baik semua pesakit tak kira usia dan bangsa.

Kepada doktor-doktor lain saya mohon maaf kerana tak sebut nama disini walaupun mereka juga memainkan peranan utama dalam WAD KECEMASAN...!!!

Elak Petronas diresapi politik...!!!!



Tan Sri Muhammad Ali : WAQAFKAN GLC SEPERTI PETRONAS...!!!

June 24, 2009

FORUM: “WAQAFKAN GLC SEPERTI PETRONAS!” (Berikut adalah versi asal respon Blog Business Jihad kepada artikel yang diterbitkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia, 24hb Jun, 2009, di bawah tajuk: “Elak Petronas diresapi politik”. Respon ini telah disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia pada 26 Jun, 2009 di bawah tajuk: “Wakafkan syarikat milik kerajaan”, dengan terdapat sedikit pindaan oleh Pengarang UM)

Tulisan Kamarulzaman Ismail di bawah tajuk “Elak Petronas diresapi politik” yang tersiar di Akhbar Utusan Malaysia, 24 Jun, 2009, sangat menarik perhatian saya. Dan saya menyokong penuh saranan Kamarulzaman supaya Petronas dielakkan daripada “diresapi politik”.

Seperti kata beliau, “Hakikatnya, sudah terlalu banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang tenat atau hampir gulung tikar kerana campur tangan politik yang melampau.”

Sebenarnya, kita dapat juga saksikan bahawa banyak syarikat-syarikat milik GLC yang dahulunya telah diswastakan atas campur tangan politik, akhirnya terlepas langsung hakmiliknya. Terdapat juga beberapa daripada kepentingan bisnes bernilai yang telah menjadi milik asing, sehingga merosot kedudukan pegangan kepentingan negara.

Dengan demikian kita perlu mencari satu formula yang lebih mantap untuk mengelakkan GLC-GLC berwibawa seperti Petronas, Felda, PNB, Tabung Haji dan seumpamanya daripada juga terlepas pegangan satu hari nanti.

Saya berpandangan bukan sahaja kita tidak harus mengizinkan campur tangan politik melampau, kita sebenarnya harus bertindak lebih berani dari itu, jika hendak menjamin warisan GLC seperti Petronas dapat dikekalkan berpanjangan untuk manfaat bangsa dan negara.
Sekiranya hendak kekalkan dan selamatkan GLC-GLC yang berwibawa dan besar manfaatnya ini, cara yang lebih sesuai ialah kita waqafkan sahaja mereka, menjadikan mereka badan-badan Waqaf Korporat Kebangsaan.

Syukur Alhamdulillah, seperti kata Kamarulzaman, Petronas sejauh ini telah dapat dielakkan dari campur tangan politik melampau. Demikian juga dengan banyak GLC lain di peringkat pusat dan negeri-negeri, termasuk seperti Johor Corporation, yang mendapat manfaat daripada kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin-pemimpin politik kita sejauh ini.


Bagaimanapun, kebimbangan saya, dan demikian juga kebimbangan Kamarulzaman dan saya yakin ramai rakyat serta warganegara Malaysia lainnya, ialah sejauh mana kebijaksanaan dan pandangan jauh seperti ini dapat dikekalkan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik negara yang semakin tidak menentu hari ini.

Waqaf Korporat

Konsep Waqaf Korporat mungkin sesuatu yang baru bagi ramai. Namun, di dalam Kongres Ekonomi Islam Ke-3 yang berlangsung pada 12 Januari, 2009, Kongres telah sebulat suara menerima gagasan Jihad Bisnes yang telah menjadikan Waqaf Korporat sebagai strategi terpenting untuk menjayakannya.
Di samping itu, Johor Corporation juga telah memulakan langkah untuk menuju ke arah itu dengan mewaqafkan sebahagian saham miliknya dalam beberapa buah syarikat tersenarai dengan nilai aset bersih berjumlah RM 200 juta pada 3hb Ogos, 2006. Tujuannya, apabila jelas terbukti manfaatnya, satu hari nanti seluruh kepentingan korporat Johor Corporation, Insya Allah, akan diwaqafkan sepenuhnya.

Jelasnya, Petronas dan GLC lain boleh diwaqafkan untuk menjamin kesinambungannya bagi manfaat generasi akan datang. Walaupun konsep waqaf korporat ini perlu dimantapkan lagi, dan kemungkinan juga perlu diberi dokongan perundangan untuk memangkinkannya, saya penuh yakin dan percaya bahawa ianya adalah merupakan satu formula yang dapat melindungi bukan sahaja kepentingan anak bangsa di zaman ini, bahkan juga kepentingan seluruh generasi warganegara Malaysia di zaman-zaman mendatang.

Muhammad Ali

Sunday, August 2, 2009


KEJAM.... MACAM FIRAUN....!!!
August 1, 2009

by zaid ibrahim

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pancutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersurai, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini,

InsyaAllah.

Friday, July 31, 2009

Cut Nyak Dhien: BERJUANG HINGGA KE AKHIR HAYAT..!!!

Pahlawan Yang Berhati Waja...!!

Pahlawan wanita dari Aceh, pelopor dan pembakar semangat rakyat Aceh menentang penjajah Belanda. Semangat perjuangan wanita ini telah diabadikan dalam filem berjudul Tjoet Nja' Dhien pada tahun 1988 yang diarahkan oleh Eros Djarot dan dibintangi pelakon terkenal Indonesia Christine Hakim sebagai Tjoet Nja' Dhien.
Film ini memenangi Piala Citra sebagai film terbaik, dan merupakan film Indonesia pertama yang ditayangkan di Festival Film Cannes pada tahun 1989.


Cut Nyak Dhein pernah berteriak membakar semangat rakyat Aceh ketika Masjid Raya jatuh dan di bakar oleh pihak tentera Belanda.

“Lihatlah wahai orang-orang Aceh!! Tempat ibadat kita dirusak!! Mereka telah mencorengkan nama Allah! Sampai kapan kita begini? Sampai kapan kita akan menjadi budak Belanda?”

YB PERMATANG PASIR KE RAHMATULLAH...!!!!



ALFATIHAH....!!!


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.

Thursday, July 30, 2009

40 HARI DALAM KEADILAN...!!!


UMNO/BN TAKUT DENGAN PAKATAN....!!!

Ramai orang sibuk bercakap tentang prestasi Datuk Seri Najib sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. Ada yang memuji Najib dan memberi amaran kepada saya bahawa UMNO akan bangkit semua dengan gagahnya di bawah kepimpinan beliau. Setakat ini saya lebih suka untuk tunggu dan lihat; bak kata pepatah Inggeris “new broom sweeps well” yang bermaksud yang baru selalunya indah. Tetapi saya sedikit pun tidak rasa bimbang mengenai “kebangkitan” UMNO ini.

Setelah 40 hari saya menjadi ahli Parti Keadilaan Rakyat, saya merasa begitu bangga dan yakin tentang perjuangan parti ini. Saya telah mula bertemu dengan pemimpin and ahli Keadilan di semua peringkat. Saya diterima dengan penuh hormat dan dijemput ke sana sini untuk berucap. Saya terharu dengan respons mereka. Jelas komitmen dan kesungguhan mereka yang memberangsangkan. Mereka rajin dan penuh inisiatif dan mempunyai semangat yakin diri yang tinggi . Mereka percaya bahawa Keadilan adalah wadah politik yang sesuai untuk memperjuangkan dasar yang baik untuk negara; demi kebaikan semua rakyat, dalam semua bidang. Parti Keadilan bukanlah parti untuk menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaungkan oleh propagandis UMNO. Maklumlah parti mereka hanya untuk kepentingan pemimpin besar sahaja.

Pengalaman yang sama menarik kepada saya ialah menyedari bagaimana kuatnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kekuatan ini timbul dari keinginan ahli-ahli Keadilan, PAS dan DAP yang mahu melihat Pakatan menjadi kerajaan; sebagai parti alternatif kepada BN. Hasrat mereka sama seperti dengan lebih 4 juta pengundi dalam tahun 2008 yang mahu memilih kerajaan baru di Putrajaya yang benar-benar adil, tidak gila kuasa dan tidak rasuah atau menyeleweng. Walaupun akhbar UMNO telah berjaya membesar-besarkan masalah kecil dalam Pakatan, hakikatnya ialah apa pun masalah kecil itu, pemimpin dan ahli Pakatan berjaya bersatu untuk mengatasi permasalahan tersebut. Resilience atau pun tahan lasak Pakatan ini membuktikan ia akan terus bersatu dan berjaya bila saja pilihan raya diadakan.

Saya sedar ramai pengkritik Pakatan menuduh Pakatan tidak ada dasar yang konkrit dan tidak ada dasar bersama. Kononnya kerana ideologi berbeza, Pakatan tidak mungkin dapat bersatu seperti BN, kata mereka. Golongan skeptik atau penimbul keraguan ini, termasuk sesetengah profesor dan akademik, sebenarnya sedar tentang kekuatan Pakatan yang semakin mendapat sokongan rakyat. Mereka tahu parti-parti dalam Pakatan serta pemimpin-pemimpinnya telah lama berkecimpung dalam politik. Para pemimpin dan ahli Pakatan telah merasai penat-lelah sebagai pembangkang. Mereka telah terbukti dapat bertahan dengan segala tekanan dari kerajaan diktator BN. Mereka telah diuji dan diuji berkali-kali. Mereka tekah masok penjara, masok tahanan ISA dan penyokong mereka berani dan kental.

Sebab itulah strategi utama BN ialah untuk memecahbelahkan Pakatan kerana takut untuk berdepan dan bertarung satu lawan satu. Maka berlakulah pertuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim, merampas kuasa kerajaan negeri di Perak, dan sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan di Selangor, sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock. Sebelum itu pula UMNO sibuk memecahbelahkan PAS sehingga hampir berjaya dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Sehingga sekarang UMNO memainkan jarum perkauman untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang semakin ramai menyokong Pakatan kerana sudah jijik dengan politik kotor UMNO. Memang, UMNO dan BN sebenarnyaya takut kepada Pakatan.

Memanglah Pakatan ada kelemahannya dan banyak lagi perkara mesti diwujudkan untuk memperkukuhkannya. Ingatlah, Pakatan baru 18 bulan umor nya , dan perkongsian baru mesti lah ada tersilap dan tidak mudah dijalinkan . Tetapi saya yakin apa yang perlu dilaksanakan, akan dilaksanakan. Dasar yang perlu diumumkan kepada orang ramai akan digubal. Tekad dan kesungguhan pucuk pimpinan Keadilan, PAS dan DAP tidak perlu diragui. Keikhlasan dan kebolehan mereka serta penyokong mereka tinggi.

Sekarang ini pun Pakatan sedang bersusaha ke arah mendaftarkan diri sebagai satu badan politik untuk mewujudkan perkongsian perjuangan parti-parti politik secara rasmi. Saya dari sekretariat Pakatan akan berusaha untok menrealisasikan hasrat ini. Rakyat akan diberi pilihan sebenar dalam pilihan raya akan datang; satu lawan satu. Semua ahli parti gabungan Pakatan sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat atas nama Pakatan. Malah, dalam tindak-tanduk seharian kita; kita seolah-olah sudah pun menjadi ahli Pakatan dan bukan sekadar ahli Keadilan, PAS atau PAS. Dan inilah yang rakyat mahukan. Dan inilah yang amat digeruni oleh Najib, UMNO dan BN.

Wednesday, July 29, 2009

PERMOHONAN MAAF...!!!


PERMOHONAN MAAF...!!!

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

PERUT LEBIH PENTING...???



UMNO BN: FATWA LILIN LEBIH PENTING DARI FATWA ISA....!!!

Hari ini Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Ini adalah kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam Malaysia dari pandangan sudut agama.

Namun seperti biasa UMNO/ BN macam otak kalkatu tak mampu nak fikir sampai ke tahap itu. Kerana mereka dilanda Sindrom Bisu...!!

Tuesday, July 28, 2009

MARINARA TOWER....!!!


Simpati kepada Puan Hjh Marina Yusuff...!! Kerap dianiaya...!!!

Sepanjang tahun 1998 dan 2000 saya kerap juga bertemu dengan Puan Hjh Marina. Beliau suka berterus terang dan seorang yang tegas...!! Masa itu berbagai janji pihak UMNO yang cuba memujuk Hjh Marina kembali kepada UMNO, termasuklah Tun Mahathir sendiri...!!!

Selepas Hjh Marina keluar dari KEADILAN, saya dah lama tak bertemu dengannya hinggalah mendengar berita penipuan hal MARINARA TOWER...!!!

SURAT TERBUKA KEPADA DANAHARTA.....!!!

PEGANG LILIN..? KEK HARI JADI..?? PASANG PELITA DI HARI RAYA..???


Memang pelita dan lilin bukan dari ajaran Islam tapi salahkah kita memasang pelita dan lilin (termasuk juga lampu kelip-kelip sekarang ini)? Salahkah kita bermain pelita dan lilin? Apa hukum pasang lilin atas kek hari jadi? Dan banyak soalan lain lagi berkaitan lilin... !!!

Dr Badrul Amin mengupas isu ini...!!!

Sunday, July 26, 2009

Dari Kacamata Halik Zaman:



ALIBI BAHAN BUKTI BERBENTUK 'HEARSAY' JADI BACKFIRE KEPADA SPRM?

SPRM sudah membuat satu lagi kenyataan akhbar kelmarin, kononnyamendiang Teoh Beng Hock ada memberikan bahan bukti kepada salahseorang rakan karibnya tentang penyelewengan peruntukan DUN dariseorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kononnya menuduh berpuluh syarikat ditubuhkan atas kepentingan peribadi seorang Exco Pakatan Rakyat Selangor. Bahan bukti itu kononnya disebarkan dalam sebuah laman blog. Bahan bukti itu kini boleh menjadi alibi atau boleh juga dianggap sebagai satu perancangan untuk cover-up kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?

Hari ini pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis mengarahkan SPRM membuat siasatan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang penyelewengan tersebut yang berpandukan bahan bukti dari laman blog tersebut. Sungguh pelik dan tidak masuk akal, langkah pemuda UMNO Selangor itu membuat laporan agar SPRM menyiasat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tidak kepada penulis laman blog itu, untuk mendapatkan kesahihan bahan bukti tersebut?

Tersangat meragukan, kenapa bahan bukti itu mendiang Teoh tidak berikan langsung ketangan SPRM pada hari yang sama semasa soal siasat di pejabat SPRM? Kenapa mesti menerusi orang kedua? Bila mendiang Teoh sudah mati maka barulah timbul alibi. Alibi tersebut nampak seolah-olah dirancang kerana ia tidak konsisten. Nampak sangat alibi bahan bukti tersebut seperti dibentuk? "Hearsay?".

Kalau mendiang Teoh benar benar ada bahan bukti tersebut, kenapa selama 8 jam dalam sesi soal siasat itu berlaku, beliau tidak memberitahu bahawa bahan bukti itu berada dalam simpanan rakan karibnya? Kenapa rakan karib mendiang Teoh tidak menyerahkan bahan bukti tersebut hingga mengambil masa lebih 68 jam baru dikeluarkan dalam laman blog? Kenapa menerusi laman blog tidak kepada SPRM, sebelum kematian mendiang Teoh? (Disini banyak menimbulkan keraguan.)

Kalau lah alibi tersebut cuma bertujuan untuk mengalih pandangan orangramai sahaja atas kematian mendiang Teoh dibangunan SPRM dan kebetulan terjadi semasa SPRM adakan sesi soal siasat, maka ia akan mengundang sangkaan yang paling buruk dari orang ramai kepada SPRM. Alibi tersebut nampak tidak begitu membantu malah memburukkan keadaan lagi. Alibi tersebut sudah pasti akan menjadi backfire pula kepada SPRM? Kalaupun benar alibi itu yang mengatakan bahan bukti Exco Kerajaan Selangor menyalahgunakan peruntukkan DUN Selangor, ada pada mendiang Teoh yang disimpan kepada sahabat karibnya.

Ini membuktikan mendiang Teoh tahu yang beliau akan mati? Maka bahan bukti itu pun disimpan pada sahabat karibnya? Ini tidak masuk akal. Terlalu banyak ruang " loophole" untuk diragui alibi penulis blog itu?Seolah olah alibi tersebut dirancang untuk melindungi seseorang daripada diketahui oleh orang ramai? Kita pun terfikir, ada lebihbaik SPRM buat penyiasatan yang lebih rapi terlebih dahulu daripadamencari publisiti murahan untuk menuding jari kepada Exco KerajaanNegeri Selangor yang tidak betempat. Lebih baik buat kerja yang betuldaripada menagih publisiti murahan.

HZ


Ingin dengar komen dari Hero kesayangan UMNO, Syed Ali....!!!!


By Lee Wei Lian
KUALA LUMPUR, July 26 – Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has rubbished reasons given by the federal government over its dismissal of the Kelantan state government’s claim on oil royalties and says that the national oil company is obligated by law to pay up.

The Kelantan state government has claimed that is is owed RM1 billion in royalties from oil that has been extracted in an offshore area bordering Thailand.
In response, Information Communication and Culture Minister, Datuk Seri Rais Yatim had said that the Kelantan demand for oil royalty had no legal basis and was made to earn political mileage.

According to Tengku Razaleigh however, the vesting deed agreement, which he signed on behalf of Petronas as founding chairman and CEO, entitles the state to five per cent of any revenue derived from hydrocarbon deposits found on or offshore of the state.

“If I am chairman still of Petronas, I will pay without all the fuss,” he told The Malaysian Insider in an interview earlier this week. “And I feel all the more it should be paid because I signed the agreement! There is no two ways about it. It must be paid.” - The Malaysian Insider