Sunday, July 12, 2009


GANTIKAN SAJA DENGAN DR WAN AZIZAH....!!!

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN yang paling layak menggantikan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL. Pengalamannya yang memahami masalah rakyat terutamanya sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi mampu menjadi Canselor Universiti yang disegani.

Dr Wan Azizah pernah menjadi pelajar terbaik di Royal College of Surgeons in Ireland dan namanya terpahat megah di Dewan Universiti hingga ke hari ini iaitu satu-satunya wanita melayu yang bertudung dan beragama Islam sebagai Ketua Pelajar....!!!



SIRI 3: SDR SAW TERKILAN…!!!

Sdr Saw yang saya kenali adalah seorang yang ringan tulang. Saya tak pernah melihat atau mendengar beliau meminta wang disana sini untuk meneruskan kehidupan. Pokok pangkalnya sdr Saw sedapat mungkin berdikari untuk menyara hidup suami isteri ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang…!!

Untuk pengetahuan semua, Sdr Saw Hock Hin ini tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi dan sudah tentu ‘style’ atau gayanya kadangkala tidak berapa selesa didekati. Sekiranya seseorang itu yang baru mengenalinya tentu merasa ‘pelik’ untuk berkawan dengannya. Dan dalam PRU12 tahun lalu, ‘style’ inilah antaranya banyak membantu pemasangan bendera, poster dan ‘ad-hoc driver’ di beberapa kawasan Parlimen terutama di Wilayah Persekutuan. Akhir sekali seperti mana dalam pepatah bahasa orang melayu.…Habis Madu Sepah di Buang…!!!

Antara rakan seperjuangan sdr Saw yang kerap memberi bimbingan hidup ialah Tuan Haji Mohd Salleh Abu Bakar, Bekas Setiausaha Dewan Negara, penyajak dan penceramah reformasi yang tinggal di Ipoh. Dan kini sdr Saw sudah mampu menyanyi lagu Puisi Reformasi dan sajak Reformasi sepertimana yang tersiar didalam akhbar Harakah minggu yang lalu.

ISU ROYALTI MINYAK DI KELANTAN: SIAPA PATUT MENJAWAB.....
PETRONAS ATAU KU LI...???

“Whatever is due to the state according to the Vesting Agreement must be paid to the state!” – Tengku Razaleigh Hamzah, July 10, 2009

Oleh: Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”




Thursday, July 9, 2009

ISU PEKERJA LADANG...!!!!
09 Jul 2009

YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam jawapan dalam sidang DUN beliau menekankan bahawa setiap permohonan tukar hak milik atau jenis kegunaan tanah, maka pemilik ladang mesti menyediakan rumah kos rendah untuk pekerja ladang. Isu-isu lain yang mendapat perhatian adalah SRJK (Tamil), kuil, bekalan air dan elektrik, kebersihan dan kebajikan anak-anak pekerja ladang.

Antara kes-kesnya adalah:

Ladang Bukit Rajah - 72 keluarga telah mendapat rumah serta tapak tambahan bagi SRJKT seluas 2.7 ekar.
Ladang Coalfield - 34 pekerja ladang dan 61 ahli keluarga telah ditawarkan rumah ‘town house’.

Ladang Sabak Bernam dan Ladang Escott - Masih dalam perbincangan.
Ladang Bukit Tinggi - 30 keluarga telah mendapat rumah. SRJKT Ladang Bukit Tinggi mendapat bantuan RM120,000 untuk bangunan sekolah. Anak-anak pekerja Ladang Bukit Tinggi juga akan diberi bantuan tambang bas untuk ke sekolah.

Ladang Kinrara - SRJKT Ladang Kinrara mendapat peruntukan kewangan RM50,000 untuk bangunan sekolah.
Ladang Nigel Gardner - Mendapat bantuan membaiki jalan sebanyak RM25,000. Juga mendapat bantuan kelas tambahan UPSR dan bantuan tambang bas ke sekolah.

Ladang Hopefull, Ladang Mary, Ladang Minyak, Ladang Sabak Bernam - Masalah yang dihadapi oleh ladang-ladang ini adalah jalan masuk teruk, sekaligus menjejaskan pendidikan anak-anak pekerja ladang. Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan bas agar mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka.

Ladang Batu Ampat, Ladang Sg Buloh, Ladang RRI, Ladang Effingham, Ladang Valambrosa - Mendapat bekalan meja dan kerusi sumbangan Kerajaan Negeri. Di samping itu tahap pendidikan anak-anak di ladang-ladang ini ditingkatkan dengan beberapa aktiviti dan program bermula dari Kelas Tadika hingga ke Sekolah Menengah.

Ladang Rinching dan Ladang Sg Bernam - Program motivasi dan Kem kesihatan telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran sosial penduduk di sini.
ORANG TU KATA LAGI..!!
Orang kata PAS ikut telunjuk DAP.
Orang kata PAS takut hilang undi Cina.
Orang kata PAS tak perjuangkan hak Melayu..
Orang kata PAS tak boleh selesaikan masalah..

Orang kata PAS macam-macam..
Orang dulu kenapa tak selesai MASALAH BABI di Kedah..
Orang dulu kenapa tak respons cepat...
Orang dulu kenapa tak buat apa...
Orang dulu bukan Melayu Islam ke..
Orang dulu tak ikut telunjuk MCA ke?

Ada orang bantah kandang babi...
Ada orang kata babi haram...
Ada orang kata tidak Islamik pindahkan kandang babi...
Ada orang apikan benci Melayu dengan Cina...
Ada orang semarakkan fitnah nak robohkan kuil dan to’kong...

Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah ARAK?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah JUDI?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RASUAH?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RIBA?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah KHIANAT?
Semua haram. Sama-sama haram? Babi boleh bantah.... yang lain tak nak bantah?
Apa punya Melayu daa… semangat selsema BABI je…!!

(Orang = UMNO BN)


SHAHRUL PESHAWAR
Alor Setar

HIDUP SELANGOR...!!! HIDUP ZACK...!!!!



Oleh kerana latarbelakang dari orang Politik Pakatan Rakyat...!!!! Ramai yang berkata cita-cita Pengurus Bolasepak Selangor ini ibarat orang 'GILER"...!!! Ya.....sekarang siapa dah jadi orang 'GILER'.....??




Tuesday, July 7, 2009

"Apakah Allah telah mencabut Rahmat NYA dari kita dan negara kita?
Mungkin jugak Allah telah mencabut RahmatNYA kerana sikap kita selama ini yang sombong dan bongkak....!

Kita tidak peduli dengan hukum-hukum Allah... !!
Tidak peduli dengan Halal & Haram Allah... !!
Riba, kilang arak, pusat judi dan maksiat tumbuh subur dalam negara ini...!!
Apakah kita ingin menunggu hingga turunnya bala dan malapetaka?..???

http://drbadrulamin.blogspot.com/
Pasukan Selangor akan berkunjung ke tempat anda untuk latihan dan penyerahan tiket percuma....! Harap dapat disebarkan maklumat ini...!!!

11 Julai, 2009: Latihan dan penyerahan tiket di Padang AU 2, Hulu Kelang (Sebelah Dewan) jam 4.00 petang

12 Julai, 2009: Latihan dan penyerahan 200 tiket di Padang Taman Meru, Kelang jam 4.00 petang

21 Julai, 2009: Liga Super Selangor vs PDRM di Stadium Selayang

19 Julai, 2009: Latihan dan penyerahan 200 tiket di Padang Awam Bestari Jaya, Ijok jam 4.00 petang

23 Julai, 2009: Penyerahan 200 tiket di SK Taman Selayang jam 11.00 pagi.

25 Julai, 2009: Liga Super Selangor vs Pahang di Stadium Shah Alam dan majlis penyerahan Piala Liga Super 29 Julai, 2009 Ketibaan Pasukan Persib Bandung

30 Julai, 2009: Persib Bandung berlatih di Stadium Shah Alam

31 Julai, 2009: Piala Selangor, Selangor vs Persib Bandung di Stadium Shah Alam

PAS MEMANG PANDAI GUNAKAN ANWAR IBRAHIM....!!??

Masih ramai penyokong PAS yang tak tahu sejarah suka memperkecilkan dan memperlekehkan peranan Anwar Ibrahim dalam era Perjuangan Reformasi...!!! Mereka ini dah lah buta sejarah tetapi tak mau belajar bagaimana peristiwa itu menjadi sejarah ...!!!

Sekadar pengetahuan yang cetek dan mempraktikkan resepi sesedap rasa mereka mula mengukur dan menghukum mengikut acuan mereka sendiri..!!

Ramai pengikut PAS tidak menjaga hati rakan-rakan dalam perjuangan...! Mereka rasa mereka lebih Islam daripada orang lain...!!! Oleh itu untuk menjaga hati dan naluri perasaan orang lain jauh sekali...!!!

Rakan-rakan seperjuangan kalau nak menceritakan apa yang berlaku dalam 'kain' PAS pun boleh...!!! Tetapi menjaga adab tertib sebagaimana adab tertib menjaga keharmonian jiran itu...... lebih dimuliakan...!!!
SIRI 2: BUKAN KU PINTA JADI BEGINI...!!!

RALAT: Saya tersilap dan tersalah maklumat dengan menyatakan ibu sdr Saw sudah meninggal dunia. Sebenarnya masih hidup dan sihat lagi. Menetap di Pulau Pinang dengan usia 92 tahun. Sdr Saw ada beritahu saya rahsia ibunya yang sihat sehingga hari ini... cuma tak sempat untuk mencatatnya diatas kertas waktu itu.


Sdr Saw yang mempunyai sepasang anak yang sudah dewasa....hari ini hanya mampu menyara kehidupannya suami isteri dengan hasil titik peluh membuat kerja-kerja sambilan...!!! Dan sdr boleh mendapatkan sajak beliau yang saya paparkan sebelum ini dengan membeli Harakah terkini di mukasurat F16.

Monday, July 6, 2009



JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sunday, July 5, 2009


KELUARGA TAN SRI HAMZAH ABU SAMAH BERHUTANG NYAWA DENGAN PAK SAKO...!!!
Kelmarin pagi, seusai rutin biasa didalam kamar mahkamah di Temerloh, seperti lazimnya saya turun ke kantin mahkamah dengan teman-teman untuk minum dan tentunya bergebang. Sedang enak menikmati nasi goreng-ikan sembilang berlada,saya diajak oleh Rama untuk bergabung di mejanya.

Bersama-sama dengan Rama ialah bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya,Abdul Razak bin Abu Samah (beliau lebih dikenali dengan panggilan Hakim Razak).Hakim Razak ialah adik kepada Tan Sri Hamzah Abu Samah,bekas menteri UMNO suatu ketika dahulu.Hakim Razak ini seorang yang berprinsip;beliau menolak sebarang anugerah 'Datukship' (rasanya beliau satu-satunya Hakim Mahkamah Tinggi yang tiada gelaran Datuk),malah menolak untuk dinaikkan pangkat semata-mata kerana berpegang kepada prinsip.

Malah beliau antara tokoh yang membela Tun Salleh Abas ketika krisis kehakiman di tahun 1980-an yang lalu.Kami bersembang panjang, dari pengalaman beliau sebagai hakim sehinggalah kenapa beliau sanggup membuat kenyataan terbuka menawarkan diri untuk menjadi penjamin (bailor) kepada Dato Seri Anwar Ibrahim didalam kes konspirasi dan fitnah sedekad yang lalu.Saya menyarankan kepada Hakim Razak untuk menulis memoir atau biografinya.

Tentu banyak pengalaman dan teladan yang boleh dikutip dan dijadikan pengajaran oleh generasi,ujar saya.Beliau hanya tersenyum sambil menjawab ramai yang menyaran untuk beliau menulis biografi tetapi masih belum terbuka pintu hati.Saya memberikan pandangan bahawa budaya menulis biografi ini wajar digalakkan sambil memberitahu bahawa tahun ini merupakan 100 Tahun Pak Sako sekiranya beliau masih hidup.

Saya melihat Hakim Razak agak tersentak apabila nama Ishak Hj Muhammad atau Pak Sako disebut.Sambil memandang kepada saya beliau menyebut bahawa keluarganya terhutang budi kepada Pak Sako.Hakim Razak terdiam seketika seoalah-olah mengimbau kenangan lama yang tentunya tersimpan berpuluh tahun.Saya tidak memberikan sebarang tanggapan.Sekadar menanti ulas-ulas kata berikutnya keluar dari dua bibirnya.Kedua-dua bola mata beliau kelihatan meredup mungkin mengingatkan peristiwa lalu yang sudah sekian lama berlalu dimamah zaman."Selepas Jepun kalah,orang Bintang Tiga datang mencari arwah abang saya.Mereka nak tangkap untuk dibicarakan oleh Mahkamah Rakyat kerana peranannya sewaktu zaman Jepun. Masa tu sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa Bintang Tiga kerana cukup dengan fitnah dan tuduhan palsu pasti ada yang akan dibunuh Bintang Tiga",begitulah kata-kata yang keluar dari dalam diri Hakim Razak.

Seterusnya beliau menceritakan bagaimana dengan bantuan dan campurtangan Allahyarham Pak Sako,abang beliau dapat diselamatkan dari menjadi mangsa kekejaman Bintang Tiga (waktu itu dikenali sebagai zaman Pemerintahan 16 Hari Bintang Tiga sebelum Inggeris kembali semula menubuhkan pemerintahan BMA-British Military Authority).Pak Sako merupakan tokoh yang disegani oleh Bintang Tiga dan dengan wewenang Pak Sako telah dapat menyelamatkan abang sulung Hakim Razak dan Tan Sri Hamzah Abu Samah dari menjadi mangsa."Arwah abang saya seorang nasionalis.

Beliau memang mengenali Ishak dan saya rasa mereka memang rapat",tutur Hakim Razak lagi.Memang dari maklumat yang saya perolehi Pak Sako memainkan peranan yang cukup besar dan berjasa dikala itu.Beliau antara tokoh yang dapat mententeramkam keadaan yang serba gawat tatkala Jepun menyerah diri dan sebelum British kembali.Pak Sako yang meninggalkan Pulau Bentan,tempat beliau berkebun,kembali ke Temerloh.Dengan wewenang dan ketokohan Pak Sako,bukan sedikit nyawa orang Temerloh yang dapat diselamatkannya.

Mungkin pimpinan Bintang Tiga merasa segan atau hormat kepada Pak Sako sebagai tokoh pemimpin bangsa ketika itu.Malah Pak Sako mencadangkan majlis khas diadakan antara masyarakat dan Bintang Tiga;tujuan utamanya untuk mengujudkan suasana yang harmonis dan mengelakkan pertumpahan darah.Diceritakan bahawa suatu majlis jamuan makan dengan beberapa ekor kerbau disembelih telah diadakan di Kuala Semantan.Orang ramai serta Bintang Tiga menghadiri majlis tersebut dan dengan itu keamanan telah dapat di pulihkan di Temerloh;malah beberapa orang yang ditangkap Bintang Tiga termasuk pemimpin setempat seperti Penghulu berjaya dibebaskan.

Selanjutnya Hakim Razak meneruskan cerita beliau,abangnya dengan pertolongan Pak Sako telah pergi berjuang ke Indonesia menyertai Perang Revolusi Indonesia melawan penjajah Belanda."Abang saya menyertai tentera Indonesia dan menyandang pangkat Kapten.Di Indonesia arwah abang saya dikenali sebagai Kapten Arba* dan terkorban ketika bertempur dengan Belanda",tutur Hakim Razak selanjutnya.

Jenazah Kapten Arba,anak kelahiran Bumi Pahang dan anak Semantan yang berjiwa besar dan patriotiks turut sama menghulurkan darma-bakti demi membebaskan bangsa dari penjajahan akhirnya di berikan penghormatan disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata,Jakarta Indonesia. Hakim Razak memberitahu beliau pernah diundang oleh Pemerintah Indonesia menghadiri Majlis Memperingati Pahlawan Revolusi di sana.*Saya terlupa nama sebenar abang sulung Hakim Razak dan Tan Sri Hamzah Abu Samah walaupun ada disebut oleh beliau.Mungkin kerana terlalu kusyuk mendengar cerita tersebut sehingga saya terlupa untuk sekurang-kurangnya mencatatkan nama tersebut di dalam PDA saya.




KALAU TAKDIR YANG DIATUR MANUSIA, MEMISAHKAN DSAI DARI RAKYAT...?

-------Oleh Datuk Halik Zaman-------

Sebelum hujan baik sediakan payung. Kata orang tua tua kita itu dan pesan atuk nenek moyang kita, Mesti ada hikmahnya. Dalam politik pun boleh jadi simbolik. Sedia payung sebelum hujan. Dalam agama Islam pun selalu memberi nasihat kepada umat Islam, jangan terlalu taksub kepada seseorang. Ia salah dalam hukum agama Islam.Semua orang tahu, badan kehakiman dinegara kita Malaysia adalah sebuah badan kehakiman yang tidak bebas. Ketua Hakim Negara Kerajaan, politik punya. Peguam Negara Kerajaan, politik punya. Polis Negara Kerajaan, politik punya. SPRM Kerajaan, politik punya. Hakim hakim Kerajaan, politik punya.

Ketua Hakim, Ketua Polis, Peguam Negara dan SPRM, Doctor, Ketua DNA, boss mereka Perdana Menteri. Dato Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat Saiful. Beliau akan dibicarakan dihadapan hakim. Dato Seri Anwar Ibrahim dianggap oleh UMNO/BN sebagai seorang yang paling merbahaya dalam politik UMNO. Semua Krisis dalam Pakatan Rakyat, Anwar dapat selesaikan. Penubuhan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS, Anwar pun tahu, itu ada muslihat UMNO.

Pendek kata Anwar Ibrahim musuh No1. UMNO. Sebelum hujan wajib sediakan payung. Kalau ditakdirkan perbicaraan Anwar Ibrahim ini, sudah diatur dengan secara rapi, yang beliau mesti kalah dan mesti dimasukkan kepenjara, angkara kedurjanaan fitnah. Apa akan jadi pada PKR? Apa akan jadi pada Pakatan Rakyat? Perlu kah semangat rakyat yang berkobar kobar untuk tukar Kerajaan pada PRU13 dihentikan? Atau ikut kata kata pujangga kita, "Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku?"

Kalau ahli ahli PKR dan keluarga Pakatan Rakyat, sayangkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Jangan sekali kali punya perasaan taksub kepada beliau. Kalau benar benar ahli ahli PKR dan Pakatan Rakyat sayangkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, teruskan perjuangan hingga ke nafas yang penghabisan. "Patah tumbuh hilang berganti." Dalam ertikata yang lain, siapa sahaja pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat, rakyat bersatu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Gandakan lagi kekuatan kita dari yang ada sekarang ini.

Pastikan rakyat terus bersatu memberi sokongan kepada PKR, PAS dan DAP, jika rakyat bersatu, Pakatan Rakyat menang PRU13 Dato Seri Anwar Ibrahim insyaAllah pasti akan dikeluarkan dari penjaraoleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Mudah mudahan dijauhkan bala ini. Nauzubillahiminzalik!

HZ (Sepanggar, Sabah)

Saturday, July 4, 2009




Rupa-rupanya adalah kesalahan besar menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" daripada menconteng dikain rentang menderhaka kepada Tuanku, Sultan Mizan...!!!






SIRI 1: Bukan Ku Pinta Jadi Begini...!!

Disini saya siarkan sajak yang bertajuk IMPIAN RAKYAT yang sdr Saw Hock Hin serahkan kepada saya 4 hari yang lalu. Sajak yang ditulis diatas cebisan kertas buruk dengan tulisan tangan, diilhamkan oleh sdr Saw ketika beliau susah nak tidur...!

Untuk makluman, sdr Saw mencari rezeki sesuap nasi setiap hari. Beliau jarang memaklum pada sesiapa pun sekiranya beliau dalam kesempitan kewangan. Pernah satu ketika saya melihat ada 4 buku hutang Along pada waktu yang sama dan beliau menjelaskannya hutang itu beransur-ansur...!

Ibunya baru meninggal sekitar 2 tahun yang lepas. Kakak kesayangannya untuk tempat mengadu pun sudah meninggal sebelum itu..!!! Namun setiap pilihanraya kecil sdr Saw tak pernah ketinggalan untuk membantu setiap gerakkerja pilihanraya.
IMPIAN RAKYAT

Dulu reformasi
Semua satu hati
Sekarang sudah jadi Y.B
Berjuang untuk demokrasi
Kami sokong Keadilan punya polisi
Bukan mahu jadi Y.B

BN sombong kalah dan rugi
Jangan perangai supramasi
Keadilan bukan untuk orang tinggi
Dia untuk orang semulajadi
Kita menang lima negeri

Pemerintah Pakatan beli kereta Camry
BN angkat balik Perak satu negeri
Kereta Camry pun di jual oleh Zamri
Keputusan mahkamah pun tak peduli
Apa akan jadi lagi

Dulu pakai kereta tangan dan kaki
Sekarang pakai kereta Auto jalan sendiri
Kalau bukan Tsunami
Y.B orang tak kenali
Jangan ikut aku janji
Ikut rakyat punya mimpi

Dulu makan beras Sungai Petani
Sekarang makan Beras Wangi
Import dari luar negeri
Sekian M.P dan Y.B
Kerja kuat dan berani
Jangan lupakan pengundi


Hasil nukilan: Saw

Friday, July 3, 2009

TERKINI: DAILOG INTELEKTUAL.....!!!



















SILA KLIK PADA GAMBAR UTK BESARKAN...!!

RENUNGAN UTK MUSA HASAN DAN GANI PATAIL SERTA SELURUH UMAT ISLAM...!!!


TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya
diatas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan
dibahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu
dikawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokanharinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak .

Thursday, July 2, 2009

Bukan Ku Pinta Jadi Begini...!!!

Kisah benar sdr Saw Hock Hin...!!! Sdr Saw yang saya kenali lebih 10 tahun ini akan saya titipkan dalam Blog ini sikit masa lagi.....kerana cukuplah.....apa yang berlaku pada Michael Jackson...!!!

Sudah meninggal dunia baru nak dikenang jasanya pada dunia musik...!!!
Dan sdr Saw pula jasanya hingga hari ini menegakkan kebenaran.....!!!

  • Bagaimana YB PR ibarat kacang lupakan kulit...!
  • Mencari rezeki sesuap nasi...!!
  • Kisah Black 14..!!!
  • Membawa ibu berjumpa Wan Azizah...!!!

HUJAH TV9: AHMAD MASLAN TIDAK MENJAWAB CABARAN DR AGUS....!!!!

Dalam rancangan Hujah Tv9 Selasa lalu, Timbalan Menteri di JPM, Hj Ahmad Maslan tak menyahut cabaran Dr Agus untuk menyaman pembangkang di mahkamah apabila pembangkang menuduh kerajaan.... berlakunya unsur rasuah dalam pembelian kapalselam Scorpene dan Jet pejuang, Sukhoi.

Sebaliknya Ahmad Maslan membebel tidak tentu arah pada pembangkang kenapa isu masih kedengaran lagi di luar padang-padang ceramah pemabangkang sedangkan kerajaan sudah menjelaskan dengan terang di dalam Dewan Rakyat...!!! Mereka menabur fitnah...!!!

Dengan lantang Dr Agus mencelah...kenapa tak saman di mahkamah...??? Sekiranya perkara itu fitnah...?

Sekali lagi mulut terkunci ibarat tertelan kueh Koci....!!!

Wednesday, July 1, 2009



AHMAD MASLAN DAH MULA BELAJAR BERBOHONG...!!!

Malam tadi dalam HUJAH di TV9, ahli panel yang dijemput adalah Dato' Ibrahim Ali dan YB Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di JPM serta Moderator Prof. Dr Agus. Seperti yang diketahui umum Dato' Ibrahim Ali ibarat sesumpah dalam hujah yang disampaikan. Manakala Ahmad Maslan mula belajar berbohong sejak menjadi Timb. Menteri ini dengan menyatakan Ahli Parlimen Pembangkang sering keluar Dewan apabila mereka dapati perkara-perkara yang mereka tak setuju ketika berbahas berbeza dengan Ahli Parlimen BN yang TIDAK PERNAH KELUAR dewan selama ini...!!!





Namun apabila Dr. Agus mengingatkan peristiwa DSAI membahaskan Bajet beberapa bulan yang lalu dan Ahli Parlimen BN pernah melakukan tindakan yang sama keluar Dewan......!!! Terkedulah... lidah Ahmad Maslan seketika.... ibarat disumbat kueh koci.

SIAKAP SENOHONG,
GELAMA IKAN DURI;
BERCAKAP BOHONG,
BOLEH JADI MENTERI.