Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama dengan pemilik gedung ternama Harrods, Mohammed Al-Fayed ketika merasmikan promosi Kraf Malaysia di gedung membeli-belah Harrods, LONDON. 


Zaman awal Reformasi, ramai yang mengatakan Pemuda UMNO macam Pondan Siam. Cuba tayangkan VCD yang lama..... sdr Mahfuz Omar, Ezam Sesumpah, Zahid Md Arip dan Lokman Adam berulang-ulang menyebut pimpinan UMNO macam Pondan Siam......!!!

Calon Timbalan Presiden UMNO yang juga calon bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru adalah cemerlang orangnya...!!!
Sdr. Mukhriz tak layan bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kerana beliau cakap tak serupa bikin...!!! Tahun lepas bukan main lagi hantar surat terbuka kepada Pak Lah mintak letak jawatan. Hari ini sanjung Pak Lah sebagai pemimpin Agung....!!!!


Malam tadi sempat menonton Berita Astro Awani jam 12 malam mengulas apa yang disebut dalam blog Tengku Razaleigh iaitu Siapa Yang Derhaka Kepada Raja..?
Sebelum UMNO Bahagian Cheras nak hantar memorandum ke Majlis Raja-Raja....elok benar Dato' Syed Ali Alhabshee dapatkan nasihat dari mentor UMNO Bahagian sendiri, Tun Mahathir.
Dibawah ini Rang Undang-undang yang dibaca di Dewan rakyat oleh TUN pada tahun 1993....!
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.


Atau pun salah satu cara iklan percuma untuk mendapat perhatian dalam pemilihan tak lama lagi...? 
