Friday, July 24, 2009


HERO UMNO YANG KESEORANGAN...!!!

Siapa tak kenal dengan Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras...? Dari beratus Ketua UMNO Bahagian kat Malaysia ni, Syed Ali lah yang selalu ke depan beri kenyataan pada media apabila setiap kali Anwar Ibrahim menyiarkan kenyataan akhbar...!!!

Kekadang bukan saya yang komen..... malah ahli UMNO sendiri yang komen kenyataan dangkal Syed Ali ni...!!! Saya tak tahu siapa penasihat terbaru Syed Ali Alhabshee...! Sepatutnya penasihatnya buat 'homework' sebelum kenyataan disiarkan kat media. Ataupun baca dan hadam dulu kenyataan Ku Li sebelum beriya-iya disiarkan.

Cuma saya bimbang akhir-akhir ini mereka terlupa menghafal skrip kerana dah terlalu lama menjadi 'Anak Wayang'....!!!

Thursday, July 23, 2009

ANDA RAGU DAN MUSYKIL...?????


DR BADRUL AMIN SEDIA MEMBANTU...!!!

- Hukum Minyak Wangi berAlkohol....

- Apa Hukum ASN/ASB..?

- Hukum Perniagaan MLM....

- Halal Haram dalam Perniagaan.....!

Wednesday, July 22, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT HARI JADI ZACK...!!!


Salam,

Syukur alhamdulillah yang tidak terhingga keatas Allah S.W.T atas kurnianya kepada pasukan bolasepak Selangor D.E dengan kejayaan pasukan malam tadi menumpaskan Polis 6 -1 sekaligus mengesahkan kejuaraan Selangor selaku Juara Liga Super Malaysia 2009 buat pertama kalinya dengan mengumpul 60 mata meninggalkan Perlis di tempat kedua 53 mata walaupun ada 1 lagi perlawanan berbaki.

Kejayaan ini sungguh manis terutama buat saya secara peribadi kerana ini adalah pasukan yang 100% dibentuk dan dipupuk oleh saya walaupun dicelahi dengan pelbagai kontroversi. Pemain dan pegawai yang dipilih telah benar-benar menjalankan tugas mereka dengan baik membantu saya melunaskan janji yang telah saya berikan kepada seluruh rakyat, penyokong Selangor untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 2 piala untuk musim ini atau saya rela dipecat. Alhamdulillah, setakat ini, bukan 2 tapi sudah 3 piala diperolehi dan ada 1 lagi (Piala Malaysia) piala utama disamping 2 lagi piala sampingan (Piala Sultan Selangor & Piala Selangor).

Ini juga adalah hadiah harijadi saya yang paling manis sekali yang akan disambut Khamis ini (esok) dalam sejarah kehidupan saya.

Namun, semalam sah juara, tetapi hari ini saya sudah mula mengorak langkah untuk memikirkan tentang persiapan tahun hadapan sebelum saya mula memberi sepenuh tumpuan untuk persiapan Piala Malaysia selepas Aidil Fitri ini. Tahun depan, Selangor akan mewakili Malaysia di peringkat kejohanan Kelab Asia dalam Piala AFC. Pasukan perlu diperkuatkan, pemain perlu ditingkatkan prestasi mereka dan sistem latihan perlu dipertingkatkan lagi untuk menyaingi pasukan di peringkat Antarabangsa. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Sementara di peringkat domestik, sudah pasti mempertahankan kemenangan adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Insyallah, berkat sokongan dan dorongan dari rakan2 sekelian, saya pasti kami akan buat lebih baik dari ini. Vision 2015 saya untuk meletak pasukan Selangor sebaris dengan kelab2 tersohor Asia dari Jepun, Korea, Arab Saudi, China dan Australia berjalan dilandasan yang betul dan sekaligus meletakkan Selangor di dalam peta pelancongan mereka. Sewaktu saya melancarkan vision ini dahulu, ramai yang mentertawakan saya dan mengatakan saya gila.

Ini semua kerana saya bukan datang dari kalangan orang ternama untuk menerajui pasukan Selangor. Namun, ini adalah permulaan kepada kegilaan saya dan insyallah saya akan pastikan ianya berlaku selagi saya diamanahkan untuk menguruskan pasukan ini, insyallah.Terima kasih kepada semua atas sokongan anda! Hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Wasalam

Zack

SYABAS SELANGOR...!!!


Tahniah Zack...!!!
Juara Liga Super...!!!
5 tahun Pasukan Selangor menunggu untuk menggondol gelaran sulung Liga Super.... akhirnya jadi kenyataan malam tadi setelah membelasah Polis 6-1.

Tahniah Sdr Zack, Pengurus pertama yang dipilih secara profesional dalam arena bolesepak negara.

Tahniah juga kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berjaya pentadbir FAS dengan cemerlang...!!!

PEGAWAI DILARANG HADIR MESYUARAT......!!!


NOH OMAR...... MENTERI DI ZAMAN ICE AGED...!!!

Bagaimana dengan agensi kerajaan lain seperti Guru, Polis, Dato' Ramli SUK, YDP PBT dan Jurutera JKR antaranya mereka juga terima gaji dari kerajaan negeri......!!!

BERITA LARANGAN DARI NOH OMAR ZAMAN AIS...!!! KLIK DISINI...!!!

Tuesday, July 21, 2009

UMNO JOHOR SOKONG SIASATAN DIRAJA ...!!!

GHANI OTHMAN BANGKIT.....!!!
AHMAD MASLAN...????

Sumber: http://muslioli.blogspot.com/

Ekoran posting saya semalam, berhubungan dengan kematian mencurigakan Teo Beng Hock, UMNO Johor hari ini meminta supaya sisatan diraja perlu dibentuk menyiasat kematian tersebut.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat perhubungan negeri, Pengerusi UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan bahawa kematian Teo adalah perkara yang membabitkan public concern. “Sungguhpun UMNO Johor tidak ada kena mengena dengan perkara itu, adalah lebih baik satu bukti segera diperolehi daripada siasatan itu."Sekalung tahniah kepada Datuk Ghani yang prihatin kepada rakyat Malaysia.

Kenyataan pemimpin UMNO yang dinantikan sebagai bukti UMNO bukanlah sebuah parti yang hanya membela rakyat yang mendokong perjuangannya sahaja. Sebaliknya membela semua rakyat berbilang kaum di negara ini.

Atas dasar kemanusiaan semua pemimpin dan anggota UMNO harus menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa Teo Beng Hock..

HENDAK SERIBU DAYA....!!!!


Tuesday

21st July-

TOMY Co has launched a new version of its “Bowlingual voice” device, which the company says “translates” dog emotions. The wireless microphone device, which fits on a dog’s collar, transmits the animal’s sound to a handheld consul which analyzes and “translates” into six emotional categories. The device then emits a common phrase matching the dog’s emotional state, both in words and voices.

DARI SEGI ETIKA BETUL KE....??????


Miniskirt Police singer nabs groping suspect on train..!!!

Tuesday 14th July

TOKYO —
Yukiko Hachisuka, 23, a pin-up girl and member of the pop group Minisuka Police (short for Miniskirt Police), grabbed a man whom she says sexually molested her on a train, police said Tuesday.

According to police, Hachisuka had gotten on the Odakyu line at Shimokitazawa station after work last Friday. She told police she felt herself being groped around her rear end for 10 minutes. Just before arriving at Mukogaokayuen station, Hachisuka grabbed the groper’s wrist and held onto him until the train pulled in to the next station where she handed him over to the station staff.
Police said the suspect, identified as Yoshiyuki Tamura, 43, has admitted to the charge. He was quoted as saying, “Initially, the back of my hand just touched her rear end, but I guess I got a little too excited.”

Monday, July 20, 2009

ISA: 3 PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI...!!!

3 perkara utama itu ialah:
  • ISA bukan untuk keselamatan negara.
  • ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN.
  • ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka.
Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik.
Jangan takut kepada ISA!
Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat.









Sunday, July 19, 2009

PM MANA YANG JUJUR DAN CERMAT: ARKIB NEGARA KENA JELASKAN....!!!!


"ALMARHUM Tunku Abdul Rahman seorang yang jujur, cermat dan berpandangan jauh. Ia terbukti dengan penemuan 46 objek dalam peti besi yang menunjukkan Tunku cukup menghargai pemberian orang dan menyimpannya dengan baik supaya ia boleh dilihat oleh generasi akan datang.

"Mungkin orang lain akan terus menggunakan jam tangan bernilai RM50,000 yang diterima. Apatah lagi, bagi tanggapan kami, membabitkan jam tangan dilengkapi ciri kompas pertama dicipta pada zaman itu. Sudah pasti ia sesuatu yang membanggakan memakai jam seperti itu. Namun, bagi Tunku, cenderamata adalah cenderamata yang perlu dijaga dan dihargai, bukan digunakan."

Inilah persepsi Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil, mengenai peribadi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan mengaitkan penemuan 46 objek dalam peti besi yang sejak sekian lama disimpan rapi di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

Sumber Berita Harian.
BERITA LANJUT KLIK DISINI

Saturday, July 18, 2009

PRES. SBY MENGHARGAI BLOGGER...!!!


PEMIMPIN UMNO TAK TAU TERIMA KASIH...!!!

Kenapa Sang Kelembai tak menulis lagi? Gambar: Sang kelembai. Blogger pertama dipecat dari UMNO di zaman Pak Lah. Sebenarnya, Zaharin di pecat dua kali dari UMNO tapi telah diterima semula.

“Apasal Blog Sang Kelembai sunyi sekarang? Tak ada balun?” Tanya Dato Mohd Nazri Aziz secara berseloroh kepada Zaharin Mohd Yasin. “Dah masuk UMNO Cif, nak tulis apa lagi” saya mencelah.

Zaharin atau lebih popular dengan nama blognya Sang Kelembai seperti biasa senyum dan bangun “perjuangan dah selesai Cif. Saya terlibat menjatuhkan kerajaan Dollah Bodowi. Nak balun apa lagi” katanya sambil tergelak besar. Gelak Sang Kelembai adalah trade mark beliau. Kalau dia tergelak di parlimen, orang yang minum di Mall pun tahu itu gelak Sang kelembai.Perbualan diatas berlaku beberapa minggu lepas dalam ruang rihat MP di dewan Parlimen. Siang tadi bila saya minum dengan Zaharin di Seri Pacific Hotel. secara serius saya bertanya kepada Zaharin kenapa tak update blog.

“Musli, aku nak bagi tau engkau, bangsa UMNO ini bangsa yang tak tahu mengenang budi. Pernah kah menteri UMNO, pegawai-pegawai dia atau sesiapa sahaja yang hantar sms atau telepon engkau kata TERIMA KASIH selepas engkau menulis membantu UMNO?” “You bukan blogger elit. Mereka tenguk orang. You pergi Manek Urai siapa peduli?. Mereka tak tenguk engkau. Menteri ni ingat mereka dah hebat. Mereka dah kaya.
Mereka bukan ada niat nak membantu. Kita kena kejar meminta dari mereka. Kita pula kena samun mereka selepas mereka dah menyamun negara! Kita dianggap pencacai yang terpaksa terhegeh-hegeh nak minta tolong. Tapi mereka? Mereka tak akan berubah”Saya agak tergamam dengan ayat Zaharin. Tetapi memang ada kebenarannya. “Di Indonesia, 3 hari sebelum hari membuang undi PEMILU Presiden SBY panggil semua blogger. Mereka dihormati. Di sini, siapa mustahakkan blogger macam kita?” Tegas Zaharin.

Petangnya sewaktu dengan seorang lagi rakan blogger Zabidi Hj Saidi (memo belakang)Sang Kelembai mengulangi kata-kata diatas. Fikir-fikirkanlah.....

SUMBER: http://muslioli.blogspot.com/
Posted by musli oli

MENDIANG TEOH: PANDANGAN DARI SUDUT PROFESIONAL....!!!

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri.

Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah.

Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya."Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu."Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya."Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh oleh SPRM.....

http://pendikargunung.blogspot.com/
Posted by pendikar gunung kriang

SPRM: TAK PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN...???


KES DATUK NORZA

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali.

Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali". Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan


DI BAWAH BERITA DARI ARKIB AKHBAR THE STAR –

30hb Januari 2009

MACC LODGES REPORT AGAINST UMNO LEADER KUALA LUMPUR:

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has lodged a report to counter allegations that an Umno division leader was assaulted by MACC officers during detention. Earlier, the 46-year-old division leader from Maran, Pahang, reported that he was punched in the head, shoulder and stomach during his four-day remand in Kuantan.

He also claimed that he was forced to strip naked, lie and roll on the floor besides being asked to do squats and sing the national anthem repeatedly. In his report, he also claimed an officer pressed him against the wall and threatened to arrest his wife and ask her to strip if he refused to confess that he had handed money to Umno members.

He lodged his report at the Damansara police station yesterday. MACC deputy commissioner Abu Kassim Mohammad said the MACC had lodged a report against the Umno leader for allegedly lodging a false report. “Before being released, he told us that he will lodge a report and smear MACC’s image, so we waited for him to lodge a report before we ourselves did.

“We want the police to thoroughly investigate the man’s allegations against our officer and if there is any evidence that the MACC officers had abused or assaulted him, then the police must take action. “However if there is no such thing, the police must take action against him for lodging a false report,” he said, adding that investigation into money politics would continue without fear or favour.

Thursday, July 16, 2009

PENCURI TIADA DI JEPUN....!!!???

Sekiranya sdr berkesempatan ke negeri matahari terbit, jangan lupa pergi melawat kawasan pendalaman atau jauh dari kawasan bandar. Sudah tentu sdr akan terperanjat hampir semua rumah disana tiada jeriji. Baik di pintu mau pun di tingkap memang tiada jeriji...!!!

Malah sekiranya digunakan kaki atau tangan untuk diuji kekuatan dinding rumah orang Jepun ini....ianya cukup mudah untuk pecah dan tumbang...!!!

Berbeza di negeri tanah air kita semuanya dipasang dengan jeriji ibarat dalam penjara...!!!

Antara faktor yang menyumbang kepada keharmonian disini ialah penguatkuasaan gaji minimum kepada semua sektor pekerjaan dan bilangan penagih dadah yang kecil...!!








Turut menyumbang gaji anggota Polis pun tinggi dan mereka berintigriti...!!!

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN...!!!!


Pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan PETRONAS memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan di dalam tempoh 48 jam.

Pada 9 Julai 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga bapak Menteri bernama Mustapha Mohamed telah memberitahu akhbar bahawa PETRONAS akan membuat penjelasan pada 10 Julai 2009.

Seluruh penduduk Kelantan yang peka dengan isu ini menanti dengan tekun pada 10 Julai 2009. Tetapi sehingga ke hari ini, PETRONAS terus membisu.

Tuesday, July 14, 2009

RAKYAT DI HULUKAN....!!!!



PRK MANEK URAI: Strategi Pisau Toreh Ahmad Maslan Tumpul....!!!!



Timbalan Menteri di JPM, YB Haji Ahmad Maslan merangkap Ahli Parlimen Pontian selepas ini terpaksa menukar strategi bagaimana UMNO/BN nak memenangi PRK akan datang. Kerana segala strategi ilmu peperangan yang dia belajar di BTN tidak mengenai sasaran. Malah tumpul dan 'peluru berpandu' itu tak meletup pada sasarannya.


Malah ilmu peperangan yang diarahkan dan sepatutnya diamalkan kepada semua petugas BN tidak diambil endah..!! Itu sebab dipusingan terakhir kempen di Manek Urai.... arahan dan suara Ahmad Maslan diketepikan....!!

Mungkin selepas ini Ketua Penerangan UMNO terpaksa balik ke Pontian untuk mengasah semula pisau toreh yang dah lama tumpul...!!!













DUIT DIUTAMAKAN...!!!!


PESTA BUKU SELANGOR...!!!